Kerja Rumah Terancang Eko t.4

30
SMK DATO’ SRI AMAR DI RAJA (INTEG) KERJA RUMAH TERANCANG EKONOMI ASAS TINGKATAN 4 Kertas 1 Nama: Kelas : Markah : Kertas soalan ini mengandungi 80 soalan. Jawab semua soalan. 1. Pasangan yang manakah benar? 2. Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Sutera Sendirian Berhad. Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan? 1

description

ekonomi asas

Transcript of Kerja Rumah Terancang Eko t.4

Page 1: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

SMK DATO’ SRI AMAR DI RAJA (INTEG)KERJA RUMAH TERANCANG EKONOMI ASAS TINGKATAN 4

Kertas 1

Nama:

Kelas : Markah :

Kertas soalan ini mengandungi 80 soalan. Jawab semua soalan.

1. Pasangan yang manakah benar?

2. Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Sutera Sendirian Berhad.

Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan?I Apa yang hendak dikeluarkanII Bagaimana hendak dikeluarkanIII Berapa hendak dikeluarkan

1

Page 2: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

IV Untuk siapa dikeluarkanA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

3. Apakah tujuan individu membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah ekonomi?A Mengutamakan barang kehendakB Memaksimumkan perbelanjaanC Memaksimumkan kepuasanD Mengutamakan keselesaan

4. Berikut adalah maklumat tentang Syarikat Kasturi.

Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh Syarikat Kasturi?I Apa yang hendak dikeluarkanII Bagaimana hendak dikeluarkanIII Untuk siapa hendak dikeluarkanIV Berapa yang hendak dikeluarkanA I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

5. Gambar di bawah menunjukkan dua contoh barang dalam ekonomi.

Gambar

Apakah persamaan ciri kedua-dua barang tersebut?I Penawaran terhadII Melibatkan kos lepasIII Disediakan oleh kerajaanIV Ada pengecualian penggunaanA I dan IIB II dan IIIC III dan IV

2

Page 3: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

D I dan IV

6. Ilmu ekonomi mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber ekonomi yangA  terhad untuk memenuhi kehendak yang terhadB tidak terhad untuk memenuhi kehendak yang terhadC terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhadD tidak terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad 

7. Antara yang berikut, yang manakah merujuk kepada  'untuk siapa hendak dikeluarkan' dalam penyelesaian masalah asas ekonomi?I Agihan pendapatanII Penentuan kualitiIII Agihan baranganIV Jenis baranganA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV

8. Antara yang berikut, ciri yang manakah membezakan barang ekonomi dengan barang awam?I BayaranII Kos lepasIII Kuantiti penawaranIV Pihak yang mengeluarkanA I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

 9. Antara yang berikut, yang manakah ciri sistem ekonomi kapitalis?

I Individu, swasta dan kerajaan memiliki faktor pengeluaranII Individu dan swasta bebas menggunakan faktor pengeluaranIII Kuasa permintaan dan penawaran menentukan harga sesuatu barangIV Motif firma adalah memaksimumkan keuntungan di samping menjaga kebajikanA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

10. Kawasan berlorek menunjukkan persamaan ciri Sistem Ekonomi Perancangan Pusat dan Sistem Ekonomi Islam.

Apakah ciri tersebut?A Memaksimumkan keuntunganB Wujud persaingan antara firma

3

Page 4: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

C Harga ditentukan oleh kerajaanD Mengutamakan kebajikan rakyat

11. Apakah persamaan ciri sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi perancangan pusat?A Wujud persaingan antara firmaB Mengutamakan kebajikan masyarakatC Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaanD Harga ditentukan oleh mekanisme harga

12. Apakah kebaikan sistem ekonomi kapitalis?A Kebajikan rakyat terjaminB Wujud persaingan yang adilC Individu bebas membuat pilihanD Harga barang keperluan terkawal

13. Apakah sistem ekonomi yang menggunakan mekanisme harga untuk menentukan jenis barang yang dikeluarkan?I Sistem Ekonomi KapitalisII Sistem Ekonomi Perancangan PusatIII Sistem Ekonomi CampuranIV Sistem Ekonomi IslamA I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV

14. Berikut adalah ciri satu jenis barang.Apakah contoh barang itu?

A Air terjunB Air mineralC Lampu jalanD Lampu meja

 15. En. Zahari menanam 300 batang pokok rambutan di atas tanah seluas 10 hektar dengan menggunakan teknik

pertanian moden.Dalam situasi di atas beliau dapat menyelesaikan masalahI apa yang hendak dikeluarkanII berapa yang hendak dikeluarkanIII bagaimana hendak dikeluarkanIV untuk siapa hendak dikeluarkanA I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV 

16. Soalan berikut berdasarkan jadual berikut.

4

Page 5: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

I Kehendak individu sukar dipenuhi kerana barang dan perkhidmatan adalah terhad.II Kehendak membolehkan individu meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.

17. Antara yang berikut, yang manakah merupakan penggunaan pendapatan boleh guna?I Menjelaskan cukai pendapatanII Membayar zakatIII Memberi dermaIV Melunaskan hutangA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

18. Gambar manakah yang menunjukkan contoh pekerjaan dalam sektor kedua?

5

Page 6: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

19. Antara yang berikut, yang manakah kepentingan belanjawan peribadi?I Meningkatkan pendapatan individuII Membantu mengurangkan bayaran cukai pendapatanIII Menyelaraskan perbelanjaan dengan pendapatanIV Menggalakkan individu menabungA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

20. Pendapatan boleh guna boleh dibelanjakan untuk perkara-perkara berikut kecualiA sewa rumahB ansuran keretaC premium insurans nyawaD caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

6

Page 7: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

21. Jawab soalan berdasarkan pilihan jawapan dalam jadual di bawah.I Upah benar merupakan jumlah wang yang diterima oleh pekerja dalam tempoh masa tertentu.II Semakin tinggi upah benar, semakin tinggi kuasa beli pengguna.

22. Encik Majid mempunyai wang RM 3 000 dan bercadang untuk melakukan tabungan.Di manakah beliau boleh berbuat demikian?I Bank perdaganganII Lembaga Tabung HajiIII Majlis Amanah RakyatIV Kumpulan Wang Simpanan PekerjaA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

23. Pengurus Bank, Pengurus Ladang dan Pengurus Kilang adalah contoh pekerjaan yang terdapat dalam sektor ekonomi.Tentukan sektor ekonomi yang betul bagi contoh pekerjaan tersebut.

24. Mengapakah individu perlu menyediakan belanjawan peribadi?A Dapat membuat pelaburanB Memperoleh keuntungan maksimumC Berbelanja berdasarkan pendapatanD Dapat mengutamakan barang kehendak

25. Antara yang berikut, tindakan yang manakah meningkatkan pendapatan boleh guna individu?I Penurunan kadar caruman KWSPII Kenaikan jumlah pelepasan cukai pendapatan individuIII Penurunan kadar caruman PERKESOIV Kenaikan kadar cukai pendapatan individuA I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV

7

Page 8: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

26. Rumus di bawah berkaitan dengan pendapatan boleh guna.

 Apakah X dan Z dalam rumus di atas?

27. Antara berikut, yang manakah upah benar?A Upah yang diterima dalam bentuk wangB Upah yang diterima pada suatu tempoh tertentuC Kemampuan menghasilkan barang dan perkhidmatanD Kemampuan upah wang untuk membeli barang dan perkhidmatan

28. Tindakan manakah yang akan meningkatkan pendapatan boleh guna individu?A Kadar caruman KWSP meningkatB Kadar faedah atas pinjaman bertambahC Jumlah pelepasan cukai pendapatan meningkatD Kadar cukai pendapatan bertambah

29. Gambar yang manakah menunjukkan contoh pekerjaan dalam sektor ketiga?

8

Page 9: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

 

30. Butiran yang manakah merupakan pelepasan cukai pendapatan perseorangan?A ZakatB Perubatan ibu bapaC Premium insurans kenderaanD Faedah atas pinjaman

31. Kenaikan harga kopi sebanyak 5% telah menyebabkan permintaan jatuh sebanyak 10%.Berapakah nilai keanjalan harga permintaan kopi?A 0.5 C 5.0B 2.0 D 15

32. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan barang X.

9

Page 10: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

 

Rajah

 Antara yang berikut, pernyataan manakah yang benar?I Apabila harga naik daripada RM80 kepada RM100, kuantiti diminta meningkat sebanyak satu unit

II Apabila harga turun daripada RM60 kepada RM40, kuantiti diminta bertambah daripada 3 unit kepada 4 unit

III Keluk DD mencerun ke bawah dari kiri ke kananIV Keluk DD menunjukkan hubungan yang positif antara harga dengan kuantiti dimintaA I dan II C III dan IVB II dan III D I dan IV

33. Jadual di bawah menunjukkan peratus perubahan kuantiti diminta dan peratus perubahan harga bagi dua jenis barang.

Jadual

Apakah jenis keanjalan harga permintaan bagi Barang X dan Barang Y?

10

Page 11: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

34. Utiliti adalah kepuasan yang diperoleh daripadaA purata penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatanB tambahan penggunaan barang dan perkhidmatanC penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatanD gabungan barang dan perkhidmatan

35. Pilih jawapan  berdasarkan jadual berikut.I Objektif penggunaan isi rumah ialah mencapai utiliti yang maksimum.II Utiliti ialah kepuasan yang diterima daripada penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan.

36. Rajah di bawah menunjukkan peralihan keluk permintaan suatu barang.

Rajah

 Apakah faktor yang menyebabkan keluk permintaan beralih dari D0D0 ke D1D1?I Kenaikan harga barang penggantiII Penurunan pendapatan penggunaIII Jangkaan harga akan turun pada masa depanIV Penurunan kadar cukai pendapatan perseoranganA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

37. Apakah peranan isi rumah?A Membekalkan input pengeluaranB Menawarkan barang dan perkhidmatanC Menerima pendapatan dalam bentuk sewa dan faedahD Mendapat untung dari aktiviti menjual barang dan perkhidmatan

11

Page 12: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

38. Maklumat berikut merujuk kepada pekali keanjalan harga permintaan bagi Barang X dan Barang Y.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh peniaga untuk meningkatkan hasil jualan bagi setiap barangan berikut?

39. Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang.

Jadual

 Berapakah keanjalan harga permintaan jika harga berubah daripada RM10 kepada RM20?A 0.20 C 0.40B 0.25 D 0.50

40. Rajah di bawah menunjukkan perubahan keluk permintaan barang R.

Rajah

Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan keluk permintaan berubah dari D0D0 ke D1D1?I Peningkatan dalam cita rasa penggunaII Peningkatan cukai ke atas barang R

12

Page 13: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

III Pertambahan pendapatan penggunaIV Kenaikan harga barang penggenapA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV

41. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan suatu barang.

Rajah

 Pernyataan manakah yang benar tentang keluk di atas?A Peratus perubahan harga kurang daripada peratus perubahan kuantiti dimintaB Apabila harga jatuh RM10, kuantiti diminta berkurang sebanyak 2 unitC Hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah positifD Penurunan harga 50% akan meningkatkan kuantiti permintaan 20%

42. Maklumat berikut berkaitan dengan satu penentu permintaan ke atas suatu barang.

 Rajah manakah yang menunjukkan kesan permintaan pada masa sekarang?

13

Page 14: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

43. Jadual di bawah menunjukkan permintaan komputer dari tahun 2002 hingga 2004.

Jadual 

Hitungkan keanjalan harga permintaan komputer apabila harga meningkat daripada RM3 000 kepada RM3

14

Page 15: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

200.A 3.13 C 5.30B 3.75 D 6.67

44. Maklumat berikut merujuk kepada suatu unit ekonomi.

 Unit ekonomi itu ialahA buruhB individuC isi rumahD pengguna

45. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan terhadap suatu barang.

Apakah titik baru bagi U jika kerajaan meningkatkan kadar cukai pendapatan perseorangan?A R C QB T D S

46. Berikut adalah iklan promosi telefon kamera Syarikat RC Tel Sdn. Bhd. bagi bulan Februari.

Setelah tamat tempoh promosi, Syarikat RC Tel Sdn. Bhd. mendapati jualan telefon kamera bagi bulan

15

Page 16: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

Februari telah meningkat sebanyak 30%.Ini menunjukkanA permintaan telefon kamera itu anjalB penawaran telefon kamera itu anjalC permintaan telefon kamera itu tidak anjalD penawaran telefon kamera itu tidak anjal

 47. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti durian diminta.

Jika harga meningkat dari RM6 ke RM12, berapakah nilai keanjalan harga permintaan?A 0.50 C 1.33B 0.67 D 1.50

48. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga dan permintaan terhadap motosikal tempatan berjenama Ammo bagi bulan Mac dan Julai 2004.

Jadual 

Faktor manakah yang mempengaruhi perubahan permintaan motosikal itu pada bulan Julai 2004 berbanding bulan Mac 2004?I Harga petrol telah meningkatII Cukai motosikal import dinaikkanIII Pendapatan boleh guna individu merosotIV Kadar faedah skim sewa beli dikurangkanA I dan IIIB I dan IVC II dan IIID II dan IV

49. Pekali keanjalan harga permintaan ialah 1.8.Takrifkan pekali itu.A Harga turun 1.8%, kuantiti diminta meningkat 1%B Harga naik 1%, kuantiti diminta menurun lebih daripada 1.8%C Harga turun 1.8%, kuantiti diminta meningkat lebih daripada 1%D Harga naik 1%, kuantiti diminta menurun 1.8%

16

Page 17: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

50. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan peranan isi rumah?I Membekalkan buruh, tanah dan modal kepada firmaII Menerima ganjaran daripada firma dalam bentuk pendapatan faktorIII Menguruskan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatanIV Menggunakan barang dan perkhidmatan daripada firma untuk memenuhi keperluan dan kehendakA I dan IIB II dan IIIC III dan IVD I dan IV

51. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang firma?I Matlamat utama memaksimumkan keuntunganII Berbeza dari segi saiz dan modalIII Membekalkan faktor pengeluaranIV Menggunakan barang dan perkhidmatanA I dan IIB II dan IIIC III dan IVD I dan IV

52. Maklumat berikut berkaitan dengan satu penentu penawaran getah.

Rajah manakah yang menunjukkan kesan tindakan tersebut kepada penawaran getah?

17

Page 18: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

 

53. Antara yang berikut, yang manakah perbezaan antara pengeluaran jangka pendek dengan pengeluaran jangka panjang?

54. Gambar di bawah menunjukkan aktiviti penanaman padi.

18

Page 19: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

Gambar  

Apakah input tetap yang terlibat dalam aktiviti tersebut?55. Antara berikut, yang manakah kos tetap firma?

A Bil telefonB Sewa kilangC Upah pekerjaD Kos bahan mentah

56. Contoh manakah yang merupakan kos tetap dalam fungsi pengeluaran jangka pendek?A Bayaran bil elektrikB Harga bahan mentahC Upah kepada buruhD Sewa tanah

57. Maklumat berikut berkaitan dengan rumus kos purata.

Apakah X dan Y?

58. Berikut ialah kos yang ditanggung oleh seorang pengusaha dalam pengeluaran jangka pendek.

 Tentukan jenis kos tersebut.

19

Page 20: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

A Kos sut C Kos purataB Kos tetap D Kos berubah

59. Apakah yang menyebabkan peningkatan penawaran bagi barangan elektronik di pasaran?A Kenaikan cukai barang elektronikB Kenaikan upah buruhC Peningkatan cita rasaD Peningkatan teknologi

 60. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang jumlah kos pengeluaran jangka pendek?

I Jumlah kos meningkat apabila input berubah bertambahII Jumlah kos ialah kos per unit bagi pelbagai tingkat keluaranIII Jumlah kos ialah kos tetap tambah kos berubahIV Jumlah kos sama dengan kos tetap pada output sifarA I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

61. Jadual di bawah menunjukkan input dan output sebuah firma

Berapakah keluaran sut firma bagi input berubah yang ke-10?A 3.0B 4.0C 5.2D 8.0

62. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat keluaran dengan kos.

 Berapakah kos purata pada tingkat keluaran 3 unit?A RM60.00

20

Page 21: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

B RM53.33C RM40.00D RM33.33

63. Soalan berikut berdasarkan jadual berikut.

I Keanjalan harga penawaran tidak anjal apabila pekali keanjalan lebih daripada satu.II Penawaran komoditi kelapa sawit adalah tidak anjal.

  

64. Pernyataan manakah yang menerangkan fungsi pengeluaran jangka pendek?A Input tetap berubah secara langsung dengan peningkatan outputB Input tetap tidak berubah walaupun output meningkatC Input tetap dan input berubah tidak digunakan pada output sifarD Input tetap dan input berubah ditambah untuk meningkatkan output

65. Firma ialah organisasi yangA merancang untuk meminimumkan kos pengeluaranB merancang untuk mendapat keuntungan yang maksimumC menawarkan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatanD menguruskan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan

66. Soalan berikut berdasarkan jadual berikut.I Penawaran pasaran merujuk kepada jumlah kuantiti sesuatu barang yang ditawarkan oleh semua firma di

pasaran tersebut pada suatu tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu.II Keluk penawaran pasaran diperoleh dengan mencampurkan kuantiti yang ditawarkan oleh firma secara

menegak pada suatu tingkat harga.

67. Rajah di bawah menunjukkan aliran wang dalam ekonomi dua sektor.

21

Page 22: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

Rajah 

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan Aliran I?A Pembayaran ganjaran faktorB Permintaan faktor pengeluaranC Penawaran barang dan perkhidmatanD Penerimaan hasil jualan barangan

68. Rajah di bawah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran baju sukan.

Rajah

Apakah yang akan berlaku pada tingkat harga P1?A Lebihan permintaan, harga akan naikB Lebihan permintaan, harga akan jatuhC Lebihan penawaran, harga akan naikD Lebihan penawaran, harga akan jatuh

 

69. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan individu A(DA) dan keluk permintaan Pasaran (DP) bagi suatu barang.

22

Page 23: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

Andaikan pasaran hanya terdiri daripada individu A dan individu B, berapakah kuantiti diminta oleh individu B pada setiap tingkat harga?

70. Rajah di bawah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran barang X.

 Apakah kesannya jika harga turun dari P0 ke P1?I Ketidakseimbangan pasaran berlakuII Keseimbangan pasaran berlaku di P1III Berlaku lebihan penawaran sebanyak Q1 Q2IV Berlaku lebihan permintaan sebanyak Q1 Q2A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

71. Jadual di bawah menunjukkan permintaan dua individu terhadap barang P di pasaran.

  

Jadual

 

23

Page 24: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

Rajah manakah yang menunjukkan keluk permintaan pasaran bagi barang P?

72. Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran bagi suatu barang.

Jadual

Berapakah harga keseimbangan?A RM2 C RM6B RM4 D RM8

73. Antara yang berikut, yang manakah sumber ekonomi yang diurusniagakan di pasaran faktor?I Tanah II BuruhIII Modal IV UsahawanA I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV

74. Rajah di bawah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran suatu barang.

24

Page 25: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

Apakah yang akan berlaku apabila harga naik lebih tinggi daripada PO?A Kuantiti permintaan pasaran kurang daripada kuantiti penawaran pasaranB Kuantiti penawaran pasaran kurang daripada kuantiti permintaan pasaranC Tingkat harga akan cenderung naik lagiD Berlaku lebihan permintaan pasaran

75. Jadual di bawah menunjukkan penawaran dan permintaan buruh dalam pasaran.

Jadual

Pernyataan yang manakah benar tentang pasaran buruh di atas?A Pada tingkat harga RM2, wujud lebihan permintaan sebanyak 120 orangB Pada tingkat harga RM4, wujud kurangan penawaran sebanyak 60 orangC Pada tingkat harga RM6, wujud lebihan penawaran sebanyak 50 orangD Pada tingkat harga RM8, wujud kurangan permintaan sebanyak 40 orang

76. Rajah di bawah menunjukkan aliran pusingan pendapatan.

25

Page 26: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

Rajah

Aliran yang manakah menunjukkan pembayaran faedah dan sewa?A 1 C 3B 2 D 4

 77. Jadual di bawah menunjukkan pasaran suatu barang pada pelbagai tingkat harga.

Jadual

 Pilih pernyataan yang benar.A Lebihan penawaran sebanyak 20 unit pada tingkat harga RM10B Lebihan penawaran sebanyak 20 unit pada tingkat harga RM20C Lebihan permintaan sebanyak 40 unit pada tingkat harga RM15D Lebihan permintaan sebanyak 40 unit pada tingkat harga RM25

78. Soalan berikut berdasarkan jadual berikut.I Permintaan pasaran ialah kuantiti barang yang diminta oleh semua pengguna dalam sesuatu pasaran pada

suatu tingkat harga dalam satu tempoh masa tertentu.II Keluk permintaan pasaran mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.

79. Dalam aliran pusingan pendapatan, isi rumah menerima ganjaran daripada firma keranaA membeli barang-barang daripada firma

26

Page 27: Kerja Rumah Terancang Eko t.4

B  membekalkan barang akhir kepada firmaC membeli faktor-faktor pengeluaran daripada firmaD membekalkan faktor-faktor pengeluaran kepada firma

80. Antara yang berikut, yang manakah aliran fizikal dalam ekonomi dua sektor?I Isi rumah menawarkan tanah kepada firmaII Isi rumah membuat perbelanjaan penggunaanIII Firma menghasilkan barang dan perkhidmatanIV Firma memberi ganjaran faktor kepada isi rumahA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV

KERTAS SOALAN TAMAT

Pastikan anda buat dengan usaha sendiri. Meniru hanyalah memperbodohkan diri anda sendiri.

Usaha tangga kejayaan.

27