Kerja Kursus Ikan Hiasan

74
1 TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1.0 PENGENALAN IKAN HIASAN Memelihara Ikan hiasan merupakan satu kegiatan yang semakin mendapat sambutan di Malaysia. Malah, semakin ramai pembeli yang sanggup mengeluarkan modal bagi membeli ikan hiasan. Menurut Yasir Mohd (2006), Dalam buku Penternakan Ikan Hiasan Dan Air Tawar, Pemeliharaan ikan hiasan telah menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini, Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan, jantina dan gaya berenang. Malaysia sangat berpotensi menjadi hub kepada ikan hiasan.Hal ini kerana, ia mempunyai hampir 250 spesies ikan air tawar dan 1/3 daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan hiasan.Spesies yang popular sudah tentunya spesies eksotik. Antaranya ialah kelah yang sangat terkenal kerana kelicikan untuk dipancing dan dikenali sebagai raja sungai. Namun begitu spesies ikan air tawar tempatan sukar untuk dibiakkan. Namun berpotensi dimajukan. Penternakan ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan. Kegiatan ini memerlukan pengawasan dan penjagaan yang rapi pada keseluruhan atau sebahagian dari proses pembiakan, pengasuhan anak-anak ikan dan pembesaran atau pemeliharaan

description

reka bentuk dan teknologikerja kursus

Transcript of Kerja Kursus Ikan Hiasan

Page 1: Kerja Kursus Ikan Hiasan

1

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

1.0 PENGENALAN IKAN HIASAN

Memelihara Ikan hiasan merupakan satu kegiatan yang semakin mendapat sambutan di

Malaysia. Malah, semakin ramai pembeli yang sanggup mengeluarkan modal bagi membeli

ikan hiasan. Menurut Yasir Mohd (2006), Dalam buku Penternakan Ikan Hiasan Dan Air Tawar,

Pemeliharaan ikan hiasan telah menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan

lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan

perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini, Malaysia telah menjadi antara negara

pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak

mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai

sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan

mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu

kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip,

cara dan tabiat makan, jantina dan gaya berenang. Malaysia sangat berpotensi menjadi hub

kepada ikan hiasan.Hal ini kerana, ia mempunyai hampir 250 spesies ikan air tawar dan 1/3

daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan hiasan.Spesies yang popular sudah tentunya

spesies eksotik. Antaranya ialah kelah yang sangat terkenal kerana kelicikan untuk dipancing

dan dikenali sebagai raja sungai. Namun begitu spesies ikan air tawar tempatan sukar untuk

dibiakkan. Namun berpotensi dimajukan.

Penternakan ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan.

Kegiatan ini memerlukan pengawasan dan penjagaan yang rapi pada keseluruhan atau

sebahagian dari proses pembiakan, pengasuhan anak-anak ikan dan pembesaran atau

pemeliharaan mengikut saiz untuk mendapat keuntungan ekonomi atau pun sosial sekiranya

dilakukan secara intensif.

Tambahan lagi, menurut Yasir Mohd, Industri Ikan Hiasan merupakan salah satu industri

perikanan yang mampu memberikan pulangan yang besar sekiranya diusahakan secara

berterusan. Ikan hiasan air tawar yang telah dikomersialkan telah menembusi pasaran

antarabangsa. Walaupun bersaiz kecil dengan pengeluaran dometik bernilai RM 80 juta pada

harga lading, ia mempunyai profail antarabangsa. Malaysia merupakan pembekal dunia ketiga

selepas Singapura dan Indonesia dan telah Berjaya menembusi pasaran Eropah, Amerika

Syarikat, Hong Kong, Netherlands dan lain-lain Negara. Bahkan, Malaysia semakin terkenal di

pasaran antarabangsa kerana menawarkan ikan hiasan yang berkualiti dan kepelbagaian jenis

ikan.

Page 2: Kerja Kursus Ikan Hiasan

2

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

1.1 KEPENTINGAN MEMELIHARA IKAN HIASAN

Memelihara ikan hiasan merupakan suatu kegiatan yang amat diminati pada masa kini.

Ia mempunyai banyak faedah dari semua aspek. Jika dilihat dari aspek fisiologi, memelihara

ikan hiasan dan haiwan kesayangan dapat meningkatkan kecerdasan dan kesihatan

pemelihara. Hal ini kerana memelihara ikan hiasan merupakan senaman kerana ia memerlukan

pemelihara untuk membuat kerja dan bukan hanya duduk termenung sahaja. Pemelihara boleh

bergiat cergas setiap hari dan membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal melalui aktiviti

yang dilakukan, contohnya membersihkan akuarium. Dalam aspek psikologi, memelihara ikan

hiasan dikatakan mampu menjadi penawar kepada sesetengah kesihatan manusia. Tambahan

pula, ia melatih pemelihara menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi.

Contohnya, pemelihara yang mempunyai minat tinggi dalam hobi ini akan lebih bersungguh-

sungguh dalam menjaga ikannya agar berada dalam keadaan baik sekaligus menanam nilai

bertanggungjawab dalam dirinya. Walaubagaimanapun, dari segi sosial turut memperlihatkan

kepentingan memelihara yang positif. Menurut ahli psikologi, memelihara ikan hiasan

menjadikan kita sahabat yang akrab dan teman yang sejati antara ikan dengan si pemelihara. Ia

mengelakkan pemelihara daripada berasa kesunyian dan kebosanan dan menambahkan rakan

kenalan baru serta berkongsi minat, pandangan dan petua sesama pemelihara yang lain.

Dari segi emosi, dengan memelihara ikan ia dapat menghilangkan stress selepas

bekerja. Kajian psikologi mengatakan bahawa manusia yang mempunyai haiwan kesayangan

mempunyai peratusan yang lebih kecil untuk mengalami penyakit kemurungan dan cenderung

lebih bahagia. Hal ini juga turut disokong dalam sebuah artikel yang bertajuk “Maanfaat

Akuarium Untuk Ikan Hiasan” oleh Yoga Demas Kumar mengatakan bahawa akuarium

memberikan pengaruh positif kepada pemeliharanya kerana mampu menjernihkan pikiran dan

meneutralkan perasaan. Hal ini ada hubungan dengan kesihatan. Beliau berkata “Ketika kita

merasa suntuk, bete, atau bosan karena ritme hidup yang monoton, cobalah perhatikan

akuarium. Gerakan gemulai ikan yang berwarna-warni, berlari dan bersembunyi lalu muncul lagi

dari balik bebatuan dan tumbuhan air, mampu mengalihkan perhatian kita dari masalah. Ia juga

menjadi hiburan murah yang dapat meredakan ketegangan, mengendurkan syaraf-syaraf

hingga mententramkan. Gerak-gerika alami ikan dalam air yang mengalir tenang mampu

menghanyutkan hati dan pikiran kita dalam kedamaian, menjadi obat stress yang mujarab”.

Tambahan pula, bagi kepercayaan sebahagian besar orang cina menurut ilmu fengshui ikan

hiasan di rumah boleh membawa tuah kepada penghuni rumahnya. Ikan dipercayai dapat

menangani stres. Hal ini kerana, ikan hiasan seperti koi dipercayai dapat menghalau Chi

Page 3: Kerja Kursus Ikan Hiasan

3

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

(pengaruh) buruk yang berada di dalam rumah. Namun, pemelihara harus memelihara ikan

hiasan tersebut sebanyak sembilan ekor. Menurut masyarakat cina, jumlah ganjil ini yakini

dapat memupuk fikiran positif kepada penghuni rumah. Selain dapat mengawal dan menghindar

perasaan yang negatif ia juga turut melatih seseorang itu menjadi lebih matang serta berjiwa

murni yang cintakan alam sekitar dan cintakan binatang.

Oleh itu, kepentingan memelihara ini bukan sahaja dilihat dari segi fisilogi, psikologi dan

emosi malah dapat dilihat dalam aspek yang lagi besar contohnya, menternak ikan hiasan

merupakan satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi

yang menarik. Antara kepentingan memelihara ikan hiasan ialah yang perlu kita tahu ialah:

a) Memajukan industri sampingan. Contohnya, pembuatan pam dan penapis, pembuatan

tangki ternakan serta lain-lain aksesori.

b) Baka ikan hiasan baru tidak akan pupus dan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi

permintaan yang sentiasa meningkat.

c) Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan terus dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti

ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.

d) Peningkatan ilmu pengetahuan tentang ikan hiasan berkembang. Contohnya, apabila

penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis

ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan.

e) Merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-

ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Contohnya, ketekunan dalam memelihara

ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan

hiasan.

f) Sebagai sumber pendapatan. Contohnya, sama ada sebagai sumber pendapatan utama

atau sampingan. Misalnya, membiakkan induk ikan dan menjual anak-anak ikan.

Page 4: Kerja Kursus Ikan Hiasan

4

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

1.2 CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN

Ciri-ciri istimewa ikan hiasan boleh dilihat melalui warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip,

cara dan tabiat makan dan jantina. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan

popular dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha ikan hiasan.

Kebanyakkan ikan diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung

daripada bakteria dan serangan penyakit. Kulit ikan mengandungi „chromatophoraes‟ iaitu

pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ikan hiasan terkenal dengan

beberapa ciri istimewa. Antaranya ialah ;

a) Pergerakan

Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak perlahan dan

mengasyikkan apabila kita memerhatikannya.

b) Sisik

Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut spesis.Sisik nipis

berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria dan serangan penyakit.

c) Saiz

Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa mempunyai saiz

badan yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz yang kecil.

d) Sirip

Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang.

e) Bentuk badan

Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk, pendek dan

panjang. Ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih.

f) Warna badan

Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.

g) Cara makan

Page 5: Kerja Kursus Ikan Hiasan

5

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

h) Ikan hiasan mempunyai bebeapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan hiasan yang

makan makanan hidup dan makanan kering.Contoh ikan Tiger Barb makan makanan

rumusan dan makanan hidup.

i) Jantina

Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan hiasan seperti

bentuk badan, warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk badan.Ikan

jantan lebih besar dan perut pipih.

j) Cara pembiakan

Ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Tiger barb dan Guppy

merupakan spesis yang beranak. Di anggarkan setiap kali kelahiran sebanyak 40-50 ekor

anak ikan terhasil.Ikan Arowana bertelur dan di eram di dalam mulutnya sehingga menetas

menjadi anak ikan. Ikan hiasan biasanya bertelur di celah-celah tumbuhan akuatik.

Page 6: Kerja Kursus Ikan Hiasan

6

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

1.3 BAHAGIAN-BAHAGIAN IKAN DAN FUNGSINYA

FUNGSI BAHAGIAN IKAN

BIL.NAMA BAHAGIAN

BADAN IKANFUNGSI

1 Mulut Untuk makan

2 Sisik Melindungi badan ikan dari penyakit dan kecederaan

3 Siri Dorsal Mengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah

4 Sirip Anal Mengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah

5 Mata Melihat

6 Penutup Insang Melindungi insang yang menyedut oksigen

7 Sirip Pektoral Mengimbangi badan ikan, berundur berpusing dan

mengapung badan ikan.

8 Sirip Pelvik Mengimbangi badan ikan, berundur berpusing dan

Page 7: Kerja Kursus Ikan Hiasan

7

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

mengapung badan ikan.

9 Dubur Mengeluarkan najis

10 Sirip kaudal Mengawal pergerakan ikan ke hadapan

1.4 SPESIS IKAN HIASAN

Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis

pemakanannya iaitu ikan herbivor (pemakan tumbuhan),ikan karnivor (pemakan haiwan,

terutama sekali memakan haiwan hidup), ikan detritivor (pemakan detritus atau bahan organik)

dan ikan omnivor (pemakan segala macam makanan). Kebanyakan ikan hiasan adalah ikan

herbivor dan omnivor. Makanan yang diberi mesti bersesuaian dengan tabiat makan ikan.

Kualiti air bagi ikan hiasan tropika perlukan suhu air berada pada julat 25° C – 35° C . Ikan

hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4° C- 25° C. Suhu diukur dengan meter

termometer. Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang,

bergerak,mencari makanan dan melihat objek lain.

Antaranya ialah :

Ikan karnivor

Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai

ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang

tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau

ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar, dan ikan Arowana.

Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)

Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton.

Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat

anak.

Ikan herbivor

Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak

sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contohnya ikan Lampam

dan Tiger Barb.

Page 8: Kerja Kursus Ikan Hiasan

8

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Ikan omnivor

Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput, daging haiwan

atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk

hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, dan Cichlid.

1.5 PENYEDIAAN, PENGURUSAN DAN PENJAGAAN IKAN

Pemakanan

Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk

mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel.

Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut

yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.

a) Kumpulan Pemakanan Ikan Hiasan

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering,

cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan

yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan

hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang

dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki,

pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa

sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.

b) Makanan hidup

Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing,

ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

Page 9: Kerja Kursus Ikan Hiasan

9

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Blood Worm Ulat Roti

Plankton

Makanan kering

Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

Makanan basah

Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.

Makanan rumusan

Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang

membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan

haiwan.

Page 10: Kerja Kursus Ikan Hiasan

10

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Pellet Emping

c) Jenis Makanan Mengikut Spesis

Jenis Makanan Jenis Ikan

Makanan hidup dan makanan basah Tiger Barb, Discus, Guppy , Black Tetra

Makanan kering Pearl Gourami, Harlequin Rasbora,Bala

Shark Silver, Marble Molly

Makanan rumusan Sunrise Platy,Angel,Tiger Barb, Brown

Corydoras

Makanan tidak boleh diberi terlalu banyak kerana boleh mengotorkan air akuarium. Tetapkan

masa memberi makanan iaitu pagi, tengahari dan petang.

Kawalan Kualiti Air

a) PH air

PH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling

masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium

yang paling sesuai ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH

Page 11: Kerja Kursus Ikan Hiasan

11

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk

mengelakkan ianya terlalu asidik.

b) Suhu

Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi

atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC

menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara

kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai

untuk ikan hidup dengan baik.

c) Bahan beracun

Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil

dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh

kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan

memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan

dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran

bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam

penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).

Rajah Ikan Kurang Sihat

d) Rawatan air

Langkah ini dilakukan dengan melihat tanda-tanda dalam akuarium yang menunjukkan

kemerosotan kualiti air. Antara tanda-tanda ini ialah perubahan warna air, bau air dan tabiat

luar biasa ikan. Tabiat luar biasa ikan menunjukkan ikan berpenyakit. Antara tabiat luar

Page 12: Kerja Kursus Ikan Hiasan

12

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

biasa ikan ialah: ikan berenang tidak tentu arah, ikan menggesel badan pada objek keras,

ikan muncul tercungap di permukaaan air, warna ikan pudar, ikan tidak mahu makan, ikan

tidak aktif berenang (bagi spesies yang biasanya aktif berenang), tanda-tanda penyakit

pada badan ikan dan sebagainya. Jika terdapat tanda-tanda kemerosotan mutu air,

akuarium serta semua aksesori dan ornamen hiasan hendaklah segera dibersihkan, air

akuarium diganti dan langkah rawatan penyakit diambil. Jika kos merawat ikan terlalu

mahal, beli saja bekalan ikan baru untuk menggantikan ikan berpenyakit. Elakkan mengisi

akuarium dengan terlalu banyak ikan kerana ini akan menambahkan lagi timbunan bahan

organik dari najis ikan dan sisa makanan.

Kawalan Bahan Buangan Toksik dan Makanan Ikan

Ikan perlu diberi makanan berkualiti secukupnya. Ikan yang kekurangan makanan dan sentiasa

lapar akan mengalami tekanan dan mudah dijangkiti penyakit. Beri makan sekurang-kurangnya

dua kali sehari, bergantung pada spesies ikan. Pilih makanan yang sesuai untuk ikan. Elakkan

memberi terlalu banyak makanan kerana ikan tidak mampu memakan lebihan makanan yang

diberi. Lebihan makanan ini akan menurunkan kualiti air. Elok sekali diperhatikan waktu-waktu

ikan makan secara aktif. Pilih waktu-waktu begini untuk memberi ikan makan. Penjagaan

akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah

mudah.

a) Penjagaan harian

Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat

dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit. Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya

tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar

biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau

kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan. Ikan yang mati perlu

dibuang. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan

baik.

b) Penjagaan mingguan

Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ½ atau ⅓

bahagian dari isipadu tangki. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi.

Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki. Padamkan semua peralatan elektrik seperti

Page 13: Kerja Kursus Ikan Hiasan

13

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

pam penapis dan lampu buat sementara waktu. Siphonkan kotoran yang terdapat di

dasar tangki. Cucikan kapas penapis dengan air bersih. Tambahkan air dalam tangki

seniggga ke paras asal. Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan

sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi

makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya

diberi makan dengan berlebihan.

Rajah Edaran Nitrogen Di Akuarium

Pembersihan Akuarium

Langkah ini diambil dengan cara membersihkan akuarium dan kolam serta aksesori berkaitan

secara berkala tanpa menunggu tercetusnya penyakit. Jadikan langkah ini satu aktiviti rutin

yang penting dalam hobi menyimpan ikan hiasan. Pastikan dinding akuarium selalu bersih dan

lutsinar tanpa lapisan lumut menyalutinya. Pasir di dasar akuarium (jika pasir digunakan untuk

hiasan akuarium) hendaklah sentiasa kelihatan bersih dan berwarna semula jadi. Jika pasir

berubah warna menjadi kelabu atau hitam dan kelihatan sisa makanan dan najis ikan di dasar,

maka seluruh akuarium perlu dibersih dan diganti air. Aksesori akuarium dan ornamen-ornamen

hiasan perlu sentiasa bersih tanpa disaluti lumut, lendir dan sisa buangan akuarium. Pastikan

juga bahawa aksesori akuarium sentiasa berfungsi dengan baik.

Page 14: Kerja Kursus Ikan Hiasan

14

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Kawalan Penyakit dan Membasmi Patogen

Langkah ini diambil dengan melihat kewujudan tanda-tanda penyakit seperti yang dibincangkan

di atas. Jika terbukti terdapat penyakit dalam akuarium atau kolam ikan hiasan, seluruh system

akuarium dan kolam mesti dibersih dan di rawat. Akuarium dan aksesori akuarium perlu

dibersihkan, dan jika perlu, aksesori baru perlu dibeli bagi menggantikan aksesori lama,

terutama aksesori yang sudah kurang berkesan dalam fungsinya. Ikan berpenyakit boleh

dirawat tetapi jika kos rawatan lebih besar daripada kos membeli bekalan ikan baru, maka lebih

baik dimusnahkan saja ikan berpenyakit dan digantikan dengan ikan baru. Elakkan membeli

ikan dari kedai akuarium yang mempunyai rekod penjualan ikan berpenyakit.

Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :

Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk

Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.

Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

a) Penyakit rintik putih

Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu

sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat

menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air.

Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

b) Penyakit kulat

Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian

yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan

seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan

Page 15: Kerja Kursus Ikan Hiasan

15

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang

dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

c) Penyakit bakteria

Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya

mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan

disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami

stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat

tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

Page 16: Kerja Kursus Ikan Hiasan

16

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

1.6 JENIS-JENIS IKAN HIASAN

Terdapat pelbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-pengemar ikan

hiasan. Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa sepsis ikan hiasan yang terdapat

dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.

Bil Famili Spesis Ciri-ciri Utama

1. Cyprinidae Barb, Seluang (Rasbora),

Ikan Mas, Kap seperti Kelah

dan Tengas

Kecil, berbadan

mampat, bersesungut.

Tiada adipos fin dan

gigi.

Ekor terbuka dan

berbentuk fork.

Badan bersisik dan

bergerak pantas.

Kepala tanpa sisik.

Terdapat di Afrika,

Amerika Utara,

sebahagian besar dari

Asia Tenggara.

2. Cichildae Ikan Angel,Discus dan Oscar

Ikan Angel

Hanya sepasang

lubang hidung

Hanya satu dorsal fin

(long base)

Sirip ekor bulat

Sangat sayang akan

anak-anaknya dan

dikenali sebagai ikan

'parental care'

3. Characidae Semua jenis ikan Tetra.

Antaranya ialah ikan Black

Widow, Black Neon, Serpae

Seakan ikan Barb

Tiada sesungut

Ada gigi dan adiposfin

Berasal dari Amerika

Selatan dan Afrika

Tengah

Page 17: Kerja Kursus Ikan Hiasan

17

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

4. Belontiidea Ikan Pelaga Siam (Betta

splendens), Gourami Biru

(Trichogaster trichopterus),

Dwarf Gourami (Colisa Laila)

Pelaga

Berbadan lebar dan

mampat.

Sirip anal yang

panjang.

Mempunyai aksesori

respiratory organ untuk

bernafas di udara.

Terdapat di Korea

Selatan, Asia

Tenggara dan Afrika

Barat.

5. Poecillidae Guppy. Platy Molly dan

SwordTail

Guppy

Livebearing tooth

carps

Melahirkan anak

Mempunyai sedikit

persamaan dengan

mamalia.

6. Catfish Corydoras sp. Ikan bandaran

(Rinelloricaria parva

Suckermouth

Bersesunggut

Page 18: Kerja Kursus Ikan Hiasan

18

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

7. Anabantidae Pelaga, Sepat, Kalui

Sepat Mutiara

Bertubuh lebar dan

mampat.

Anal fin yang panjang.

Accesory respiratory

organ - utk bernafas di

udara.

Membiak - nesting /

bubble nest builder.

Terdapat dari Korea,

selatan Cina, Asia

Tenggara dan Barat

Afrika

1.7 BAHAN DAN KEPERLUAN

Menurut Heru Susanto, 1996 dalam bukunya yang bertajuk “Membuat Akuarium”

hiasan akuarium merupakan bahagian terpenting dari pelbagai sudut dan ruang untuk

memperlihatkan keindahan ikan hiasan yang beraneka jenis. Pengetahuan hiasan tentang

akuarium memang tidak ada kerana rupa bentuknya selalu berkembang dari semasa ke

semasa. Hiasan akuarium menjadi tarikan seni kreatif bagi para pemelihara dan para usahawan

ikan hiasan serta menjadi sumber utama mata pencarian yang berpotensi. Menurutnya lagi,

hiasan pada akuarium sebenarnya merupakan suatu kegiatan yang menggabungkan unsur

akuarium, ikan, tanaman, peralatan, batu-batuan, pasir dan bongkol kayu akuarium air tawar

manakala bagi akuarium untuk air laut pula ditambahkan pecahan karang, binatang karang, dan

tanpa tanaman air. Kesimpulannya, hiasan pada akuarium adalah mengikut tema yang

dicadangkan si pemelihara.

Page 19: Kerja Kursus Ikan Hiasan

19

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Kebiasaannya, bahan dan keperluan untuk memlihara ikan hiasan adalah seperti

berikut. Kompenan Utama ;

a) Akuarium

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti jenis

akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan),jenis ikan hiasan,bilangan ikan hiasan dan saiz ikan

hiasan. Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan

keperluan para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan

buatan dan pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada

beberapa jenis berdasarkan.

Saiz Akuarium

Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana

besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah,

saiz akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana dan

akuarium besar. Garis panduan yang digunakan di Amerika Syarikat ialah akuarium

kecil mempunyai isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter), akuarium

sederhana antara 20 hingga 40 gelen isipadu air ((100-200 liter), dan akuarium besar

antara 50 hingga 180 gelen air (250-900 liter). Akuarium yang terdapat di kemudahan-

kemudahan akuarium awam jauh terlalu besar sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan

dapat menampung satu ekosistem penuh seperti ekosistem hutan „kelp‟ („kelp‟ ialah

rumpai laut gergasi, rumpai laut paling besar di dunia).

Bentuk Akuarium

Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Di

Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun

begitu, bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah

akuarium empat segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square

aquarium), akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon

berbelakang rata (flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder

(semicylindrical aquarium) dan akuarium silinder (cylindrical aquarium) (Rajah A dan B).

Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di Malaysia.

Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang

dan sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin

popular di Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang

Page 20: Kerja Kursus Ikan Hiasan

20

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk

separa bulatan manakala akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium

kubus berbentuk kubus sebagai namanya.

Rajah A dan B: Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat sama (A),

berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama (D) separa silinder (E)

dan silinder (F)

Bahan Buatan Akuarium

Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium.

i. Akuarium kaca (glass aquarium)

ii. Akuarium akrilik (acrylic aquarium).

Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam

silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak.

Di samping itu, kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai Antara

satu sama lain akibat percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak

berat dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan akuarium. Akuarium akrilik diperbuat

Page 21: Kerja Kursus Ikan Hiasan

21

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik lebih juat dan ringan

daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam berbagai bentuk.

Akuarium

b) Sistem Penapis

Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium (Rajah C). Fungsi

utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini mengeluarkan

bahan partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah

sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini

merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air, kotoran ini akan di urai

bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan oksigen terlarut, menaikkan pH

air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan ammonia dalam air (ammonia

melebihi paras tertentu menjadi racun kepada ikan). Terdapat dua sistem penapisan akuarium

sistem penapisan biologikal dan sistem penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal

bergantung kepada organisma mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk

membersihkan air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Penggunaan

penapis ‟undergravel filter‟ membantu pembiakan bakteria di bawah penapis yang akan

menguraikan nitrit kepada nitrat untuk digunakan oleh tumbuhan akuatik. Sistem penapisan

mekanikal pula menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis

dan media penapisan untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah

dengan mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar

dari akuarium dan dimasukkan ke dalam system penapisan, setelah ditapis air kembali bersih

dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus

menerus. Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering

ump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran

Page 22: Kerja Kursus Ikan Hiasan

22

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama penapis

akuarium dijual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan

kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible filtering pump).

Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis. Penapis

biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media penapisan. Media

penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas atau serabut, umumnya dipanggil „kapas

penapis‟ (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat daripada bahan sintetik seperti

polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis air yang dihantar oleh pam

penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media penapisan manakala air yang sudah

bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses penapisan ini berjalan terus menerus selagi

pam penapis digerakkan.

Rajah C: Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A), penapis

(B) dan ‟kapas penapis‟, sejenis media penapisan (C).

c) Sistem Pengudaraan

Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air

apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem

pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi

(Rajah D). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu

udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan injap-

injap akuarium (aquarium valves). Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa

elektrik atau bateri) ialah memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu

menstabilkan pH air. Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam

udara untuk disalurkan ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik

menghubungkan batu udara dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara

melalui tiub-tiub udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya.

Page 23: Kerja Kursus Ikan Hiasan

23

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Ketika operasi, udara yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke

dalam air akuarium, membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan

melarutkan oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti

apabila air akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem

pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.

Rajah D: Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A), batu udara (B)

dan tiub udara (C).

d) Aksesori

Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium dapat

berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam akuarium

tersebut. Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah:

Membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan

Mempastikan pH air pada tahap optima

Memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan makanan

dapat dipam keluar daripada akuarium

Memastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih dan

bersih dan lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium disamping

sebagai sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium.

Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan beberapa alat

sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah akuarium

ialah:

Aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium

Aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium

Aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium

Tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung

Page 24: Kerja Kursus Ikan Hiasan

24

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Pasir dan batuan untuk lantai akurium

Model dan poster akuarium

Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara tentang

pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun,

pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam

akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan

pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa

jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan

cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan

dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10

hingga 12 jam sehari. Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan

cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti

mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan

cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah

sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara

perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya.

Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang

paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya

akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang

terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya. Tahap kecerahan

cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang cahaya lampu bermakna

semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik ialah akuarium tidak terlalu

terang dan tidak terlalu malap. Alat „luxmeter‟ boleh digunakan untuk mengukur kuantiti cahaya

dalam unit „lux‟. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan 5000 lux cahaya manakala

ikan hiasan laut lebih 6000 lux. Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub

floresen (fluorescent tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah E). Lampu jenis ini

dibuat dalam berbagai spectrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan.

Lampu tiub fluresen juga boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis „tungsten‟ dan „halogen‟

tidak begitu sesuai. Lampu jenisjenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum

warna yang sesuai untuk tumbuhan.

Page 25: Kerja Kursus Ikan Hiasan

25

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Rajah E: Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan akuarium-akuarium

yang diberi cahaya (B dan C).

Tumbuhan Akuatik

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air

dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan

tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan

dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan

bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja

kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari

proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.

Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi

musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan

memakan daun-daun tumbuhan akuatik. Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu

daya tarikan pada sebuah akuarium. Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan

untuk menghisai akuarium ikan hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk

pasaran ikan hiasan Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah

satu industri hiliran yang muncul daripada industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies

tumbuhan akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara

komersial untuk pasaran tempatan dan luar Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium

perlu mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah:

(i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium

(ii) sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak

(iii) tahap pencahayaan akuarium

(iv) tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium

(v) kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium

Page 26: Kerja Kursus Ikan Hiasan

26

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan

juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut, misalnya tidak

dapat hidup di air tawar dan sebaliknya. Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor

mungkin tidak sesuai dihiasi dengan tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan

akan dimakan ikan. Oleh itu, pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan

tumbuhan atau sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan

peliharaan. Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium

dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan

lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan. Setengah spesies tumbuhan akuatik

sangat mudah atau sangat sukar dipelihara dalam sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih

spesies yang mudah dipelihara serta tahan lasak dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh

mendatangkan kesan tertentu ke atas kualiti air. Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan

boleh menurunkan kualiti air akuarium.

a) Keperluan Bagi Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium

Karbon dioksida

Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis

sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas

karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang

khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan

masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui

pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

Baja

Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan

akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa

menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.

Cahaya

Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang

lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

b) Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium

Page 27: Kerja Kursus Ikan Hiasan

27

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Fungsi utama tumbuhan akuatik ialah untuk menghias dan mencantikkan akuarium.

Akuarium berpokok (planted aquariums) sudah tentu kelihatan lebuh cantik dan unik

daripada akuarium tanpa tumbuhan. Fungsi kedua tumbuhan akuatik ialah ia boleh

membekalkan oksigen kepada air akuarium, namun ini bukan fungsi penting kerana sistem

pengudaraan akuarium sudah cukup memberikan oksigen. Ketiga ialah peranan tumbuhan

dalam menyerap bahan bernitrogen terutamanya nitrat dalam air.

c) Jenis-Jenis Tumbuhan Hiasan Akuarium

Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah Hydrilla

verticilata, beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan Anubias sp. Hydrilla sangat

mudah dijaga manakala Cabomba sp, Hygrophila sp dan Anubias sp agak tahan lasak

dalam akuarium. Lain-lain spesies termasuklah Bacopa sp, Azolla sp, Aponogeton sp dan

Callitriche sp.

Cryptocoryne sp Vallisneria sp

Ludwigia sp Cabomba sp

d) Model dan Poster Akuarium

Page 28: Kerja Kursus Ikan Hiasan

28

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Selain itu, untuk menambahkan lagi hiasan dalaman akuarium, penggunaan model atau

replika boleh diletakkan dalam akuarium agar kelihatan cantik. Penggunaan poster sebagai

latar belakang digunakan supaya hiasan di dalam akuarium kelihatan lebih cantik dan

menarik. Poster ditampal di bahagian luar sebelah belakang akuarium. Latar belakang yang

biasa digunakan adalah gambar tumbuhan, pemandangan laut dan batu – batuan.

Poster

Contoh Model

Cara Memasukkan Ikan Ke Dalam Akuarium

1) Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.

2) Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam

akuarium

3) Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg

plastik.

Page 29: Kerja Kursus Ikan Hiasan

29

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Rajah Memasukkan Ikan ke Dalam Akuarium

Faktor Pemilihan Lokasi Untuk Menempatkan Akuarium

a. Keamatan cahaya

Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh

akuaris. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan

yang hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium

mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya

ikanikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam

hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan

juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang

boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari.

Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk

fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti

mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan

cahaya lampu untuk fotosintesis.

b. Kadar cahaya

Kuantiti cahaya yang memasuki akuarium, diukur dalam unit lx (lux) .Satu lokasi yang

sesuai ialah tempat yang mampu mendedahkan akuarium kepada keperluan cahaya

yang mencukupi. Bagi sebuah akuarium, punca cahaya adalah daripada Lampu

akuarium yang dipasang. Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah

berenang dan bergerak, mencari dan melihat makanan serta melihat objekobjek lain

dalam akuarium termasuk ikan lain. Bagi akuarium air tawar diperlukan kadar cahaya

sebanyak 5000 lx selama 10-12 jam sehari manakala bagi akuarium laut diperlukan

Page 30: Kerja Kursus Ikan Hiasan

30

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

lebih 6000 lx untuk 10-12 jam seharai. Kadar cahaya diukur menggunakan fotometer

(photometer).

c. Suhu

Suhu air adalah tahap kepanasan air diukur dalam unit °C. Bagi ikan hiasan tropika,

suhu air mesti berada pada julat 25°C -35°C manakala bagi ikan hiasan perairan sejuk

dan sederhana pada julat 4°C hingga 25°C. Suhu boleh diukur menggunakan meter

termometer. Suhu mempengaruhi pelbagai proses hidup ikan termasuk pernafasan,

penghadaman, selera makan, tumbesaran dan pembiakan kerana proses-proses ini

cuma boleh berlaku pada julat-julat suhu tertentu saja. Suhu juga mempengaruhi

organisma hidup lain yang ada hubung kait dengan ikan, misalnya bakteria, kulat, virus

dan parasit dalam akuarium. Selain itu suhu turut mempengaruhi parameter-parameter

air yang lain. Misalnya, semakin suhu air meningkat semakin sukar bagi oksigen larut

dalam air, oleh itu suhu yang terlalu tinggi menjadikan air kekurangan oksigen terlarut.

Ketahanan ikan terhadap suhu bergantung kepada spesies atau jenis ikan.

d. Keselamatan

Akuarium perlu diletakkan di tempat yang selamat memandangkan ia boleh

menyebabkab bahaya kepada manusia terutama kanak-kanak dan akuarium itu sendiri.

Kanak-kanak yang menyebabkan akuarium tersebut pecah akan terdedah kepada

kecederaan ( luka akibat serpihan kaca ). Perbelanjaan yang telah dikeluarkan juga

terbazir akibat akuarium yang pecah. Bagi mengelakkan perkara yang tersebut berlaku,

akuaris boleh meletakkan akuarium ditempat yang tinggi dan sukar dicapai oleh kanak-

kanak. Lokasi yang sesuai juga boleh menjamin keselamatan akuarium dan manusia.

Peminat ikan hiasan yang mahal seperti Arowana perlu menempatkan akuarium di

dalam rumah atau akuarium di pasangkan sistem keselamatan yang sesuai

mengelakkan ikan tersebut dari dicuri.

Page 31: Kerja Kursus Ikan Hiasan

31

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

1.8 PENJAGAAN AKUARIUM

Penjagaan Harian

Dalam proses penjagaan harian, proses pemeriksaan system penapisan amat penting.

Ia digunakan untuk memastikan tiada kotoran dan sisa dalam penapisan air supaya kualiti air

dalam keadaan yang memuaskan. Selain itu, pemberian makanan ikan hanya diberi dua kali

sehari sahaja. Pemberian yang berlebihan akan menyebabkan air akuarium cepat kotor dan

menjejaskan kehidupan seharian ikan hiasan.

Seterusnya, pergerakan dan tabiat ikan hiasan juga perlu diperhatikan dari masa ke

semasa. Hal ini kerana jika terdapat ikan yang berjangkit penyakitnya, ikan tersebut perlu

diasingkan daripada ikan lain untuk mendapatkan rawatan di dala akuarium lain. Di samping itu,

tumbuhan akuatik juga perlu dijaga dengan membuang daun yang rosak supaya ia tidak

mencemarkan kualiti air. Akhirnya, nilai ph dan klorine perlu diukur pada masa ke semasa untuk

memastikan kehidupan ikan hiasan sentiasa dalam keadaan yang baik.

Penjagaan Bulanan

Sistem penapisan akuarium akan ditukar dan dicuci dalam tempoh dua minggu sekali.

Air akuarium akan ditukar sebanyak 80 peratus setiap bulan sekali untuk memastikan kualiti air

dalam keadaan bersih. Air yang baru ditukar perlu diletakkan anti klorin dan menilai nilai ph nya.

Tapisan akuarium wajib ditukar pada setiap 6 bulan. Ini adalah untuk memastikan sisa dan

kotoran boleh ditapis dan dapat memastikan tahap kualiti air dalam keadaan baik.

Page 32: Kerja Kursus Ikan Hiasan

32

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Penyusunan Jadual Kerja

Selepas merancang dengan teliti langkah-langkah penyediaan akuarium, kami telah berbincang

dan mengagihkan tugas masing-masing semasa amali penyediaan akuarium dijalankan. Setiap

ahli kumpulan perlu mengikut jadual kerja tersebut bagi memastikan amali penyediaan

akuarium berjalan dengan lancar.

PENYUSUNAN JADUAL KERJA

BIL PERKARA AISYAH INTAN IZZATI

1. Menyediakan peralatan ikan dan bahan serta aksesori

ikan hiasan.

Alatan dan kelengkapan :

- Akuarium

- Pam air

- Penyaring undergravel

- Air bubble

Aksesori :

- Pasir

- Batu-batuan

- Tumbuhan tiruan

- Jambatan batu

- Rumah mini

- Poster latar belakang

- Itik hiasan

2. Bersihkan Akuarium

Page 33: Kerja Kursus Ikan Hiasan

33

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

3. Bersihkan dan bilas bahan hiasan.

- Pasir

- Batu

- Tumbuhan tiruan

4. Masukkan penyaring “undergravel”

5. Masukkan ke dalam akuarium dengan

berhati-hati.

- Pasir

- Batu

6. Masukkan

- Pam air

- Penapis

7. Pasangkan latar belakang

8. Masukkan air tadahan ke dalam

akuarium.

10. Masukkan air bubble

11. Letakkan dan tumbuhan tiruan

12. Titiskan larutan antiklorin dan anti

cloudiness ke dalam akuarium

15. Masukkan ikan hiasan

16. Kemas semula peralatan dan tempat

agar elok dipandang.

Page 34: Kerja Kursus Ikan Hiasan

34

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

MENYENARAIKAN LANGKAH-LANGKAH KERJA

MENYEDIAKAN AKUARIUM

Sediakan semua peralatan, aksesori dan bahan yang ingin digunakan untuk menyediakan akuarium.

Masukkan 'under gravel' terlebih dahulu sebagai lapisan pertama.

Masukkan pasir merah sebagai lapisan kedua pengikut reka bentuk yang dirancang.

Masukkan ornamen mengikut pelan yang telah disediakan.

Masukkan batuan mengikut turutan dan susunan yang betul agar susunan kelihatan kemas dan teratur.

Masukkan pam air ke dalam akuarium. Kemudian, pasangkan penapis

Pasangkan poster latar belakang akuarium.

Masukkan air kedalam akuarium secara perlahan bagi memastikan air tidak berkocak dan merosakkan binaan yang dibuat.

Masukkan 'air bubble' dan tumbuhan palsu.

Akuarium yang telah siap dimasukkan air seterusnya dititikkan antiklorin dan anticloudiness dibiarkan sementara sebelum dimasukkan ikan.

Proses pengapungan dilakukan untuk membiasakan ikan dengan persekitaran akuarium.

Letakkan dan pasangkan lampu di bahagian bawah penutup akuarium. Hidupkan suis alat penapis dan lampu.

Masukkan ikan dan kemas semula kawasan kerja.

Page 35: Kerja Kursus Ikan Hiasan

35

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

MEMASUKKAN IKAN HIASAN KE DALAM AKUARIUM

Rajah 3 : Langkah-langkah memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium.

Rendamkan beg plastik yang mengandungi ikan hiasan ke dalam akuarium selama beberapa minit.

LANGKAH 1

Buka ikatan beg plastik dan biarkan ikan hiasan keluar dengan sendirinya bersama-sama air ke dalam akuarium.

LANGKAH 2

Setelah semua ikan hiasan keluar dari beg plastik, keluarkan pula beg plastik tersebut daripada akuarium.

LANGKAH 3

Page 36: Kerja Kursus Ikan Hiasan

36

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

LAKARAN PELAN LANSKAP NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID

Page 37: Kerja Kursus Ikan Hiasan

37

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

LAKARAN PELAN LANSKAP SITI INTAN BADARIAH BINTI ABDUL LATIF

Page 38: Kerja Kursus Ikan Hiasan

38

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Ikan Yang Dipilih

Ikan Makan Atas

Bil Jenis Ikan Hiasan Jumlah Gambar

1. Nama Tempatan : Ikan Guppy

Nama Saintifik : Poecililea

reticulate

13 Ekor

Ikan Makan Tengah

Bil Jenis Ikan Hiasan Jumlah Gambar

1.

Nama Tempatan : Ikan Angel

Nama Saintifik : Pterophyllum Sclare2 ekor

2.Nama Tempatan : Ikan tiger bard

Nama Saintifik : Barbus tetrazona 2 ekor

Ikan Makan Bawah

Bil Jenis Ikan Hiasan Jumlah Gambar1. Nama Tempatan : Ikan Tikus

Nama Saintifik : Corydoras

4

Page 39: Kerja Kursus Ikan Hiasan

39

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

MEMILIH DAN MENYENARAIKAN PERALATAN DAN BAHANSenarai peralatan dan bahan yang digunakan ialah :

BIL JENIS ALATAN KEGUNAAN / CIRI-CIRI

1. AKUARIUM

Sebagai bekas memelihara

ikan hiasan

Dihiaskan dengan segala

kelengkapan dan bahan yang

sesuai untuk memelihara ikan

hiasan

Terdapat pelbagai jenis bentuk

dan saiz

2. PAM UDARA

Bagi memastikan edaran udara

yang mencukupi, pam udara

diperlukan untuk menambah

kandungan oksigen dalam air.

Oksigen dari luar akan dipam

masuk ke dalam air

Udara yang banyak akan

membantu mengekalkan suhu

air

Page 40: Kerja Kursus Ikan Hiasan

40

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

4. PENYARING UNDERGRAVEL

Undergravel iaitu papan yang

diperbuat dari plastik yang

boleh dipasang dengan

panjang serta lebar akuarium.

Sebagai penapis untuk

memisahkan antara kotoran

yang dihasilkan ikan dan

tumbuhan yang pastinya jatuh

ke bawah

5.

FILTER PAM / PAM PENAPIS Digunakan untuk menapis

udara dan air daripada kotoran

Mengasingkan dan menapiskan

sisa pepejal

7. AERATOR

Tekanan udara yang dihasilkan

di dalam motor digunakan

untuk menggerakkan air di

dalam akuarium sehingga

terhasilnya penyebaran oksigen

Jadual 3 : Senarai peralatan dan bahan.

Page 41: Kerja Kursus Ikan Hiasan

41

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

MEMILIH DAN MENYENARAIKAN AKSESORI

1. JAMBATAN BATUJambatan batu yang mempunyai ciri

keinggerisan digunakan sebagai hiasan akuarium. Jambatan digunakan sebagai

penghubung kawasan perumahan dan kolam dalam taman air yang dibina.

2.PASIRPasir diletakkan di bahagian dasar akuarium

sebagai lantai . Kebanyakan ikan suka substrat pasir, kerana ikan menjadikan pasir sebagai

tempat bermain dan mengesel badan.

3. BATU KERIKILSesuai untuk akuarium ikan air tawar. Batu disusun cantik di atas pasir atau dibuat arca

mengikut citarasa. Sesuai juga dijadikan hiasan bagi menampakkan suasana aquarium

kelihatan seperti sebuah kolam yang indah dan tenang.

Page 42: Kerja Kursus Ikan Hiasan

42

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Rajah 4 : Senarai aksesori yang digunakan.

4. HIASAN AKUARIUMObjek yang dikeluarkan secara kormersial untuk

hiasan akuarium. Contoh : Rumah mini yang digunakan untuk menonjolkan keindahan

"English Village".

5. POSTER LATAR BELAKANG AKUARIUM

Meningkatkan kesan istimewa akuarium dan memberikan tema. Contoh :poster

yang menggambarkan suasana di terumbu karang dengan gambar ikan menambahkan

seri akuarium, menjadikan akuarium tersebut kelihatan seolah-olah seperti sebuah kawasan terumbu karang mini.

Poster mesti sesuai dengan tema, biasanya poster berwarna warni serta mempunyai

tema yang bersangkut paut dengan ikan da kehidupan ikan.

6. TUMBUHAN PALSU.Sesuai digunakan bila tumbuhan asli sukar dipelihara, sukar dijaga atau tidak sesuai dengan akuarium. Diperbuat dari plastik

menyerupai berbagai spesies tumbuhan dan pelbagai warna. Tidak mudah rosak.

Page 43: Kerja Kursus Ikan Hiasan

43

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

MENYENARAIKAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

DIRI

1. Memakai pakaian yang sesuai ketika menjalankan amali. Pakaian yang kemas dan rapi

supaya tidak mengganggu ketika menjalankan proses amali.

PERALATAN

1. Peralatan dan aksesori yang digunakan dalam keadaan selamat, tidak pecah dan tidak

membahayakan diri.

2. Menggunakan peralatan yang sesuai ketika menjalani amali. Sebagai contoh,

menggunakan skop untuk menceduk pasir ke dalam akuarium.

3. Pastikan peralatan, bahan dalam keadaan tersusun supaya tidak terpijak semasa

menyedia dan menghias akuarium.

IKAN HIASAN

1. Pilih ikan yang berada dalam keadaan sihat dan terhindar daripada sebarang jangkitan

dan penyakit.

2. Menggunakan peralatan yang yang sesuai dengan proses kerja amali seperti

menggunakan penyauk untuk mengambil dan meletakkan ikan ke dalam akuarium.

PERSEKITARAN

1. Memastikan peralatan yang digunakan dalam keadan kemas dan tersusun supaya tidak

mengganggu ketika proses perjalanan amali.

2. Memastikan air tidak tumpah dan mengganggu persekitaran ketika proses kerja amali.

Air yang tumpah akan menyebabkan lantai licin dan boleh mencederakan.

Page 44: Kerja Kursus Ikan Hiasan

44

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

JADUAL TUGASAN PENJAGAAN HARIAN IKAN HIASAN

HARI / TUGASAN

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD

Memberi Makanan

AISYAH INTAN IZZATI AISYAH INTAN IZZATI AISYAH

Kawalan Penyakit

Dan Perosak

INTAN IZZATI AISYAH INTAN IZZATI AISYAH INTAN

Memeriksa Kualiti Air

(Tukar Jika Perlu)

IZZATI AISYAH INTAN IZZATI AISYAH INTAN IZZATI

Memeriksa Peralatan

Dan Aksesori

AISYAH INTAN IZZATI AISYAH INTAN IZZATI AISYAH

Kos Penyediaan bahan.

Berikut disenaraikan alatan dan aksesori bagi akuarium hiasan.

Bil Bahan / Alatan Kos

1 Akuarium 1 biji ( RM 65.00)

2 Batu hiasan 1 kampit (RM 12.00)

3 Tumbuhan hiasan plastik 1 batang ( RM 5.00)

4 Gambar hiasan luaran 1 keping (RM 5.00)

5 Anti Klorin 1 botol (RM3.50)

6 Tiub getah 15 cm ( RM 1.00)

7 Pam udara / penapis 1 biji (RM 35.00)

8 Hiasan aksesori gelembung udara ( siput) 1 biji ( RM 12.00)

9 Kayu hiasan 1 batang (RM 7.00)

10 Penapis under gravel 1 keping (RM 5.00)

11 Pasir berwarna 1 kampit (RM 7.50)

12 4 jenis ikan pelbagai kategori (tiger barb,ikan

tikus,ikan angel dan ikan guppy)

RM 23.00

13 Jumlah RM 181.00

Page 45: Kerja Kursus Ikan Hiasan

45

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

6.0 REKOD INVENTORI ALAT DAN STOK BAHAN

6.1 Peralatan

Bil Tarikh Item Kuantiti

Terima Kegunaan Baki

1. 24/01/2014 Akuarium 1 1 0

2. 24/01/2014 Sistem Pengudaraan 1 1 0

3. 24/01/2014 Lampu 1 1 0

4. 24/01/2014 Sistem Pengudaraan 1 1 0

5. 24/01/2014 Sistem Penapis Air 1 1 0

6.2 Stok Bahan

Bil Tarikh Item Kuantiti

Terima Kegunaan Baki

1. 24/01/2014 Ikan Hiasan 20 10 0

2. 24/01/2014 Tumbuhan Akuatik 10 10 0

3. 24/01/2014 Batu dan Pasir 3 3 0

4. 31/01/2014 Aksesori Akuarium 10 10 0

5. 31/01/2014 Makanan Ikan 2 1 1

6. 31/01/2014 Perawat Air 1 1 0

Page 46: Kerja Kursus Ikan Hiasan

46

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

JUSTIFIKASI KEGUNAAN PEMILIHAN SETIAP BAHAN DAN

AKSESORI DI DALAM PELAN LANSKAP

Lanskap akuarium yang telah direka oleh kumpulan kami bertemakan English

Village. Tema ini berfokuskan kedamaian suasana sebuah desa Inggeris, yang jelas dapat

dilihat daripada pemilihan aksesorinya iaitu seperti dari segi binaan rumah dan jambatan,

tumbuhan, pasir serta batu. Pemilihan bahan diminimumkan kerana kami menekankan

elemen keringkasan kerana bahan yang terlalu banyak akan menyebabkan suasana

kelihatan serabut dan padat di samping menghalang ikan bergerak bebas.

Idea pemilihan tema ini tercetus kerana aksesori utama kami ialah sebuah rumah

mini yang sangat unik dan halus binaannya serta mempunyai ciri keinggerisan. Justeru,

keunikan tersebut ingin kami tonjolkan sebagai elemen utama di dalam lanskap. Seterusnya,

barulah kami memikirkan penambahan aksesori lain bagi melengkapkan lagi tema English

Village ini. Berikut diterangkan justifikasi pemilihan setiap bahan dan aksesori di dalam

lanskap ini.

BIL. BAHAN/

AKSESORIJUSTIFIKASI PEMILIHAN BAHAN DAN AKSESORI

1.

Rumah Mini Binaannya yang sangat halus dan cukup terperinci

dengan ciri keinggerisan sangat menepati tema

lanskap kami iaitu English Village.

Sebagai titik fokus utama lanskap.

2.

Tumbuhan Tiruan Tempat ikan bermain dan berlindung.

Tumbuhan atau pokok merupakan antara elemen

utama bagi sebuah desa. Bersesuaian dengan tema

desa Inggeris.

Menonjolkan suasana kedamaian dan kehijauan.

Tumbuhan hijau menimbulkan kontra warna dengan

poster latar belakang yang berwarna biru.

Page 47: Kerja Kursus Ikan Hiasan

47

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

3.

Jambatan Batu Jambatan batu ini juga mempunyai binaan bercirikan

keinggerisan. Bersesuaian dengan tema English

Village.

Kesinambungan daripada laluan pejalan kaki dan

sebagai laluan untuk ke rumah mini kerana terdapat

kolam yang merentangi di hadapan rumah.

4.

Poster Latar Belakang

(Biru)

Poster berlatar belakangkan warna biru kosong

semata-mata dipilih agar fokus audien tertumpu

kepada suasana desa dan diyakini dapat

menimbulkan suasana kedamaian.

Poster berlatar belakangkan pemandangan tidak

dipilih kerana ia akan menenggelamkan suasana

desa di samping nampak serabut kerana rimbunan

tumbuhan hiasan sudah diletakkan sebagai aksesori

lanskap.

5.

Pasir Hitam Sebagai permukaan atas yang membentuk laluan

pejalan kaki ke rumah mini Inggeris.

Menonjolkan kontra warna dengan batu kerikil putih

yang turut menjadi permukaan atas.

6.

Pasir Biru

Sebagai pemukaan atas yang menggambarkan

lanskap kolam yang terletak di hadapan rumah mini.

7.Pasir warna-warni

Sebagai dasar akuarium atau alas kepada

pemukaan atas. Pasir warna-warni diletakkan di

Page 48: Kerja Kursus Ikan Hiasan

48

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

bahagian bawah pasir hitam dan biru serta batuan

putih yang menjadi pemukaan atas.

Boleh juga dijadikan hiasan apabila dilihat dari sisi

dan hadapan akuarium.

8.

Batu Kerikil Putih Sebagai permukaan atas yang menjadi alas kepada

tumbuhan hiasan di dalam lanskap.

Membentuk permukaan tekstur yang berlainan

kerana di sekelilingnya terdiri daripada tekstur

permukaan pasir.

Menonjolkan kontra warna dengan pasir hitam yang

turut menjadi permukaan atas.

9.

Batu Kerikil Warna-warni Membentuk dan mencantikkan lanskap kolam.

Diletakkan di sekeliling kolam.

10.

Rantai Emas Sebagai aksesori tambahan yang diletakkan di atas

jambatan berhadapan rumah.

Menggambarkan suasana desa Inggeris yang

dilimpahi kemewahan.

11.

Itik Hiasan Diletakkan di dalam kolam. Menggambarkan desa

Inggeris yang damai dan itik-itik dapat hidup bebas

di dalamnya.

REFLEKSI DIRI

Page 49: Kerja Kursus Ikan Hiasan

49

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

NAMA : NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID

NO. I/C : 920124-14-5888

Bismillahhirahmannirahim, setinggi tinggi kesyukuran yang tidak terhingga di

panjatkan kepada Allah S.W.T kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan RBT

3203E dengan lengkap dan sempurna. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En. Mohd Yusoff Bin Hj.

Mohd Shariff diatas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan serta rakan-rakan kerana telah

banyak membantu dalam penyiapan tugasan ini.

Antara cabaran terpaksa ialah dihadapi ialah dari segi kewangan. Hal ini kerana

terdapat beberapa bahan yang terpaksa dibeli sendiri memandangkan kekangan bahan

yang tidak mencukupi dan tidak dapat disediakan untuk kami. Namun begitu, sebagai

seorang pelajar, saya sedar inilah pengorbanan yang perlu dilakukan untuk memperoleh

ilmu. Tambahan pula, saya menginginkan hasil terbaik dalam setiap tugasan yang

dilakukan. Saya percaya jika kita lokek mengeluarkan duit untuk ilmu, maka sedikit sahaja

ilmu yang akan diperolehi. Meskipun berpegang kepada prinsip ini, namun ia bukan

bermaksud saya sesuka hati boros membeli pelbagai bahan kerana sebenarnya sebahagian

besar bahan yang digunakan adalah daripada bahan sedia ada. Misalnya, rumah mini yang

menjadi elemen utama tema lanskap adalah asalnya merupakan tabung duit saya di bililk.

Begitu juga dengan jambatan, tumbuhan hiasan, pasir dan batu kerikil adalah bahan sedia

ada yang terdapat di stor Jabatan Teknikal.

Selain itu, tugasan ini juga menguji aspek pengurusan masa kerana kami menjalani

praktikal selama dua bulan. Justeru, masa yang tinggal adalah sangat singkat, tambahan

pula kelas yang ada perlu dibahagikan pula untuk pembelajaran jahitan serta tanaman

hiasan. Mujurlah kami sekumpulan bekerjasama merancang gerak kerja dan pembahagian

tugas. Ini memudahkan saya untuk merancang masa untuk melakukan aktiviti yang lain.

Sekiranya perancangan tidak dilakukan terlebih dahulu, maka masalah akan timbul. Menurut

Charles dan Senter (2002), pengurusan amat penting dalam pengajaran, malahan tanpa

pengurusan yang cekap, pengajaran bilik darjah amat sukar berlaku. Ini bertepatan dengan

tugas sebagai seorang guru yang perlu merancang perancangan pengajarannya terlebih

dahulu sebelum mengajar murid-muridnya.

Dalam proses menyelesaikan tugasan ini juga saya dan rakan-rakan telah

membahagikan tugas masing-masing untuk memudahkan kami memberi tumpuan kepada

perkara tertentu. Sebagai contoh, perkara yang tidak berkaitan dengan tajuk berkenaan

Page 50: Kerja Kursus Ikan Hiasan

50

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

diberikan kepada orang lain untuk menguruskannya, supaya tidak mengelirukan. Tarikh dan

masa juga perlu ditetapkan, seseorang telah ditetapkan untuk mengingati supaya tugasan

yang dilakukan tetap berjalan dalam tempoh masa yang telah dirancang. Menurut Fayol

(1988), proses pengurusan meliputi perancangan, pengendalian, pengarahan dan

pengawalan.

Di samping itu, penyediaan akuarium ini menuntut kesabaran yang tinggi kerana

memerlukan pengorbanan tenaga, masa dan kewangan. Dari segi tenaga, memandangkan

kumpulan kami terdiri daripada wanita sahaja, kami mengalami kesukaran semasa

mengangkat akuarium tersebut untuk dicuci. Mujurlah, ada rakan-rakan lelaki yang sudi

membantu. Dari segi masa dan kewangan adalah seperti yang sudah dijelaskan di atas.

Dalam pada itu, sejujurnya saya sangat bersyukur kerana berpeluang memperolehi

banyak ilmu tentang ikan hiasan. Sebelum ini, secara jujurnya saya langsung tidak

mengetahui apa-apa berkaitan dengan ikan hiasan apatah lagi ilmu lanskap akuarium.

Antara ilmu yang diperolehi ialah jenis dan tabiat ikan hiasan. Saya baru mengetahui

bahawa bukan semua ikan dapat dipelihara bersama-sama. Ikan pemangsa perlulah

dipelihara di akuarium yang sejenis sahaja kerana ia akan memakan anak ikan kecil. Saya

juga mengetahui cara membentuk lanskap akuarium. Terlalu banyak hiasan akan

menampakkan suasana yang serabut di samping menghalang ikan bergerak bebas. Ini

menyedarkan saya bahawa amali sangat penting dalam pembelajaran kerana ilmu tersebut

menjadi lebih bermakna dan tersimpan lebih lama dalam ingatan murid.

Selain itu, dalam pembikinan tugasan ini juga saya serba sedikit dapat menyusun

atur kerja yang saya bersama rakan-rakan lakukan. Ini bermaksud saya dapat

mendokumentasikan hasil kerja yang telah kami lakukan. Selama ini hasil kerja tidak pernah

direkodkan, sekarang baru saya tahu bahawa bahan-bahan bukti merupakan perkara

penting yang perlu ada bagi kerja-kerja seperti praktikal ini. Ini kerana selain sebagai rujukan

pembaca untuk mengetahui prosedur untuk menyediakan akuarium. Menurut Mohd Razi

(2002), tahap penggunaan BBM di kalangan guru - guru Kemahiran Hidup adalah masih

pada tahap sederhana. Bagi Bahan - bahan bukti yang direkodkan dan didokumentasikan ini

boleh juga dijadikan sebagai bahan bantu mengajar bagi guru untuk mengajar kepada

murid-murid di sekolah. Dengan adanya panduan ini mudah bagi guru untuk mendapat idea

mengajar bagi topik ini.

Kesimpulannya, segala cabaran yang dihadapi akan saya hargai dan ingati kerana ia

merupakan asam garam dalam kehidupan. Tanpa cabaran, saya akan sentiasa kekal di zon

selesa dan tidak akan keluar daripada kepompong keselesaan tersebut. Selain itu, saya

juga berharap agar folio kami ini dapat dijadikan panduan untuk proses pembelajaran pada

Page 51: Kerja Kursus Ikan Hiasan

51

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

masa akan datang. Segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi akan saya gunakan

sepanjang proses pembelajaran di ipg dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Insyallah.

Sekian Terima Kasih

REFLEKSI DIRI

NAMA : SITI AISYAH BINTI ROSLAN

NO. I/C : 920520-11-5306

Page 52: Kerja Kursus Ikan Hiasan

52

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Alhamdulillah, dengan izin-Nya saya dapat melaksanakan projek pemeliharaan ikan

hiasan dengan jayanya. Semua yang dirancang telah dapat dijalankan dengan baik. Pada

semester ini kami telah ditugaskan untuk menyediakan satu folio mengenai ikan hiasan.

Banyak pengetahuan dan pengalaman telah saya perolehi sepanjang melakukan tugasan ini

yang mana dapat memantapkan lagi kemahiran untuk menjadi seorang guru yang fleksibel

suatu hari nanti. Saya memulakan projek dengan pengumpulan maklumat mengenai

pemeliharaan ikan hiasan. Dari sini, saya dapat menimba ilmu baru yang boleh saya

aplikasikan semasa memelihara ikan dan menghias akuarium dengan peelbagai perkara

penting yang dititiberatkan.

Antara cabaran-cabaran yang saya hadapi dalam melakukan aktiviti penyediaan

akuarium ini ialah dari segi kewangan. Sebagai seorang pelajar, saya akur bahawa

kewangan untuk melaksanakan projek ini amat tinggi. Peralatan dan keperluan dalam

menyediakan akuarium ini memakai kos yang amat tinggi. Di sini, saya dapat pelajari

bahawa guru pelatih perlu menggunakan akal fikiran untuk mencari alternatif lain dalam

menggantikan aksesori akuarium yang diperlukan menggunakan bahan terbuang agar dapat

menjimatkan kos. Hal ini kerana, rata-rata guru pelatih lebih suka membeli peralatan yang

dijual di kedai tanpa memikirkan kosnyadan kami juga telah menggunakan bahan sedia ada

yang telah disediakan. Jadi, sikap kreatif dan inovatif amat penting dalam melaksanakan

projek ini.

Selain itu, semasa penyediaan akuarium ini ia memerlukan kesabaran yang amat

tinggi agar penyediaan akuarium yang dibuat menampakkan hasil yang baik. Hal ini kerana

dalam penyediaan akuarium, ia akan mengambil masa yang lama, menggunakan tenaga

yang banyak dan sebagainya. Dalam kumpulan kami yang hanya terdiri daripada wanita,

kami mengalami kesukaran semasa mengangkat akuarium tersebut untuk dicuci. Tambahan

pula, kadang-kadang ia juga boleh mengakibat kecederaan. Namun yang demikian, saya

mencadangkan penambahbaikan agar setiap kumpulan itu disarankan untuk mempunyai

ahli kumpulan lelaki untuk membantu guru-guru wanita apabila diperlukan. Penyediaan

akuarium juga telah memberi pengalaman kepada saya cara memasukkan air ke dalam

akuarium, anti klorin, anti cloudiness dan sebagainya.

Saya juga telah mempelajari cara meletakkan ikan ke dalam akuarium. Kumpulan

kami juga telah memelihara ikan yang amat sensitif iaitu ikan guppy. Alhamdulillah, ikan

tersebut dapat hidup dengan baik dalam akuarium yang kami sediakan dan mempunyai

penjagaan harian. Ilmu mengenai jenis ikan juga telah saya pelajari dengan kesungguhan

dan minat. Terdapat ikan makan atas seperti guppy, ikan makan tengah seperti angel dan

tiger berb dan ikan makan bawah seperti ikan tikus dan ikan bandaran. Semua ikan

Page 53: Kerja Kursus Ikan Hiasan

53

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

mempunyai cirri-ciri yang unik dan terdapat fungsi masing-masing. Di samping itu, dalam

projek ini saya telah mempelajari banyak tentang ikan hiasan. Sebelum ini, secara jujurnya

saya langsung tidak mengetahui apa-apa berkaitan dengan ikan hiasan.

Cabaran bagi saya yang terakhir ialah melakar pelan akuarium. Pengambilan masa

yang lama bagi melakar dan mewarnakan pelan tersebut. Dari tugasan melakar ini, saya

dapat simpulkan, akuaraium yang dihias ini sangat cantik dan mempunyai justifikasi

tersendiri yang unik dan berfungsi. Selepas menyipkan lakaran, saya dapat mengingati

hiasan dalaman akuarium yang telah dilaksanakan. Ikan yang dipilih juga bersesuaian

dengan hiasan akuarium.

Dari segi nilai pula, nilai yang dapat saya terapkan sepanjang melaksanakan tugasan

ini ialah nilai kerjasama, nilai menghargai masa dan nilai kerajinan. Melalui kerjasama

daripada rakan sekelas serta pensyarah pembimbing, saya dan ahli kumpulan dapat

menyiapkan tugasan dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada mereka. Semasa

melaksanakan projek ini juga, kami dapat belajar bagaimana membahagikan masa untuk

membuat kerja-kerja yang diberikan mahupun subjek yang lain. Pembaziran masa mulai

berkurang. Tambahan pula, melalui dorongan daripada rakan-rakan yang lain, sikap rajin

dapat kami terapkan antara satu sama lain.

Namun demikian, terdapat kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti

sepanjang menjalankan tugasan ini. Kelemahan yang sering terjadi adalah suka melengah-

lengahkan masa dalam proses penyediaan akuarium. Selain itu, kekuatan yang diperolehi

ialah walau apapun masalah kita hadapi, belajar untuk berusaha dan minta pertolongan dan

nasihat daripada rakan-rakan. Oleh yang demikian, penambahbaikan haruslah dilakukan

dari semasa ke semasa agar tugasan yang dilaksanakan bertambah baik lagi.

Kesimpulannya, tugasan ini memberi manfaat kepada diri saya sendiri di mana

memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan lain yang melaksanakan tugasan ini.

Pengalaman serta ilmu berkaitan teknologi pemeliharaan ikan hiasan banyak mengajar saya

selain memperoleh nilai-nilai murni sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, saya

bersetuju tugasan seperti ini diberikan kepada guru-guru pelatih sebagai persediaan menjadi

seorang guru kelak. Banyak ilmu dan pengetahuan baru yang saya peroleh hasil tugasan ini.

Alhamdulillah, saya dan ahli kumpulan dapat menyiapkan tugsan ini dalam masa yang

diperuntukkan dengan baik dan jayanya.

REFLEKSI DIRI

NAMA : SITI INTAN BADARIAH BINTI ABDUL LATIF

Page 54: Kerja Kursus Ikan Hiasan

54

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

NO. I/C : 920809-02-5934

Syukur ke hadrat Ilahi kerana atas pimpinannya, saya dapat menjalani ujian amali

ikan hiasan dengan jayanya. Semua yang dirancang telah dapat dijalankan dengan baik.

Pada semester ini kami telah ditugaskan untuk menyediakan satu folio mengenai ikan

hiasan dan melakukan satu program penjagaan terhadap ikan hiasan disamping menjalani

satu ujian amali penyediaan akuarium.

Dalam proses penyediaan akuarium, kami terlebih dahulu merancang dan mengatur

langkah kerja supaya semasa ujian amali kesemua proses yang dirancang dapat berjalan

dengan lancar tanpa sebarang masalah. Banyak pengetahuan dan pengalaman telah saya

perolehi sepanjang melakukan tugasan ini yang mana dapat memantapkan lagi kemahiran

jester membantu sya untuk menjadi seorang guru yang fleksible suatu hari nanti.

Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kami dalam melakukan aktiviti

penyediaan akuarium ini ialah dari segi kewangan. Sebagai seorang pelajar, kami akur

bahawa kewangan untuk melaksanakan projek ini amat tinggi. Peralatan dan keperluan

dalam menyediakan akuarium ini memerlukan kos yang amat tinggi. Di sini, saya dapat

pelajari bahawa guru pelatih perlu menggunakan akal fikiran untuk mencari alternatif lain

dalam menggantikan aksesori akuarium yang diperlukan menggunakan bahan terbuang

agar dapat menjimatkan kos. Hal ini kerana, rata-rata guru pelatih lebih suka membeli

peralatan yang dijual di kedai tanpa memikirkan kosnya.

Selain itu, semasa penyediaan akuarium ini ia memerlukan kesabaran yang amat

tinggi agar penyediaan akuarium yang dibuat menampakkan hasil yang baik. Hal ini kerana

dalam penyediaan akuarium ia cukup mengambil masa yang lama, menggunakan tenaga

yang banyak dan sebagainya. Dalam kumpulan kami yang hanya terdiri daripada wanita,

kami mengalami kesukaran semasa mengangkat akuarium tersebut untuk dicuci. Tambahan

pula, kadang-kadang ia juga boleh mengakibat kecederaan. Namun yang demikian, kami

masih mendapat bantuan dari rakan seperjuangan yang lain.

Di samping itu, dalam projek ini saya telah mempelajari banyak tentang ikan hiasan.

Sebelum ini, secara jujurnya saya langsung tidak mengetahui apa-apa berkaitan dengan

ikan hiasan. Melalui lawatan ke pelbagai pusat akuarium yang dijalankan, saya telah

mengetahui serba sedikit mengenai ikan hiasan. Bermula dari ilmu tentang jenis ikan hiasan,

cara penjagaan ikan dan sebagainya telah banyak memberi saya pelbagai maklumat

tentang

Page 55: Kerja Kursus Ikan Hiasan

55

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

pemeliharaan ikan hiasan ini. Tambahan pula, dalam penjagaan ikan hiasan bukan semua

ikan dapat dipelihara bersama-sama. Ikan pemangsa perlulah dipelihara di akuarium yang

sejenis sahaja kerana ia akan memakan anak ikan kecil.

Dari segi nilai pula, nilai yang dapat saya kutip sepanjang melaksanakan tugasan ini

ialah nilai kerjasama, nilai menghargai masa dan nilai kerajinan. Melalui kerjasama daripada

rakan sekelas serta pensyarah pembimbing, kami dapat menyiapkan tugasan dengan

bantuan dan tunjuk ajar daripada mereka. Semasa melaksanakan tugasan ini juga, kami

dapat belajar bagaimana membahagikan masa untuk membuat kerja-kerja yang diberikan

mahupun subjek yang lain. Pembaziran masa mulai berkurang. Tambahan pula, melalui

dorongan daripada rakan-rakan yang lain, sikap rajin dapat kami terapkan antara satu sama

lain.

Namun demikian, terdapat kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti

sepanjang menjalankan tugasan ini. Kelemahan yang sering terjadi adalah suka melengah-

lengahkan masa dalam prose penyediaan akuarium. Selain itu, kekuatan yang diperolehi

ialah walau apapun masalah kita hadapi, belajar untuk berusaha dan minta pertolongan dan

nasihat daripada rakan-rakan. Oleh yang demikian, penambahbaikan haruslah dilakukan

dari semasa ke semasa agar tugasan yang dilaksanakan bertambah baik lagi.

Kesimpulannya, tugasan ini memberi manfaat kepada diri saya sendiri di mana

memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan lain yang melaksanakan tugasan ini.

Pengalaman serta ilmu berkaitan teknologi ikan hiasan banyak mengajar saya. Selain

memperoleh nilai-nilai murni sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, saya

bersetuju tugasan seperti ini diberikan kepada guru-guru pelatih sebagai persediaan menjadi

seorang guru kelak.