kerja kursus georafi 2013

19
penghargaan Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua SMK ELOPURA 2 iaitu Puan Poh Siew Boon,kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Guru Geografi saya,Puan Zalini yang sentiasa memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga saya ingin tujukan kepada kepada ibu saya iaitu,Puan Patimah Bt. Rahim kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu A.Rasyidin,Mohd Fahmi,Pg. Mohd Azizi,Mohd Syafiq dan M.Sharizan yang telah banyak bekerjasama dan membantu saya untuk menyiapkan tugasan tersebut. Akhir sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk tempatan yang memberi maklum balas semasa kajian ini dijalankan. Mohammad Faslan B. Jouppeip

description

penghargaan-dapatan kajian

Transcript of kerja kursus georafi 2013

Page 1: kerja kursus georafi 2013

penghargaan

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua SMK ELOPURA 2 iaitu Puan Poh Siew Boon,kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Guru Geografi saya,Puan Zalini yang sentiasa memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya semasa kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga saya ingin tujukan kepada kepada ibu saya iaitu,Puan Patimah Bt. Rahim kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu A.Rasyidin,Mohd Fahmi,Pg. Mohd Azizi,Mohd Syafiq dan M.Sharizan yang telah banyak bekerjasama dan membantu saya untuk menyiapkan tugasan tersebut.

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk tempatan yang memberi maklum balas semasa kajian ini dijalankan.

Mohammad Faslan B. Jouppeip

Page 2: kerja kursus georafi 2013

Kawasan kajian  

Kampung karamunting terletak di kawasan Batu Sapi Sandakan,Sabah.Saya memilih

kawasan Kampung Karamunting sebagai kawasan kajian adalah kerana saya sudah biasa

dengan kawasan ini dan ia dapat memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan

penduduk di sini. Keluarga saya telah tinggal di kawasan ini selama 25 tahun.Kesemua adik

beradik saya telah dilahirkan dan dibesarkan di sini.

Sejarah kampung karamunting ialah nama kampung tersebut yang diambil sempena nama

pokok karamunting atau nama saintifiknya ‘‘Rhodomyrtus Tomentosa’’yang banyak terdapat

di sekitar kawasan tersebut.Asal usul pokok tersebut ialah dari Asia tenggara dan China

Selatan.Ia merupakan pokok saka yang biasanya tumbuh hingga 2 meter,berdaun warna hijau

dan berkilat,berpasangan,ringkas serta berbentuk bujur lonjong kira-kira 3 inci panjangnya.

Jarak antara kampung karamunting ini dengan pusat Bandar Sandakan kira-kira 5km.Kadar

tambang pula dari pusat Bandar ke kawasan kajian antara RM 1.30 hingga RM 1.50.

Saya telah mengambil masa dari bulan Februari hingga bulan Jun untuk menyiapkan kajian

ini. Menerusi kajian ini, saya telah mendapat banyak maklumat yang berguna tentang

kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan tempat tinggal saya. Ini merupakan suatu

pengalaman yang menarik dan menyeronokkan terutama semasa mengumpul dan

mendapatkan data serta maklumat untuk kajian ini.

Mohammad Faslan B. Jouppeip

Page 3: kerja kursus georafi 2013

Pendahuluan

Nama saya ialah Mohd Faslan Bin Jouppeip,Saya adalah pelajar tingkatan 3 Ibnu Sina di

Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura 2.Saya telah menjalankan kerja kursus Geografi

yang bertajuk Pengangkutan Awam di Kampung Karamunting.Saya memilih tajuk ini kerana

pengangkutan awam amat penting di kawasan kampung karamunting.

Untuk menjalankan kajian ini,guru Geografi kami telah memberi arahan agar kerja kursus ini

dibuat secara individu.Saya menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan.Masa yang

diperuntukkan untuk menyiapkan laporan ini ialah dari bulan Februari hingga bulan Jun.

Mohammad Faslan B. Jouppeip

Page 4: kerja kursus georafi 2013

Objektif kajian

Antara objektif-objektif kajian yang ingin saya capai melalui tugasan ini iaitu pengangkutan

awam di Kampung Karamunting,Sandakan Sabah ialah:-

Mentakrifkan konsep pengangkutan awam di kampung karamunting

Mengenal pasti dan menerangkan jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan

kampung karamunting

Menghuraikan kepentingan pengangkutan awam di kampung karamunting

Menyatakan dan menghuraikan masalah pengangkutan awam di kampung

karamunting

Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan

awam di kampung karamunting

Menyatakan penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

Mohammad Faslan B. Jouppeip

Page 5: kerja kursus georafi 2013

Senarai kandungan

Tajuk Muka suratPenghargaan

Pendahuluan

Objektif kajian

Kawasan kajian

Kaedah kajian

Dapatan kajian

Rumusan

Rujukan

Lampiran

Mohammad Faslan B. Jouppeip

Page 6: kerja kursus georafi 2013

Kaedah kajian

Saya menggunakan pelbagai kaedah untuk menjalakan kajian ini.Antaranya ialah:-

a) Soal selidik:saya juga telah membuat soal selidik tentang permasalahan masyarakat sekitar di kawasan kajian terhadap pengangkutan awam.

b) Rujukan :Bagi melengkapkan lagi tugasan kerja kursus ini,saya telah merujuk beberapa laman web bagi mencari pelbagai info terhadap pengangkutan awam di kawasn kajian.

c) Temu bual:Saya juga mengumpulkan maklumat dengan menemu bual pemandu bas-bas mini serta beberapa orang penduduk tempatan di kawasan kajian.

d) Pemerhatian : Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti jenis pengangkutan awam yang melalui kawasan kajian saya.

Mohammad Faslan B. Jouppeip

Page 7: kerja kursus georafi 2013

“Tajuk”-

Mohammad Faslan B. Jouppeip

Pengangkutan awam di kampung karamunting Sandakan,Sabah

Page 8: kerja kursus georafi 2013

Peta daerah Sandakan,Sabah

Mohammad Faslan B. Jouppeip

Page 9: kerja kursus georafi 2013

Mohammad Faslan B. Jouppeip

Dapatan kajian

Page 10: kerja kursus georafi 2013

8.1 Konsep pengangkutan awam

Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana

penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut

secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel/kereta api dan bas, definasi yang

lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi, beca dan

sebagainya iaitu mana-mana sistem yang mengangkut orang awam.

Pengangkutan awam biasanya menawarkan perkhidmatan berjadual dan dalam laluan tetap

tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan

di antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat membeli-belah atau institusi pendidikan.

Mohammad Faslan B. Jouppeip

Page 11: kerja kursus georafi 2013

8.3 kepentingan perkembangan pengangkutan awam

Setelah membuat pemerhatian,saya telah mendapati beberapa kepentingan pengangkutan

awam di kampung karamunting iaitu:-

Mengangkut barangan

Perkhidmatan teksi juga mengangkut barangan seperti bungkusan akhbar/majalah dan

barang-barang lain atas permintaan pelanggan untuk dihantar ke destinasi yang diingini

secara sewa.

Mengangkut penumpang

Seawal jam 5.00 hingga 6.00 pagi, perkhidmatan bas sekolah (tambang bulanan) dan bas-

bas Mini telah mengangkut penumpang yang terdiri dari pelajar sekolah,pekerja dan

orang awam untuk pergi ke destinasi yang dituju.

Peluang pekerjaan

Tidak dinafikan perkembangan pengangkutan awam seperti bas-bas mini telah

menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar seperti bekerja sebagai

pemandu bas ataupun atendan bas.

Sumber pendapatan

Perkhidmatan bas/van sekolah (tambang bulanan) yang mengenakan tambang antara

RM50 sebulan atau RM 1 sehari bagi seorang penumpang (pelajar) menjadi sumber

pendapatan utama kepada pemilik bas/van sekolah.

Mohammad Faslan B. Jouppeip

Page 12: kerja kursus georafi 2013

Saya amat bersyukur kerana pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi

banyak faedah dari segi mobiliti, kos dan masa kepada penduduk setempat.selain itu

juga,masyarakat setempat turut bersyukur dengan adanya pengangkutan awam yang

memberi kemudahan asas bagi kehidupan mereka.

Mohammad Faslan B. Jouppeip

Page 13: kerja kursus georafi 2013

8.4 Masalah perkembangan pengangkutan awam

Melalui kaedah soal selidik,saya telah mendapati beberapa masalah terhadap

perkembangan pengangkutan awam di kampung karamunting iaitu:-

Tambang mahal

Sesetengah pengangkutan awam seperti teksi dan bas-bas mini mengenakan bayaran yang

agak tinggi kepada para penumpang.Sikap sesetengah pihak tertentu yang menaikkan

tambang bas seharusnya dikenakan tindakan yang sewajarnya.Oleh itu, perkhidmatan

teksi hanya menjadi pilihan ketika keadaan terdesak seperti hendak ke pejabat dan

mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Kos bahan api meningkat

Harga petroleum yang semakin meningkat menyebabkan tambang pengangkutan awam

seperti teksi, bas ekspres, bas sekolah dan van meningkat. Anggaran perbelanjaan bulanan

untuk tambang bas/van sekolah ialah antara RM50 hingga RM100 bagi seorang

penumpang.keadaan ini membebankan pengguna pengangkutan awam terutamanya

kepada pengguna yang berpendapatan rendah untuk menyara hidup keluarga.

Kenderaan lama

Perkhidmatan bas samada bas-bas mini atau van sekolah yang telah berdaftar 10 hingga

15 tahun dikategorikan sebagai kenderaan lama. Tempat duduk dan kondisi bas juga tidak

selesa.Ini menyebabkan penumpang merasa tidak selesa dan risiko untuk kemalangan

juga tinggi.

Mohammad Faslan B. Jouppeip

Page 14: kerja kursus georafi 2013

Pencemaran udara

Pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel merupakan

penyumbang berlakunya pencemaran udara. Udara dicemari dengan gas karbon monosida

dan asap hitam yang mencemarkan udara.Hal ini menyebabkan berlakunya masalah

seperti jerebu yang menyebabkan katarak mata kepada masyarakat serta kadar

kemalangan jalan raya juga meningkat akibat kadar penglihatan pemandu yang terhad.

Pencemaran bunyi

Keadaan bas/van yang telah tua/lama boleh menimbulkan suasana yang membingitkan

telinga dengan bunyi enjin kenderaan yang bising atau kuat. Situasi ini boleh

mengganggu ketenangan penumpangnya.

Keselamatan penumpang terancam

Pemandu bas atau teksi sering memandu secara merbahaya.Sebagai contoh,mereka

berlumba-lumba untuk mendapatkan penumpang lalu tidak menghiraukan keselamatan

orang lain.Selain itu juga,kes-kes seperti rogol,bunuh dan ragut telah banyak berlaku

disebabkan pemandu bas atau teksi menurunkan penumpang di tempat yang tidak

selamat.Oleh itu, Nilai bertanggung jawab wajib ada pada setiap pemandu pengangkutan

awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu.

Mohammad Faslan B. Jouppeip

Page 15: kerja kursus georafi 2013

8.5 Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan

pengangkutan awam

Saya akan menghuraikan 4 cadangan untuk mengurangkan masalah-masalah perkembangan

pengangkutan awam yang saya terangkan sebelum ini

Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti)

Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel.

Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat

dikurangkan.

Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam

pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara

lebih-lebih lagi di kampung karamunting ini yang majoriti terdapat banyak kilang-kilang

perindustrian.

Penapis asap /Catalytic converter

Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi

yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini,

asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.

Mohammad Faslan B. Jouppeip

Page 16: kerja kursus georafi 2013

Kuat kuasa undang-undang

Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan yang

berulang-ulang. Denda atau penjara seperti boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut atau

kedua-dua nya sekali.

Kursus pemanduan berhemah

Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh

tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas atau pihak kerajaan boleh

mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan

memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan

mematuhi peraturan jalan raya.

Mohammad Faslan B. Jouppeip