Kerja Kursus Ikan Hiasan

download Kerja Kursus Ikan Hiasan

of 38

description

Ikan hiasan

Transcript of Kerja Kursus Ikan Hiasan

Isi kandungan

Bil.PerkaraMuka Surat

1Pengenalan2

2Bahan dan Keperluan3-34

3Bajet dan Anggaran Kos Perbelanjaan35

4Rekod Penjagaan Harian36-37

5Refleksi38-39

6Rujukan40

7Lampiran

1.0 PENGENALAN

Ikan adalah anggota vertebrata poikilotermik (berdarah dingin) yang hidup di air dan bernapas dengan insang. Ikan merupakan kelompok vertebrata yang paling beraneka ragam dengan jumlah spesies lebih dari 27,000 di seluruh dunia. Secara taksonomi, ikan tergolong kelompok paraphyletic yang hubungan kekerabatannya masih diperdebatkan; biasanya ikan dibagi menjadi ikan tanpa rahang (kelas Agnatha, 75 spesies termasuk lamprey dan ikan hag), ikan bertulang rawan (kelas Chondrichthyes, 800 spesies termasuk hiu dan pari), dan sisanya tergolong ikan bertulang keras (kelas Osteichthyes) Ikan kategori ini dikenali sebagai ikan hiasan. Tujuannya dipelihara untuk menceriakan kawasan di sudut rumah, pejabat atau kelas. Ini juga memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam akuatik. Bolehkah kamu menamakan beberapa jenis ikan hiasan yang dipelihara lazimnya di dalam akuarium? Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan. Bahkan, boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan.

Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish diperingkat antarabangsa merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan hiasan diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai spesis ini mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi memelihara ornamental fish ini, seseorang individu itu hendaklah mempunyai serba sedikit ilmu mengenai penjagaannya seperti kualiti air, cara pemberian makanan, proses pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi supaya tidak berlaku kematian atau kecederaan pada ikan dalam waktu yang singkat. Pengetahuan ini dapat mengelak keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan ikan hiasan tersebut.

Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.

2.0 MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR I KAN

Sisik

Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit .

Sirip

Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.

Garis lateral

Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

Insang

Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

3.0 LANGKAH AWAL SEBELUM MEMELIHARA IKAN HIASAN

Kebiasaannya sebelum sesuatu hobi dimulakan, kita perlu untuk memikirkan beberapa perkara penting untuk mengelakkan dari pembaziran apatah lagi apabila sesuatu hobi itu memerlukan belanja yang agak besar. Walaupun hobi memelihara ikan ini tidak melibatkan belanja yang tinggi, kita masih perlu merancang supaya hobi baru yang kita ceburi ini boleh mendatangkan manfaat.

Perkara-perkara yang perlu diambil kira sebelum memelihara ikan hiasan ialah mempunyai ilmu yang mencukupi. Kita perlu mengambil berat mengenai apa yang akan kita lakukan. Oleh itu, tujuan pemeliharaan ikan perhiasan kita boleh memulakan dengan membaca buku mengenai pemeliharaan ikan ataupun bergaul dengan mereka yang telah lama memelihara ikan perhiasan. Sangat penting untuk mengetahui cara penjagaan ikan hiasan supaya apa yang dilakukan tidak gagal dan mendatangkan kerugian. Selain itu, ia juga sebagai penambahan ilmu kepada kita.

Tempat yang sesuai untuk memelihara ikan juga perkara yang perlu diambil kira sebelum memelihara ikan hiasan. Jika kita menggunakan akuarium kaca, pastinya akuarium itu sangat berat. Kita perlu menyediakan tempat yang sesuai yang berdekatan dengan punca air dan punca elektrik. Ini memudahkan kita untuk menukar air dan menghidupkan lampu dan motor pam penapis air. Malahan ia juga memudahkan kita untuk melakukan penyelenggaraan mingguan dijalankan.

4.0 JENIS JENIS IKAN HIASAN

4. 1 IKAN GUPPY

Ikan Guppy (Poecilia veticulata) boleh didapati di perairan Venezuela, kepulauan Barbados dan Trinidad, utara Brazil dan Guyana.

Ikan betina mencapai saiz 6.0cm dan ikan jantan 3.0cm.

Ikan jantan mempunyai pelbagai warna dan bentuk serta menjadi bahan pemerhatian dan kajian genetik. Ciri-ciri:

a. dapat hidup dalam air kotor.

b. membiak secara beranak.

c. sangat subur, aktif dan dapat berkembang dalam keadaan terkurung.

d. boleh mengambil pelbagai jenis makanan.

e. cepat matang dan kurang penyakit.

f. dapat hidup dalam suhu air 60-1000F.

g. tidak bergaduh dan tidak merasa takut atau malu.

Warna ikan jantan lebih cantik dan menarik. Sirip dorsal dan caudal diubahsuai untuk mencantikkan lagi. Induk jantan polygamous iaitu mengawan dengan beberapa ekor induk betina.

Ikan ini mengeluarkan anak yang menetas daripada telur yang disenyawakan dalam perut induk betina.

Benih lembaga (embryo) berkembang daripada telur yang tersenyawa tanpa mengambil makanan daripada induk betina.

Induk jantan mempunyai gonopodium iaitu organ intromittant yang diubahsuai jalur (ray) keempat, kelima dan keenamnya di sirip anal.

Sperma mensenyawakan telur di dalam rongga ovari (ovarium cavity), dimana telur ini akan menetas dan anak-anak ikan akan hidup bergantung kepada yolk-sac sehingga tiba masa kelahirannya.

Telur-telur mengambil masa 30-40 hari sebelum anak-anak dikeluarkan daripada perut betina.

Apabila dilahirkan anak-anak ikan sudah boleh berenang bebas dan memakan bahan-bahan makanan yang terdapat di dalam air.

Kebanyakannya membiak tanpa musim dan anak dihasilkan sepanjang tahun.

Induk betina boleh menyimpan sperma di oviduktus.

Satu pengawanan (mating) dapat menghasilkan 4 atau 5 kumpulan anak. Ikan-ikan dalam kumpulan ini memerlukan air yang agak masin untuk membiak dengan subur.

Apabila sirip anal ikan jantan mulai tajam, ia diasingkan daripada betina.

Ikan betina yang besar dan sihat dipilih sebagai induk.

Apabila ikan betina ini matang ia dipasangkan dengan bapanya. Anak-anak ikan yang terhasil daripada pasangan ini diasingkan antara jantan dan betina.

Ikan betina yang dipilih daripada kumpulan ini dipasangkan pula dengan datuknya. Ini dilakukan seterusnya sehingga strain yang dikehendaki diperolehi.

Setiap kali kumpulan anak dihasilkan pemilihan terhadap strain yang dikehendaki dijalankan dan strain yang tidak dikehendaki dibuang

4.2 IKAN EMAS

Pembiakan ikan Emas dijalankan dengan meluas di Negeri Johor, Perak dan Pulau Pinang.

Jenis yang terdapat di pasaran termasuklah Oranda, Pearlscale, Comet, Pompom, Moor, Teleskop, Lionhead dan Ranchu.

Perbezaan antara Ikan Emas Jantan dan Ikan Emas Betina

Ikan jantan lebih kurus (slender) berbanding dengan ikan betina yang gemuk dan bulat (rounded).

Ikan jantan juga dikenali daripada sirip pektoralnya yang terdapat biji mutiara kecil. Biji-biji ini jelas kelihatan setelah ikan matang atau pada musim pembiakannya. Untuk menjaga ikan emas, ikan perlulah dipelihara di dalam: kolam tanah berukuran 0.01 - 0.1 hektar, atau

tangki simen berukuran 5m x 5m x 0.3m.

Makanan yang diberikan:

pellet yang mengandungi 30-35% protein.

sisa gandum yang diadun bersama fish meal, diberi 2 kali sehari.

Induk yang diternak di dalam tangki simen biasanya diberi makanan yang tidak mengotorkan air seperti pellet timbul, Moina sp, cacing tubifex atau cacing darah (blood worm).

Pembiakan ikan emas

Sebelum pembiakan, induk jantan dan betina diasingkan selama seminggu.

Pembiakan biasanya dijalankan pada waktu pagi.

Tangki 2m x 2m dan kedalaman 0.3m diisi air yang telah disimpan selama 3 hari.

Kiambang (Eichornia crassipes) dijadikan media untuk mengumpul telur.

Akar kiambang tersebut dibersih dan direndamkan dalam 20ppm larutan metilene biru selama 10-15 minit sebelum digunakan.

Di dalam tangki pembiakan, 10 pasangan induk dilepaskan.

Ikan mulai mengawan pada waktu malam atau awal pagi.

Telur yang dihasilkan terlekat pada akar kiambang.

Keesokannya induk-induk dikeluarkan daripada tangki pembiakan.

Telur tersenyawa ditetaskan dengan diberi pengudaraan dan aliran air. Ia menetas dalam tempoh 30 - 35 jam.

Anak-anak yang baru menetas yang masih diperingkat yolk-sec bergantung pada akar kiambang sehingga 3 hari dan tidak perlu diberi makan.

4.3 IKAN TIGER BARB

Berasal dari India, Malaysia, sebahagian Negeri China dan Afrika. Jenis maserba kecuali beberapa spesies seperti Lampan Sungai (Puntius swanenfeldii) dan Lampan Siam (Puntius altus) ialah jenis maun. Boleh menyesuaikan diri dalam semua kualiti air.

Ternakan di dalam akuarium (jenis yang kecil) memerlukan sistem penapisan dan pengudaraan.

Spesies Ikan Barb: Tiger Barb (Barbus tetrazona)

Tiger barb tempatan (Barbus pentazone)

Golden Barb (Barbus schuberti)

Cherry barb (Barbus conchonius)

Black Ruby barb (Barbus nigrofasciatus)

Rosy barb (Barbus conchonius)

Jenis-jenis baru yang laris di pasaran ialah:

'Green barb' - belang besar berwarna hijau berkilat.

'Albino barb' (spesies 'Tiger barb') - berwarna kemerah-merahan.

'Rosy barb' - mempunyai sirip dorsal, ventral dan ekor panjang ('long-finned Rosy Barb'

Perbezaan Ikan Tiger Barb jantan dan betina

Ikan Tiger Barb JantanIkan Tiger Barb Betina

1) Warna ikan jantan lebih cerah

2) Perut ikan jantan berbentuk langsing apabila mencapai kematangan.

3) Ikan jantan lebih agresif.

1) Warna ikan betina agak pucat.2) Setelah mencapai kematangan ikan betina mempunyai perut yang lebih buncit3) Kurang agresif.

Penjagaan Ikan Tiger Barb

Peringkat yolk-sec mengambil masa selama 3 hari.

Pada hari ke-4 anak ikan diberi makanan air hijau (green water) yang mengandungi hidupan seni zooplankton daripada jenis Rotifer dan Brachionus.

Apabila berumur seminggu, anak ikan diberi makan Moina sp.

Apabila berumur 2 minggu, anak ikan diternak di dalam kolam asuhan dan diberi makanan tambahan seperti pellet halus. Baja perlu ditambah ke dalam kolam asuhan.

4. 4 IKAN ANGEL

Ikan Angel boleh membesar sehingga 15cm.

Ikan ini disukai kerana tahan lasak.

Makanan utama ialah Blood worm, Daphnia sd, Moina sp, Jejentik dan Pelet.

Ciri-ciri ikan Angel (Pterophyllum sclare): Bahagian atas kepala berwarna coklat kehitaman.

Warna bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat.

Tubuhnya pipih dan hujung mulutnya tajam.

Sirip dorsal dan anal terbuka lebar ke arah ekor.

Bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih.

Perbezaan ikan angel jantan dan ikan angle betina

Ikan jantan: Ikan betina:

Badan lebih besar.

Pada pandangan atas, perutnya pipih dan kepala lebih besar.

Bahagian atas antara mulut dan sirip dorsal (dahi) berbentuk cembung. Warna lebih terang.

Liang genital kecil panjang. Lebih agresif.

Badan lebih kecil.

Pada pandangan atas, perutnya besar dan kepala lebih kecil.

Bahagian antara mulut dan sirip dorsal rata.

Warna tidak secerah ikan jantan.

Liang genital lebih tebal apabila matang.

Kurang agresif.

Cara penjagaan Ikan Angel

Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium. pH air antara 6.5 hingga 7.0.

Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang 7.5cm. Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang diberi 2 kali sehari. Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya sendiri. Pembiakan Ikan Angel Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium.

pH air antara 6.5 hingga 7.0.

Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang 7.5cm.

Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang diberi 2 kali sehari.

Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya sendiri.

Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium.

4.5Ikan Pembersih/Ikan Bandaran

Contoh ikan pembersih bersaiz sederhana

Ikan pembersih ini dikenali juga sebagai ikan bandaran atau ikan bandaraya kerana sifatnya yang dapat membersihkan akuarium, terutamanya cermin akuarium. Ikan ini memakan sisa-sisa makan dan juga bahan kumuh ikan hiasan. Kebiasaannya akuarium yang mempunyai ikan pembersih ini kelihatan lebih bersih berbanding dengan akuarium ikan hiasan tanpanya walaupun tidak dibersihkan (cermin) selama beberapa minggu.

5.0 MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN

Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.Pemakanan ikan Hiasan

Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya.

Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.

a.Makanan hidupMakanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

Blood wormUlat roti

PlanktonPlankton

b.Makanan kering

Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

c.Makanan basah

Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.

d.Makanan rumusanMakanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Ianya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan.

PelletEmping

6.0 MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN

Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut:

Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk

Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.

Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

Antara penyakit ikan hiasan ialah:

a. Penyakit rintik putih

Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

b. Penyakit kulat

Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

c.Penyakit bakteriaIkan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

Penyakit-penyakit ikan dan ubat.

BilPenyakit

Sebab / KesanUbat

1Jangkitan bakteriaDikesan apabila matanya kabur, ekornya layu, kulitnya serba tak kena atau berwarna merah, dan nafasnya kencang.Tetracycline atau MarOxy

2Ekor layuSelalunya akibat tertekan dan keadaan air yang teruk. Kadangkala akibat daripada jangkitan bakteria.Aquarisol atau akuarium bergaram

3Badan berkulatBenda keputihan yang melekit tergantung menyelubungi badanMaracyn atau

Furacyn

4SembelitDikesan apabila ikan betta mengambil masa yang lama untuk membuang najisnya atau najisnya tergantung lama dan tidak jatuh. Ini akibat ikan diberikan makanan berkanji kering dan kurang kepelbagaian makananMakan bersukat atau diberi makanan yang dibeku/hidup

5DropsyPembentukan bendalir yang keterlaluan dalam badan. Akibatnya ikan hilang selera makan, bengkak badan, sisiknya teruk dan kelihatan lembap. Selalunya menyebabkan kematian.Tetracycline

6Ekor memburukKerana bakteria di luar. Akibatnya ekor semakin memburuk, pecah serta berbulu.BettaMax atau MelaFix

7Mulut berkulatMulut betta kelihatan ditumbuhi benda putih atau kelabu.Penyingkir kulat atau Furanase

8Penyakit insangTidak mengembang dan insang berwarna merah atau berkilau. Ikan akan 9selalu berada di permukaan atas bekas apabila dijangkitiMaracyn

9Lubang di kepalaTerdapat lubang kecil pada kepala ikan bettaHexamit

10IchPenyakit berjangkit. Dikesan melalui bintik putih kecil yang menyelubungi badan ikan.Aquarisol atau rawatan cepat

11ParasitParasit kecil seperti cacing sauh melekat pada badan ikan betta dan menyebabkannya menggosokkan badannya pada sesuatu benda untuk membuangnya.CopperSafe atau fluke tab

12Tiada selera

MakanDikesan apabila ikan betta menjadi lembap dan murung.BettaMax

13Penyakit mataMatanya membesar, mengabur atau mungkin tertonjol keluarMaracyn

14Berenang dengan

HodohDikesan apabila ikan betta berenang mengereng ke sisi, menggeselkan perutnya atau selalu berada di permukaan bawah bekas. Penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut.Tiada ubat, tetapi jika diberi makan selalu, ia mungkin dapat membantu

15Fish liceDijangkiti bakteria yang menyebabkan bintik berwarna merah seperti demam campak pada badan atau ekor ikanCopperSafe atau akuarium bergaram

16VelvetPenyakit yang selalu dihadapi oleh anak ikan pelaga. Penyakit yang berjangkit dan boleh membawa maut. Dikesan apabila terdapat bintik coklat atau warna karat pada badan dan warna badannya semakin pudar. Jika diteliti dengan betul dapat diperhatikan bahawa badannya telah ditumbuhi kulat.Akriflavin aquarisol CopperSafe, Had- A-Snail atau garam mengikut sukatan

7.0BAHAN DAN KEPERLUAN

Alat kelengkapan dan bahan serta ciri-cirinya :Akuarium/bekas

Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan buatan dan pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan:

saiz akuarium;

bentuk akuarium;

bahan buatan akuarium;dan

jenis ikan berdasarkan saliniti air di habitat asli ikan.

Saiz akuarium.

Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah, saiz akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana dan akuarium besar. Garis panduan yang digunakan di Amerika Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter), akuarium sederhana antara 20 hingga 40 gelen isipadu air ((100-200 liter), dan akuarium besar antara 50 hingga 180 gelen air (250-900 liter)Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh terlalu besar sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat menampung satu ekosistem penuh seperti ekosistem hutan kelp (kelp ialah rumpai laut gergasi, rumpai laut paling besar di dunia).

Bentuk akuarium.

Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Di Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun begitu, bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium empat segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium), akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata (flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical aquarium) dan akuarium silinder (cylindrical aquarium). Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di Malaysia. Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin popular di Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk kubus sebagai namanya.

Rajah 1: Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat sama (A), berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama(D) separa silinder (E) dan silinder (F)

Bahan buatan akuarium.

Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium:

akuarium kaca (glass aquarium); dan

akuarium akrilik (acrylic aquarium).

Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak. Di samping itu, kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai antara satu sama lain akibat percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat dan menyukarkan kerja-kerjapengurusan akuarium.

Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik lebih juat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam berbagai bentuk.Sistem penapis

Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium (Rajah 2). Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini mengeluarkan bahan partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air, kotoran ini akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan ammonia dalam air (ammonia melebihi paras tertentu menjadi racun kepada ikan). Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem penapisan biologikal dan sistem penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Sistem penapisan mekanikal pula menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis dan media penapisan untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem penapisan, setelah ditapis air kembali bersih dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus menerus.

Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering ump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama penapis akuarium di jual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible filtering pump).

Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis. Penapis biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media penapisan. Media penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas atau serabut, umumnya dipanggil kapas penapis (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat daripada bahan sintetik seperti polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis air yang dihantar oleh pam penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media penapisan manakala air yang sudah bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses penapisan ini berjalan terus menerus selagi pam penapis digerakkan.

Rajah 2: Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A), penapis (B) dan kapas penapis, sejenis media penapisan (C).

Sistem pengudaraanSistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi (Rajah 3). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan injap-injap akuarium(aquarium valves).

Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air. Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu udara dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi, udara yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium, membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.

Rajah 3: Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A), batu udara (B) dan tiub udara (C).

AksesoriAksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium dapat berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam akuarium tersebut.

Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah:

membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan;

mempastikan pH air pada tahap optima;

memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan makanan dapat dipam keluar daripada akuarium;

mempastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih dan bersih; dan

lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium disamping sebagai sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium.

Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan beberapa alat sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah akuarium ialah:

aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium;

aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium;

aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium;

tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung; dan

pasir untuk lantai akuarium.

Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari.

Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya.

Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang cahaya lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik ialah akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat luxmeter boleh digunakan untuk mengukur kuantiti cahaya dalam unit lux. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan 5000 lux cahaya manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux.

Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen (fluorescent tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah 4). Lampu jenis ini dibuat dalam berbagai spektrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen juga boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis tungsten dan halogen tidak begitu sesuai. Lampu jenis-jenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang sesuai untuk tumbuhan.

Rajah 4: Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan akuarium-akuarium yang diberi cahaya (B dan C).

8.0Tumbuhan akuatik

Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium. Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghisai akuarium ikan hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran yang muncul daripada industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies tumbuhan akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan dan luar negeri. Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah: kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium. sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak tahap pencahayaan akuarium tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium. kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium.

Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut, misalnya tidak dapat hidup di air tawar dan sebaliknya.Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi dengan tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Oleh itu, pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan tumbuhan atau sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan peliharaan.Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan.

Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara dalam sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta tahan lasak dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas kualiti air. Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air akuarium.

Fungsi tumbuhan akuatik dalam akuarium

Fungsi utama tumbuhan akuatik ialah untuk menghias dan mencantikkan akuarium. Akuarium berpokok (planted aquariums) sudah tentu kelihatan lebih cantik dan unik daripada akuarium tanpa tumbuhan. Fungsi kedua tumbuhan akuatik ialah ia boleh membekalkan oksigen kepada air akuarium, namun ini bukan fungsi penting kerana sistem pengudaraan akuarium sudah cukup memberikan oksigen. Ketiga ialah peranan tumbuhan dalam menyerap bahan bernitrogen terutamanya nitrat dalam air.

Jenis-jenis tumbuhan hiasan akuarium

Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah Hydrilla verticilata, beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan Anubias sp. Hydrilla sangat mudah dijaga manakala Cabomba sp, Hygrophila sp dan Anubias sp agak tahan lasak dalam akuarium. Lain-lain spesies termasuklah Bacopa sp, Azolla sp, Aponogeton sp dan Callitriche sp. Jadual 1 memberikan senarai beberapa tumbuhan akuatik yang terdapat dalam pasaran.

Jadual 2: Beberapa Spesies Tumbuhan Akuatik untuk Hiasan Akuarium

Spesis

1.Anubias sp

2.Aponogeton sp

3.Azolla sp

4.Bacopa sp

5.Cabomba sp

6.Hydrocotyle sp

7.Hygrophila sp

8.Hydrilla verticiliata

9.Elodea sp

9.0 CARA MEMBERSIHKAN AKUARIUM DAN AKSESORI

Basuh akuarium dan aksesori dengan menggunakan air .

Tanggalkan setiap kotoron.

Kemudian, cuci akuarium dan aksesori dengan larutan garam.

Bilaskan dengan air bersih.

Keringkan.

10.0MENGHIAS AKUARIUM

Akuarium merupakan bekas atau tempat untuk mempamerkan ikan hiasan.Untuk memastikan keadaan akuarium kelihatan lebih menarik,beberapa langkah perlu diambil.Berikut adalah beberapa langkah yang perlu diambil :

bersihkan bekas terlebih dahulu

pasangkan penapis

masukkan pasir atau batuan

masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas

masukkan aksesori yang dikehendaki

masukkan tumbuhan hiasan

masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya

pasang dan hidupkan pam, biarkan selama 2 jam

masukkan ikan hiasan

11.0 CARA MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM

Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.

Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam akuarium.

Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg plastik.

12.0Anggaran Kos Perbelanjaan

BAHAN DAN ALATANKOS SEUNIT (RM)KUANTITIJUMLAH (RM)

Ikan Emas3.50414.00

Ikan Angle Fish2.0024.00

Ikan Moon Fish1.0044.00

Ikan Bandaran3.0013.00

Aqua Plant Plastik ( besar )6.00212.00

Aqua Plant Plastik ( kecil )3.00412.00

Batuan kecil ( kilo )Batuan besar ( kilo )3.50517.50

3.50310.50

Hiasan ( kapal dan tong )15.00115.00

Background akuarium6.0016.00

Tiub 3 kaki1.0011.00

Lampu10.50110.50

Tunggul kayu4.0014.00

Polisterin3.0013.00

Akuarium kaca25.00125.00

Makanan ikan2.5012.50

Anti Klorin1.0011.00

JumlahRM 145.00

13.0Jadual Penyeliaan / Penjagaan akuarium.

Bagi memastikan akuarium dan hidupan ikan selesa dan selamat beberapa langkah penjagaan serta penyeliaan akuarium perlu dilakukan agar akuarium terjaga. Jika tidak akuarium kotor dan boleh menyebabkan ikan mati. Disiplin penjagaan ini perlu dibuat sepanjang masa. Berikut disenaraikan beberapa langkah dan tugasan yang perlu dilakukan oleh setiap peminat ikan dan akuarium.BilTugasanTindakan

1Membersihkan akuarium /tukar air (1/3)Seminggu sekali

2Beri makanan2 kali sehari

3Periksa kesihatan ikanSeminggu sekali

4Tukar @ basuh penapis / spanSeminggu sekali

5Periksa lampuSebulan sekali

6Keselamatan akuariumSepanjang masa

7Periksa pamSepanjang masa ikut kesesuaian

Penjagaan harian

Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.

Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan.

Ikan yang mati perlu dibuang.

Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik.

Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan

Penjagaan mingguan

Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak atau bahagian dari isipadu tangki.

Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi

Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.

Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu.

Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.

Cucikan kapas penapis dengan air bersih.

Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.

Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

14.0RefleksiAssalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian RBT 3120E saya. Saya Anas bin Abd Malik sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika rakan sekumpulan, pensyarah tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Setelah menyelesaikan tugasan yang diberikan saya berasa sangat teruja dan gembira kerana saya tidak menyangka buat pertama kalinya saya telah memelihara ikan hiasan di dalam akuarium. Saya dan rakan telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai teknik penjagaan ikan hiasan kerana bagi saya yang belum pernah membela ikan hiasan,saya langsung tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentangnya.. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai tugasan projek saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana kesuntukan masa untuk menjalankan amali dan membuat rekod laporan ikan hiasan tetapi setelah di terangkan oleh Tn Hj. Ismail b. Baharudin, saya akhirnya dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Saya menyedari bahawa sebelum memelihara ikan hiasan,kita perlu mengetahui tentang spesies ikan hiasan,alatan dan bahan yang diperlukan dan langkah serta teknik sebelum , semasa dan selepas memelihara sesuatu ikan hiasan.Segala ilmu yang saya perolehi, akan saya praktikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan juga dalam kehidupan seharian kerana minat saya terhadap pemeliharaan ikan hiasan timbul setelah menyiapkan tugasan ini.Betul bak kata pepatah melayu Tak Kenal Maka Tak Cinta .Semasa menjalankan amali,masalah pertama timbul apabila setelah air diisi di dalam akuarium,air telah menjadi keruh.Daripada pengalaman itu,kami telah dibantu oleh Tn. Hj. Ismail b. Baharudin.Beliau telah menyarankan kami supaya meletakkan bahan penjernih air supaya masalah tadi dapat diatasi.Kami telah memilih untuk memelihara ikan emas , angle fish , ikan bandaraya dan moon fish.Permasalahan timbul apabila ikan yang telah dilepaskan di dalam akuarium telah mati.Ikan emas telah menunjukkan tanda-tanda awal dimana daya keseimbangan ikan untuk berenang telah hilang.Kami telah mengambil langkah untuk menukarkan air di dalam akuarium bagi memastikan nilai pH air sesuai dengan ikan. Air perlu dibiarkan beberapa hari kemudian ikan diletakkan semula ke dalam akuarium.. Proses memasukkan ikan perlu ada tempoh agar ikan tidak terkejut dengan perubahan suhu air..Suhu air penting bagi memastikan ikan berada dalam keadaan baik.

Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya siapkan . Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya Tn. Hj. Ismail b. Baharudin kerana telah banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar.Sekian ,

................................................................

( ANAS BIN ABD MALIK )15.0RUJUKANAizam Zainal Abidin,Siti jalilah Muhammad, ( 2013). Aspek Pengurusan Dalam

Kultur Ikan Hiasan air Tawar : Universiti Malaysia Terengganu

Yasir Mohd,( 2012)Penternakan Ikan Hiasan Air Tawar Di Malaysia.Synergy

Media :K.L

Aisyah Abdul Rashid,Faizah Ismail,Daud Kamsany, (2010).Kemahiran Hidup

Tahun 5: Dewan Bahasa dan Pustaka: K.L

http://www.ikanhiasan.comhttp://blogsyarih.com/ikan/akuarium-dan-jenis-jenis-ikan-hiasanhttp://content.yudu.com/Library/A1n7w7/PengenalanIkanHiasan/resources/index.htm?referrerUrl=http%3A%2F%2Fwww.google.com.my%2Furl%3Fsa%3Dt%26source%3Dweb%26cd%3D5%26ved%3D0CEAQFjAE%26

Garisan lateral

Sirip dorsal

Sisik

Penutup insang

Sirip pelvik

Sirip kaudal / ekor

Mata

Mulut

Sirip pektoral

Sirip anal

EMBED Photoshop.Image.5 \s

EMBED Photoshop.Image.5 \s

EMBED Photoshop.Image.5 \s

EMBED Photoshop.Image.5 \s

EMBED Photoshop.Image.5 \s

EMBED Photoshop.Image.5 \s

EMBED Photoshop.Image.5 \s

Ikan herbivor

Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.

Ikan omnivor

Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.

Ikan emas jantanikan emas betina

Ikan karnivor

Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.

b.Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)

Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.

EMBED Photoshop.Image.5 \s

EMBED Photoshop.Image.9 \s

1

_1474228328.psd

_1474228331.psd

_1474228334.psd

_1474228329.psd

_1474228326.psd

_1474228327.psd

_1474228323.psd

_1474228324.psd

_1474228321.psd