Kerja Kursus Sejarah

31
21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 1 - Prasana A/P Arasu ELEMEN 1 Mengumpul Fakta Sejarah

description

Kerja Kursus Sejarah 2012 PMR

Transcript of Kerja Kursus Sejarah

Page 1: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 1 - Prasana A/P Arasu

ELEMEN 1

Mengumpul

Fakta Sejarah

Page 2: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 2 - Prasana A/P Arasu

AKHBAR

- UTUSAN MALAYSIA

(27.04.2011)

Page 3: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 3 - Prasana A/P Arasu

MAJALAH

- JELITA

(Julai 2009)

- ANIQAH

(Oktober 2011)

Page 4: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 4 - Prasana A/P Arasu

INTERNET

- WIKIPEDIA

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Songket)

Page 5: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 5 - Prasana A/P Arasu

Anda berada di : Maklumat Kraf > Bidang Kraf > Hasil Rimba > Anyaman

Anyaman

Anyaman merupakan seni kraf sejagat Malaysia wujud sejak 300 ratus tahun

yang lampau. Hasil rimba seperti buluh, rotan, pandan, mengkuang dan ribu-

ribu menyumbang kepada hasil utama kraf anyaman. Anyaman yang

dihasilkan daripada bahan hasil rimba ini memaparkan barangan harian,

hiasan dan hadiah.

Keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Malaysia menghasilkan

kraftangan anyaman terserlah melalui penghasilan bakul, tikar, perabut,

pengadang, bekas serbaguna, dinding rumah dan barangan hadiah dan

cenderamata.

Kepelbagaian penghasilan produk ini

memaparkan keadaan sebenar keunikan seni kraftangan Malaysia yang dianggap seni kraf yang unik di rantau Asia.

Tarikh Kemaskini:23 Mac 2010 12:11:52

http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/9/?menuid=95

Page 6: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 6 - Prasana A/P Arasu

ORANG

SUMBER

- Encik Mohammad Syukri Bin Mohammad

Nor

Page 7: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 7 - Prasana A/P Arasu

BIODATA LENGKAP ORANG SUMBER

NAMA

MOHAMMAD SYUKRI BIN MOHAMMAD NOR

UMUR

30

JENIS PERNIAGAAN YANG DIUSAHAKAN

PENJUALAN KAIN SONGKET HASIL TENUNAN SENDIRI

Page 8: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 8 - Prasana A/P Arasu

SOALAN DAN JAWAPAN WAWANCARA BERSAMA

ORANG SUMBER

Saya : Selamat petang,encik.

Sumber : Selamat petang. Apa khabar?

Saya : Khabar baik, encik. Nama saya Prasana A/P Arasu dan saya di sini hari ini untuk bertanya

tentang kejayaan encik dalam bidang hasil kraf tangan –Songket.

Sumber : Oh, begitu. Sila teruskan.

Saya : Siapakah nama penuh encik dan anda berusia berapa?

Sumber : Nama penuh saya ialah Mohammad Syukri Bin Mohammad Nor dan saya berusia 30 tahun.

Saya : Bolehkah anda menceritakan tentang kewujudan perniagaan Nor Atikah Songket ini?

Sumber : Perniagaan Nor Atikah Songket bermula dari hasil tangan nenek moyang saya secara

kecil-kecilan. Usahanya tidak terlepas tangan, di mana perniagaan tersebut disambung oleh

anaknya iaitu, nenek saya. Selepas usahanya dikemukakan ke seluruh Malaysia, ayah saya,

Encik Mohammad Nor mengambil alih. Kini, usaha membuat kain songket ini menjadi

popular sehingga ke peringkat Asia dan menjadi kebanggaan dalam kalangan rakyat

Malaysia.

Saya : Menurut sumber Internet, perniagaan Nor Atikah Songket ini menjadi impian kepada

setiap masyarakat dalam bidang songket. Apakah pandangan anda ?

Sumber : Bagi pandangan saya, bidang kraf tangan merupakan sesuatu yang perlu masyarakat berasa

bangga. Tidak kira songket mahupun batik, kraf tangan melambangkan salasilah kewujudan

keturunan kita dan generasi yang menghayatinya hari ini.

Saya : Saya berasa bangga dengan yang diberikan oleh encik sebentar tadi. Saya juga berharap

agar masyarakat tidak kira kaum atau agama, akan menghayati bidang kraf tangan ini.

Terima kasih atas kerjasama tuan dalam menyiapkan kerja kursus Sejarah saya ini.

Sumber : Saya juga berasa bangga atas minat adik dalam membuat kerja kursus mengenai Songket.

Saya berharap agar bidang kraf tangan akan berkekalan panjang dan tidak akan dilupai oleh

generasi hari ini.

Page 9: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 9 - Prasana A/P Arasu

ELEMEN 2

Merekod Fakta

Sejarah

Page 10: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 10 - Prasana A/P Arasu

NAMA PRASANA A/P ARASU

KELAS 3 ARIF

NO. KAD PENGENALAN 970503-14-6114

GURU PENILAI ENCIK MOHD SHARIF BIN ELIAS

NAMA SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENTUL UTAMA

TANDA TANGAN CALON TANDA TANGAN GURU

(PRASANA A/P ARASU) (ENCIK MOHD SHARIF B. ELIAS)

KRAF TANGAN ( SONGKET)

Page 11: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 11 - Prasana A/P Arasu

(2) SENARAI KANDUNGAN

ELEMEN 2

BILANGAN PERKARA MUKA SURAT

1 Tajuk kajian 7

2 Senarai kandungan 8

3 Penghargaan 9

4 Objektif kajian 10

5 Kaedah kajian 11

6 Hasil kajian 12

7 Rumusan 25

8 Lampiran 27

9 Rujukan 28

Page 12: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 12 - Prasana A/P Arasu

(3) PENGHARGAAN

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama, Puan Hajah Maznah Binti Haji Mazlan kerana

telah memberikan kebenaran untuk kami menjalankan kerja kursus ini.

Jutaan terima kasih juga kepada guru sejarah saya iaitu, Encik Mohd Sharif bin Elias

kerana telah banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan serta pendedahan untuk

saya melengkapkan kerja kursus PMR 2012.

Saya juga merakamkan penghargaan kepada kakitangan pusat sumber terutamanaya Datin

Lili Suriani Binti Abdul Ghani yang membenarkan kami mendapatkan majalah dan keratan-

keratan akhbar untuk dimuatkan dalam kerja kursus ini.

Di samping itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas saya iaitu

Nur Hidayah binti Ahmad Shafii, Priyanga A/P Rathinam dan Che Ku Mardiah Binti Che Ku

Mahhadi yang sanggup berkongsi maklumat dan mengadakan perbincangan dari masa ke

semasa dalam mengenalpasti fakta-fakta untuk dimasukkan dalam kerja kursus ini.

Akhir sekali saya amat terhutang budi terhadap kedua insan tersayang iaitu ibu dan bapa saya

yang banyak bekorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk saya bagi menyempurnakan kerja

kursus ini.

Page 13: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 13 - Prasana A/P Arasu

(4) OBJEKTIF KAJIAN

Kerja kursus ini bertujuan untuk kita menghayati produk tempatan yang terdapat di Negara kita :

1. Mengenalpasti jenis-jenis kraf tangan yang terdapat di negara kita dengan tepat dan

benar. Malah, secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri

saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah.

2. Iktibar yang diperoleh ialah saya dapat mengaplikasikan segala usaha dan rintangan yang

dihadapi oleh pengusaha songket supaya saya lebih rajin berusaha dalam menyiapkan

Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 ini.

3. Pengalaman yang saya alami bermula dalam kajian ini dari proses membuat songket

sehinggalah ke pemasaran songket akan membuatkan saya lebih rajin dan sentiasa

meningkatkan sikap.

Page 14: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 14 - Prasana A/P Arasu

(5) KAEDAH KAJIAN

1. Temu Ramah

Saya dan rakan saya telah menemu bual anak pengusaha kilang Atikah’s Songket untuk

mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kerja kursus ini.

2. Melayari Internet

Saya juga melayari Internet untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan proses ,

alatan dan definisi kraftangan Songket bagi menyempurnakan Kerja Kursus Sejarah PMR tahun

2012.

3. Rujukan

Saya merujuk buku-buku dan risalah di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang

terperinci . Selain itu , saya juga merujuk guru Sejarah saya, Encik Mohd Sharif bin Elias dan

kawan saya Nur Hidayah binti Ahmad Shafii untuk menghilangkan perasaan keraguan saya.

4. Penyelidikan Perpustakaan

Saya telah membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara yang terletak di sekitar Taman

Tasik Titiwangsa untuk menyiapkan folio Kerja Kursus Sejarah saya ini.

Page 15: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 15 - Prasana A/P Arasu

(6) HASIL KAJIAN

I. MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN

1. Nama Produk

Produk yang diusahakan oleh pengusaha ialah Songket. Pengusaha mengeluarkan pelbagai

jenis produk kraftangan berasaskan Songket seperti sarung bantal, kain samping dan sebagainya.

2. Kategori

Produk tempatan yang dikaji ialah produk kraftangan tempatan iaitu Songket.

3. Nama Pengusaha/ Syarikat/ Status Hak Milik

Produk Kraftangan Tempatan Nor Atikah’s Songket ini diusahakan oleh seorang lelaki

yang bernama Encik Mohammad Syukri Bin Muhammad Nor Perusahaan. Syarikat ini

merupakan perusahaan oleh sebuah keluarga di Terengganu yang mengusahakannya selama

empat generasi. Mereka tidak berminat untuk mencari rakan kongsi yang lain .

Page 16: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 16 - Prasana A/P Arasu

4. Lokasi

Nor Atikah Songket ini terletak di Tingkat 2 The Mall , Jalan Putra, 50350 Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur dan kilangnya di 3358, Jln Sultan Zainal Abidin, 20000

Kuala Terengganu, Terengganu. Mereka memilih lokasi ini kerana kilang Songket

memerlukan kawasan yang luas untuk proses tenunan dan ia juga merupakan tempal asal

mereka.

Page 17: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 17 - Prasana A/P Arasu

II. SEJARAH / LATAR BELAKANG

1. Sejarah kewujudan Songket

Menurut sumber Internet, Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan,

dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan Songket bermaksud membawa

keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.

Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang

besar negeri. Kehalusan Songket dan kerumitan motif corak Songket ketika itu menggambarkan

pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal

di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau.

Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat

martabat si pemakai, motif dan warna Songket Songket melambangkan kedudukan seseorang.

Page 18: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 18 - Prasana A/P Arasu

2. Punca dan jumlah modal

Nor Atikah Songket di Terengganu bermula pada tahun 1960-an. Kemudian sebuah butik

baharu telah dibuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu, di The Mall atau juga dikenali

sebagai Yoahan The Mall di Jalan Putra. Perniagaan kain songket ini merupakan kepunyaan

sebuah keluarga berbangsa Melayu. Setelah mendapati bahawa perniagaannya sedang mencapai

kemajuan, mereka telah mengambil keputusan unuk membesarkan perniagaan. Perniagaan ini

juga dimajukan sejak empat generasi yang lalu.

Nor Atikah Songket ini memulakan perniagaan dengan modal persimpanan hasil daripada

pengasasnya tanpa menerima pinjaman daripada pihak yang lain. Modal tersebut digunakan

untuk membeli barangan asas seperti bahan tenunan dan sebagainya.

3. Tujuan/ Kepentingan Produk

Kepentingan produk ini adalah bertujuan menengahkan kreativiti dan kemahiran orang

Melayu dalam menghasilkan produk songket .Hal ini demikian kerana songket ialah warisan

turun temurun dan corak songket perlu kreatif supaya dapat menembusi pasaran

antarabangsa.

Page 19: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 19 - Prasana A/P Arasu

4. Keistimewaan/ Kelebihan/ Keunikan Produk

Keistimewaan produk songket keluaran Nor Atikah Songket ialah songket tenunan

tangan. Dari segi corak dan rekaanya, mereka menggunakan kaedah tenunan juga. Lukisan

dibuat terus di atas kain sehingga memberi identiti tersendiri kepada corak tersebut . Selain itu

,pengusaha pernah mendapat anugerah usahawan terbaik dan peniagaan ini diusahakan sehingga

ke peringkat Asia. Perniagaan Nor Atikah Songket amat terkenal di Terengganu dan juga di

seluruh Malaysia. Kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi, ia juga turut diilhamkan

pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan

sebagainya.

Mungkin ramai yang terkeliru dengan harga songket yang jauh lebih murah di sesetengan

tempat. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa di pasaran Malaysia, bukan sahaja songket

tenun dari negeri–negeri di pantai timur sahaja, tetapi juga turut terdapat songket dari India dan

Pakistan. Harganya mungkin jauh lebih rendah kerana perbezaan kualiti benang emas dan juga

benang yang digunakan.

Harga songket tenun Terengganu boleh diperolehi daripada RM100 sehingga ke

RM18,000 dan masa yang diperlukan untuk menenun songket yang cantik dan eksklusif atau

ditempah mungkin sehingga dua hingga tiga bulan. Manakala untuk songket biasa, ia mungkin

memerlukan antara empat hari hingga dua minggu untuk disiapkan.

Page 20: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 20 - Prasana A/P Arasu

Keunikan songket terletak pada motifnya. Motif kain songket terdiri daripada dua unsur

penting iaitu unsur alam dan tumbuh-tumbuhan. Motif yang sering digunakan meliputi bentuk

bunga, daun pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.

Susun letak setiap motif juga harus kena gayanya. Sejak dahulu, ragam hias masih

dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa bentuk bahagian

kain seperti kepala, kain dan badan kain.

Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur.

Motif-motif reka corak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan.

Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik.

Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau

susunan bercorak.

Page 21: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 21 - Prasana A/P Arasu

III. KAEDAH / CARA PENGHASILAN

1. Senarai Bahan

Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera

pada kain latar. Teknik pembuatannya memerlukan kecermatan tinggi. Benang lungsi sutera

dimasukkan melalui sisir tenun dan handle utama pada rangkaian kain yangmembentuk pola

simetris dan diisi oleh benang sutera dan benang emas. Bahan utama kain songket ini ialah

berbagai jenis seperti benang kapas atau dari bahan benang sutera. Bagi melicinkan proses

membuat kain songket, benang sutera berwarna putih yang diimport dari India, China atau

Thailand. Sebelum memulakan proses menenun, bahan utama diberi warna dengan cara

mencelup menggunakan warna yang dikehendaki.

2. Senarai Peralatan

Songket juga menggunakan mesin tenun kerana penenun menggunakan kaedah tenun

untuk menghasiklan kain songket.

Page 22: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 22 - Prasana A/P Arasu

3. Proses / Peringkat Penghasilan

Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik

menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di

permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. Proses menyungkit dilakukan setelah benang

karat butang disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau

sulaman benang emas.

a. Mencelup benang

Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat

benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.

b. Melerai benang

Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini

dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

c. Menganeng benang

Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz

panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.

Page 23: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 23 - Prasana A/P Arasu

d. Menggulung

Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping

papan loseng.

e. Menyapuk benang

Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk

dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.

f. Mengarak benang

Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan

ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.

g. Menyongket benang

Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil

lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat

dan dikenali sebagai proses ikat butang.

h. Menenun

Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan

kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi

sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.

Page 24: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 24 - Prasana A/P Arasu

BAHAN GRAFIK PROSES / PERINGKAT PENGHASILAN

MENCELUP BENANG

MELERAI BENANG

MENGANENG BENANG

MENGGULUNG MENYAPUK

BENANG MENGARAK

BENANG

MENYANGKUT BENANG

MENENUN SONGKET

Page 25: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 25 - Prasana A/P Arasu

4. Spesifikasi Produk

Tenunan songket ini dilakukan oleh seorang penenun yang mengambil masa selama enam

minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 meter hingga 40

meter. Sesuatu yang mengagumkan tentang seorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar

corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan, sebaliknya ia tercetus

daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.

Page 26: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 26 - Prasana A/P Arasu

IV. PERKEMBANGAN PRODUK

1. Pengiktirafan / Sambutan daripada Pengguna / Penghargaan

Nor Atikah Songket memasarkan produk songketnya dengan 4 strategi iaitu pusat

perlancongan (Terengganu), pusat jualan, pusat borong dan pusat tempahan. Selain itu, Nor

Atikah Songket telah menerima beberapa pandangan positif daripada para pengguna atas

produknya yang cukup memesrakan. Bukan sahaja menerima pandangan positif daripada para

pengguna, malah artis-artis terkenal Malaysia juga menempah pakaian daripada Nor Atikah

Songket seperti kain samping dan sebagainya.

2. Lambang / Identiti Setempat

Songket melambangkan kebanggaan negeri Terengganu. Manakala, Nor Atikah Songket

mewakili negerinya dalam mempertingkatkan imej atau identiti negeri Terengganu. Kini, Nor

Atikah Songket menjadi antara wakil pasaran yang mewakili rantau Asia dalam pengeluaran

hasil kraf tangan terutamanya bagi songket tenunan tangan. Terdapat juga kilang / butik Nor

Atikah Songket pada brosur negeri Terengganu (sila lihat bahagian brosur pada lampiran).

Page 27: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 27 - Prasana A/P Arasu

3. Potensi Produk

Sejarah songket di Malaysia boleh dikatakan cepat dari segi industry dan pelancongan.

Meskipun dari segi olahan motif, warna dan corak yang sentiasa bertukar namun dari segi

keunikan dan keindahan yang ada, amat sukar untuk kita cari dan jumpa keistimewaan ini diluar

Negara . Sehingga kini, industry songket merupakan satu industri warisan Melayu yang masih

terpelihara.

4. Perancangan Masa Hadapan

Nor Atikah Songket bercita-cita untuk memperluas syarikat serta berusaha mengikut peredaran

fesyen untuk mengembangkan potensi dan kebanggaan kraf tangan dari Negara kita, Malaysia.

Page 28: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 28 - Prasana A/P Arasu

(7) RUMUSAN

Kajian yang dilakukan selama kira-kira dua bulan ini menemukan saya dengan pelbagai

perkara yang baru dan bernilai. Kajian ini telah mengajar saya tentang tatacara penuh untuk

mendapatkan bahan melaluui pelbagai kaedah yang dicadangkan.

Melalui kajian yang saya lakukan, secara tidak langsung kita akan sentiasa berbangga

sebagai rakyat Malaysia. Kita harus berasa bersyukur hidup di dalam sesebuah Negara yang

aman damai dan pesat membangun.

Melalui pemerhatian, salah satu faktor yang membawa kepada perkembangan dan

kemajuan pesat perusahaan ini adalah kerana nilai-nilai murni yang diamalkan oleh pihak

pengurusaan yang terdiri daripada pengusaha dan juga para pekerja. Di sini lahirnya pelbagai

nilai murni seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasa

bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara . Sikap mementingkan diri seperti perumpamaan

enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri setiap

daripada mereka. Ia melahirkan satu bentuk perpaduan juga perasaan cinta akan warisan budaya

Negara kita.

Page 29: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 29 - Prasana A/P Arasu

Pihak pengurusan yang penuh berrtanggungjawab dalam setiap tindakan juga merupakan

nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian . Sebagai pengurus , beliau yang menjadi

orang sumber saya memperlihat sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan dan langkah yang

dilakukan .

Konklusinya , Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga menyedarkan saya tentang pentingnya

produk hasil kraf tangan Negara kita dalam penghayatan warisan budaya. Sikap sentiasa

berusaha dan tidak mudah putus asa pada setiap masa sesuai dengan proses pembuatannya yang

menuntut kesabaran dan kegigihan .

Page 30: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 30 - Prasana A/P Arasu

(8) LAMPIRAN

GAMBAR

SURAT KEBENARAN MEMBUAT KAJIAN

SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

BROSUR

Page 31: Kerja Kursus Sejarah

21/1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 31 - Prasana A/P Arasu

(9) RUJUKAN

1. AKHBAR

Utusan Malaysia, 27 April 2011 Rabu.

2. MAJALAH

Jelita -Julai 2009, Halaman152 - 155

Aniqah –Oktober 2011, Halaman 46 – 47

3. ORANG SUMBER

Muhammad Syukri bin Mohammad Nor , 30 tahun, Tingkat bawah – The Mall Kuala

Lumpur.

4. INTERNET

http://ms.wikipedia.org/wiki/Songket

http://www.google.com.my/imghp?hl=en&tab=wi

5. SUMBER LAIN

Brosur Terengganu, Visit Terengganu 2008 Malaysia