Kerja Projek Pismp PPG SCE3133 2015

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PENTAKSIRAN KERJA KURSUS - PROJEK (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan) KOD DAN NAMA KURSUS SCE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I (SAINS PENDIDIKAN RENDAH) TEMPOH : 6 MINGGU TARIKH MULA: 23 FEB 2015 TARIKH HANTAR: 10 APR 2015 PROGRAM PPG SAINS PENDIDIKAN RENDAH SEMESTER 7/2015 AMBILAN Feb 2012 KUMPULAN SAINS DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH: PENYELARAS KURSUS KETUA JABATAN NAMA DAN TANDATANGAN ABDUL MUHAIMIN OSMAN OTHMAN ZAKARIA TARIKH: 7 Mac 2015 18 April 2015 1

Transcript of Kerja Projek Pismp PPG SCE3133 2015

Page 1: Kerja Projek Pismp PPG SCE3133 2015

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLISPENTAKSIRAN KERJA KURSUS - PROJEK

(Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

KOD DAN NAMA KURSUS

SCE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I (SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

TEMPOH : 6 MINGGU TARIKH MULA: 23 FEB 2015TARIKH HANTAR: 10 APR 2015

PROGRAM PPG – SAINS PENDIDIKAN RENDAH

SEMESTER 7/2015

AMBILAN Feb 2012

KUMPULAN SAINS

DISEDIAKAN OLEH:

DISAHKAN OLEH: PENYELARAS KURSUS KETUA JABATAN

NAMA DAN TANDATANGAN

ABDUL MUHAIMIN OSMAN OTHMAN ZAKARIA

TARIKH: 7 Mac 2015 18 April 2015

1

Page 2: Kerja Projek Pismp PPG SCE3133 2015

JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK

JABATAN : SAINSKOD DAN NAMA KURSUS : SCE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I KUMPULAN : PPG (AMBILAN FEB 2012)SEMESTER : 7/2015

TARIKH MULA & Mac 2015 TARIKH HANTAR 18 APRIL 2015

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menjelaskan kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan aplikasinya

2. Menerangkan aspek asas penyelidikan termasuk jenis penyelidikan termasuk jenis penyelidikan dalam pendidikan, reka bentuk kajian,prosedur dan etika.

3. Menganalisis dan membincangkan isu-isu terkini dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan tindakan.

4. Membincang tentang penyelidikan tindakan dan prosesnya.

5. Menulis satu kertas cadangan penyelidikan tindakan.

.Projek ini menilai hasil pembelajaran 3,4,dan 5

Objektif Projek

Di akhir projek, pelajar akan dapat:

1. Mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah untuk dijadikan fokus kajian2. Menganalisis dan menerangkan isu-isu atau permasalahan kajian dalam bilik darjah3. Menerangkan permasalahan kajian dengan teliti mengikut prosedur penyelidikan tindakan4. Memilih metodologi yang sesuai dalam merancang penyelidikan tindakan5. Merancang intervensi yang kreatif dan inovatif6. Menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan tindakan

2

Page 3: Kerja Projek Pismp PPG SCE3133 2015

SPESIFIKASI

TAJUKTUGASAN WAJARAN CATATAN

4. Penyelidikan Tindakan:

Konsep dan Model

5. Penyelidikan Tindakan: Proses

6. Penyelidikan Tindakan: Rancangan dan Cadangan

7. Penyelidikan Tindakan: Kaedah Pengumpulan Data

8. Penyelidikan Tindakan: Alat/Instrumen Pengumpulan Data

9. Penyelidikan Tindakan: Pertimbangan Semasa Mengumpul Data

10. Penyelidikan Tindakan: Analisis Data

Tugasan 1: Penulisan Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan1. Membuat analisis dan membincangkan isu-

isu permasalahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang boleh ditambah baik melalui penyelidikan tindakan

2. Merujuk jurnal dan sumber yang berkaitan dengan penyelidikan tindakan bagi mendapatkan maklumat tentang sumber literatur kajian anda

3. Membuat tinjauan dalam bilik darjah bagi subjek major anda untuk mengenal pasti masalah/fokus kajian yang akan dikaji

4. Menulis cadangan penyelidikan tindakan yang lengkap

100%

Penilaian adalah berfokus kepada:

Liputan dan Kandungan

Kualiti Reviu

Organisasi

Kualiti Sumber

3

Page 4: Kerja Projek Pismp PPG SCE3133 2015

PROGRAM PISMPTUGASAN PROJEK

PROGRAM: PISMP Sains Pendidikan Rendah

KUMPULAN PELAJAR: Amb. Feb 2012

KOD DAN NAMA KURSUS: SCE3133 Penyelidikan Tindakan I

SEMESTER: 7/2015

TARIKH MULA: 7 Mac 2015 TARIKH HANTAR: 18 April 2015

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan aplikasinya

2. Menerangkan aspek asas penyelidikan termasuk jenis penyelidikan termasuk jenis penyelidikan dalam pendidikan, reka bentuk kajian,prosedur dan etika.

3. Menganalisis dan membincangkan isu-isu terkini dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan tindakan.

4. Membincang tentang penyelidikan tindakan dan prosesnya.

5. Menulis satu kertas cadangan penyelidikan tindakan.

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 3,4 dan 5

Objektif ProjekDi akhir projek, pelajar akan dapat:

1 Mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah untuk dijadikan fokus kajian

2 Menganalisis dan menerangkan isu-isu atau permasalahan kajian dalam bilik darjah3 Menerangkan permasalahan kajian dengan teliti mengikut prosedur penyelidikan

tindakan4 Memilih metodologi yang sesuai dalam merancang penyelidikan tindakan5 Merancang intervensi yang kreatif dan inovatif6 Menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan tindakan

Tugasan Projek (100%)

Penyelidikan tindakan adalah kajian yang dapat membantu meningkatkan profesionalisme guru baharu. Amalan penyelidikan tindakan dalam kalangan guru akan memberikan impak yang positif kepada perubahan yang terancang ke arah peningkatan amalan pedagogi dan inovasi dalam kalangan guru baharu. Penyelidikan tindakan juga dapat membina keupayaan intelek yang dapat membantu guru baharu melihat proses pengajaran dan pembelajaran sebagai sesuatu yang dinamik dan berkembang sejajar dengan perkembangan ilmu keguruan dan pendidikan. Justeru itu perkara penting sebelum memulakan satu penyelidikan tindakan ialah menyediakan satu kertas

4

Page 5: Kerja Projek Pismp PPG SCE3133 2015

cadangan. Rancangan penyelidikan yang dihasilkan oleh penyelidik merupakan satu aspek penting dan menjadi rangka utama kepada sesuatu penyelidikan tindakan yang hendak dijalankan.

Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki:

1. Membuat analisis dan membincangkan isu-isu permasalahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang boleh ditambah baik melalui penyelidikan tindakan

2. Merujuk jurnal dan sumber yang berkaitan dengan penyelidikan tindakan bagi mendapatkan maklumat tentang sumber literatur kajian anda

3. Membuat tinjauan dalam bilik darjah bagi subjek major anda untuk mengenal pasti masalah/fokus kajian yang akan dikaji

4. Menulis cadangan penyelidikan tindakan yang lengkap

Panduan pelaksanaan projek:

1. Muka depan penulisan cadangan penyelidikan tindakan hendaklah mengandungi butiran berikut:(a) Nama Pelajar(b) Angka Giliran(c) No Kad Pengenalan(d) Kumpulan(e) Kod dan Nama Kursus(f) Tajuk Tugasan Projek(g) Nama Pensyarah Akademik(h) Tarikh hantar

2. Tugasan ini adalah tugasan individu. 3. Fokus kajian mestilah berdasarkan sekolah yang anda sedang menjalani praktikum

fasa 34. Persembahan laporan bersistematik dan bermutu ilmiah.5. Format penulisann adalah seperti berikut:

i. fon Arial ii. Saiz huruf ialah 11 poiniii. langkau 1.5 baris.iv. rujukan mengikut format APA Edisi ke 6 untuk penulisan rujukan dan teks.

6. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan. Lampiran dilabel sebagai lampiran A,B dan seterusnya.

7. Tugasan mesti dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan. 8. Amalan plagiat dilarang sama sekali. Tindakan tegas akan diambil sekiranya pelajar

didapati bersalah.9. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian, kematangan dan

bermutu ilmiah.

5

Page 6: Kerja Projek Pismp PPG SCE3133 2015

10.Lampirkan senarai rujukandalam penulisan anda. Rujukan perlu daripada pelbagai sumber ilmiah yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (buku, jurnal, prosiding, bahan bercetak yang lain dan bahan atas talian)

11.Had panjang laporan cadangan penyelidikan tindakan adalah di antara 25 hingga 30 halaman (5000 patah perkataan) tidak termasuk senarai rujukan dan lampiran.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria yang berikut:

1. Idea dipersembahkan dengan jelas dan berfokus2. Ilustrasi yang dapat meningkatkan kualiti persembahan idea.3. Kefahaman yang mendalam tentang pelaksanaan penyelidikan tindakan dalam bilik

darjah.4. Kefahaman yang memyeluruh terhadap isi kandungan kursus SCE3133.5. Refleksi yang kritis ke atas pengalaman anda sebagai seorang guru pelatih yang

telah menjalani praktikum.6. Justifikasi dan analisis isu-isu dan permasalahan pengajaran dan pembelajaran

dalam bilik darjah.7. Rujukan dari sumber akademik yang luas.8. Struktur penulisan yang mantap.9. Format dan organisasi penulisan yang jelas dan koheren.10.Penulisan yang menunjukkan keasilian, kematangan dan bermutu ilmiah.

Tugasan ini ditaksirkan berdasarkan kriteria berikut:

Liputan dan KandunganKualiti reviuOrganisasiKualiti Sumber

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________ ___________________________

(ABDUL MUHAIMIN OSMAN) (AB. AZIZ RAJAB )Penyelaras Penyelidikan Tindakan I Pakar Bidang SainsJabatan Sains dan Matematik Jabatan Sains dan Matematik

Disahkan oleh,

_______________________

(OTHMAN BIN ZAKARIA ) Ketua Jabatan Sains dan Matematik

6