kerja-kerja cerucuk

download kerja-kerja cerucuk

of 15

Transcript of kerja-kerja cerucuk

  • 8/14/2019 kerja-kerja cerucuk

    1/15

    43

    BAB 4

    KERJA CERUCUK

    4.1 PENGENALAN

    Kebanyakan projek pembinaan bangunan,cerucuk akan di gunakan

    sebagai asas bagi menambah kekuatan dan kekukuhan bangunan. Cerucuk

    di gunakan adalah kerana ia merupakan asas dalam yang paling sesuai.

    Cerucuk merupakan elemen struktur yang berbentuk tiang di mana ia berfungsi

    untuk mengagihkan beban superstruktur melalui strata yang kurang mampat

    atau lapisan berair pada strata yang lebih mampat dan lebih kuat. Beban yang

    di agihkan melalui 2 cara iaitu samaada dengan cara geseran atau tanggung

    hujung.Asas cerucuk merupakan satu anggota yang memindahkan beban-

    beban yang dipikul ke lapisan yang keras,beban-beban ini dipindah memlalui

    geseran, tanggung hujung atau gabungan kedua-keduanya.

  • 8/14/2019 kerja-kerja cerucuk

    2/15

    44

    4.2 FAKTORFAKTOR ASAS CERUCUK

    i) Apabila asas rakit tidak sesuai digunakan kerana tekanan bagi beban yangdikenakan tidak sekata dengan keupayaan tanah yang terlalu rendah,

    menyebabkan asas cerucuk paling sesuai di gunakan.

    ii) Apabila keupayaan tanggung beban tanah hanya pada aras kedalaman 3m

    ke bawah di mana asas jalur atau asas pad tidak ekonomi jika ia di

    gunakan.

    iii) Apabila tapak bangunan yang di bina sentiasa di takungi air sepanjang

    tahun atau pada musim-musim tertentu seperti di kawasan tanah paya,

    tanah di tepi laut dan lain-lain.iv) Apabila bangunan yang bina terlalu besar dan tinggi di mana daya tolakan

    angin akan memberi kesan negatif terhadap bangunan tersebut.

    4.3 JENISJENIS CERUCUK

    Cerucuk terbahagi kepada dua kategori iaitu :

    I. Cerucuk geseran ( friction pile)

    II. Cerucuk tanggung hujung (Endbearing)

    4.3.1 Cerucuk Geseran (Friction pile)

    Cerucuk jenis ini dapat membawa beban superstruktur yang dikenakan oleh

    bangunan dan menyebarkanya kepada permukaan cerucuk denag permukaan

    tanah. Asas jenis ini biasanya digunakan di kawasan yang bertanah liat dan

    berkrlodak. Ia juga merupakan satu alternatif terhadap penggunaan asas rakit.

  • 8/14/2019 kerja-kerja cerucuk

    3/15

    45

    Cerucuk geseran mempunyai kesan yang boleh membawa bilangan tekanan

    (pressure buib) ke paras tanah yang keras dan padat dan dapat menampung

    teanan bebanan yang dikenakan daripada superstruktur bangunan. Ini adalah

    kerana tekana pada bahagian atas tanah adalah lemah dan tidak dapat

    menahan beban yang dikenakan dengan berkesan.

    4.3.2 Cerucuk Tanggung Hujung (Endbearing pile)

    Cerucuk jenis ini dapat membawa beban superstruktur melalui tanah lembut

    dan memindahkan beban tersebut kepada aras tanah yang keras atau melalui

    hujung cerucuk yang dihentam sehingga bacaan setting dicapai pad lapisan

    tanah keras tersebut.

  • 8/14/2019 kerja-kerja cerucuk

    4/15

    46

    4.4 CERUCUK KONKRIT

    Dalam pembinaan bangunan, cerucuk yang biasa digunakan terbahagi kepada dua

    jenis iaitu :

    I. Cerucuk konkrit tuang di tapak

    II. Cerucuk konkrit tuang dulu

    4.4.1 Cerucuk Konkrit Tuang Di Situ

    Cerucuk jenis ini merupakan cerucuk konkrit bertetulang yang di bina terus ditapak

    bina di mana konkrit akan di bancuh di tapak dan dituang terus ke dalam lubang

    cerucuk. Proses pembinaan cerucuk jenis ini dapat mengurangkan kesan gegaran

    terhadap binaan di kawasan sekeliling. Selain itu, ia juga dapat memberikan daya

    geseran yang lebih baik kerana permukaannya kasar. Bahagian dasarnya yang besar

    dapat membantu memindahkan beban yang dikenakan dengan lebih berkesan.

    4.4.1 Cerucuk Konkrit Tuang Dulu

    Cerucuk jenis ini berbentuk 4 segi, 6 segi dan bulat sama ada yang berongga

    (hollow) atau yang padat iaitu yang diperbuat daripada konkrit tetulang biasa atau

    tetulang tegas dahulu (prestressed) dengan panjang mengikut saiz yang dikehendaki.

    Cerucuk jenis ini di buat di kilang-kilang. Fungsi tetulang yang digunakan adalah bagi

  • 8/14/2019 kerja-kerja cerucuk

    5/15

    47

    menahan tegangan yang dikenakan semasa kerja-kerja penanaman cerucuk

    dijalankan.

    Rajah 4.1 Cerucuk jenis bulat (berongga)

    Rajah 4.2 Cerucuk jenis 4 segi

  • 8/14/2019 kerja-kerja cerucuk

    6/15

    48

    4.5 PERALATAN UNTUK CERUCUK PACAK (CERUCUK KONKRIT TUANG

    DULU).

    i) Terdiri daripada cerucuk (piling frame )dan penukul (hammer). Kerangka

    cerucuk ada yang besar dan ada yang kecil bergantung pada kegunaanya.

    ii) Penukul cerucuk (piling hammer yang paling sederhana sekali adalah

    antara 2-4 tan dan tinggi terjun tidak lebih dari 5-6 kaki. CP 2004

    mengesorkan untuk mendapatkan kecekapan tukul pelantak dengan

    menggunakan penukul terjun ini, maka berat penukul hendaklah tidak lebih

    kurang dari setengah berat cerucuk ( berat penukul berat cerucuk)

    iii) Penukul cerucuk yang lain adalah penukul dieselkan (dieselkanhammer).Jenis yang biasa digunakan adalah kobe series K13 (1.3 tanne

    ram weight) K28 dan K35 dengan terjun tinggi maksimum adalah 3 meter.

    iv) Sewaktu melantak cerucuk samaada kayu, konkrit mahupun keluli,kepala

    cerucuk hendaklah disarungkan dengan topi cerucuk (Helmet) bersama-

    sama dengan lapisan kusye kayu untuk menahan hertaman, dan diatas topi

    yang akan menerima penukul adalah lapik (dolly) yang terdiri daripada

    kepingan besi dan kayu keras.

  • 8/14/2019 kerja-kerja cerucuk

    7/15

    49

    4.6 DATA PELANTAK CERUCUK

    i) Sebelum cerucuk diangkat ke kerangka cerucuk,cerucuk hendakalahditandakan dengan ukuran kaki meter.

    ii) Setelah cerucuk diangkat ke kerangka cerucuk, pastikan cerucuk berada

    pada keduduksn yang betul sebelum dipacu.

    iii) Apabila cerucuk sudah siap untuk dipukul,jumpa pukulan untuk setiap kaki

    hendaklah dicatit di dalam borang data yang disediakan.

    iv) Pukulan hendaklah diberhentikan apabila jumpa pukulan/kaki sudah

    sampai kepada anggaran yang dibuat oleh jurutera projek dan bersedia

    mengambil set

    Rajah4.3 kerja melantakkan cerucuk dijalankan

  • 8/14/2019 kerja-kerja cerucuk

    8/15

    50

    4.7 KERJA-KERJA PENGGALIAN LUBANG.

    i) Selepas kerja ujian selesai dijalankan,kerja seterusnya yang akandijalankan ialah kerja penggalian lubang.

    ii) Lubang akan dikorek untuk melakukan kerja pemotongan cerucuk dan

    untuk pembinaan pilecap.

    iii) Kerja pengorekkan ini dilakukan dengan bantuan jentolak(case).

    iv) Kerja pengorekkan ini mesti dilakukan dengan penuh berhati-hati untuk

    mengelakkan kerosakkan pada cerucuk.

    Rajah 4.4 Jentolak sedang mengali lubang untuk membuat

    pemotongan cerucuk

  • 8/14/2019 kerja-kerja cerucuk

    9/15

    51

    Rajah 4.5 Keadaan tanah setelah dikorek.

    4.8 KERJA PEMOTONGAN CERUCUK.

    Secara lazimnya terdapat dua jenis cerucuk yang biasa digunakan dalam bidang

    pembinaan iaitu:

    i) Cerucuk spun (berbentuk bulat)

    Biasanya cerucuk spun dipotong menggunakan Diomand Cutter.Ini kerana

    pemotongan dengan cara ini lebih selamat dan kurang risiko jikadibandingkan dengan pemotong Hacker.Ia juga boleh mengelakkan

    kerosakan pada cerucuk Spun yang sememangnya mudah rosak jika

    disalah potong.

  • 8/14/2019 kerja-kerja cerucuk

    10/15

    52

    b)Cerucuk R.CC (berbentuk segi empat)

    Cerucuk R.C dipotong dengan mengunakan Hacker.Ini kerana cerucuk R.C tidakmudah rosak.

    Rajah 4.6 Perkerja sedang memotong cerucuk.

    Rajah 4.7 Perkerja sedang memotong cerucuk mengunakan

    cara lain.

  • 8/14/2019 kerja-kerja cerucuk

    11/15

    53

    Rajah 4.8 Cerucuk yang telah dipotong.

    4.9 KERJA PEMBINAAN TETOPI CERUCUK.

    Selepas kerja pemotongan cerucuk,kerja pembinaan yang seterusnya ialah kerja

    pembinaan pilecap.Pilecap dibina sebelum pembinaan rasuk tanah.Pilecap ini dibina

    dari konkrit bertetulang.Jenis gred konkrit yang digunakan dalam pembinaan pilecap

    ialah G25 nisbah bancuhan yang digunakan ialah 1:1/2:3 dan jenis simen yang

    digunakan ialah simen Portland biasa.

    Kerja penimbusan tanah untuk menutupi pilecap dijalankan selepas kerja

    pemotongan cerucuk selesai.Kerja penimbusan tanah ini dilakukan dengan

    mengunakan jentolak.Kerja pilecap dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan

    kerosakkan pilecap.

  • 8/14/2019 kerja-kerja cerucuk

    12/15

    54

    4.10SEPATU CERUCUK

    Sepatu cerucuk merupakan struktur atau bahagian yang menjadi asas kepadacerucuk di samping dapat melindungi struktur cerucuk yang di gunakan. Jenis sepatu

    cerucuk yang digunakan perlu mematuhi perkara-perkara berikut :

    I. Sepatu besi tuangan yang dikeraskan melalui proses penyejukan segera

    seperti yang digunakan untuk membuat tuangan besi kelabu yang mematuhi

    B.S.1452, Gred 10, atau

    II. Keluli sederhana mematuhi B.S.4360, Gred 50B, atauIII. Keluli tuangan yang mematuhi B.S.3100, Gred A

    Sepatu cerucuk bagi kawasan berbatu adalah terdiri daripada besi tempa dan

    pencekak keluli sederhan dari blok besi tuangan ynag di keraskan melalui proses

    penyejukan segera.Sepatu jenis ini di sambung secara kimpalan dan kemudian ia akan

    di sapu dengan gris sebagai perlindungan anti karat, walaupun ia akan hilang semasa

    kerja-kerja penanaman cerucuk di buat. Kimpalan yang tidak efektif akan

    mengakibatkan air yanah masuk kedalam cerucuk.

    Jenis sepatu cerucuk yang biasa digunakan adalah seperti :

    I. Flat Ended Pile Shoe : untuk tanah yang lembut

    II. Pointed Cast Iron Shoe : untuk tanah yang keras sederhana

    III. Rock Shoe : untuk tanah yang keras dan berbatu

  • 8/14/2019 kerja-kerja cerucuk

    13/15

    55

    Apabila penanaman di buat di kawasan yang keras dan berbatu seperti batu

    kapur , maka penanaman yang terlalu kaut atau overdriving perlu dielakkan. Oslo

    point sesuai digunakan kerana ia dapat memberi sifat stand-off kepada cerucuk

    dimana lapisan batu tersebut dapat di rasa sebelum cerucuk sampai kepadanya.

    Tujuan sepatu digunakan adalah untuk :

    I. Memudahkan cerucuk diletak pada tanda yang di buat.

    II. Memudahkan cerucuk masuk ke dalam tanah semasa dilantak.

    III. Memecahkan batuan atau bahan yang terdapat di dalam tanah semasa kerjamelantak di buat serta memudahkan pergerakan pada bahagian yang lebih

    keras

    .

  • 8/14/2019 kerja-kerja cerucuk

    14/15

    56

    4.11 JENTERA CERUCUK YANG DI GUNAKAN DALAM PROJEK

    Jentera cerucuk yang dalam projek ini adalah dari jenis Hydraulic JackingDi mana beratnya adalah 60 Tan 30 Tan. Mesin ini menggunakan kuasa

    hidraulik untuk membenamkan cerucuk ke dalam tanah. Mesin ini sesuai di

    gunakan untuk projek di kawasan hospital kerana ia tidak mengeluarkan bunyi

    bising dan tiada gegaran yang kuat seperti jentera cerucuk lain. Jentera cerucuk

    ini hanya sesuai digunakan di kawasan yang rata. Ia juga di kendalikan tetapi

    memerlukan tenaga mahir. Jentera cerucuk ini mempunyai cara set yang berbeza

    dengan jentera cerucuk yang lain di mana setelah mencapai kedalaman yang

    maksimum, meter pada jentera tersebut akan naik dan ia akan berhenti padatakat tertentu.

    Rajah 4.9 Jentera yang di gunakan untuk menanam

    cerucuk ( Hydraulic Jacking)

  • 8/14/2019 kerja-kerja cerucuk

    15/15

    57

    4.12 KOMEN DAN CADANGAN

    4.12.1 Komen

    Daripada pandangan saya kerja-kerja cerucuk merupakan salah satu kerja

    yang sukar dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana setiap

    pembinaan cerucuk kita perlu berhati-hati kerana jika bangunan yang dibina

    terlalu besar dan terlalu tinggi di man daya tolakkan angin akan memberi kesan

    negatif terhadap bangunan tersebut dan kemungkinan berlaku

    keruntuhan,keretakan atau bangunan itu tidak akan selamat untuk jangka masa

    panjang.

    4.12.2 Cadangan.

    Bagi cadangan saya ialah kerja cerucuk ini harus dipertingkatkan mutu

    perkerjaannya dan cara-cara pengunaannya alatan harus dititik beratkan oleh

    kontraktor agar setiap pembinaan atau penanaman cerucuk dapat dijalankantanpa berlaku permasaalahan dan bangunan yang hendak dibina tidakakan

    mendapat kesan negatif pada masa akan datang.