Kerja Kursus Pa 2

34
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Transcript of Kerja Kursus Pa 2

Page 1: Kerja Kursus Pa 2

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Page 2: Kerja Kursus Pa 2

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Latar belakangKebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

ObjektifPembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah Negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan

Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Page 3: Kerja Kursus Pa 2

Strategi dan Pelaksanaan

Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;

Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan - pertubuhan kebudayaan juga penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa. Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

Page 4: Kerja Kursus Pa 2

DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA

Latarbelakang

Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohamed ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta. Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.

Objektif:

1. Objektif dasar ini adalah untuk mengujudkan jumlah penduduk Malaysia seramai 70 juta.

2. Meningkatkan daya dan mutu pengeluaran untuk eksport3. Menjadikan Malaysia sebuah Negara yang kuat dari segi keselamatan dan

politik.

Strategi Pelaksanaan:

1. Meningkatkan jumlah kesuburan supaya pada tahun 2070 jumlah penduduk akan menjadi stabil pada tahap 79 juta .

2. Membaiki taraf kesihatan penduduk melalui klinik-klinik kerajaan di seluruh Negara

3. Menyediakan bekalan air yang mencukupi.4. Menyediakan pendidikan yang bermutu dan seimbang.5. Menyediakan berbagai-bagai kemudahan social.6. Memperkenalkan dasar percukaian dan faedah-faedah bersalin untuk

keluarga yang beranak lima.

Page 5: Kerja Kursus Pa 2

Dasar pembandaran NegaraLatar belakang

1. Sebelum merdeka , pertumbuhan Bandar-bandar tidak dirangka dengan baik 2. Penduduk Malaysia yang kian bertambah memerlukan rancangan urbanisasi

yang baik.

Matlamat 1. Proses urbanisasi akan membantu kerajaan mencapai dasar ekonomi baru.2. Untuk memupuk keseimbangan ekonomi antara Bandar dan luar Bandar3. Pembangunan ekonomi dan perkhidmatan asas pembandaran dapat

diagihkan secara meluas serta saksama di seluruh Negara.

STRATEGI:

Dalam usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pembangunan Negara melalui proses pembangunan Bandar yang dirancang dan dikenalpasti maka kerajaan telah merangka beberapa strategi Di antaranya ialah:memastikan pembangunan dengan lebih seimbang dari segi fizikal,susunan kaum dan penyertaan dalam pembangunan bandar melalui pengurusan sumber yang lebih cekap seperti tanah dan perumahan,mempercepatkan proses pembandaran di kawasan luar bandar dengan cara melibatkan peneroka-peneroka di sekim pembangunan tanah dan penduduk-penduduk di kawasan in-situ dalam kegiatan-kegiatan ekonomi bandar melalui perkembangan perkhidmatan,perdagangan dan runcit serta industri-industri kecil. Penyertaan tersebut adalah bertujuan untuk mengurangkan pengaliran pendapatan kekawasan lain dan juga untuk menerapkan unsur-unsur pembangunan bagi mempergiatkan ekonomi tempatan,mempercepatkan pembangunan bandar didalam kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah dengan cara mengkaji kemungkinan-kemungkinan memperluaskan liputan dan bidang penglibatan sektor swasta selaras dengan usaha menggalakkan pembangunan kegiatan-kegiatan bandar terutamanya pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan dalam kawasan pembangunan wilayah berkenaan,memperkenalkan konsep memperbandarkan kampung-kampung dengan cara pengelompokan kampung-kampung kecil yang terletak berdekatan bagi dijadikan bandar kecil atau pusat pembangunan desa di mana kegiatan-kegiatan perindustrian kecil, perniagaan dan pertanian secara komersial dapat diwujudkan.

Page 6: Kerja Kursus Pa 2

DASAR WANITA NEGARAOBJEKTIF:

Bagi membantu pihak perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan wanita beberapa strategi diperturunkan bagi menjaminkan kecekapan, keberkesanan, keselarasan dan keseragaman dasar dan tindakan iaitu membangkitkan kesedaran, kepekaan dan kefahaman semua pihak mengenai isu dan kedudukan wanita,menyalurkan isu-isu wanita menerusi agensi pusat kepada institusi-institusi dan birokrasi Kerajaan dalam bentuk peraturan pentadbiran, sikap dan komitmen pihak pelaksanaan dasar,merancangkan pengagihan sumber-sumber kepada pelbagai sektor yang mengendalikan program berkaitan dengan isu-isu wanita dan mendapatkan kerjasama di antara sektor-sektor Kerajaan dan di antara Kerajaan dengan bukan Kerajaan dalam proses pemusatan usaha-usaha bagi meningkatkan penglibatan wanita dalam pembangunan.

Selain itu,dasar ini bertujuan mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu kehidupan,membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf serta memastikan negara berada dalam keadaan aman dan makmur.

STRATEGI:

Bagi membantu pihak perancangan dan pelaksanaan Dasar Wanita Negara(DWN), beberapa strategi dibentukan bagi menjamin kecekapan ,keberkesanan, keselarasan dan keseragaman dasar dan tindakan seperti membangkitkan kesedaran, kepekaan dan kefahaman semua pihak mengenai isu dan kedudukan wanita,menyalurkan isu-isu wanita menerusi agensi pusat kepada institusi-institusi dan birokrasi Kerajaan dalam bentuk peraturan pentadbiran, sikap dan komitmen pihak pelaksanaan dasar, merancangkan pengagihan sumber-sumber kepada pelbagai sektor yang mengendalikan program berkaitan dengan isu-isu wanita dan mendapatkan kerjasama di antara sektor-sektor Kerajaan dan diantara Kerajaan dengan bukan Kerajaan dalam proses pemusatan usaha-usaha bagi meningkatkan penglibatan wanita dalam pembangunan.

Page 7: Kerja Kursus Pa 2

DASAR PANDANG KE TIMUR

OBJEKTIF: Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ialah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembanguan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meniggikan kemajuan negara.Perkara-perkara ini harus ditumpukan ialah ‘kerajinan dan disiplin bekerja,kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja,keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri,tekanan daya pengeluaran dan mutu yang tinggi,peningkatan kecekapan,pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan

STRATEGI: Selaras dengan dasar ini,kerajaan telah menyusun strategi dan program bagi meningkatkan kecekapan,kekesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik di kalangan pengawai dan kakitangan.Pengawai-pengawai dan pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun dan Korea untuk mempelajari selok belok teknikal dan aspek pengurusan.Di antara program yang telah dijalankan adalah perubahan struktur,perubahan sikap dan latihan dan kursus. Dalam latihan dan khusus,kerajaan telah mengadakan Latihan Perindustrian Dan Teknikal yang bertujuan melatih pekerja di bidang teknikal dalam usaha meninggikan kecekapan dan menerap nilai kerja positif dari Jepun dan Korea dalam meninggikan penghasilan kerja dan Program Pengajian Akedemik yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk menuntut ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Republik Korea. Bagi perubahan struktur pula berkaitan dengan Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card),Penggunaan Tanda Nama (Name Tag), Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC),Konsep Pejabat Terbuka dan Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat.

Page 8: Kerja Kursus Pa 2

DASAR PEMBAHARUAN DAN PENINGKATAN PRODUKTIVITI

DAN KUALITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Latarbelakang 

Dalam era pembangunan yang dipelopori sejak negara mencapai kemerdekaan, fungsi pentadbiran awam telah mengalami perubahan yang dinamik di mana keseluruhan jentera Kerajaan digembleng dan dijuruskan kepada usaha-usaha meningkatkan taraf hidup rakyat di samping menjamin keamanan, kesejahteraan dan keselamatan awam. Jentera pentadbiran Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan aspirasi negara menerusi pelaksanaan secara berkesan segala dasar, program dan projek Kerajaan. Keupayaan perkhidmatan awam memberikan perkhidmatan yang bermutu dan berwibawa perlulah dipertingkatkan sealiran dengan perkembangan-perkembangan yang pesat berlaku di dalam atau di luar negeri. Ini memerlukan perubahan-perubahan yang boleh meningkatkan produktiviti dan keberkesanan perkhidmatan awam dalam menghadapicabaran-cabaran pembangunan negara.  

Objektif

Dasar-dasar pembaharuan ini mempunvai objektif seperti berikut:

1. Meningkatkan keupayaan dan produktiviti sektor awam supaya ia dapat memainkan peranannya meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang menyumbang ke arah pembangunan;

2. Memastikan sumber-sumber negara digunakan secara optimum; 3. meningkatkan jumlah dan mutu perkhidmatan kepada orang ramai.4. Meningkatkan imej kerajaan di kaca mata orang ramai

Page 9: Kerja Kursus Pa 2

Strategi dan perlaksaan

1. Pengarah-pengarah jabatan diberi kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib

ke atas kakitangan kerajaan yang tidak berdisiplin.

2. Ketua-ketua jabatan mewujudkan system laporan berkala yang sistematik.

3. Kakitangan yang berdisiplin akan dianugerahi sijil perkhdmatan cemerlang

4. Ketua-ketua jabatan hendaklah sentiasa member motivasi kepada kakitangan

mereka.

 

Page 10: Kerja Kursus Pa 2

DASAR PENERAPAN NIALI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN

KERAJAANLatar belakang

1. Agama rasmi persekutuan ialah agama islam.2. Nilai-nilai murni dalam islam dapat diserapkan dalam tatakerja kita.

Matlamat

1. Menghapuskan sikap negative dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dan menghasilkan perkhdmatan yang bermutu.

2. Melatih diri dengan disiplin dan menjalankan kerja dengan penuh dedikasi dan amanah.

3. Menghormati kebaikan dan membenci keburukan seperti yang dituntut dalam islam

4. Melahirkan rakyat malaysia yang bermaruah tinggi.

Strategi perlaksaan

1. Jentera pentadbiran kerajaan dikemas kini berdasarkan nilai-nilai yang positif.

2. Penerangan dan penjelasan tentang niali-nilai islam telah ditambah dari semasa ke semasa

3. Ketua-ketua jabatan dinasihatkan supaya menjadi teladan kepada pegawai-pegawai di bawahnya.

4. Pakaian-pakaian yang melambangkan kesopanan digalakkan manakala pakaian yang terlalu mendedahkan tubuh badan tidak dibenarkan

Page 11: Kerja Kursus Pa 2

DASAR KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

LATAR BELAKANG1. Sebelum 1983 , belum lagi ada satu dasar kepimpinan yang boleh dijadikan

asas yang kukuh untuk diamalkan oleh semua kakitangan kerajaan.2. Dasar ini membayangkan hasrat kerajaaan untuk membaiki system

pentadbiran Negara

OBJEKTIF1. Untuk memupuk ciri-ciri kepimpinan yang berkesan yang dapat dicontohi .2. Melahirkan semangat kepimpinan dalam kalangan pegawai-pegawai

kerajaan.3. Meningkatkan daya pengeluaran Negara melalui perkhidmatan yang cekap

STRATEGI1. Menerapkan konsep kepimpinan melalui teladan menerusi kumpulan.2. Meningkatkan mutu kerja di perkhidmatan kaunter.3. Menerapkan dasar ini melalui pelbagai sebaran am.4. Mengadakan ceramah dan forum untuk pegawai-pegawai kerajaaan supaya

timbul kesedaran tentang perlunya sifat-sifat kepimpinan.5. Memberi panduan tentang dasar ini melalui sifat agama.6. Menganjurkan pameran kepimpinan oleh Arkib Negara Malaysia.7. Memperkenalkan kad perakam waktu, pemakaian tanda nama dan

Kumpulan Kawalan Mutu Kerja ( QCC )

PENCAPAIAN1. Mutu perkhidmatan kerajaan walaupun sudah meningkat , tetapi belum

mencapai tahap yang membanggakan.2. Ramai kakitangan kerajaan belum menghayati dasar ini .

Page 12: Kerja Kursus Pa 2

DASAR BERSIH , CEKAP DAN AMANAH

latar belakang

1. Malaysia memerlukan rakyat yang bermoral2. Dengan ini , Malaysia akan Berjaya.3. Nilai baik dan positif harus disemai dalam setiap jiwa rakyat Malaysia.

Matlamat

1. Mewujudkan masyarakat yang bertatatertib , berdisiplin dan tidak menerima rasuah.

2. Bersih dan cekap sewaktu menjalankan urusan kerajaan3. Bersikap jujur kepada diri , kawan-kawan , keluarga dan di tempat kerja.

Strategi dan perlaksanaan

1. Semua pegawai kanan kerajaan dan anggota jemaah menteri adalah diwajibkan untuk mengisytiharkan harta yang mereka miliki.

2. Mengukukkan lagi suruhanjaya pencegahan rasuah.3. Laporan juruaudit Negara wajib disiarkan untuk pengetahuan orang ramai.4. Menghantar pegawai-pegawai melanjutkan pendidikan mereka.

Page 13: Kerja Kursus Pa 2

Rukun NegaraLatar belakang

1. Perpaduan amatlah penting untuk sesebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum

2. Malaysia harus memelihara satu cara hidup demokratik dan adil.3. Kita harus menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi

kebudayaan di Malaysia.

Lima prinsip rukun Negara :

1. Kepercayaan Kepada Tuhan 2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara3. Keluhuran Perlembagaan4. Kedaulatan Undang-Undang5. Kesopanan Dan Kesusilaan

Page 14: Kerja Kursus Pa 2

WAWASAN 2020

Latarbelakang 

Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara.

Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.  

Page 15: Kerja Kursus Pa 2

Objektif

Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:

(i)  Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;

(ii)  Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

(iii)  Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;

(iv)  Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi;

(v)  Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi)  Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;

(vii)  Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem

Page 16: Kerja Kursus Pa 2

sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;

(viii)  Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan

(ix)  Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,   dinamik, giat dan kental.

Page 17: Kerja Kursus Pa 2

Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional

Tujuan utama penyediaan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional adalah untuk mendapatkan komitmen kerajaan dari segi pemantapan dasar dan strategi pembangunan belia. Pelan ini telah disediakan dengan meliputi dua tempoh iaitu menyediakan satu pelan tindakan yang berjangka panjang sehingga tahun 2020 dan menyediakan pelan tindakan jangka pendek

Secara jangka pendek pelan tindakan ini akan memberi empat tumpuan utama iaitu pengunggulan Program Rakan Muda, mengupayakan pertubuhan belia, menangani keperluan golongan belia tidak berpersatuan dan memantapkan keupayaan KBS. Secara jangka panjang pula, pelan ini mempunyai sebelas Teras Pembangunan Belia iaitu:-

i. Teras Pembangunan Ekonomiii. Teras Pembangunan Sumber Manusia

iii. Teras Program Rakan Mudaiv. Teras Pembangunan Sosial (Nilai) v. Teras Sistem Penyampaian

vi. Teras Peranan Media dan Komunikasivii. Teras Peranan Pertubuhan Belia

viii. Teras Pembangunan Belia Tidak Berpersatuan ix. Teras Pembangunan Kepimpinanx. Teras Penyelidikan dan Pembangunan

xi. Teras Politik dan Integrasi Nasional

Kenyataan Dasar dan Pelan Tindakan Pembangunan Belia ini telah memberikan implikasi yang sangat besar dalam usaha pembangunan belia di negara ini kerana ianya merupakan satu dasar dan pelan yang sangat komprehensif khususnya bagi membangunkan generasi belia negara berasaskan kepada realiti semasa kini. Ini kerana golongan belia masa kini berdepan dengan berbagai masalah yang sangat membimbangkan masyarakat dan kerajaan dan jika tidak dipantau dan dijana program -program pembangunan yang berkesan hasrat serta inspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dikhuatiri akan terjejas. Untuk itu, dasar dan pelan tindakan ini telah banyak membantu KBS dalam merencana program-program berkesan yang merangkumi semua golongan sasar berdasarkan kepada strategi dan teras pembangunan yang dikenalpasti.

Page 18: Kerja Kursus Pa 2

ISLAM HADHARI

Page 19: Kerja Kursus Pa 2

PELAN INTEGRITY NASIONAL

Objektif

Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;

Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;

Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan

Strategi pelaksanaan

STRATEGI 1:PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI KELUARGA

Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia;

Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani; dan Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.

STRATEGI 2: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK KOMUNITI Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti; Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti; dan Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum serta

kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar.

Page 20: Kerja Kursus Pa 2

STRATEGI 3: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK MASYARAKAT SIVIL

Peningkatan integriti masyarakat sivil – badan bukan kerajaan (NGO); Peningkatan sumbangan NGO kepada usaha pemantapan integriti; dan Pengukuhan kerjasama antara NGO, kerajaan dan swasta untuk pemantapan

integriti.STRATEGI 4: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI SOSIOBUDAYA

Pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang berintegriti;

Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, jasmani dan rohani; dan Pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan identiti warga

negara.STRATEGI 5: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI AGAMA

Peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama;

Penghayatan dan pengalaman nilai-nilai murni ajaran agama; dan Peningkatan penghayatan dan pengamalan ajaran agama Islam sebagai

agama kemajuan.STRATEGI 6: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI EKONOMI

Pemantapan integriti sektor korporat; Peningkatan komitmen sektor korporat terhadap pertanggungjawaban sosial; Pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika; Pengukuhan perpaduan antara perpaduan antara kumpulan etnik dan antara

wilayah melalui aktiviti ekonomi.STRATEGI 7: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI POLITIK

Pengekalan keluhuran Perlembagaan dan sistem politik negara; Pengekalan kedeaulatan dan peningkatan keutuhan institusi parlimen sebagai

institusi penggubal undang-undang yang luhur; Pengalaman politik yang berintegriti serta pengembangan budaya politik

yang sihat, beretika, matang dan demokratik mengikut acuan sendiri; dan Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik.

STRATEGI 8: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI PENTADBIRAN

Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik; dan

Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam.

Page 21: Kerja Kursus Pa 2

DASAR PERUMAHAN NEGARA

Page 22: Kerja Kursus Pa 2

DASAR WARGA TUA NEGARA

Page 23: Kerja Kursus Pa 2

DASAR KOPERASI NEGARA

Latar belakang1. Koperasi didapati tidak saing dan tidak kos efektif2. Pada tahun 2004 , Kongres Kebangsaan Koperasi merumuskan bahawa

dasar tersebut perlu dilaksanakan.

Matlamat 1. Memperkukuh urus tadbir , kewangan , dan kawal selia koperasi.2. Penubuhan Majlis Perundingan Koperasi.3. Melahirkan koperasi yang berdaya saing , daya maju dan kos efektif.

Strategi dan perlaksanaan1. Memperkemas undang-undang dan peraturan koperasi.2. Mempertingkatkan sumber modal.3. Kerjasama dalam kalangan koperasi dan badan-badan lain.

Pencapaian 1. Mengiktiraf gerakan koperasi dalam pembangunan ekonomi Negara.2. Kualiti produk dan perkhidmatan koperasi dapat ditingkatkan.3. Memperjuangkan prinsip dan falsafah koperasi.

Page 24: Kerja Kursus Pa 2

DASAR KESELAMATAN JALAN RAYA

Page 25: Kerja Kursus Pa 2

DASAR NEGARA BAGI PERPUSTAKAAN DAN PERKHIDMATAN MAKLUMAT

Page 26: Kerja Kursus Pa 2

KONSEP 1 MALAYSIA