kerja kursus Sintaksis
-
Upload
rohana-jalil -
Category
Documents
-
view
150 -
download
9
description
Transcript of kerja kursus Sintaksis
1.0 PengenalanDalam pembentukan sebuah ayat, ia memerlukan kata. Seterusnya kata itu dirangkai
dengan kata yang lain menjadi frasa, lalu frasa digabungkan dengan frasa lain menjadi
klausa atau ayat. Oleh itu, ayat dibentuk bermula daripada penyusunan perkataan-
perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan ayat. Bahagian atau cabang dalam
linguistik yang mengkaji pembentukan ayat inilah yang dikenal sebagai sintaksis. Asal
usul perkataan “sintaksis” ini berasal daripada perkataan Yunani, iaitu “sun” yang bererti
“dengan” dan “tattein” yang bererti “menempatkan bersama-sama”. Oleh itu, secara
etimologi, sintaksis dapat diertikan sebagai “menempatkan kata-kata secara bersama-
sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat”. Kata “suntattein” kemudian dikenali
sebagai “syntaxis” dalam bahasa Belanda dan “syntax” dalam bahasa Inggeris. .
Menurut istilah pula, sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur
dan binaan atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karim er al.,.,1993:317). Bagi Abdullah
Hassan (1980:164) pula, sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat,
iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa
atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit yang terbesar.
2.0 Konsep Frasa Dalam Binaan Ayat Bahasa Melayu
Menurut Za’ba (1965), frasa dianggap sebagai rangkai kata. Abdullah Hassan
(2002:233) pula menyatakan frasa itu sebagai sekumpulan perkataan. Menurut Nik
Safiah Karim (1993:416), frasa ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang
mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi
untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Daripada pendapat ahli bahasa
tersebut, frasa terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan yang disusun menjadi rangkai
kata. Iaitu kata inti yang menjadi unsur utama dalam binaan frasa dapat diperluas
menjadi unsur yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Peluasan boleh dilakukan
dengan pelbagai cara sama ada di sebelah depan mahupun di belakang atau kedua-
duanya. Contoh :
guru - seorang guru / guru besar - seorang guru besar
3.0 Proses pembentukan Frasa Nama
Frasa nama menurut Nik Safiah Karim er al.,. (1993:556) ialah frasa yang perkataan
utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama.
Contoh Catatan
1
Ahmad anak saya Kata nama khas
Pembunuh itu ada di dalam penjara Kata nama terbitan
Dia adalah kekasih saya. Kata ganti nama
Di dalam proses pembentukan frasa nama ini, terdapat dua proses pembentukan
utama, iaitu inti + penerang, dan Inti + inti.
3.1 Proses pembentukan Frasa Nama : Inti + Penerang
Binaan frasa nama yang terdiri daripada inti + penerang ialah binaan kata nama yang
menjadi inti hadir di depan, manakala penerangnya hadir pada kedudukan selepasnya.
Satu perkataan adalah inti bagi keseluruhan frasa nama itu, sementara perkataan lain
adalah penerang. Inti adalah unsur yang diberi penumpuan makna mewakili seluruh
frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan
makna dalam inti itu.
Contoh:
Frasa nama subjek Predikat
Inti penerang
1. Guru sekolah agama itu kawan saya.
Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti +
penerang boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan berikut:
I. Inti + penerang nama
II. Inti + penerang bukan nama
3.1.1 Proses Pembentukan Frasa Nama : Inti + Penerang Nama
Semua binaan dari jenis ini, unsur terdiri daripada kata nama; iaitu intinya terdiri
daripada kata nama dan penerangnya juga daripada kata nama. Kata nama yang boleh
mengisi unsur penerang adalah penerang nama keturunan, penerang nama jenis,
penerang nama penyambut, penerang nama kegunaan, penerang nama kelamin,
penerang nama tempat, penerang nama arah, penerang nama anggota badan,
penerang nama tenaga penggerak, penerang nama perihal atau perkara, penerang
nama milik, penerang nama khas, dan penerang nama panggilan atau gelaran.
2
Penerang-penerang nama ini memberikan keterangan lanjut tentang aspek –aspek
tertentu kepada kata nama.
a) Inti + penerang nama keturunan
Penerang nama keturunan menerangkan aspek salasilah pada inti kata nama.
Contoh:
Inti Penerang Nama Keturunan
1. orang Melayu
b) Inti + penerang nama jenis
Penerang nama jenis ini menerangkan jenis- jenis tertentu bagi nama- nama itu.
Contoh:
Inti Penerang Nama Jenis
1. harimau akar
c) Inti + penerang nama penyambut
Penerang nama penyambut menerangkan perkara atau benda yang menjadi objek atau
penyambut kepada alat atau pelaku yang ada pada inti.
Contoh:
Inti ( sebagai alat atau pelaku) Penerang Nama Penyambut
1. pemandu bas
d) Inti + penerang nama kegunaan
Penerang nama kegunaan ialah unsur yang menerangkan makna fungsi atau peranan
kepada inti. Contoh :
Inti Penerang Nama Kegunaan
1. minyak pelincir
e) Inti + penerang nama kelamin
Penerang nama kelamin ialah nama yang menerangkan jenis jantina bagi inti.
Inti Penerang Nama Kelamin
1. ayam jantan
f) Inti + penerang nama tempat
3
Penerang nama tempat ialah unsur yang menerangkan lokasi bagi inti.
Contoh:
Inti Penerang Nama Tempat
1. anak Pahang
g) Inti + penerang nama arah
Penerang nama arah ialah unsur yang menerangkan hala bagi inti. Contohnya:
Inti Penerang Nama Arah
1. kawasan timur
h) Inti + penerang nama anggota badan
Penerang nama anggota badan menerangkan bahagian tubuh badan yang berkaitan
dengan inti. Contohnya:
Inti Penerang Nama Anggota Badan
1. barah otak
i) Inti + penerang nama tenaga penggerak
Unsur yang menyatakan daya yang menggerakkan benda dalam inti. Contohnya:
Inti Penerang Nama Anggota Badan
1. dapur elektrik
j) Inti + penerang nama milik
Penerang nama milik menerangkan makna kepunyaan bagi benda dalam inti.
Contohnya:
Inti Penerang Nama Milik
1. kedai saya
k) Inti + penerang nama khas
Penerang nama khas ialah jenis perkataan yang merujuk kata nama khas bagi
menerangkan inti. Contohnya:
Inti a) Penerang Nama Khas
1. Sungai Pahang
4
l) Inti + penerang nama perihal atau perkara
Unsur yang menerangkan hal atau perkara tentang inti. Contohnya:
Inti Penerang Nama Perihal Atau Perkara
1. bilik mesyuarat
m) Inti + penerang nama panggilan atau gelaran
Unsur yang merujuk nama julukan atau penghormatan kepada makhluk atau benda.
Contoh:
Penerang Nama Panggilan Atau Gelaran Inti
1. Tan Sri Rohana
3.1.2 Proses Pembentukan Frasa nama : Inti + Penerang Bukan Nama
Inti + penerang bukan nama
Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan
daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama terdiri daripada penerang- penerang
yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama seperti penerang
penentu, penerang kata kerja atau akar kata kerja, penerang kata adjektif, penerang
kata adverba, penerang frasa sendi nama, dan penerang bilangan ordinal.
a. Inti + penerang penentu
Penerang penentu ialah unsur yang memberikan sifat ketentuan kepada kata nama dan
kedudukannya boleh di hadapan atau di belakang inti. Ada dua golongan penerang
penentu iaitu penentu hadapan dan penentu belakang.
a) penentu hadapan
Penentu hadapan ialah unsur-unsur yang hadir dihadapan kata nama, dan unsur-
unsur itu terdiri daripada kata bilangan yang boleh dikuti oleh penjodoh bilangan,
seperti yang terdapat di dalam contoh berikut.
Penentu hadapan
IntiBilangan Penjodoh Bilangan
1. beberapa pucuk senapang
Kata abstrak tidak boleh menerima penjodoh bilangan, misalnya *sebuah keberanian.
Beberapa kata bilangan jenis tak tentu misalnya semua, segala, sedikit dan selainnya
tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan.
5
II) Penentu belakang
Penentu belakang ialah unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsur-unsur
itu terdiri daripada penentu itu dan ini. Contoh:
Inti Penentu Belakang
calon ini
b. Inti + penerang kata kerja atau akar kata kerja
Penerang kata kerja atau akar kata kerja umumnya menerangkan perlakuan kepada inti.
Contohnya:
Inti Penerang Kata Kerja
1. kedai gunting
c. Inti + penerang kata adjektif
Penerang kata adjektif ialah unsur yang menerangkan makna sifat bagi inti. Contoh:
Inti Penerang Kata Adjektif
1. kulit putih
d. Inti +penerang kata adverba
Penerang kata adverb ialah unsur yang menerangkan cara atau masa bagi kata nama
inti. Contoh:
Inti Penerang Kata Adverba
1. masa serentak
e. Inti +penerang frasa sendi nama
Penerang frasa sendi nama ialah unsur- unsur yang mengandungi kata sendi nama
diikuti kata nama atau frasa nama dan mendukung antaranya makna tempat, waktu,
bahan asal dan matlamat.
Inti Penerang Kata Frasa Sendi Nama
Nama Sendi Nama
1. rumah di kampung
f. Inti +penerang bilangan ordinal
6
Penerang bilangan ordinal ialah kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi
urutan bilangan. Unsur-unsur ini hadir sesudah inti.
Inti Penerang Bilangan Ordinal
1. tempat pertama
3.2 Proses pembentukan Frasa Nama ( Inti dan Inti )
Proses pembentukan Frasa Nama ( Inti dan Inti ) tidak mempunyai unsur penerang.
Makna keseluruhan frasa nama itu telah didukung oleh kedua-dua kata nama inti.
Binaan jenis ini tidak mempunyai makna penerang. Dua golongan frasa nama dari jenis
inti+ inti adalah inti + inti sama erti dan inti+ inti lawan erti.
3.2.1 Frasa nama : Inti +Inti Dengan Maksud Sama Erti
Perkataan- perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama demikian
membawa makna sama erti, iaitu semacam ulangan. Contohnya
Inti Inti
1. tubuh Badan
3.2.2 Frasa nama : Inti +Inti Dengan Maksud Lawan Erti
Perkataan- perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama jenis ini
membawa maksud yang berlawanan. Contohnya:
Inti Inti
1. kerusi Meja
3.3 Tugas Frasa Nama
Kedudukan frasa nama dalam ayat :
i- Sebagai subjek : Dia sedang tidur
ii- Sebagai predikat : Bapa Ali pensyarah
iii- Sebagai objek : Kakak menanak nasi
iv- Sebagai pelengkap : Ahmad menjadi pelajar contoh
v- Sebagai unsur dalam Frasa sendi nama : Abang ke Setiawan
4.0 Pembentukan Frasa Kerja
Frasa kerja terdiri daripada dua jenis iaitu frasa kerja yang tidak mengandungi objek
dan Frasa kerja yang mengandungi objek. Frasa kerja yang tidak mengandungi objek
7
kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkannya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif.
Sementara Frasa kerja yang mengandungi ayat objek pula,kata kerjanya mesti disambut
oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. Frasa kerja yang
demikian mengandungi kata kerja transitif. Di bawah ditunjukkan contoh frasa kerja
tanpa dan frasa kerja dengan objek.
A) Contoh ayat mengandungi frasa kerja tanpa objek.
Subjek
Frasa kerja
Kata bantu Kata kerja Keterangan
1. Ali
2. Mereka
3. Hujan
-
sedang
-
menang.
tidur.
turun.
-
-
dengan lebatnya.
Walaupun kata kerja tidak mempunyai frasa nama sebagai objek, namun unsur- unsur
lain iaitu kata bantu dan unsur keterangan boleh hadir bersama-samanya.
B) Contoh ayat yang mengandungi frasa kerja dengan objek.
Subjek
Frasa kerja
Kata Kerja Objek Keterangan
1.Kami
2.Ahmad
3.Budak itu
makan
menjalankan
membaca
ayam goreng itu.
tugasnya
buku.
-
dengan baik.
Di dalam frasa kerja dengan objek boleh juga hadir unsur-unsur kata bantu dan
keterangan.
4.1 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu
jenis kata kerja sebagai intinya, iaitu kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif
adalah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai
objek untuk melengkapkannya. Ada tiga jenis kata kerja tak transitif iaitu kata kerja tak
transitif yang tidak menerima unsur pelengkap, kata kerja tak transitif yang dapat
menerima pelengkap, dan kata kerja tak transitif yang diikuti oleh kata nama sebagai
penerang.
8
4.1.1 Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai
pelengkap. Contohnya:
1. Pelajar-pelajar bergotong-royong.
2. Padi menguning.
3. Pokok itu tumbang.
Kata erja tak transitif tanpa pelengkap adalah kata kerja yang mempunyai makna
sempurna.
4.1.2 Kata Kerja Tak Transitif Dengan Pelengkap
Kata kerja tak transitif dengan pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai
makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Unsur-unsur
pelengkap itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. Contoh kata kerja
tak transitif ialah beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan, bertilamkan.
Unsur-unsur yang menjadi pelengkap boleh dibahagikan kepada tiga iaitu kata adjektif
sebagai pelengkap, frasa sendi nama sebagai pelengkap, dan kata nama sebagai
pelengkap.
a) kata adjektif sebagai pelengkap
b) Pelengkap kata adjektif seperti genting, beransur, miskin, jahat dan selainnya hadir
sesudah kata kerja tak transitif untuk melengkapnya. Contohnya:
1. Ayah beransur pulih.
2. Kerjaya ni bertambah kukuh.
c) Frasa sendi nama sebagai pelengkap
Frasa sendi nama sebagai pelengkap yang hadir selepas kata kerja tak transitif
mendukung makna ‘tempat’ sebagai unsur- unsur yang melengkapkan kata kerja tak
transitif. Contoh kata kerja tak transitif ialah berada, menetap, membelok dan lain-lain
lagi.
Contoh ayat:
1. Mereka berada di Kuala Lumpur.
2. Saya tinggal di kampung.
d) Kata nama sebagai pelengkap
Ada kata kerja tak transitif tertentu yang mesti diikuti oleh pelengkap kata nama.
Pelengkap yang demikian boleh dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas
dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif. Da dua kumpulan kata
9
kerja taktransitif yang memerluka pelengkap demikian. Pertama, kata kerja yang
berimbuhan ber-…kan.
Contohnya.
1. Dia berbantalkan lengan.
2. Pak kaduk berbajukan kertas.
Kata kerja tak transitif kumpulan kedua yang boleh diikuti oleh kata nama sebagai
pelengkap ialah menjadi dan ada. Contohnya:
1. Dia menjadi guru.
2. Orang itu ada harta.
4.1.3 Kata Kerja Tak Transitif Dengan Kata Nama Sebagai Penerang
Kata Nama Sebagai Penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek
kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan. Kata nama itu hanya
menjadi penerang bagi kata kerja tak transitif dan bukanlah pelengkap kerana kata
nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan kata kerja demikian.
Subjek
Frasa kerja
Kata Kerja Penerang
1. Lelaki itu berseluar Jean.
4.2 Binaan Frasa Kerja Dengan Objek
Frasa Kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata
kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata kerja itu sebagai objek
atau penyambutnya. Ayat-ayat yang mengandungi frasa nama itu sebagai objek atau
penyambut itu boleh dipasifkan. Contohnya:-
1) Kami makan ayam goreng itu.
Ayam goreng itu kami makan.----- ayat yang telah dipasifkan.
2) Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya.
Harimau itu ditembak oleh pemburu dengan senanpangnya.
(ayat yang telah dipasifkan)
Perkataan –perkataan yang condong dalam ayat di atas menjadi subjek atau unsur
yang diterangkan dalam ayat yang telah dipasifkan. Frasa kerja yang mengandungi
frasa nama sebagai objek boleh dibahagikan kepada dua jenis. Iaitu:
1. Frasa kerja yang mengandungi satu objek.
2. Frasa kerja yang mengandungi dua objek.
10
4.2. 1 Frasa Kerja Dengan Satu Objek
Frasa kerja dengan satu objek adalah seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut :
1. Saya menjawab surat itu.
2. Mesin itu mengepam air.
Terdapat sejumlah perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna
adjektif. Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa nama yang mengikutinya
dan boleh digugurkan. Contohnya:
1. Filem itu sungguh menyeramkan ( Kami )
2. Keputusannya amat mengembirakan ( saya)
3. Betulkah peristiwa tadi sangat menakutkan anda?
Ayat yang frasa kerjanya menerima objek yang terdiri daripada orang pertama secara
pilihan boleh digugurkan.Sementara ayat yang mengandungi objek yang terdiri
daripada orang kedua dan ketiga tidak boleh digugurkan kerana kalau digugurkan ini
mengandaikan objek yang digugurkan ialah orang pertama.
4.2. 2 Frasa Kerja Dengan Dua Objek
Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya boleh mengandungi
dua frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja itu. Objek-objek ini mempunyai
fungsi yang berbeza –beza dan boleh disebut sebagai objek tepat dan objek sipi. Objek
tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya,
sementara objek sipi ialah yang tidak menjadi penyambut secara langsung kepada kata
kerjanya. Pabila ayat ini dipasifkan hanya frasa nama yang menjadi objek tepat akan
mengalami penjudulan iaitu menjadi subjek atau unsur yang diterangkan. Contoh seperti
berikut:
1. Ahmad menghadiahi Ali buku.
2. Ali dihadiahi buku oleh Ahmad.
Apabila susunan ayat yang mengandungi dua objek diubah dengan memasukkan frasa
sendi nama ,maka ayat-ayat yang terhasil akan hanya mengandungi satu objek.
Contohnya:
1. Dia mencarikan isterinya buah nangka.—ayat yang mengandungi 2 objek.
2. Dia mencari buah nangka untuk isterinya.-----ayat yang mengandungi I objek.
Frasa kerja satu objek dan dua objek boleh mengandungi unssur-unsur yang lain di
dalam binaan iaitu kata bantu dan unsur keterangan.
11
4.3 Tugas Frasa Kerja
Di dalam binaan ayat, frasa kerja dapat berfungsi sebagai :
a- Predikat
Contoh : Kereta itu meluncur laju.
b- Subjek
Contoh : Membaca menambahkan ilmu.
c- Pelengkap
Contoh : Ahmad sudah berhenti merokok.
d- Keterangan
Contoh : Mereka baru pulang berkelah.
e- Penerang
Contoh : Tugas mengajar kerja yang mulia.
f- Objek
Contoh : Kami akan mencuba melakukan tugas itu.
5.0 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif
Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan
perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat , sama ada
di hadapan atau di belakangnya. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:
Kata Bantu Penguat Kata Adjektif Penguat
-
sudah
-
Masih
-
terlalu
-
-
agak
pandai
nakal
besar
jahat
kecil
-
-
-
betul
-
Inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti pula terdiri daripada dua
jenis,mengikut binaannya: Binaan itu adalah Binaan satu perkataan dan binaan dua
perkataan.
5.1 Binaan Satu Perkataan
Binaan terdiri daripada satu kata adjektif seperti rajin,tinggi, nakal, dan lain-lain. Contoh
–contoh dibawah:
1. Pelayan kedai Pak Ali rajin.
12
2. Kawan-kawan Ahmad cerdik.
Contoh dia atas adalah contoh kata adjektif yang tediri daripada satu kata dasar.,iaitu
perkataan tanpa imbuhan. kata adjektif yang tediri daripada perkataan
berimbuhan.Misalnya :
1. Minah tidak sepandai adiknya.
2. Dalam darjah ini markah Ahmadlah yang terbaik.
5.2 Binaan dua perkataan
Binaan jenis ini terdiri dua perkataan, iaitu:
a) Kata Adjektif + Kata Adjektif
b) Kata Adjektif + Kata Nama
Cantuman kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama
membentuk konstituen baharu dengan makna baharu. Di bawah ini dibincangkan
binaan adjektif yang terdiri daripada dua perkataan.
A. Binaan kata adjektif + kata adjektif
Binaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata adjektif boleh terdiri
daripada:
a) Dua kata adjektif yang menekankan keserasian makna.Contohnya
I. riang-gembira,
II. letih lesu
b) Dua kata adjektif yang yang maknanya berlawanan. Contohnya:
I. tinggi rendah
II. pahit manis
c) Deretan dua kata adjektif denan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur
rima,yakni keindahan bunyi. Contohnya:
I. tinggi lampai
II. gemok gedempol
B. Binaan kata adjektif + kata nama
Binaan kata adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama mengandungi
kata adjektif yang menjadi inti frasa denga kata nama sebagai penerangnya. Binaan
kata adjektif jenis ini boleh terdiri daripada:
a) Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan.Contohnya:
I. merah jambu
II. hijau daun
13
III. biru laut
b) Frasa adjektif yang membawa maksud kiasan. Contohnya:
I. panjang tangan
II. besar kepala
5.3 Tugas Frasa adjektif
Dalam binaan ayat, frasa adjektif boleh berfungsi sebagai :
a- Predikat
Frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat membentuk pola ayat dasar Frasa
Nama + Frasa Adjektif (FN+FA).
Frasa Nama (FN) Frasa Adjektif (FA)
Rumah itu besar
Ahmad amat pemurah
Perasaannya sentiasa gelisah
b- Pelengkap
Frasa adjektif boleh menjadi unsur yang melengkapkan Kata Kerja Tak Transitif .
Contoh :
i- Nenek bertambah sihat.
ii- Lelaki itu bertubuh sasa.
c- Penerang
Kehadiran frasa adjektif sebagai penerang berada di belakang kata nama. Kata
adjektif memberikan keterangan yang lebih khusus tentang sesuatu frasa nama dalam
ayat.
Contoh :
i- Kasut hitam amat cantik sekali.
ii- Komputer abang komputer baharu.
d- Kata Keterangan
Ia terletak selepas frasa kerja.
Contoh :
i- Bayi itu tidur lena.
ii- Burung terbang amat tinggi.
e- Subjek
Frasa adjektif boleh menjadi subjek dalam ayat. Tetapi kata adjektif tersebut
mengambil tugas kata nama.
14
Contoh :
i- Hitam itu menawan.
ii- Kuat lambang kelakian.
6.0 Binaan Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut:
I) Kata Sendi Nama + Frasa Nama
II) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama
III) Kata Sendi Nama + + Frasa Nama + Frasa Keterangan
IV) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
6. 1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Kata Sendi Nama dalam frasa sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di
hadapan suatu frasa nama. Contohnya seperti yang terdapat dalam rajah berikut:
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
di
ke
sejak
Jambatan
sekolah rendah
zaman dulu
6. 2 Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama
Kata sendi nama dalam frasa sendi nama wujud juga sebagai perkataan yang letaknya
di hadpan frasa nama yang didahului oleh kata arah. Namun begitu frasa sendi nama
boleh juga wujud tanpa kata arah. Contoh:
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
Frasa Nama
Kata Arah Kata Nama
dari
untuk
hujung
luar
balai
Negara
6. 3 Kata Sendi Nama + Frasa Nama+ Frasa Keterangan
Frasa sendi nama terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata
sendi nama itu diikuti keterangan, sebagai unsur frasa pilihan. Contohnya:
15
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
Frasa Nama
Kata Arah Frasa Keterangan
dari
ke
Johor
negeri Jepun
dengan bapanya
pada tahun lalu
6. 4 Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Frasa sendi nama juga terbentuk daripada kats sendi nama diikuti oleh kata arah, frasa
nama dan frasa keterangan. Contohnya seperti yang terdapat dalam rajah berikut:
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Kata Arah Frasa Nama Frasa Nama Keterangan
Ke
dari
di
selatan
belakang
atas
negeri Jerman
rumah
pangkuan ibu
pada musim panas
dengan cara tiba-tiba
saban hari
6.5 Tugas Frasa sendi nama
a- Predikat
Frasa sendi ini hadir bersama subjek di dalam ayat.
Contoh :
i- Pelajar itu di dalam kelas.
ii- Ibu ke London.
b- Keterangan
Frasa sendi nama boleh hadir di dalam ayat sebagai :
1- Unsur keterangan pada frasa nama
Contoh :
Bas dari Seremban rosak.
2- Unsur keterangan pada frasa kerja
Contoh :
Kami pergi ke selatan negeri Johor.
3- Unsur keterangan pada frasa adjektif
Contoh :
Dia kurus daripada saya.
4- Unsur keterangan pada frasa kata sendi
Contoh :
16
Berita kemenangan itu disebarkan dari daerah ke daerah.
c- Subjek
Fungsi subjek biasanya diisi oleh frasa nama. Namun subjek juga boleh diisi oleh Frasa
sendi nama tetapi berfungsi sebagai frasa nama.
Contoh :
i- Ke Mekah tidak mudah.
ii- Dari sini adalah jauh.
7.0 Klausa Dalam Binaan Ayat
Konsep Klausa
Menurut Asmah Hj. Omar (1982:314) menyatakan bahawa klausa ialah unit di atas
frasa dan di bawah ayat. Oleh itu, klausa adalah lebih kecil daripada ayat dan lebih
besar daripada frasa dan perkataan. Dalam Tatabahasa Dewan (1993:415), klausa
merupakan satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat dan
menjadi konstituen kepada ayat.
7.1 Jenis Klausa
Klausa dapat dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan peranannya dalam ayat, iaitu:
a- Klausa bebas
Disebutkan di dalam Tatabahasa Dewan (1993:415), klausa bebas adalah klausa yang
boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi
yang sempurna. Klausa bebas juga tidak menggunakan kata hubung untuk membentuk
sebuah ayat yang lengkap. Selain itu, semua ayat tunggal adalah klausa bebas.
Contoh :
Saya pergi ke sekolah.
Contoh di atas apabila dibacakan dengan intonasi yang sempurna dan betul, klausa
tersebut menjadi ayat lengkap.
b- Klausa tak bebas
Klausa jenis ini tidak dapat berdiri sendiri dan memerlukan klausa lain untuk
melengkapkannya. Klausa ini tidak berpotensi untuk menjadi ayat tunggal. Oleh itu
klausa tak bebas terikat kepada klausa bebas dalam binaan ayat majmuk dan menjadi
sebahagian daripada binaan yang lebih besar.
Contoh :
17
Aminah pergi ke pasar untuk membeli sayur.
Ayat di atas terdiri daripada dua klausa, iaitu “Aminah pergi ke pasar” sebagai klausa
bebas, dan “untuk membeli sayur” adalah klausa tak bebas. Klausa tak bebas ini
merupakan klausa yang tidak lengkap dan menjadi sebahagian daripada klausa bebas
sebelumnya. Kata “untuk” merupakan kata hubung di antara kedua-dua klausa ini.
Terdapat beberapa ciri-ciri klausa, iaitu :
a- Klausa belum memiliki intonasi atau tanda baca tersebut
Jika dibandingkan antara klausa dan ayat, klausa tidak memiliki intonasi sedangkan ayat
mewajibkan intonasi sebagai syarat sesebuah ayat. Di dalam tulisan, klausa tidak
diawali dengan huruf besar dan tidak diakhiri dengan tanda noktah, tanda tanya dan
tanda seru berbandingkan dengan ayat yang diawali huruf besar dan diakhiri dengan
tanda noktah, tanda tanya dan tanda seru. Oleh sebab itu, klausa juga dikenali sebagai
ayat tanpa intonasi.
Contoh :
i- lelaki itu makan nasi (klausa)
ii- Lelaki itu makan nasi. (ayat)
b- Klausa merupakan unsur pembentuk ayat
Dalam ayat tunggal, seluruh binaan ayat diisi oleh sebuah klausa. Dalam ayat majmuk
pula dua buah klausa atau lebih membentuk ayat majmuk tersebut.
Contoh :
i- Ruhani pergi ke pasar
ii- Ruhani pergi ke pasar ketika hari tidak hujan.
c- Klausa mengandungi predikat
Dari segi binaan, klausa mengandungi predikat, sedangkan frasa tidak.
Contoh :
i- rumah kecil
ii- rumah itu kecil
Binaan ayat (i) bukanlah klausa kerana hubungan unsur “rumah” dan “kecil” tidak
bersifat predikatif. Sebaliknya binaan ayat (ii) merupakan sebuah klausa kerana
hubungan unsur “rumah itu” yang berfungsi sebagai subjek dan “kecil” berfungsi
sebagai predikat.
d- Klausa menjadi konstituen frasa dalam ayat majmuk
18
Klausa boleh menjadi unsur frasa yang berfungsi sebagai subjek atau predikat dalam
ayat majmuk. Dengan demikian, klausa dapat berfungsi pada frasa tertentu dalam
ayat.
8.0 Penganalisisan Pengunaan Frasa dan Klausa
1. Bulan depan kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut.
Ayat ini ialah ayat pasif transitif susunan songsang terbahagi kerana sebahagian
predikat ayat telah mengalami proses pendepanan dalam ayat. Ayat ini berasal
daripada ayat susunan biasa, iaitu Daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti
tersebut bulan depan. Ayat ini mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Subjek ayat terdiri daripada frasa nama manakala predikatnya terdiri daripada frasa
kerja, iaitu frasa kerja transitif. Frasa nama dalam subjek ayat ini terbina daripada
kata nama daerah yang berfungsi sebagai kata inti. Frasa kerja transitif dalam
predikat ayat terbina daripada kata kerja transitif dikunjungi dan diikuti frasa nama
sebagai objek atau penyambut iaitu pemimpin. Kata kerja transitif dalam predikat
ayat didahului oleh kata bantu aspek akan. Pemimpin parti adalah frasa nama inti
dan penerang nama perihal atau perkara yang menerangkan perihal perkara
tentang inti iaitu pemimpin parti adalah penerang keterangan di dalam predikat.
Ayat ini boleh ditransformasikan kepada Pemimpin parti tersebut akan
mengunjungi daerah kami bulan depan.
2. Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu.
Ayat ini adalah susunan biasa. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu
predikat. Hasil padinya berguni-guni adalah subjek dan di dalam kepuk itu adalah
predikat yang berperanan sebagai penerang. Subjek adalah frasa nama iaitu hasil
padinya, hasil adalah kata nama inti dan padinya adalah penerang. Kata ganti
nama diri ketiga nya hadir selepas kata nama padi. Frasa berguni-guni adalah
frasa nama yang terdiri daripada kata nama yang merujuk kepada bilangan yang
banyak. Ayat ini juga mengandungi frasa sendi nama yang terdiri daripada kata
sendi nama di yang hadir di depan kata arah dalam. Frasa sendi nama hadir
sebelum kata nama kepuk. Ayat ini juga mengandungi penentu belakang itu. Ayat
ini boleh ditransformasikan kepada: Berguni-guni hasil padinya di dalam kepuk
itu.
Ayat ini ialah ayat tunggal susunan songsang pendepanan frasa nama.
19
3. Dengan segeranya kami laksanakan perintah yang kami terima itu.
Ayat majmuk pancangan relatif pasif ganti nama diri pertama susunan songsang
terbahagi. Ayat susunan biasa ialah :-
Perintah yang kami terima itu kami laksanakan dengan segeranya.
Predikat ayat dengan segeranya telah di kedepankan dan diikuti oleh predikat
klausa kami laksanakan yang di kedepankan juga selepas frasa sendi nama
dengan segeranya. Ayat ini mengandungi satu klausa utama atau ayat induk dan
satu klausa tidak bebas atau ayat kecil.
Ayat induk / klausa bebas- Perintah itu kami laksanakan dengan segeranya.
Ayat kecil / Klausa tak bebas : (perintah ) yang kami terima
Ayat induk mengandungi subjek Perintah itu diikuti predikat kami laksanakan
dengan segeranya. Pola ayat induk ialah frasa nama dan frasa kerja pasif. Frasa
nama terdiri daripada kata nama perintah diikuti kata penentu itu. Frasa kerja
pasif kata ganti nama diri pertama terdiri daripada kami laksanakan diikuti oleh
frasa sendi nama dengan segeranya keterangan masa atau waktu. Klausa tak
bebas terbina daripada konstituen subjek Perintah yang digantikan dengan kata
hubung relatif yang kerana dipancangkan dalam ayat induk selepas frasa nama
subjek. Predikat ayat ialah frasa kerja pasif. Pola ayat ini ialah frasa nama dan frasa
kerja. Frasa nama subjek terbina daripada kata nama perintah (yang) dan frasa
kerja pasif kata ganti nama diri pertama kami terima. Fungsi klausa dalam ayat ini
ialah sebagai frasa nama subjek. Ayat ini boleh ditransformasikan kepada ayat
majmuk pancangan relatif frasa nama Objek susunan biasa seperti berikut: Kami
melaksanakan perintah yang kami terima itu dengan segeranya.
4. Di seluruh Negara orang sibuk memperkatakan kenaikan harga barangan.
Ayat ini adalah mempunyai pola susunan biasa. Ayat ini terdiri daripada satu
subjek dan satu predikat. Subjek adalah terdiri daripada frasa sendi nama dan
keterangan iaitu Di seluruh Negara orang sibuk memperkatakan. Subjek adalah
binaan terdiri daripada kata sendi nama iaitu di yang diikuti kata arah seluruh dan
frasa nama negara yang dikenali juga sebagai frasa sendi nama. Sementara
predikat adalah kenaikan harga barangan adalah terdiri daripada kenaikan
merupakan kata kerja. Sementara harga barangan yang merupakan frasa nama
yang terdiri daripada inti dan penerang nama perihal atau perkara. Frasa nama
20
harga barangan terdiri daripada harga adalah inti sementara barangan adalah
penerang kepada inti. Di seluruh Negara orang sibuk memperkatakan adalah
subjek dan kenaikan harga barang adalah predikat yang berperanan sebagai
penerang. Ayat ini boleh ditransformasikan kepada Kenaikan harga barangan
sibuk diperkatakan orang di Seluruh Negara. Ayat ini adalah adalah ayat tunggal
susunan songsang pendepanan predikat kata kerja.
5. Ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu terus diburu polis.
Ayat ini merupakan ayat pasif songsang. Ayat ini dalam susunan biasa adalah
Pengedar dadah itu terus diburu polis ke mana-mana sahaja. Ayat ini
mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat terdiri daripada frasa nama
dan predikat ayat adalah frasa kerja. Frasa nama dalam konstituen subjek terbina
daripada kata nama inti pengedar dan dadah sebagai penerang. Kata penentu
itu hadir selepas kata nama. Konstituen predikat terbina daripada frasa kerja pasif
diri ketiga yang disertai kata sendi nama di. Deretan kata di predikat ini
mengandungi kata bantu ragam terus yang hadir sebelum frasa kerja pasif diburu.
Sementara ke mana-mana sahaja adalah kata ganti tak tentu yang menjadi
penerang kepada polis. Kata sendi nama ke hadir sebelum kata ganti tak tentu
mana-mana. Ayat ini boleh ditransformasikan kepada kepada ayat aktif transitif
susunan biasa iaitu:
Polis terus memburu pengedar dadah itu ke mana-mana sahaja.
6. Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap
rakyatnya.
Ayat ini merupakan ayat pasif songsang seluruh predikat pelaku diri pertama dengan
klausa sebagai subjek. Subjek ayat ini ialah bahawa pemimpin itu tidak amanah
terhadap rakyatnya. Sementara predikat ayat ini ialah saya jelaskan kepadanya.
saya jelaskan adalah frasa kerja pasif yang hadir sebelum frasa sendi nama
kepadanya. Frasa sendiri nama ini terdiri daripada kata sendi nama kepada dan
kata ganti nama diri ketiga nya. Klausa pemimpin itu tidak amanah terhadap
rakyatnya, subjek klausa terdiri frasa nama dan predikat ayat adalah frasa adjektif.
Frasa nama dalam konstituen subjek terbina daripada kata nama inti pemimpin dan
kata ganti tunjuk itu sebagai penentu. Frasa adjektif dalam konstituen predikat
terbina daripada kata nafi tidak yang hadir sebelum kata adjektif amanah.
21
Sementara frasa sendi nama terhadap rakyatnya adalah penerang kepada frasa
adjektif tidak amanah. Binaan predikat klausa ini juga terdiri daripada kata ganti
nama diri ketiga nya yang hadir selepas kata nama rakyat. Ayat ini boleh
ditransformasikan kepada susunan biasa seperti berikut:
Saya menjelaskan bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya
kepada dia.
Perkataan dia mengantikan nya kerana nya adalah kata ganti nama diri singkat
bagi dia atau ia.
7. Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya.
Subjek dan predikat berbentuk klausa subjek terdiri daripada frasa nama kawasan
kediamannya itu manakala predikat terdiri daripada klausa bagaimana yang
disongsangkan. Klausa susunan biasa ialah keadaannya bagaimana? Konstituen
subjek terdiri daripada kata nama inti kawasan, diikuti oleh kata nama diri ketiga
nya yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama inti. Kawasan
kediamannya dalam frasa nama juga terdapat kata penentu itu. Klausa terdiri
daripada subjek keadaannya, iaitu frasa nama. Predikat klausa terdiri daripada kata
ganti nama diri tanya bagaimana. Frasa nama diikuti kata ganti nama diri ketiga nya
sebagai penerang kepada keadaan. Fungsi klausa dalam ayat ini adalah sebagai
predikat. Ayat ini boleh ditransformasikan kepada ayat yang berikut: Bagaimanakah
keadaannya kawasan kediamannya itu.
8. Penduduk di situ berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.
Ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan komplemen frasa kerja susunan biasa.
Ayat ini mempunyai dua ayat kerana subjek dan predikatnya lebih daripada satu.
Ayat ini terdiri daripada dua ayat iaitu ayat induk yang terdiri daripada klausa bebas
yang dapat berdiri sendiri dan satu ayat komplemen atau klausa tak bebas yang
tidak dapat berdiri sendiri tanpa klausa bebas. Ayat Penduduk di situ berpendapat
bahawa kediaman mereka tidak selamat terdiri daripada dua ayat seperti berikut:-
i. Penduduk di situ berpendapat
ii. Kediaman mereka tidak selamat.
Penduduk di situ berpendapat adalah ayat induk. Subjek ayat ini adalah
penduduk manakala berpendapat adalah predikat ayat. Subjek ayat ini terdiri
daripada frasa nama dan predikat ayat ialah frasa kerja. Frasa nama dalam
22
konstituen subjek terbina daripada kata nama inti penduduk. Frasa kerja dalam
konstituen predikat terbina daripada kata sendi nama di situ yang hadir sebelum
kata kerja tak transitif berpelengkap, iaitu berpendapat yang merupakan inti dalam
frasa kerja sebagai predikat. Ayat kediaman mereka tidak selamat ialah ayat
komplemen atau klausa tak bebas. Klausa ini mempuyai satu subjek dan satu
predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa nama sementara predikatnya ialah frasa
nama. Binaan frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama inti iaitu
kediaman dan mereka adalah penerang nama milik yang menerangkan makna
kepunyaan bagi benda dalam inti. Binaan predikat terdiri daripada deretan kata yang
didahului oleh kata nafi iaitu tidak diikuti frasa nama selamat yang berfungsi
sebagai pelengkap. Ayat komplemen atau klausa ini dipancangkan ke dalam ayat
induk dengan menggunakan kata hubung pancangan bahawa selepas kata kerja
tak transitif berpelengkap berpendapat. Oleh itu, klausa kediaman mereka tidak
selamat dalam ayat di atas berfungsi sebagai pelengkap untuk melengkapkan
maksud ayat tersebut.
9. Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri.
Ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan frasa kerja susunan biasa. Ayat ini
mempunyai dua ayat kerana subjek dan predikatnya lebih daripada satu. Ayat ini
terdiri daripada dua ayat, iaitu ayat induk yang terdiri daripada klausa bebas yang
dapat berdiri sendiri dan klausa tak bebas yang tidak dapat berdiri sendiri tanpa
klausa bebas. Ayat Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah
melarikan diri terdiri daripada dua ayat seperti berikut:
i. Pihak polis menerangkan ( sesuatu)
ii. Pendatang asing itu telah melarikan diri.
Ayat Pihak polis menerangkan ( sesuatu) adalah ayat induk. Subjek ayat ini ialah
pihak polis manakala menerangkan menjadi predikat ayat. Subjek ayat terdiri
daripada frasa nama dan predikat ayat adalah frasa kerja. Frasa nama dalam
konstituen subjek terbina daripada kata nama inti pihak dan polis adalah penerang
kepada inti. Frasa kerja dalam konstituen predikat terbina daripada kata kerja
transitif menerangkan. Ayat Pendatang asing itu telah melarikan diri ialah
klausa tak bebas. Klausa ini mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjek
terdiri daripada frasa nama manakala predikat ialah frasa kerja. Binaan frasa nama
terdiri daripada kata nama inti pendatang dan penerang nama jenis iaitu asing dan
23
diikuti kata penentu itu. Binaan predikat terdiri daripada deretan kata yang didahului
kata bantu aspek telah diikuti kata kerja transitif melarikan dan diikuti kata nama
diri sebagai penerang. Kata hubung pancangan bahawa menghubungkan klausa
tak bebas dan klausa bebas. Di dalam ayat bahawa pendatang asing itu telah
melarikan diri ini adalah klausa sebagai objek. Klausa pendatang asing itu telah
melarikan diri adalah objek kepada kata kerja transitif menerangkan. Ayat ini
boleh ditransformasikan kepada ayat majmuk pancangan komplemen susunan
songsang seluruh seperti berikut:
Bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri, pihak polis telah
menjelaskan.
10. Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu
bukan orang tempatan.
Ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan komplemen frasa kerja susunan biasa.
Ayat ini mempunyai dua ayat kerana subjek dan predikatnya lebih daripada satu.
Ayat ini terdiri daripada dua ayat iaitu ayat induk yang terdiri daripada klausa bebas
yang dapat berdiri sendiri dan satu ayat komplemen atau klausa tak bebas yang
tidak dapat berdiri sendiri tanpa klausa bebas. Ayat Kakitangan pejabat itu
mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan
terdiri daripada dua ayat seperti berikut:-
iii. Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan
iv. Pengarah baharu itu bukan orang tempatan.
Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan adalah ayat induk. Subjek ayat ini
adalah Kakitangan pejabat itu manakala mendapat pengesahan adalah predikat
ayat. Subjek ayat ini terdiri daripada frasa nama dan predikat ayat ialah frasa kerja.
Frasa nama dalam konstituen subjek terbina daripada kata nama inti kakitangan
dan pejabat adalah penerang nama penyambut . Frasa kerja dalam konstituen
predikat terbina daripada kata bantu ragam dapat yang telah menerima imbuhan
meN-…yang hadir sebelum kata kerja tak transitif berpelengkap, iaitu pengesahan
yang merupakan inti dalam frasa kerja sebagai predikat. Ayat Pengarah baharu itu
bukan orang tempatan ialah ayat komplemen atau klausa tak bebas. Klausa ini
mempuyai satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa nama
sementara predikatnya ialah frasa nama. Binaan frasa nama sebagai subjek terdiri
daripada kata nama inti iaitu pengarah dan baharu adalah penerang kata adjektif
24
yang menerangkan makna sifat bagi inti. Binaan predikat terdiri daripada deretan
kata yang didahului oleh kata nafi iaitu bukan diikuti frasa nama orang tempatan
yang berfungsi sebagai penerang kata nama. Dalam predikat juga ada penentu
belakang iaitu itu yang hadir sesudah kata nama pengarah baharu. Ayat
komplemen atau klausa ini dipncangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan
kata hubung pancangan bahawa selepas kata kerja tak transitif berpelengkap
pengesahan. Oleh itu, klausa pengarah baharu itu bukan orang tempatan dalam
ayat di atas berfungsi sebagai penerang untuk menerangkan maksud ayat tersebut.
Ayat ini boleh ditransformasikan kepada ayat majmuk pancangan komplemen
susunan songsang seluruh seperti berikut:
Bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan, kakitangan pejabat itu
mendapat pengesahan.
9.0 Refleksi
9.1 Bahagian A
Menurut Arbak Othman:2009 “Dalam konteks kehidupan umum, manusia
menggunakan bahasa untuk tujuan tertentu. Hal ini bermakna keperluan bahasa dalam
kehidupan manusia sangat besar.” Pernyataan beliau menjelaskan bahawa ilmu
linguistik penting dalam sesebuah masyarakat. Ilmu linguistik merupakan cabang untuk
semua bidang ilmu seperti matematik, sejarah, serta sains dan teknologi. Banyak
pengetahuan baru yang saya dapati sepanjang membuat kerja kursus sintaksis ini.
Fenomena biasa di sekolah apabila pelajaran bahasa Melayu diajar oleh semua guru
tanpa mengira opsyen asal semasa di Maktab. Kalau di sekolah saya guru-guru Muzik
semestinya akan mengajar bahasa Melayu. Bahasa Melayu dianggap pelajaran mudah
dan sesiapa sahaja yang berbangsa Melayu boleh mengajar pelajaran ini. Guru-guru
bahasa Melayu tidaklah dianggap sehebat guru bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Sepatutnya seorang guru bahasa Melayu perlu mempunyai ilmu yang kukuh di dalam
bidang sintaksis, morfologi, fonetik bagi menjalankan sesi pengajaran bahasa Melayu
kepada murid-murid. Ini penting supaya murid tidak mendapat ilmu songsang hasil
kejahilan guru bahasa Melayu.
Di dalam silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah Kemahiran mendengar
dan bertutur adalah satu kemahiran yang perlu diajarkan kepada murid-murid oleh guru
bahasa Melayu. Kemahiran ini memerlukan guru mempunyai pengetahuan ilmu
25
linguistik seperti fonetik bagi memastikan guru dapat menyebut dan membunyikan
perkataan, frasa, klausa dan ayat dengan tepat. Pengetahuan guru di dalam bidang
ilmu leksikografi iaitu cara atau kaedah penyusunan kamus juga penting. Sekiranya,
seseorang guru bahasa Melayu dapat mendalami teknik penggunaan kamus dengan
betul ia dapat membantu guru dalam mencari makna, imbuhan atau sebutan sesuatu
perkataan dengan cepat dan tepat. Guru adalah contoh yang terbaik bagi murid. Guru
Bahasa Melayu yang baik adalah guru yang boleh bertutur tanpa adanya bahasa
slanga. Guru mestilah menitik beratkan penggunaan bahasa lisan yang betul semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Murid-murid
lebih meminati bahasa lisan kerana mereka yang suka bertanya dan berbual sesama
rakan. Seorang guru berperanan untuk mengajar murid-murid supaya dapat bertutur
dan berkomunikasi dengan menggunakan ayat yang betul dan sebutan yang jelas.
Pendedahan kepada cara berkomunikasi yang betul dan jelas hanya boleh dijalankan
oleh guru yang mempunyai pengetahuan fonetik dan sintaksis. Contohnya kemahiran
bahasa Melayu mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan
secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur. Bagi menjalankan aktiviti ini guru
perlu bercerita terlebih dahulu kepada murid. Murid akan mengutip pengalaman
daripada guru cara bercerita yang betul. Apabila murid diperlukan untuk bercerita
semula mereka dapat melakukannya dengan baik. Ditegaskan sekali lagi bahawa guru
bahasa Melayu perlu mempunyai kemahiran di dalam bidang linguistik bagi menjadi
guru bahasa Melayu yang baik.
Satu contoh kemahiran di dalam silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah
iaitu mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja perkataan yang mengandungi
suku kata terbuka dan suka kata tertutup dengan betul dan tepat. Seorang guru yang
baik perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang fonetik iaitu ilmu yang mempelajari
bunyi - bunyi bahasa. Guru bahasa Melayu yang baik perlu dapat membantu muridnya
menyebut abjad, suku kata dan mengeja perkataan dengan betul, cepat dan tepat.
Masalah murid buta huruf akan berkurangan sekiranya guru dapat mengajar murid
dengan kaedah yang sesuai dengan menggunakan pengetahuan di dalam bidang ilmu
fonetik.
Pengetahuan ilmu linguistik juga amat penting kepada guru apabila menyentuh
aspek tatabahasa. Ini penting bagi memastikan pengajaran yang disampaikan benar-
benar berkesan dan berkualiti. Contoh objektif Kemahiran Aspek Tatabahasa adalah
26
untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan memahami dan menggunakan
kata nama am, nama khas, kata ganti nama diri pertama dan kedua serta kata kerja
dengan betul. Guru-guru perlu mempunyai ilmu jitu di dalam bidang morfologi dan
sintaksis untuk mengajar kemahiran tatabahasa ini. Dalam pengajaran guru juga perlu
menerapkan pelbagai kosa kata yang jarang ditemui oleh murid-murid. Guru yang
komited akan sentiasa mencabar diri sendiri sebelum mencabar murid dengan ilmuan
pengetahuan yang lebih luas. Guru perlu juga menggalakkan murid untuk merujuk
Kamus Dewan bagi mendapatkan makna yang paling tepat. Penggunaan istilah bahasa
Inggeris perlu dikurangkan walaupun boleh digunakan apabila ditulis dalam simbol
pembuka dan penutup kata (“”). Contohnya perkataan “email”. Murid perlu menulis
ejaan e-mel. Kaedah pinjaman atau penterjemahan ini dapat pengkayaan
perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu bagi mencapai bahasa stabil dunia seperti
bahasa Inggeris. Untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan
muridnya, guru perlu menggunakan peribahasa, simpulan bahasa, perumpamaan,
bidalan dan pepatah moden. Misalnya, Bagai Kumbang Putus Tali, Nasi Tak Dingin
Pinggan Tak retak atau Zaman atom yang jarang-jarang didengar dan diaplikasikan
murid di sekolah. Jelas di sini tanpa pengetahun lingusitik yang luas seseorang guru
tidak dapat mendidik anak muridnya dengan pengetahuan yang baru kerana salah satu
daripada sifat bahasa ialah sentiasa menerima pengaruh daripada persekitarannya dan
berkembang.
Bahasa Melayu tidak terhad dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah dan mengikuti silibus yang telah ditetapkan sahaja. Pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu meliputi semua aspek dan mencakupi semua ruang litup
kehidupan. Misalnya kemahiran membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat
dengan betul. Guru boleh mengaplikasikannya dengan aktiviti harian dan pengalaman
murid. Contohnya, guru boleh meminta murid menyenaraikan perkataan yang berkaitan
dengan alatan di dalam kelas, pejabat, kantin, kedai runcit, klinik, stesen minyak dan
pasar malam. Secara tidak langsung murid dapat menyenaraikan perkataan-perkataan
yang berkaitan dengan tempat-tempat yang pernah mereka kunjungi dan tidak terhad
kepada penggunaan buku teks semata-mata. Pengetahuan ilmu linguistik bagi guru-
guru amat penting dalam pengajaran Bahasa Melayu.
9.2 Bahagian B
27
Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat
yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti
yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga
merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Dalam usaha menjayakan dasar ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mengangkat
kembali matapelajaran Bahasa Malaysia sebagai matapelajaran utama dan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa utama negara. Kementerian Pelajaran Malaysia telah
peruntukan masa tambahan pengajaran Bahasa Malaysia mulai tahun 2011 apabila
dasar Memertabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris
dilaksanakan sepenuhnya. Pertambahan masa Bahasa Malaysia daripada 270 minit
kepada 330 minit di Sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, manakala untuk Sekolah
Kebangsaan dikekalkan kepada 270 minit. Ini menunjukkan komitmen Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam usaha memartabatkan kembali Bahasa Malaysia di
sekolah.
Guru boleh mermatabatkan bahasa Melayu dengan cara menggunakan
pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Kemahiran berbahasa murid dapat diperkukuh melalui penggunaan
pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul
Pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menjadikan modul ini sebagai garis panduan
untuk merancang dan menyediakan rancangan pengajaran yang menarik untuk murid-
murid. Sebagai contoh objektif kemahiran aspek tatabahasa adalah untuk memastikan
murid mengetahui dan berkeupayaan memahami dan membina ayat penyata
menggunakan tanda baca yang betul mengikut konteks.Kemahiran ini telah diterangkan
di dalam modul ini dengan memberikan contoh yang jelas kepada guru aspek-aspek
yang perlu diberi perhatian semasa mengajar kemahiran tatabahasa yang dipilih guru.
Seorang guru yang kreatif dan inovatif akan menggunakan pengetahuan di dalam
bidang sintaksis untuk menambahkan lagi kerancakan pengajaran dan pembelajaran
bahasa Malaysia di dalam bilik darjah. Akhirnya Murid-murid akan dapat menguasai
kemahiran Bahasa Malaysia dan seterusnya dapat memupuk kesedaran dan minat
murid terhadap subjek bahasa Malaysia.
Guru dapat memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan
menggunakan asas berbahasa.Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara
berstruktur dan sistematik. Guru akan memperkenalkan murid asas berbahasa bermula
28
dengan pradengar, diikuti prabunyi, prabaca dan pratulis. Kemahiran asas berbahasa
ini diperkukuhkan melalui elemen pembelajaran menyeronokkan dalam seni bahasa
seperti pembelajaran dalam bentuk aktiviti permainan dan nyanyian. Pengajaran dan
pembelajaran tatabahasa perlu berasaskan sistem bahasa yang betul dan perlu
dilakukan secara bersepadu dalam konteks.Guru dapat melakukan dengan baik
sekiranya mempunyai ilmu sintaksis yang kukuh.
Usaha memartabatkan bahasa Malaysia dapat dilaksanakan melalui didik hibur.
Di dalam kurikulum standard Sekolah Rendah ada kemahiran khas untuk pengajaran
didik hibur dalam aspek seni bahasa. Contoh kemahiran yang menggunakan didik hibur
ialah Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif
semasa bercerita secara didik hibur. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih
menyeronokkan melalui pelbagai kaedah dengan menggunakan kemahiran yang
melibatkan didik hibur. Contohnya murid-murid boleh menyanyi semasa belajar
berpantun, murid melakonkan watak di dalam lagu kanak-kanak dan sebagainya.
Semuanya boleh dilakukan dengan menggunakan didik hibur. Kemahiran mendengar,
bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan
aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Murid-
murid sentiasa akan dihidangkan dengan isi pembelajaran yang menarik oleh guru-guru
yang kreatif dan inovatif. Guru-guru akan menggunakan ilmu sintaksis di dalam
pengajaran tetapi di sampaikan dalam suasana yang menghiburkan dengan
menggunakan kaedah didik hibur.
Guru boleh menggunakan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum di
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu. Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain seperti
istilah di dalam sains, bahasa Ingggeris dan matematik boleh digunakan bagi
menyokong pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek
tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu
Bahasa Malaysia itu sendiri. Bidang sintaksis dan morfologi yang sentiasa
memperkayakan bahasa Malaysia dengan pembentukan perkataan baru dan
menterjemahkan istilah bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia.
29
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran akan
dapat memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Penggunaan teknologi
maklumat seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat membolehkan
guru menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif serta
menghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan
serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar
serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat
tentang Bahasa Malaysia. Minat membaca juga dapat dipupuk dengan menggunakan
sistem buku di alam maya. Guru-guru memuat turun cerpen kanak-kanak hasil garapan
guru atau penulis lain sebagai bahan bacaan murid-murid. Program Bacaan seperti
Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan program NILAM boleh
juga dibuat dengan kaedah ini. Minat membaca murid ini dapat dicungkil dan
diterusnya dengan adanya kaedah alternatif ini.
Bagi menjayakan matlamat untuk memartabatkan bahasa Melayu, guru Bahasa
Malaysia mestilah berkualiti. Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen
Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan
menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang
perkembangan terkini ilmu pedagogi daripada pakar dari dalam dan luar negara. Guru
juga perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada murid dari
aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di bilik darjah. Usaha ini perlu
dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal
bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Aspek ini
perlu dititik beratkan kerana murid akan teruja untuk ke sekolah bagi mengikuti
pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang menarik dan menepati
kemahiran yang disediakan oleh seorang guru yang mempunyai ilmu pedagogi juga
merupakan faktor pendorong bagi membuatkan murid berminat untuk ke sekolah. Guru
yang berkualiti adalah pemangkin untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu.
30