Kerja Kursus Sejarah !

download Kerja Kursus Sejarah !

of 22

Transcript of Kerja Kursus Sejarah !

PENGHARGAANSaya berasa brsyukur kerana dapat melaksanakan kajian sejarah tempatan dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua iaitu kerana memberi sokongan dan kebenaran bagi menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru sejarah saya iaitu Puan Norhayati binti Roslin krana telah memberi banyak maklumat dan tunjuk ajar sehingga selesai kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan trima kasih kepada kedua ibubapa saya iaitu Mohmad Ali B. Mohmad Nawawi dan Intan Bt. Tidek kerana telah memberi sokongan moral dan bantuan kewangan dalam melaksanakan kajian sejarah tempatan. Selain itu , saya ingin mengucapkan terima kasih kpada pihak sekolah SMK Permata Jaya dan semua orang sumber yang telah memberi kerjasama dan pertolongan untuk menjayakan kajian sejarah tempatan.

OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian sejarah tempatan adalah untuk mengenal pasti sumber sejarah yang benar , membuat kajian ilmiah dengan cara yang betul , mengenal sejarah sekolah dengan lebih mendalam serta mengetahui latar belakang sekolah secara terperinci.

KAEDAH KAJIANKaedah kajian yang saya gunakan antaranya ialah kaedah pemerhatian , penyelidikan , menganalisis dokumen dan menemu ramah orang sumber. Saya menjalankan pemerhatian diseluruh kawasan sekolah untuk mengumpul maklumat mengenai sekolah yang dikaji. Penyelidikan juga saya lakukan untuk memastikan apa yang saya perhatikan adalah benar dan tepat. Selain itu , saya juga menganalisis dokumen yang saya perolehi. Semoga maklumat dari dokumen tersebut benar dan tepat. Akhir sekali, kaedah menemu ramah orang sumber saya jalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kajian saya.

SPESIFIKASI REKABENTUK LOGO SEKOLAHBentuk Berdasarkan bentuk ala bujur, tirus dibahagian atas serta runcing di bahagian bawah melambangkan ketegasan dan kekuatan. Warna Latar belakang biru tua di bahagian bawah dan biru muda di bahagian atas. Biru tua melambangkan perpaduan dan biru muda melambangkan kehormatan dan ketenangan suasana sekolah. Warna merah melambangkan keberanian dan semangat dalam menuntut ilmu. Putih bermaksud niat yang suci , luhur dan murni. Motif 2 garisan selari berwarna merah bermaksud matlamat sekolah yang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan mendukung dasar-dasar kerajaan. JAYA BAKTI Membawa pengertian sentiasa menuju ke arah kejayaan dalam semua bidang agar menempuh masa depan yang cemerlang serta dapat berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara. Permata Melambangkan prinsip sekolah yang meletakkan semua pelajar adalah seperti permata yang sememangnya bernilai dan perlu sentiasa digilap agar terserlah kilauannya. Bentuk Buku Melambangkan bahawa buku adalah sumber utama ilmu kepada manusia khususnya pelajar. Pelajar perlu rajin belajar dan sentiasa mendampingi buku untuk kecemerlangan. Tulisan Jawi Perlambangan kepada dukungan sekolah tehadap agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

SEJARAH SEKOLAHPembukaan awal sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Rengit yang dibuka secara rasminya pada hari Ahad, 2 Januari 1972. Sekolah ini diasaskan oleh Tuan Haji Adzrai bin Haji Redzuan iaitu Pengetua pertama sekolah ini. Pada awalnya sekolah ini hanya menmpatkan pelajar dari tingkatan 1 hingga 3 sahaja. Sekolah yang dibina di atas tapak tanah seluas lebih kurang 9 ekar iaitu 3.6 hektar ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato Muda bin Hitam, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Nama sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Rengit diambil sempena nama tempat di mana bangunan sekolah didirikan iaitu Pekan Rengit. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Rengit ini bermaksud sejenis serangga yang dikenali dengan nama Rengit-rengit yang terdapat banyak berterbangan di kawasan tersebut. Sementara itu terdapat sumber yang menyatakan bahawa Rengit itu diambil daripada nama pengasas pecan Rengit iaitu Tok Batin Rengit. Pada tahun 1995 sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Rengit dan menempatkan pelajar dari tingkatan 1 hingga 5. Pada 21 Mei 2008, sekolah ini sekali lagi ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Permata Jaya untuk menjaga keperluan dan kepentingan sekolah. Nama ini adalah cetusan idea daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Permata Jaya iaitu Puan Hajah Hasnah Binti Johar @ Johan. Menurut beliau, nama PERMATA JAYA dipilih kerana pelajar-pelajar sekolah ini diumpamakan seperti permata, sesuatu yang amat berharga dan perlu dijaga dengan sempurna. Diharapkan dengan didikan dan perhatian guruguru, pelajar sekolah ini dapat mengukir nama di mata dunia atau sekurang-kurangnya dapat membangunkan diri sendiri dan berdikari agar dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling.

SENARAI PENGETUA SMK PERMATA JAYANO1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 NAMA Tuan Haji Adzrai bin Haji Redzuan Tuan Haji Isnin bin Aini Encik Ahmad bin Mohamed Tuan Haji Nordin bin Tahir Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Ahmad Tuan Haji Kamisan bin Saidin Tuan Haji Tokijan bin Abdul Halim Tuan Haji Sunoto bin Semos Puan Hajah Hasnah binti Johar @ Johan Puan Hajah Faridah binti Kalam TARIKH 02.01.1972 - 30.11.1979 01.12.1979 - 31.12.1983 01.01.1984 - 15.07.1989 16.07.1989 - 15.11.1991 16.01.1992 - 15.01.1998 16.01.1998 - 16.10.1999 01.11.1999 - 15.07.2001 16.07.2001 -10.03.2003 16.06.2003 - 24.06.2008 01.12.2008 -

PEMBANGUNAN SEKOLAHSMK Permata Jaya telah menerima 3 bangunan baru yang termasuk dalam Projek Rancangan Malaysia ke-9. Bangunan tersebut ialah bangunan 4 tingkat (Blok Exora), bangunan MPV (Blok Ficus) dan bangunan Sains Pertanian (Blok Gardenia). Permohonan ini diketuai oleh Puan Hajah Hasnah binti Johar @ Johan dan dibantu oleh beberapa orang guru iaitu Encik Mazlan bin Ithnin, Encik Mohd Khir bin Haji Muda, Encik Hamdan bin Nasrin, Encik Izudin Effendy bin Abu Bakar, Encik Zakaria bin Sahri, Puan Samsiah binti Ahmad, Puan Khairul Nisa dan Encik Jumaat bin Gelam. Pihak sekolah telah mendapat projek tersebut pada bulan November 2007 dan pihak kontraktor telah memulakan kerja-kerja pembinaan pada bulan Januari 2008. Bangunan MPV telah diserah kepada pihak sekolah pada 2009. Manakala bangunan 4 tingkat (Blok Exora) dan bangunan Sains Pertanian telah diserah pada 28 Oktober 2009. Blok Exora dapat menempatkan pejabat, bilik guru dan 6 buah makmal sains.

VISISEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MISIMEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

MATLAMATMelahirkan tenaga manusia yang berilmu, berbudi bahasa, berdisipin, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berteknologi dalam masyarakat bagi memenuhi keperluan negara maju menjelang tahun 2020

OBJEKTIF Meningkatkan kualiti pendidikan dari segi kokurikulum dan sahsiah dari semasa ke semasa. Menigkatkan semangat cinta akan sekolah dan perasaan kekeluargaan dalam kalangan pelajar, guru dan kakitangan. Menigkatkan perhubungan yang akrab dengan masyarakat setempat menerusi permuafakatan. Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sekolah ini.

PRESTASI KOKURIKULUMBIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 PERTANDINGAN Pertandingan Sepak Takraw L18 MSSD Pertandingan Sepak Takraw L15 MSSD Merentas desa MSSD Bola Jaring P18 MSSD Bola Jaring P15 MSSD Kejohanan Olahraga MSSD Kuiz Matematik Menengah Rendah Kuiz PNB Pertandingan Badminton MSSD Pertandingan Catur MSSD : Azini Amiza binti Hashim Pertandingan Kawad Kaki NGO (Daerah) Pandu Puteri Pertandingan Kawad Kaki NGO (Daerah) JPAM (L) Pertandingan Kawad Kaki GO (Daerah) Kadet Polis (P) Pertandingan Kawad Kaki GO (Daerah) Pengakap (L) Pertandingan Bola Tampar L18 : Tan Chia Ren & Gan Jia Quan Pertandingan Kuiz Perdagangan Pertandingan Sukan Aerobik Pertandingan Bola Keranjang L15 MSSD Pertandingan Menulis Excel Science For Peace & Development : Teo Dickson & Fan Chin Yik Pertandingan Mencipta Sajak Bahasa Cina (Negeri) : Fan Chin Yik Pertandingan Saintis Muda (Daerah) : Mohd Syafiq Haikal bin Mazlan : Khairunnisa binti Salman Pertandingan J-robik (Daerah) Pertandingan J-robik (Negeri) CATATAN Penyertaan Penyertaan Penyertaan Penyertaan Penyertaan Penyertaan Penyertaan Penyertaan Penyertaan Tempat ke-3 Wakil ke MSSJ Johan Tempat ke-3 Johan Johan 2 orang wakil ke MSSJ Seorang wakil ke MSSM Penyertaan Penyertaan Tempat ke-3 Johan Tempat ke-3 Johan Tempat ke-3

22 23

Johan dan tempat ke-3 Tempat ke-3

PIAGAM PELANGGANDalam merealisasikan wawasan untuk menjadikan SMK Permata Jaya sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi maka kami dengan sepenuh tekad dan iltizam berjanji akan menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut : Meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum untuk menjadi sekolah berprestasi tinggi di Batu Pahat. Membimbing pelajar membentuk disiplin yang baik dan memupuk sahsiah yang mulia melalui penghayatan nilai-nilai murni selaras dengan aspirasi negara. Melahirkan generasi pelajar yang berbudi bahasa dan berbudaya penyayang Meningkatkan profesionalisme guru-guru dan kakitangan sekolah melalui program yang terancang bagi mempastikan pendidikan yang berkualiti. Mewujudkan budaya kerja cemerlang yang mesra, cekap, amanah, dan tepat untuk melicinkan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, dan teguran dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, sihat, ceria dan menarik supaya pelajar-pelajar dapat belajar dengan penuh minat dan bersemangat. Memberi kerjasama padu kepada pegawai dan Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia serta Organisasi Awam dan Swasta.

PRESTASI AKADEMIKANALISA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TAHUN 2007 2009 (BERDASARKAN PERATUS)

PELAJAR CEMERLANG SPM 2009

PELAJAR CEMERLANG 8A PMR 2009

PELAJAR CEMERLANG 7A 1B PMR 2009

SISIPAN PERMATA

UNIT BERUNIFORM Kadet Remaja Sekolah(KRS) Kadet Polis Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) Pengakap Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia(PBSMM) Puteri Islam Pandu Puteri Silat

KELAB Komputer Pengguna dan Keusahawanan Nasyid Rakan Sebaya / Kaunseling Kebudayaan Siaraya Kecergasan Keselamatan Jalan Raya

PERSATUAN Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Pendidikan Islam Pendidikan Moral Geografi dan Alam Sekitar Sejarah Sains & Matematik Kemahiran Hidup

SEJARAH AWAL SEKOLAHSMK PERMATA JAYA telah ditubuhkan kira-kira 35 tahun lalu iaitu pada 2 Januari 1972 dan terletak di atas sebidang tanah seluas 9 hektar di belakang balai polis Rengit. Idea untuk menubuhkan sekolah ini lahir daripada ilham dan perjuangan penduduk sekitar Pekan Rengit yang diwakili oleh sebuah badan politik iaitu UMNO, Cawangan Sungai Kluang Tengah yang ingin melihat sebuah sekolah menengah aliran melayu yang wujud di daerah kecil Rengit.Pada 6 Januari 1982 telah dibuka kepada 135 orang pelajar sebagai pengambilan pertama untuk menduduki tingkatan 1 pada tahun berkenaan. Dalam peringkat awal pembukaan, sekolah ini hanya mempunyai 6 orang guru termasuk Pengetua ,seorang kerani untuk membantu bahagian pentadbiran, seorang pekerja dan seorang pengawal keselamatan sekolah.Bangunan sekolah ini terbahagi kepada 12 buah bilik darjah, 2 makmal sains, sebuah bilik jahitan , sebuah bilik masakan untuk kegunaan pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga , sebuah bilik pusat sumber , sebuah pejabat dan bilik pengetua sertasebuah kantin . Kesemua ini terletak di atas tapak tanah paya yang dahulunya dipenuhi dengan pokok piai seluas 3.6 hektar. Tanah yang dijadikan tapak sekolah ini pada asalnya dimiliki oleh TN.HJ.ABU BAKAR B. HJ.MUHSIN, TUN SARDON B. HJ.JUBIR dan seorang bangsawan cina yang tidak diketahui namanya. Dari tahun ke setahun bilangan pelajar di sekolah ini semakin bertambah Kumpulan pertamaseramai 135 orang telah pun menyempurnakan tugasan dan tanggungjawab mereka denganmenduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran [SRP] pada tahun 1974 sebagai perintis danpembuka jalan kejayaan akademik di sekolah ini.Pada tahun 1978, sekolah ini telah mendapat bangunan tambahan yang baru iaitu sebuahbengkel Seni Perusahaan, bangunan blok c dan sebuah rumah guru 2 pintu. Pada 6 Februari 1982,sekolah ini telah dirasmikan oleh Y.A.B DATO MUSA B. HITAM, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Hasil daripada perasmian tersebut, sebuah surau telah dapat dibina pada tahun 1985 sebagai surau sekolah.

TAPAK SEKOLAHSekolah Menengah Kebangsaan Permata Jaya (dulu dikenali Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Rengit) dibina di atas tapak tanah seluas lebih kurang 9 ekar iaitu kira-kira 3.6 hektar. Pada awalnya kawasan ini adalah kawasan paya yang banyak ditumbuhi pokok piai dan dinaiki air masin. Tanah ini sebenarnya adalah milik Tuan Haji Abu Bakar Bin Haji Muhsin, Tun Sardon Jubir dan seorang berbangsa Cina. Mereka telah menyerahkan tanah mereka untuk dijadikan tapak sekolah yang sekarang bernama SMK Permata Jaya.

TEMPOH DAN KOS PEMBINAAN AWALSekolah Menengah Rendah Kebangsaan Rengit (SMK Rengit) mula dibina pada tahun 1970. Tempoh pembinaan sekolah ini mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan. Tanggal 2 Februari 1972 sekolah ini siap dibina sepenuhnya. Sekolah yang mempunyai 3 blok pada mulanya iaitu blok A, blok B dan kantin sekolah telah menelan kos sebanyak RM325,000.00 untuk menyiapkannya.

PENGASAS SEKOLAH MENENGAH RENDAH KEBANGSAAN RENGITSekolah Menengah Rendah Kebangsaan Rengit telah diasaskan oleh Tuan Haji Adzrai bin Haji Redzuan. Beliau merupakan Guru Besar pertama sekolah ini. Sebelum menjadi Guru Besar sekolah ini, beliau pernah mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris Rengit hingga tahun1965 dan pada tahun 1966 beliau berpindah mengajar di Sekolah Menengah Tun Sardon sebagai Penolong Kanan hingga tahun 1971. Pada tahun 1972, beliau diberi tanggungjawab memikul tugas sebagai Guru Besar pertama di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Rengit hingga tahun 1979.Pada tahun 1980 beliau bertukar sekolah sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Merlong.Tuan Haji Adzrai berkelulusan SC/ FMC dan beliau telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC), Tanjong Malim pada tahun 1952. Pada tahun 1961, beliau belajar pula di Maktab Perguruan Bahasa (LI), Kuala Lumpur. Selepas itu beliau mula mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris Rengit dan bersara pada tahun 1987 sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Merlong.