KERJA KURSUS SEJARAH
-
Upload
muhd-isyraq -
Category
Documents
-
view
5.357 -
download
25
Transcript of KERJA KURSUS SEJARAH
KERJA KURSUS SEJARAHPENILAIAN MENENGAH RENDAH
SEJARAH 21/2
TAJUK:Pihak Berkuasa Tempatan,Majlis Daerah/Majlis Daerah Kecil
Nama Calon:Muhd.Isyraq Bin Hairin Suhaili
Nombor Kad Pengenalan:960408-12-6431
Nama Sekolah:Sekolah Menengah Agama Islamiah Tambunan
Guru Penilai:Cikgu Faizal Zakaria
Tandatangan pelajar Tandatangan pemeriksa
___________________ ____________________
1
Senarai Kandungan
Tajuk Muka surat
TAJUK KAJIAN 1
SENARAI KANDUNGAN 2
PENGHARGAAN 3
OBJEKTIF KAJIAN 4
KAEDAH KAJIAN 5
HASIL KAJIAN 6
-Institusi Pentadbiran Tempatan 6
-Latar Belakang 9
-Peranan 14
-Perkembangan 16
RUMUSAN 18
LAMPIRAN 19
RUJUKAN 22
ESEI 23
2
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah nikmat dan kurnianya saya dapat
menyiapkan laporan Kerja Kursus Sejarah (KKS) ini dengan sempurna.Terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua,Ustaz
Zainuddin Mahmud kerana mengizinkan kami membuat kerja kursus PMR.Terima
kasih juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Sejarah saya,Cikgu
Faizal Zakaria yang telah memberikan semangat,tunjuk ajar,dan bimbingan.Beliau
telah memberikan keyakinan kepada saya untuk menjayakan projek ini.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya,yang
telah memberikan maklumat yang diketahui oleh mereka dan memberi cadangan
yang baik kepada saya semasa menjalankan kerja kursus ini.Sokongan moral dan
kewangan yang telah diberikan amat bermakna bagi saya untuk menyiapkan kerja
kursus ini.
Tidak ketinggalan juga rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam
membuat kerja kursus ini.Mereka telah memberi kerjasama yang baik untuk saya
menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali,terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah saya kali ini.
3
OBJEKTIF KAJIAN
1.Sejarah tentang Pihak Berkuasa Tempatan.
2.Mewujudkan bandar/pekan yang teratur,sistematik,persekitaran yang
teratur,indah dan selesa.
3.Memberikan peluang kepada penduduk tempatan mentadbir di
peringkat tempatan melalui pelantikan ahli-ahli Majlis Daerah
Keningau.
4.Pada yang sama membantu kerajaan dalam perlaksanaan
pembangunan sosio ekonomi untuk meningkatkan ekonomi penduduk
tempatan.
5.Menanamkan semangat patriotisme didalam diri saya dan juga
kalangan generasi muda melalui kajian ini.
4
KAEDAH KAJIAN
Dalam usaha saya menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PMR 2011 ini,saya telah
menggunakan beberapa kaedah kajian.Kaedah-kaedah kajian adalah seperti berikut:
1.RUJUKAN:Saya telah menjalankan rujukan terhadap buku QRC
EP4,1962,MDK2 dan buku-buku yang berkaitan.Saya juga telah mengunjungi
Rumah persekutuan MDK bagi mendapatkan maklumat tentang (PBT).
2.TEMUBUAL: kami telah menyediakan sehelai kertas menemubual responden
secara berkumpulan selepas sesi sumbang saran dalam kelas bersama guru
sejarah kami,kemudian saya menggunakan borang-borang tersebut untuk
mendapatkan maklumat daripada 1 orang responden di kawasan
kajian.kaedah ini dilakukan untuk memperoleh maklumat berkaitan latar
belakang (MDK).
3.PENYELIDIKAN:Saya telah menjalankan penyelidikan di perpustakaan
Untuk mencari buku-buku yang berkaitan dengan Pihak Berkuasa
Tempatan.semua maklumat ini saya analisis agar ia bersesuaian dengan
kajian yang dijalankan.
4.PEMERHATIAN:Kaedah ini dilakukan sekitar kawasan rumah Persekutuan
(MDK).Saya juga telah mengambil kesempatan untuk mengambil maklumat
penting di tempat (MDK).Kaedah ini dipilih bertujuan melihat keadaan dan
suasana kawasan (MDK).
5
HASIL KAJIAN
1.Institusi Pentadbiran Tempatan
Nama rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan ialah Majlis Daerah
Keningau/MDK.Lokasi daerah Keningau berdekatan dengan rumah wilayah
persekutuan dan berdepan dengan kompleks.Disebelah utara daerah Keningau
bersempadan dengan daerah Tambunan dan di sebelah selatan dengan daerah
Nabawan.Disebelah Timur bersempadan dengan daerah Kinabatangan,manakala
disebelah barat pula bersempadan
Sementara itu disebelah timur laut pula bersempadan dengan daerah
papar.Daerah Keningau terletak diantara 5-5,40 darjah garis lintang(latitude)dan
116-116,35 darjah garis bujur(longitude).
Misi atau matlamat bagi (MDK) ialah untuk menjadikan Bandar Keningau
sebagai Majlis Pembandaran Keningau yang terancang,sihat,sejahtera dan
berbudaya melalui:
>Pengurusan Majlis yang berkualiti
>Berpendapatan yang mencukupi
>Mewujudkan masyarakat yang bermadani
>Menjadikan alam persekitaran yang bersih dan sihat
6
Bagi visi pula ialah kearah Majlis Pembandaran Keningau yang
terancang,sihat,sejahtera dan berbudaya menjelang Tahun 2012.
7
2.latar belakang
ASAL USUL (MDK)
Majlis Daerah Keningau ditubuhkan pada 01hb Januari 1962.Pada tahun
1960-an Pekan Keningau hanyalah sebuah pekan yang kecil dengan keluasan
perkadaran (Township) Majlis Daerah Keningau 531 ekar,Apin-apin 4 ekar dan
Bingkor hanya 5 ekar sahaja.Kawasan percukaian MDK pada tahun 1964 ialah 466
ekar sahaja dan pada tahun 1990.
Kawasan perkadaran telah ditambah seluas 65 ekar yang mana dalam
kawasan ini mempunyai 4 estat perumahan yang mengandungi 232 buah rumah
sahaja.Memandangkan hampir kesemua kilang-kilang perindustrian dan estat-estat
perumahan adalah terletak di luar kawasan percukaian dan banyak penduduk-
penduduk di kawasan ini menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis
Daerah Keningau seperti kemudahan awam dan saluran pusat dengan tanpa
membayar cukai taksiran.
Maka Majlis Daerah Keningau telah bercadangkan agar kawasan percukaian
diperluaskan daripada 551 ekar kepada 3,490 ekar yang mana baru sahaja
diluluskan pada 18hb Januari 2002.Pada awal tahun 2004,cukai taksiran telah mula
dilaksanakan Perkhidmatan Majlis seperti pemungut sampah,pemotongan rumput
dan pemasangan lampu jalan raya juga disediakan pada tahun 2005.
9
Secara automatik Pegawai Daerah Keningau adalah Pengerusi Majlis Daerah
Keningau manakala Naib pengerusi dipilih salah seorang daripada Ahli-ahli
Majlis.Majlis Daerah Keningau mempunyai ahli seramai 19 orang yang dilantik oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah.
Majlis Daerah Keningau telah mewujudkan Bandar/pekan yang
teratur,sistematik,persekitaran yang teratur,indah dan selesa untuk memberikan
peluang kepada penduduk tempatan mentadbir di peringkat tempatan melalui
perlantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Keningau dan pada masa yang sama membantu
kerajaan dalam perlaksanaan pembangunan sosio ekonomi untuk meningatkan
ekonomi penduduk tempatan.
Seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain, Majlis Daerah Keningau
adalah ditubuhkan untuk membantu kerajaan mentadbir di peringkat tempatan atas
”Grass Foot Level” dimana terdapat interaksi maksima di antara Rakyat dan
Kerajaan.Pihak Berkuasa Tempatan biasanya dikaitkan dengan
pembersihan ,pembuangan sampah,dan pemotongan rumput berpandukan kepada
surat cara Majlis.
10
Berikut adalah senarai aktiviti-aktiviti yang sedang dipertanggungjawabkan kepada
Majlis:-
>Perkhidmatan sosial
>Pembaiki jalan-jalan
>Penyelenggaraan taman-taman dan kawasan lapang
>Pemasangan dan penyelenggaraan lampu lorong
>Penyelenggaraan lorong-lorong
>Perlanskapan
>Kesihatan alam sekitar
Selain itu,Kawasan percukaian baru seluas 3,390 ekar telah digazet pada 18hb
Januari 2002 dan Majlis Bercadang untuk melaksanaan ”Cukai Pintu” ke atas
kawasan percukaian baru pada awal tahun 2003.
11
UNDANG-UNDANG KECIL
Untuk melaksanaan secara berkesan akan berfungsi Majlis tujuh Jawatan Kuasa
Kecil Tetap telah diwujudkan dan 21 undang-undang kecil telah digubalkan.
Contoh undang-undang kecil adalah seperti berikut:-
>Jawatankuasa Kewangan dan Perkara Am
>Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan-pelan Bangunan/Pembangunan
>Jawatankuasa Kesihatan
>Jawatankuasa Lalulintas (Traffic Comitee)
>Jawatankuasa Percantikan Bandar
>Jawatankuasa Tawaran
>Jawatan kuasa Apperal dan Tribunal
12
FUNGSI/PERINCIAN PERANAN
>Memberi perkhidmatan pembersihan dan pembuangan sampah sarap dalam
bandar dan kawasan-kawasan dalam perkadaran.
>Mewujudkan suasana yang bersih dan sihat.
>Membina dan menyelenggara parit-parit/jalan raya di bawah jagaan Majlis.
>Membina dan menyelenggara tandas awam dalam pekan.
>Merancang,mengendali dan menyelaras serta mengawal strategi pembangunan
Daerah Keningau menurut dasar-dasar kerajaan Tempatan dan berpandukan
Ordinan Kerajaan Tempatan dan undang-undang kecil (MDK).
>Merancang serta menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti Pasar
Am,Gerai-gerai jualan,Tamu-tamu,Pasar malam dan Tandas awam.
>Penguatkuasaan dari segi Perundangan,Peraturan dan Polisi-polisi Majlis dan
kerajaan yang berkaitan dengan Majlis.
>Mengawal pembinaan bangunan-bangunan haram/setinggan dalam Kawasan
Perkadaran Majlis.
>Mengawal binatang-binatang berkeliaran dalam pekan.
>Pengeluaran dan pembaharuan lesen-lesen perniagaan seperti lesen biliat,salon
rambut,keraian ramai,restoran,hotel,menjual ayam potong,ikan,daging dan lain-lain.
>Pengurusaan harta-harta Majlis mengikut prosedar dan peruntukan undang-
undang yang sedia ada.
13
3.PERANAN
Peranan MDK Terhadap:-
>EKONOMI
Sabah mempunyai latar belakang sejarah dan juga komposis masyarakat
berbilang kaum serta potensi ekonomi untuk membawa Negeri Sabah kepada
kemakmuran yang lebih gemilang.Contohnya,Tamu Ground Keningau,Pasar
malam,Tamu di pekan Apin-apin,Tamu di pekan Bingkor dan Tamu di sook.
>PENDIDIKAN
Peranan MDK terhadap pendidikan ialah memberikan pengetahuan tentang
sampah-sampah kepada pelajar,orang awam dan lain-lain.Membina dan
menyelenggara tandas awam dalam pekan.
>KEBUDAYAAN
Mengadakan perayaan seperti Pesta Kaamatan di keningau.Setiap tahun
Pesta Kaamatan diraikan dengan berbagai-bagai acara yang melambangkan betapa
kayanya tradisi dan budaya tempatan,khususnya suku kaum
kadazandusun.Kebudayaan dan kesenian tradisi ini adalah unik bagi negeri Sabah.
14
>KEBAJIKAN
Peranan MDK terhadap kebajikan biasanya memberikan peluang
perniagaan atau mana-mana juga jenis pekerjaan yang diperlukan di pekan
Keningau.Contohnya,di Tamu Ground Keningau,tempat bersukan dan
sebagainya.Merancang serta menyediakan Kemudahan-kemudahan awam seperti
Pasar Am,Gerai-gerai jualan,Tamu-tamu,Pasar malam dan Tandas awam.
15
4.PERKEMBANGAN
PERKEMBANGAN MDK TERHADAP:-
>SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan bagi MDK ialah menjaga hak atau pengguna harta-harta
benda MDK untuk menbantu rakyat jika ada masalah-masalah MDK mempunyai
bangunan tersendiri.Merancang,mengendali dan menyelaras serta mengawal strategi
pembangunan Daerah Keningau menurut dasar-dasar Kerajaan Tempatan dan
berpandukan ordinan Kerajaan Tempatan dan undang-undang kecil Majlis Daerah
Keningau.
>KEISTIMEWAAN/KELEBIHAN/KEUNIKAN
Keistimewaan/Kelebihan/Keunikan oleh MDK ialah memberi perkhidmatan
pembersihan dan pembuangan sampah sarap dalam bandar dan kawasan-kawasan
dalam perkadaran.Merancang serta menyediakan kemudahan-kemudahan awam
seperti Pasar Am,Gerai-Gerai jualan ,Tamu-tamu,pasar malam dan tandas
awam.Mewujudkan suasana yang bersih dan sihat.Membina dan menyelenggara
parit-parit /jalan raya di bawah jagaan Majlis.Membina dan menyelenggara tandas
awam dalam pekan.
16
>KEMAJUAN YANG DICAPAI
Kemajuan yang dicapai oleh MDK ialah menaik taraf Pekan Keningau
kepada bandar Keningau untuk mendapat keluasan,keselesaan dan
kemakmuran.Menjadikan Keningau sebagai pusat pelancongan.Bandar Keningau
sentiasa bersih,selesa,sihat sejahtera dan makmur.Mengawal pembinaan bangunan-
bangunan haram/setinggan dalam kawasan perkadar Majlis.
>CABARAN YANG HADAPI
Cabaran yang dihadapi oleh MDK ialah menguatkuasaan dari segi
perundangan,peraturan dan polisi-polisi Majlis dan Kerajaan yang berkaitan dengan
Majlis.Mengawal binatng-binatang berkeliaran dalam pekan.Pengeluaran dan
pembaharuan lesen-lesen perniagaan seperti lesen biliat,salon rambut,keraian ramai
dan lain-lain.
17
RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah
dalam tempoh masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan Kerja Kursus ini,banyak
pengetahuan dan pengajaran yang telah saya pelajari.
Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Pihak Berkuasa Tempatan
(MDK),Saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana
pelbagai sosio ekonomi dan politik yang terdapat di negara yang tercinta ini.Selain
itu,saya telah mempelajari tentang peranan,keistimewaan dan keunikan MDK ini
yang dapat menarik perhatian saya semasa menjalani Kerja Kursus ini.Selepas
melakukan Kerja kursus ini,saya juga dapat menguasai kemahiran membuat
penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan Kemahiran
Berkomunikasi.
Di samping itu,saya juga dapat menghayati nilai
kesabaran,ketabahan,kejujuran,memumpuk semangat patriotisme dan kerjasama
antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan Kerja Kursus ini
dengan sempurna.Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan
berganding bahu untuk mencari maklumat tentang Kerja Kursus Sejarah ini.
18
LAMPIRAN
19
PETA 1.1 INI CONTOH PETA MAJLIS DAERAH KENINGAU
GAMBAR 1.1 GAMBAR RUMAH PERSKUTUAN MAJLIS DAERAH
KENINGAU
20,21
RUJUKAN
Internet
http://www.sabah.gov.my/MD.Keningau
Orang sumber
Mohd.Harizul Aman Bin Mahat
(830923-12-5497)
Buku
Buku QRC EP4,1962,MDK 2
EP4,MDK 1964
22