kerja kursus pengajian am 2015.docx

49
2 8 1.0 PENGENALAN Adat adalah aneka kelaziman dalam sesebuah negeri berdasarkan kepada keadaan dan situasi sesuatu masyarakat itu. Ringkasnya, adat adalah peraturan hidup sehari-hari. Ia merupakan gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, kelembagaan dan hukum adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah. Secara umumnya, kelaziman atau kebiasaan sesuatu perkara yang dilakukan itu telah bersebati dalam kehidupan sesuatu masyarakat; dari suatu negara, kebudayaan, waktu atau agama yang sama. Adat dapat diteruskan dengan adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke generasi, baik secara bertulis ataupun lisan. Adat resam yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan di mana ia adalah satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesebuah masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka sebagai menyempurnakan atau melaksanakannya sebagai satu peraturan. Peraturan ini menjadi amalan dan kebiasaan, menjadi sifat dan tabiat manusia semulajadi di mana lama- kelamaan telah menjadi satu kemestian yang diikuti secara turun-temurun bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum itu. Asalnya perkataan adat ini adalah dari bahasa Arab yang bermaksud kebiasaan. Istilah adat itu sendiri

Transcript of kerja kursus pengajian am 2015.docx

1.0 PENGENALAN

Adat adalah aneka kelaziman dalam sesebuah negeri berdasarkan kepada keadaan dan situasi sesuatu masyarakat itu. Ringkasnya, adat adalah peraturan hidup sehari-hari. Ia merupakan gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, kelembagaan dan hukum adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah. Secara umumnya, kelaziman atau kebiasaan sesuatu perkara yang dilakukan itu telah bersebati dalam kehidupan sesuatu masyarakat; dari suatu negara, kebudayaan, waktu atau agama yang sama. Adat dapat diteruskan dengan adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke generasi, baik secara bertulis ataupun lisan.Adat resam yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan di mana ia adalah satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesebuah masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka sebagai menyempurnakan atau melaksanakannya sebagai satu peraturan. Peraturan ini menjadi amalan dan kebiasaan, menjadi sifat dan tabiat manusia semulajadi di mana lama-kelamaan telah menjadi satu kemestian yang diikuti secara turun-temurun bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum itu.Asalnya perkataan adat ini adalah dari bahasa Arab yang bermaksud kebiasaan. Istilah adat itu sendiri memberi pengertian yang agak meluas dan dalam situasi yang tidak begitu terbatas. Boleh dikatakan setiap suku bangsa mempunyai adat dengan pengertian masing-masing. Justeru, bagi memahami maksud adat sesuatu suku bangsa itu kita harus menggunakan atau memahami budaya dan falsafah hidup mereka.Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang mencorakkan pelbagai seni budaya dan adat masing-masing yang berlainan. Kepelbagaian adat resam yang terhasil daripada penduduk yang pelbagai bangsa dan etnik menghasilkan variasi budaya yang perlu difahami oleh generasi muda.

Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan kepelbagaian dari aspek adat kehidupan seharian termasuk kelahiran, perkahwinan, dan kematian. Adat-adat ini lebih dipengaruhi oleh agama masing-masing. Pengaruh agama juga membentuk pelbagai perayaan yang berlainan. Perbezaan budaya juga boleh dilihat dari segi bahasa, pakaian, makanan, dan hiburan tradisional.

Orang Cina merupakan satu masyarakat yang bersifat etnosentrik iaitu sangat mengagungkan budaya dan warisannya. Mereka meletakkan adat resam dan tradisi yang diwarisi sebagai lebih penting dan mengatasi agama dan kepercayaan yang dianutinya. Mana-mana agama atau kepercayaan yang dianuti akan disesuaikan dengan adat resam dan budaya mereka. Justeru itu, sebarang agama dan kepercayaan yang menghakis serta menghilangkan budaya dan tradisi mereka akan ditolak dan ditentang oleh orang Cina. Setiap adat itu perlu dihormati daripada adat kelahiran, perkahwinan, sehinggalah kematian. Terdapat tatacara tertentu berhubung dengan setiap adat yang diamalkan.

Begitu juga dengan pantang larang yang perlu dipatuhi. Perkara yang lebih penting ialah setiap perbuatan dan perkara yang dilakukan mengandungi makna dan manifestasinya yang tersendiri. Orang Cina suka bermain dengan simbol. Setiap perlambangan mempunyai signifikannya. Ada yang mempunyai hubungan dengan agama dan kepercayaan yang dianuti. Ada juga yang hanya berdasarkan kepada tanggapan semata-mata. Namun apa yang dilakukan ada rasionalnya dan memiliki penjelasan yang memerlukan huraian yang mendalam.

Perlu diingatkan bahawa Orang Cina mempunyai sejarah dan peradapan yang lama iaitu melebihi 5000 tahun. Orang Cina kaya dengan warisan dan tradisi yang mempunyai hubungan dengan nilai moral dan akhlak. Adat resam dan pantang larang yang diamalkan mempunyai pertalian yang rapat dengan nilai-nilai tersebut yang berlandaskan kepada falsafah dan ajaran etika Taoisme, Confucianisme, dan Buddhisme. Ketiga-tiga kepercayaan ini sebenarnya bukan merupakan satu agama tetapi merupakan satu ajaran falsafah moral dan etika yang membentuk pandangan hidup orang Cina sehingga ke hari ini.

Manakala, masyarakat India merupakan etnikketiga terbesar di Malaysia, dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita. Separti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.Adat resam yang di amalkan olehmasyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India juga terdiri daripadapelbagai suku kaum. Oleh hal yang demikian, saya telah memilih untuk mengkaji salah satu daripada adat-adat yang diamalkan oleh kedua-dua kaum ini iaitu adat kematian. Tujuan saya memilih tajuk ini adalah kerana saya ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa dan selepas upacara kematian ini dilaksanakan. Saya juga percaya bahawa terdapat banyak aktiviti yang dilakukan oleh kaum-kaum ini ketika upacara kematian yang tidak diketahui umum. Oleh itu, saya berpendapat jika kajian mengenai adat kematian kaum Cina dan India ini dapat dirungkai dengan lebih mendalam ia akan membantu mengeratkan lagi hubungan perpaduan antara kaum yang berada di Malaysia.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Saya telah menggalurkan dua objektif dalam kajian ini iaitu :

Mengenalpasti persamaan dan perbezaan adat dalam upacara kematian kaum India dan kaum Cina di Padang Serai.

Mengkaji jenis-jenis upacara kematian yang diamalkan oleh kaum India dan kaum Cina di Padang Serai.

3.0 LOKASI KAJIAN

Padang Serai ialah sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Kulim, Kedah, Malaysia. Kebanyakan penduduk juga bertempat di Padang Serai kerana bandar kecil ini juga terletak tidak jauh ke Lebuhraya Utara Selatan (bahagian Pulau Pinang ke Ipoh).Bandar ini ialah bandar satelit Bandaraya Pulau Pinang. (Ensaiklopedia Sejarah Padang Serai, 1985. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Peta 1 : Peta Daerah Kulim yang menunjukkan Padang SeraiSumber : Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kulim

KedudukanPekan Padang Serai merupakan satu lokasi yang strategik dan sedang pesat membangun di kawasan utara Daerah Kulim. Terletak 22km dari Kulim, 25km dari Sungai Petani dan 20km dari Kepala Batas Seberang Perai. Pertumbuhan penduduk di sini telah meningkat secara mendadak, ekoran pertumbuhan pesatsektor perumahan di kawasan berkenaan. Sehingga kini, taman-taman perumahan di sini telah mencecah 50,000 unit, manakala sektor perumahan desa turut berkembangan seiringan.Antara taman perumahan yang dibina di kawasan Padang Serai ialah Taman Melati, Taman Sri Melati, Taman Ria, Taman Serai Wangi, Taman Serai Setia, Taman Mahsuri, Taman Lagenda, dan taman yang sedang dibina di kawasan kajian ialah Taman Serai Wangi 2. Ini menyebabkan jumlah penduduk di Padang Serai telah meningkat dengan mendadak disebabkan kos perumahan yang boleh dikatakan masih berpatutan. Peta 2 : Peta Padang Serai.Sumber : Google Maps. Foto 1 : Papan tanda menunjukan arah ke Padang Serai dan Kulim.Sumber : Kajian Lapangan 2015. Jalan yang terdapat di dalam Foto 1 merupakan jalan ke Padang Serai. Jalan ini merupakan salah satu jalan untuk penduduk kaum Cina dan kaum India pergi ke kawasan perkuburan mereka.

Foto 2 : Jerat Cina di Padang Serai. Foto 3 : Tempat pembakaran mayat di Padang Serai. Sumber : Kajian Lapangan 2015. Sumber : Kajian Lapangan 2015.

Foto 2 dan Foto 3 menunjukkan tempat pengkebumian dan pembakaran mayat bagi kaum India dan kaum Cina di Padang Serai. Tempat-tempat ini telah memudahkan penduduk sekitar Padang Serai untuk menjalankan upacara pengkebumian.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini membincangkan tentang reka bentuk kajian, instrument kajian, cara pengumpulan data, dan cara analisis data.

4.1 Reka Bentuk KajianKajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan adalah satu kaedah dengan cara mengumpulkan maklumat dengan bertanyakan beberapa set soalan kepada kaum Cina dan kaum India yang dipilih dalam satu kajian yang ingin dikaji bertujuan untuk melihat pendapat mereka berkaitan adat kematian kaum Cina dan kaum India di kawasan tempat tinggal mereka iaitu di kawasan Padang Serai, Kedah Darul Aman.

4.2 Sampel Kajian Pemilihan contoh atau sampel bagi kajian yang dilakukan adalah secara rawak yang melibatkan 20 orang dalam kalangan penduduk di Padang Serai. Bilangan sampel adalah bersesuaian dengan kuantitif yang memerlukan bilangan sampel yang sederhana bagi mewakili kawasan yang dikaji berdasarkan keluasan kawasan tersebut.

4.3 Instrumen KajianKajian yang dijalankan telah menggunakan instrument soal selidik dan temu bual.

4.3.1 Soal SelidikInstrumen soal selidik yang dirangka dengan menggunakan prinsip KISS (Keep It Short And Simple) iaitu dengan mengemukakan beberapa soalan yang mudah untuk difahami oleh semua individu. Borang soal selidik ini mempunyai tiga bahagian iaitu soalan yang berkenaan dengan maklumat responden, persamaan dan perbezaan pantang larang dalam upacara kematian kaum India dan Cina serta jenis-jenis upacara kematian yang diamalkan oleh kaum India dan Cina. Soalan dalam borang soal selidik merupakan soalan yang tertutup atau menggunakan skala likert.

4.3.2 Temu BualPengkaji telah menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan adat kematian kaum Cina dan kaum India dalam kalangan penduduk Padang Serai untuk mendapatkan beberapa maklumat daripada penduduk setempat.

4.4 Cara Pengumpulan DataData dan maklumat untuk kajian ini dikumpul dan dikaji dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti dokumentasi soal selidik dan temu bual.

4.4.1 Dokumentasi Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang telahpun diterbitkan seperti buku, majalah, akhbar, dan sumber-sumber dari internet bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan adat kematian kaum Cina dan kaum India yang diamalkan oleh penduduk setempat kawasan Padang Serai, Negeri Kedah.

4.4.2 Soal Selidik Kaedah soal selidik adalah cara yang digunakan untuk mendapatkan beberapa maklumat yang berkenaan dengan maklumat responden, adat dalam upacara kematian kaum India dan Cina serta jenis-jenis upacara kematian yang diamalkan oleh kaum India dan Cina. Borang soal selidik yang diberikan kepada beberapa orang responden yang sudi bekerjasama bagi menyiapkan kajian ini. Responden diberikan masa lebih kurang lima minit untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan.

4.4.3 Temu BualKaedah temu bual berstruktur digunakan untuk mengenalpasti persamaan dan perbezaan adat dalam upacara kematian kaum India dan Cina serta mengkaji jenis-jenis upacara kematian yang diamalkan oleh kaum India dan Cina. Setiap sesi temubual mengambil masa selama sepuluh minit untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

4.5 Cara Analisis DataPada peringkat akhir kajian ini, analisis telah dijalankan secara deskripsi untuk menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian ujian bagi menghasilkan laporan kajian. Data yang telah dianalisis diperoleh dengan menggunakan kekerapan, peratusan, dan min.

Bagi item yang menggunakan skala likert, poin diberikan seperti yang berikut:

SkalaPoin

Sangat Tidak Setuju1

Tidak Setuju2

Tidak Pasti3

Setuju4

Sangat Setuju5

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGANBahagian ini menerangkan keputusan bagi setiap analisis data berdasarkan tindak balas responden terhadap adat dalam upacara kematian kaum India dan Cina dan jenis-jenis upacara kematian yang diamalkan oleh kaum India dan Cina.

5.1 Demografi Responden

Jadual ini menunjukkan pecahan responden daripada setiap kalangan penduduk yang berada di Padang Serai berdasarkan umur, jantina, bangsa, dan pekerjaan. Pecahan ini telah dipersembahkan dalam bentuk rajah.

Jadual 1 : Latar Belakang RespondenBILFAKTORKATEGORIKEKERAPANPERATUSAN

1JantinaLelaki1260

Perempuan840

2Umur 21 30630

31 40315

41 50735

51 60420

Pekerjaan Sendiri420

3Kerajaan630

Swasta525

Tidak Bekerja315

Pencen210

Sumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina.

Rajah 1 : Demografi Penduduk Berdasarkan Jantina.Sumber : Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan Rajah 1 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina dalam kalangan penduduk di kawasan Padang Serai, Negeri Kedah. Daripada 20 orang responden yang telah disoal selidik, seramai 12 orang responden adalah daripada jantina lelaki iaitu bersamaan dengan 60%. Manakala, bagi perempuan pula terdiri daripada 8 orang responden iaitu bersamaan dengan 40%. Tujuan saya memilih responden dari kedua-dua jantina kerana saya ingin mengetahui tentang keperluan adat ini untuk diteruskan.

Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur.

Rajah 2 : Demografi Responden Berdasarkan Umur.Sumber : Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan Rajah 2 diatas, menunjukkan demografi responden berdasarkan umur dalam kalangan penduduk di kawasan Padang Serai, Kedah. Terdapat daripada 20 orang penduduk kawasan telah di soal selidik, seramai 6 orang responden berumur 21 hingga 30 tahun bersamaan dengan 30%. Manakala, bagi yang berumur dalam lingkungan 31 hingga 40 tahun pula adalah seramai 3 orang responden yang bersamaan dengan 15% telah disoal selidik. Seterusnya, seramai 7 orang responden yang berumur dalam lingkungan 41 hingg 50 tahun bersamaan dengan 35% telah disoal selidik. Akhir sekali, responden yang berumur antara 51 hingga 60 tahun adalah seramai 4 orang iaitu bersamaan dengan 20%. Tujuan umur responden dipilih melebihi 21 tahun adalah kerana ketika usia ini mereka dapat berfikir dan memberikan maklumat yang tepat berkenaan kajian yang dilakukan.

Rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan pekerjaan.

Petunjuk Rajah 3 : Demografi Berdasarkan Pekerjaan RespondenSumber : Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan, seramai 20 orang responden telah disoal selidik melalui kaedah soal selidik yang dibuat secara pemilihan. Sebanyak 20% responden yang bekerja sendiri iaitu seramai 4 orang. Bagi responden yang bekerja dengan sektor kerajaan pula adalah sebanyak 6 orang responden yang menunjukkan 30%. Jumlah responden yang bekerja dengan swasta pula ialah seramai 5 orang responden yang menunjukkan 25%. Manakala, bagi responden yang tidak mempunyai pekerjaan ialah sebanyak 3 orang responden dengan peratusannya sejumlah 15%. Selain itu, bagi jumlah responden yang sudah berpencen pula adalah sebanyak 2 orang iaitu bersamaan dengan 10%. Tujuan saya memilih responden yang mempunyai pelbagai pekerjaan adalah kerana latar belakang pekerjaan yang berbeza mempengaruhi adat yang dilakukan.

5.2Pengetahuan Sedia Ada Tentang Adat Kematian Kaum Cina Dan India.

SANGAT TIDAK SETUJUTIDAK SETUJUTIDAK PASTISETUJU SANGAT SETUJU

Jadual 2 : Pengetahuan Sedia Ada Responden Tentang Adat Kematian.PERKARA12345MIN

Pengetahuan tentang adat.

00%00%00%630%1470%4.70

Pengetahuan tentang adat kematian.

00%00%00%945%1155%4.55

Upacara kematian yang masih dilakukan.

00%00%00%840%1260%4.60

Melihat adat kematian dijalankan.

00%00%00%1050%1050%4.50

Adat ini masih releven untuk dijalankan pada masa kini.00%

00%

15%

945%

1050%

4.45

Sumber : Kajian Lapangan 2015.

Petunjuk :

Rajah 4 : Pengetahuan Sedia Ada Responden Tentang Adat Kematian kaum Cina dan kaum India.Sumber : Kajian Lapangan 2015.

Berdasarkan jadual 2 dan rajah 4 di atas, iaitu pengetahuan sedia ada responden tentang adat kematian kaum Cina dan kaum India di Padang Serai. Bagi pengetahuan sedia ada yang dimiliki oleh kaum Cina dan kaum India di Padang Serai tentang adat, seramai 14 responden telah memilih sangat setuju. Ini menunjukkan peratusan bagi responden yang memilih sangat setuju ialah 70%. Bagi responden yang setuju ialah seramai 6 orang iaitu peratusnya sebanyak 30%. Responden yang tidak pasti adalah seramai 0 responden yang menunjukkan peratusan sejumlah 0% manakala bagi yang tidak setuju dan sangat tidak setuju ialah sebanyak 0 responden iaitu 0%. Purata atau min bagi pengetahuan sedia ada responden tentang adat kematian yang pertama iaitu pengetahuan tentang adat adalah sejumlah 4.70. Ini menunjukan responden setuju bahawa mereka mengetahui tentang adat. Mengikut hasil perbincangan bersama 3 responden mereka mengatakan kebanyakan kaum Cina dan kaum India di Padang Serai mengetahui tentang adat.

Pengetahuan sedia ada yang kedua ialah pengetahuan responden tentang adat kematian. Sebanyak 11 responden yang menyatakan sangat setuju iaitu peratusannya ialah 55%. Responden yang menyatakan setuju ialah seramai 9 responden yang menunjukkan 45%. Akhir sekali, bagi responden yang tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju ialah sebanyak 0 orang. Hal ini bermaksud peratusannya ialah 0%. Purata atau min bagi pengetahuan sedia ada yang kedua ialah 4.55. Ini telah menunjukkan responden sangat setuju bahawa mereka mengetahui tentang adat kematian. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji, kewujudan tapak perkuburan untuk kaum Cina dan India di Padang Serai telah membantu meringankan beban penduduk kaum cina dan kaum India yang menetap di Padang Serai untuk menguruskan pengkebumian.

Selain itu, pengetahuan sedia ada yang ketiga ialah pengamalan adat kematian tersebut. Sebanyak 12 orang responden memilih sangat bersetuju iaitu sebanyak 60%. Bagi responden yang memilih setuju pula adalah sebanyak 8 orang. Ini menunjukkan peratusannya adalah sebanyak 40%. Seterusnya, responden yang tidak pasti, tidak setuju, dan sangat tidak setuju menunjukkan peratusan sebanyak 0%. Hal ini demikian kerana, tiada seorang pun responden yang memilih ketiga-tiga pernyataan di atas. Purata atau min bagi pengetahuan sedia ada yang ketiga ialah 4.60. Dengan ini responden menyatakan sangat bersetuju terhadap pengetahuan sedia ada yang ketiga iaitu pengamalan adat kematian. Mengikut maklumat yang diberikan oleh seorang responden, upacara kematian masih lagi diamalkan oleh kaum-kaum ini berikutan setiap kali kematian berlaku di kawasan Padang Serai pasti pelbagai upacara yang akan dilakukan.

Pengetahuan sedia ada yang keempat ialah pernah melihat adat kematian ini dijalankan. Responden yang menyatakan sangat setuju ialah seramai 10 responden dengan peratusan sejumlah 50% dan responden yang menyatakan setuju ialah seramai 10 responden dengan peratusan juga sejumlah 50%. Ini menunjukkan bahawa tiada seorang pun yang tidak pasti, tidak setuju, dan sangat tidak setuju dengan pengetahuan yang disoal. Purata atau min bagi pengetahuan sedia ada yang keempat ialah 4.50. Ini menunjukkan responden sangat setuju bahawa mereka pernah melihat adat kematian dilakukan. Dari maklumat yang diperoleh daripada beberapa orang responden ialah setiap kali berlakunya kematian di kawasan berdekatan pasti mereka saling berganding bahu untuk menguruskan mayat si mati. Hal ini telah menyebabkan mereka terdedah dengan upacara kematian.

Pengetahuan sedia ada yang terakhir ialah adat ini masih relevan dilakukan pada zaman kini. Bagi responden yang menyatakan sangat setuju ialah 10 responden dengan peratus sejumlah 50% manakala responden yang menyatakan setuju seramai 9 responden iaitu peratusannya adalah sejumlah 45%. Responden yang tidak pasti adalah sebanyak 1 responden dengan peratusan sejumlah 5%. Bagi responden yang meyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju adalah sama iaitu 0 responden dan peratusnya ialah 0%. Purata atau min bagi pengetahuan sedia ada yang terakhir ialah 4.45. Ini menunjukkan responden bersetuju untuk menyatakan bahawa adat kematian ini masih relevan untuk dilaksanakan pada zaman kini. Menurut seorang responden, walaupun zaman semakin maju, ini tidak bermakna bahawa adat dan upacara kematian perlu dilupakan terus. Hal ini demikian kerana, adat merupakan tonggak bagi sesebuah kaum itu untuk dikenali.

5.3Upacara Dan Adat Yang Dilakukan Oleh Kaum Cina Dan India.

1 SANGAT TIDAK SETUJU2 TIDAK SETUJU3- TIDAK PASTI4 SETUJU5 SANGAT SETUJU

Jadual 3 : Upacara dan Adat Yang Dilakukan Oleh Kaum Cina dan Kaum India.PERKARA12345MIN

f%f%f%f%f%

Pengamalan upacara menanggalkan Thaali.840%210%00%420%630%2.90

Pengamalan upacara menyuapkan makanan kepada mayat.840%210%00%525%525%2.85

Pengamalan upacara Kollic Catti.840%210%00%420%630%2.90

Pengamalan upacara membersihkan rumah.15%00%00%630%1365%4.50

Pengamalan upacara mengumpul abu mayat.315%630%15%420%630%3.20

Pengamalan upacara berkabung.00%00%00%525%1575%4.75

Mayat perlu dibakar.1365%735%00%00%00%1.35

Kaedah dan upacara pengebumian dipengaruhi oleh bagaimana dan cara seseorang itu mati.15%15%420%735%735%3.90

Upacara pengebumian dibuat secara besar-besaran.420%210%315%420%735%3.40

Ahli keluarga menangis, meraung dan meratapi kematian.00%525%315%315%945%3.80

Pemakaian pakaian dengan warna yang tertentu.15%315%315%840%525%3.65

Keperluan perarakan mengiringi si mati ke kubur.00%00%00%1365%735%4.35

Pemakaian barang kemas oleh ahli keluarga.315%15%840%420%420%3.25

Perarakan si mati dielakkan daripada melalui rumah yang melangsungkan perkahwinan.00%00%00%945%1155%4.55

Sumber : Kajian Lapangan 2015.

SOALAN 1 :

Rajah 5 : Pengamalan Upacara Menanggalkan Thaali.Sumber : Kajian Lapangan 2015.

Berdasarkan rajah 5 yang menunjukkan peratusan bagi persoalan pertama iaitu pengamalan upacara menanggalkan Thaali di Padang Serai. Responden yang menyatakan sangat setuju adalah sebanyak 6 responden dengan peratus sejumlah 30% dan responden yang menyatakan setuju adalah 4 responden iaitu 20%. Walaubagaimanapun, tiada seorang pun responden yang memilih tidak pasti bagi pernyataan tersebut. Seterusnya,responden yang tidak setuju adalah sejumlah 2 responden dengan peratusan sejumlah 10% manakala responden yang sangat tidak setuju adalah 8 responden dengan 40%. Purata atau min bagi upacara yang dilakukan oleh penduduk kaum Cina dan kaum India yang pertama iaitu responden yang mengamalkan upacara menanggalkan thaali adalah 2.90. Ini menunjukkan responden sangat tidak bersetuju dengan perkara yang pertama. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat oleh pengkaji upacara ini hanya dilakukan oleh kaum India sahaja. Oleh itu, jelaslah terdapat perbezaan antara upacara dan adat yang diamalkan oleh kaum Cina dan kaum India.

SOALAN 2 :

Rajah 6 : Pengamalan Upacara Menyuapkan Makanan Kepada Mayat.Sumber : Kajian Lapangan 2015.

Upacara dan adat kedua yang diamalkan oleh kaum Cina dan kaum India ialah pengamalan upacara menyuapkan makanan kepada mayat . Bagi responden yang sangat setuju dan setuju dengan pengamalan upacara tersebut adalah sebanyak 5 orang yang bersamaan dengan 25%. Tiada responden yang tidak pasti dengan pengamalan upacara menyuap makanan kepada mayat. Responden yang tidak setuju adalah 2 responden dengan peratusan 10% manakala responden yang sangat tidak setuju adalah 8 responden dengan 40%. Purata atau min bagi upacara dan adat kedua yang diamalkan oleh kaum Cina dan kaum India adalah 2.85. Ini menunjukkan responden sangat tidak setuju bahawa upacara menyuapkan makanan kepada mayat merupakan upacara dan adat kedua yang diamalkan oleh kaum Cina dan kaum India. Berdasarkan wawancara bebas yang dibuat oleh pengkaji dengan responden daripada kaum Cina, kebanyakan kaum Cina menyatakan bahawa mereka tidak mengamalkan upacara menyuapkan makanan kepada mayat kerana bagi mereka apabila seseorang individu itu mati mereka tidak akan dapat makan apa-apa makanan daripada dunia. Hal ini demikian kerana, kehidupan mereka selepas mati amat berbeza dengan kehidupan mereka di dunia. Manakala, wawancara antara responden dengan responden dari kaum India pula, mereka menyatakan upacara ini dilakukan bagi memberi penghormatan terakhir kepada si mati sebelum mayat dibakar atau ditanam. Jelaslah menunjukkan bahawa dari segi upacara menyuapkan makanan kepada mayat berbeza sama sekali antara kedua-dua kaum ini.

SOALAN 5 :

Rajah 7 : Pengamalan Upacara Mengumpul Abu Mayat.Sumber : Kajian Lapangan 2015.

Berdasarkan rajah 7, upacara dan adat yang diamalkan oleh kaum Cina dan kaum India yang seterusnya ialah pengamalan upacara mengumpul abu mayat. Responden yang menyatakan sangat setuju adalah 6 responden dengan peratusan 30% dan responden yang menyatakan setuju ialah 4 responden dengan 20%. Bagi responden yang memilih tidak pasti adalah 1 responden dengan 5%.Seterusnya, responden yang menyatakan tidak setuju adalah sebanyak 6 responden dengan 30% manakala responden yang sangat tidak setuju ialah 3 responden dengan 15%. Purata dan min bagi upacara dan adat yang diamalkan oleh kaum Cina dan kaum India yang seterusnya adalah 3.20. Ini menunjukkan bahawa responden yang memilih sangat setuju dan tidak setuju adalah sama banyak. Oleh itu, pengkaji dapat merangkulkan bahawa upacara ini hanya dilakukan oleh kaum yang membakar mayat sahaja iaitu kaum India. Berdasarkan penceritaan salah seorang responden telah menyatakan bahawa tidak semua mayat kaum India dibakar. Hanya mayat orang dewasa yang dibakar manakala mayat bayi dan kanak-kanak akan di tanam. Ini jelaslah menunjukkan bahawa kaum Cina dan kaum India berbeza pendapat dalam upacara mengumpul abu mayat.

SOALAN 6 :

Rajah 8 : Pengamalan Upacara Berkabung.Sumber : Kajian Lapangan 2015.

Rajah 8 menunjukkan pengamalan upacara berkabung. Responden yang menyatakan sangat setuju ialah seramai 15 responden dengan peratusan sejumlah 75% dan responden yang menyatakan setuju ialah seramai 5 responden dengan peratusan sejumlah 25%. Tiada seorang pun responden yang memilih tidak pasti, tidak setuju, dan sangat tidak setuju. Purata atau min bagi pengamalan berkabung ialah 4.75. Ini menunjukkan responden setuju bahawa responden sangat setuju yang mereka mengamalkan upacara berkabung. Dari maklumat yang diperoleh daripada beberapa orang responden, mereka akan berkabung setiap kali kematian ahli keluarga mereka. Hal ini telah menunjukkan bahawa kedua-dua kaum yang dikaji oleh pengkaji mempunyai persamaan dari segi pengamalan upacara berkabung.

SOALAN 12 :

Rajah 9 : Keperluan Perarakan Mengiringi Si Mati Ke Kubur.Sumber : Kajian Lapangan 2015.

Berdasarkan rajah 9, responden yang memilih sangat setuju bagi keperluan perarakan mengiringi si mati ke kubur adalah sebanyak 7 orang. Ini bersamaan dengan 35% bagi peratusannya. Manakala, bagi responden yang memilih setuju adalah sebanyak 13 orang responden bersamaan dengan 65%. Ini menunjukkan bahawa tiada seorang pun yang memilih tidak pasti, tidak setuju, dan sangat tidak setuju bagi keperluan perarakan mengiringi si mati ke kubur. Purata atau min bagi keperluan perarakan mengiringi si mati ke kubur adalah 4.35. Hal ini menunjukkan bahawa kaum Cina dan kaum India sangat setuju dengan keperluan perarakan mengiringi si mati ke kubur. Melalui maklumat yang diperolehi daripada seorang responden dari setiap kaum, mereka menyatakan bahawa perlu untuk setiap ahli keluarga mengiringi si mati ke kubur sebagai penghormatan terakhir dan pertemuan terakhir mereka sebagai sebuah keluarga. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua kaum ini bersependapat dalam upacara perarakan mengiringi si mati ke kubur.

SOALAN 14 :

Rajah 10 : Perarakan Si Mati Dielakkan Daripada Melalui Rumah Yang Melangsung Perkahwinan.Sumber : Kajian Lapangan 2015.

Berdasarkan rajah 10 iaitu rajah yang menunjukkan tentang perarakan si mati yang perlu dielakkan daripada melalui rumah yang melangsungkan perkahwinan menunjukkan bahawa sebanyak 11 orang yang sangat bersetuju dengan peratusannya sejumlah 55%. Bagi responden yang memilih setuju adalah sebanyak 9 orang iaitu bersamaan dengan 45%. Hal ini menunjukkan bahawa tiada seorang pun yang memilih tidak pasti, tidak setuju, dan sangat tidak setuju bagi pernyataan ini. Purata atau min bagi pernyataan ini adalah sejumlah 4.55. Hal ini menunjukkan bahawa responden sangat setuju bahawa perarakan si mati perlu dielakkan daripada melalui rumah yang melangsungkan perkahwinan. Daripada kajian yang dilakukan oleh pengkaji, kedua-dua kaum ini akan mengelakkan perarakan si mati daripada melalui majlis perkahwinan kerana bagi mereka kematian adalah satu perkara yang tidak baik manakala majlis perkahwinan pula adalah perkara yang baik. Jadi, bagi mengelakkan pengantin dari terkena bala mereka akan elakkan perarakan si mati dari melalui majlis perkahwinan. Oleh itu jelaslah, perarakan mayat perlu dielakkan dari melalui majlis perkahwinan merupakan upacara yang dilakukan oleh kedua-dua kaum.

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN.

Kajian ini telah mengumpulkan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini akan mengumpulkan hasil dapatan kajian.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji dapat merumuskan bahawa terdapat pelbagai persamaan dalam upacara dan adat kematian antara kaum India dan kaum Cina. Selain itu, setelah dikaji, terdapat juga perbezaan upacara dan adat kematian bagi kedua-dua kaum ini. Pengkaji juga dapat mengenalpasti setiap upacara dan adat yang dilakukan dan diamalkan bagi setiap kaum ini.

Responden-responden sangat bersetuju dengan pengamalan upacara berkabung. Seterusnya, pengkaji juga bersetuju bahawa pada setiap kali berlakunya sebarang kematian, mereka akan mengiringi si mati ke kubur. Hal ini demikian kerana, pengiringan si mati ke kubur dianggap sebagai penghormatan terakhir untuk si mati sebelum mereka pergi ke alam seterusnya. Majoriti responden juga bersetuju bahawa pengiringan mayat perlu dielakkan dari melalui rumah yang mengadakan majlis perkahwinan. Rasionalnya upacara ini dilakukan adalah untuk mengelakkan pasangan pengantin dari terkena sebarang perkara yang tidak diingini.

Walau bagaimanapun, terdapat juga perbezaan adat dan upacara kematian antara kaum India dan kaum Cina. Perbezaan yang paling dipersetujui oleh para responden ialah pengamalan upacara menanggalkan Thaali. Keputusan yang amat ketara apabila majoriti kaum Cina tidak mengamalkan upacara ini. Hal ini demikian kerana, upacara ini merupakan upacara yang hanya dilakukan oleh kaum India. Berikutnya, responden juga bersetuju bahawa mereka tidak mengamalkan upacara menyuapkan makanan kepada mayat. Perkara ini disebabkan terdapat percanggahan pendapat antara kedua-dua kaum ini. Kedua-dua kaum ini memberikan dua kenyataan yang berbeza mengenai persoalan yang diutarakan. Persetujuan juga diperolehi oleh para responden bahawa mereka tidak semua antara mereka yang mengamalkan upacara mengumpul abu mayat. Situasi ini timbul kerana tidak semua kaum India membakar mayat malah kaum Cina juga tidak membakar mayat. Jadi, terdapat perbezaan yang agak ketara antara kedua-dua kaum ini.

7.0 BIBLIOGRAFI

1. Amran bin Idris, Ismail bin Kosman, dan Md Lasa bin Yahya, 2015. Pengajian Am STPM (Penggal 2). Cetakan Pertama. Selangor : Local Publications.2. Azarina Azsat, 2006. Adat Resam Masyarakat Malaysia.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.3. Ensaiklopedia Sejarah Padang Serai, 1985. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.4. Kamus Dewan Edisi Baru, 1992. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.5. Maruwiah Ahmat, 2013. Siri Adat dan Budaya Kaum Utama : Kaum India. Cetakan Pertama. Selangor : Goodwill Publications. 6. Nurul Izzah Misni, 2013. Siri Adat dan Budaya Kaum Utama : Kaum Cina. Cetakan Pertama. Selangor: Goodwill Publications.7. Sabitha Marican, 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial.Prentice Hall dan Pearson Malaysia.8. Azlina Johari (2015).Adat dalam Masyarakat dan Kepentingannya. Dicapai pada 13 Mac, 2015, dari https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/adat-dalam-masyarakat-malaysia-dan-kepentinganya/. 9. Zaidi Mahmood (2015).Pengurusan Kematian Masyarakat India. Dicapai pada 14 Mac, 2015, dari http://bmpk31.blogspot.com/2010adat-pengurusan-kematian-masyarakat_7146.html

8.0 LAMPIRAN

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH.KAJIAN ADAT KEMATIAN KAUM CINA DAN KAUM INDIA DI PADANG SERAI.2015

BORANG SOAL SELIDIK.Disediakan oleh :

Responden yang dihormati, dengan ini saya selaku pengkaji dan juga pelajar tingkatan 6 berharap agar responden dapat bekerjasama dengan mengisi borang soal selidik ini dengan penuh keikhlasan.Kajian ini akan lebih menepati ketepatan terhadap hasil kajian saya sekiranya responden memainkan peranan yang penting untuk mengisi borang soal selidik ini dengan penuh keyakinan terhadap kajian saya ini.

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDENKepada para responden yang dihormati, diharap tuan/puan dapat meluangkan sedikit masa untuk menjawab soalan-soalan di dalam borang ini.Tandakan [/] pada yang berkenaan.1 Umur : 21 30 [ ] 31 40 [ ] 41 50 [ ] 51 60 [ ]

2 Status perkahwinan: Bujang [ ] Berkahwin [ ] Duda/janda [ ]

3 Bangsa: Cina [ ] India [ ]

4 Pekerjaan: Sendiri [ ] Kerajaan [ ] Swasta [ ] Tidak bekerja [ ] Pencen [ ]

5 Jantina: Lelaki [ ] Perempuan [ ]

6 Taraf Pendidikan: PMR [ ] SPM [ ] STPM/Setaraf [ ] Diploma/Ijazah/Phd [ ]BAHAGIAN B: PENGETAHUAN SEDIA ADA MASYARAKAT TENTANG ADAT KEMATIAN KAUM CINA DAN INDIA.

TANDAKAN ( / ) PADA YANG BERKENAAN

1 SANGAT TIDAK SETUJU2 TIDAK SETUJU3 TIDAK PASTI4 SETUJU5 SANGAT SETUJU

BILPERKARA12345

1Adakah anda mengetahui tentang adat?

2Adakah anda mengetahui tentang adat kematian?

3Adakah anda masih melakukan adat kematian?

4Adakah anda mengetahui tentang adat dalam upacara kematian?

5Adakah adat kematian ini masih relevan untuk dijalankan pada masa kini?

BAHAGIAN C: UPACARA DAN ADAT YANG DILAKUKAN OLEH KAUM CINA DAN INDIA.TANDAKAN ( / ) PADA YANG BERKENAAN.

1 SANGAT TIDAK SETUJU2 TIDAK SETUJU3- TIDAK PASTI4 SETUJU5 SANGAT SETUJU

BILPERKARA12345

1Adakah anda mengamalkan upacara menanggalkan Thaali?

2Adakah anda mengamalkan upacara menyuapkan makanan kepada mayat?

3Adakah anda mengamalkan upacara Kollic Catti?

4Adakah anda mengamalkan upacara membersihkan rumah?

5Adakah anda mengamalkan upacara mengumpul abu mayat?

6Adakah anda mengamalkan upacara berkabung?

7Adakah semua mayat perlu dibakar?

8Adakah kaedah dan upacara pengebumian dipengaruhi oleh bagaimana dan cara seseorang itu mati?

9Adakah upacara pengebumian perlu dibuat secara besar-besaran khususnya kepada orang tua?

10Adakah menangis, meraung dan meratapi kematian adalah satu kewajipan bagi anak, menantu dan sanak saudara yang rapat?

11Adakah ahli keluarga akan memakai pakaian dengan warna tertentu menandakan kedudukan dalam keluarga dan hubungannya dengan si mati?

12Adakah perarakan mengiringi si mati ke kubur perlu dilakukan?

13Adakah ahli keluarga tidak boleh memakai barang kemas?

14Adakah perarakan si mati perlu dielakkan daripada melalui rumah yang melangsungkan perkahwinan?

28