Kerja Projek PBS sem1 (viva)

11
PENGAJIAN AM STPM NAMA : KAYLLY LOURDES JULIUS GURU MENGAJAR : PN SUANA BINTI JAID NAMA GURU VIVA : EN MARZUKI BIN ZAINUDDIN PN RABELINA GANGKOK

description

ini adalah contoh slide viva untuk tugasan PBS Pengajian Am penggal 1, tema:pengangkutan/prasarana.

Transcript of Kerja Projek PBS sem1 (viva)

Page 1: Kerja Projek PBS sem1 (viva)

PENGAJIAN AM STPM

NAMA : KAYLLY LOURDES JULIUS

GURU MENGAJAR : PN SUANA BINTI JAID

NAMA GURU VIVA : EN MARZUKI BIN ZAINUDDIN

PN RABELINA GANGKOK

NAMA SEKOLAH : SMK PENGIRAN OMAR SIPITANG

KELAS : PRA-U EKO/PP TAHUN 2

SUBJEK : PENGAJIAN AM

Page 2: Kerja Projek PBS sem1 (viva)

TAJUK KAJIAN & OBJEKTIF KAJIAN

TAJUK: Kecenderungan penggunaan bas kilang dalam kalangan pekerja kilang SFI. OBJEKTIF KAJIAN:

Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pekerja kilang cenderung untuk menggunakan bas kilang

Mengenalpasti masalah pengangkutan bas yang dihadapi oleh pekerja kilang SFI.

SKOP KAJIAN: Tempoh kajian dijalankan selama 3 bulan bermula

7 Januari hingga 13 April 2013 Tempat yang dikaji hanyalah di sekitar kawasan

Sabah Forest Industries (SFI) Kaedah menganalisis data yang digunakan ialah

secara kualitatif dan kuantitatif. Populasi yang dikaji adalah diantara pekerja-

pekerja kilang SFI iaitu lelaki dan wanita yang berumur 20 tahun keatas.

Page 3: Kerja Projek PBS sem1 (viva)

METHODOLOGI

RUJUKAN MEDIAInstrumen kajian yang melibatkan rujukan media ialah:Carian melalui laman web Carian melalui portal rasmiCarian melalui buku di perpustakaan Rujukan kamus Dewan dan Pustaka

Page 4: Kerja Projek PBS sem1 (viva)

METHODOLOGI (KAJI SELIDIK)

Tajuk : Kecenderungan Penggunaan Bas Kilang Dalam Kalangan Pekerja Kilang SFI

Objektif kajian

Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pekerja kilang cenderung untuk menggunakan bas kilang

Lokasi kajian Sabah Forest Industries(SFI)

Jumlah responden 25 orang respondenINSTRUMEN KAJI SELIDIK KERJA

PROJEK (900/4)

FAKTOR-FAKTOR

JUMLAH RESPONDEN

( ORG)

YA TIDAKTapak letak kenderaan terletak jauh dari kilang  17  8Tapak letak kenderaan kecil dan tidak mencukupi  20  5Tapak letak kenderaan tidak berteduh  23  2

Page 5: Kerja Projek PBS sem1 (viva)

Tajuk : Kecenderungan Penggunaan Bas Kilang Dalam Kalangan Pekerja Kilang SFI

Objektif Mengkaji masalah pengangkutan bas kilang yang dihadapi oleh pekerja kilang SFI

Lokasi Kawasan kilang Sabah Forest Industri

Masa 6 pagi, 2 petang, 10 malam (Sabtu)

Objektif pemerhatian

Memerhati bilangan pekerja kilang yang menggunakan perkhidmatan bas kilang mengikut shif kerja

INSTRUMEN PEMERHATIAN KERJA PROJEK (900/4)

WAKTUJADUAL REKOD PELAPORAN

LELAKI WANITA

SHIF A ( 6 pagi ) 27  8

SHIF B ( 2 petang )  21 6

SHIF C ( 10 malam )  28 10

JUMLAH 76 24

METHODOLOGI (PEMERHATIAN)

Page 6: Kerja Projek PBS sem1 (viva)

RESPONDEN & PENGUMPULAN

DATA DEMOGRAFIResponden yang terpilih adalah penduduk di kawasan perumahan Sabah Forest Industries (SFI) yang bekerja di kilang kertas SFI

Seramai 25 orang responden telah dipilih secara rawak untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian yang dilakukan

Responden lelaki dan wanita adalah dalam kalangan pekerja kilang SFI yang berumur 20 tahun ke atas

DATA DEMOGRAFI RESPONDEN Jantina UmurStatus perkahwinan

Page 7: Kerja Projek PBS sem1 (viva)

DAPATAN KAJIAN (HASIL KAJI SELIDIK)

Hasil kaji selidik menunjukkan bahawa tapak letak kenderaan yang tidak berteduh adalah faktor utama pekerja kilang menggunakan bas kilang untuk ke tempat kerja. Hal ini boleh dibuktikan apabila terdapat 23 orang responden yang bersetuju dan hanya 2 orang responden tidak bersetuju. Oleh itu, pekerja memilih untuk menggunakan bas kilang daripada menggunakan kenderaan sendiri.

Page 8: Kerja Projek PBS sem1 (viva)

DAPATAN KAJIAN (HASIL PEMERHATIAN)

Hasil pemerhatian menunjukkan bahawa masalah yang dihadapi oleh pekerja kilang adalah bas kilang yang kecil dan sempit. Ramai pekerja kilang yang menggunakan perkhidmatan bas kilang dalam satu tempoh itu sehingga menyebabkan pekerja terpaksa bersempit-sempit dalam satu bas. Daripada pemerhatian juga didapati bahawa terdapat beberapa orang pekerja yang terpaksa berdiri kerana tidak mempunyai tempat duduk.

Page 9: Kerja Projek PBS sem1 (viva)

RUMUSAN KAEDAH & DAPATAN KAJIANRUMUSAN KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian seperti kaedah soal selidik, temu bual dan pemerhatian digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data-data untuk dianalisis dalam dapatan kajian. Selain itu, kaedah rujukan media dan bahan-bahan bacaan digunakan untuk menambahkan lagi maklumat serta untuk mendapatkan gambar dan peta lokasi kajian.

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN Hasil dapatan kajian menunjukkan bilangan pekerja lelaki

yang menggunakan perkhidmatan bas kilang adalah lebih ramai daripada pekerja wanita

Faktor utama pekerja kilang cenderung menggunakan perkhidmatan bas kilang adalah disebabkan tapak letak kenderaan yang tidak berteduh yang akan menyebabkan kenderaan terdedah dengan panas matahari dan bahan lepasan dari kilang. Selain itu, faktor yang bukan mempengaruhi kecenderungan pekerja menggunakan perkhidmatan bas kilang ialah faktor tidak pandai memandu. Dapat diketahui bahawa rata-rata pekerja kilang yang menggunakan bas kilang kebanyakannya mempunyai kemahiran memandu

Masalah utama yang sering dihadapi oleh pekerja kilang ialah masalah bas kilang yang tidak dibaiki dengan kerap menyebabkan bas selalu rosak. Kemudian, masalah pemandu tidak memandu dengan berhati-hati bukanlah merupakan masalah yang dihadapi oleh pekerja.

Page 10: Kerja Projek PBS sem1 (viva)

KESIMPULAN HASIL KAJIAN

Kesimpulannya, semua pihak haruslah memanfaatkan kemudahan bas kilang yang disediakan dengan sebaik mungkin. Pihak atasan juga perlu mempertimbangkan kepentingan pekerja dengan menyediakan perkhidmatan bas yang lebih baik dan selesa. Kemudahan yang disediakan perlulah digunakan dengan baik agar semua pihak mendapat faedahnya.

Page 11: Kerja Projek PBS sem1 (viva)

RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA

PENSYARAH PENGAJIAN AM

-PN. SUANA JAID-

GURU PENILAI-EN. MARZUKI BIN

ZAINUDDIN--PN. RABELINA

GANGKOK-&&

RAKAN-RAKAN SEKALIAN

ATAS BANTUAN, SOKONGAN DAN

DORONGAN YANG AMAT BERGUNA