kertas cadangan

download kertas cadangan

of 12

description

kertas cadangan

Transcript of kertas cadangan

IPG KAMPUS RAJA MELEWARNEGERI SEMBILAN

SK TAMAN DATO' HARUN 1PETALING JAYA, SELANGOR.

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI

___________________________________________________KAEDAH ADOBE MUSCON DALAM PENGAJARAN MUZIK__________________________________________________

DISEDIAKAN OLEHMOHD SHAH SHKANDAR BIN PUTEHAPRIL 20151.0 PengenalanKaedah Adobe Muscon merupakan satu kaedah pengajaran berbantukan komputer dalam pendidikan muzik di sekolah. Nama 'Adobe Muscon' terhasil daripada gabungan perkataan Adobe Illustrator + Music + Icon. Adobe Illustrator ialah sebuah perisian komputer yang dibangunkan oleh Adobe Systems Incorporated berfungsi sebagai digital grafik application. Mempunyai pelbagai fungsi kelolaan grafik yang menarik dan mudah digunakan. Perkataan Music adalah merujuk kepada Pendidikan Muzik di sekolah khususnya pengajaran tentang konsep muzik. Manakala perkataan Icon pula adalah merujuk kepada penggunaan icon atau simbol dalam pengajaran pendidikan muzik yang mana penggunaan ikon dalam pengajaran muzik merupakan salah satu daripada prinsip pengajaran dalam Kaedah Kodaly. Kaedah Kodaly yang di asaskan oleh Zoltan Kodaly (16 Disember 1882 6 Mac 1967) di Hungary sememangnya terbukti berkesan di laksanakan dalam pendidikan muzik di sekolah.Menurut Landis,Beth dan Polly Carder (1972) terdapat tiga kaedah yang amat sesuai dalam mengajar mata pelajaran muzik di sekolah iaitu Kodaly,Orff dan Dalcroze. Oleh yang demikian, Kaedah Adobe Muscon merupakan satu kaedah pengajaran yang menggabungkan ketiga-tiga elemen tersebut dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik.

2.0 PendahuluanProjek Inovasi yang akan dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid menepuk detik lagu dengan tekanan pada detik pertama menggunakan ikon dalam perisian Adobe Illustrator. Melalui pancaran LCD,Adobe Illustrator akan digunakan untuk membentuk atau menghasilkan ikon-ikon yang menarik dan saiz serta bentuknya boleh diubah dengan mudah dan cepat. Secara tidak langsung dapat menjimatkan masa P&P yang kini hanya 30 minit sahaja. Penggunaan Adobe Illustrator juga dilihat lebih afektif dalam P&P jika di bandingkan dengan kaedah konvensional yang mana memerlukan guru menyediakan pelbagai saiz ikon untuk digunakan dan juga perlu menampal dan menanggal ikon pada papan putih. Perkara seperti itu sudah tentu akan mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan tampalan ikon-ikon pada sebuah lagu dan mengakibatkan masa P&P tidak mencukupi. Adobe illustrator juga digunakan untuk memaparkan skor atau lirik lagu. Ikon-ikon yang terdapat di dalam Adobe Illustrator boleh digunakan dengan cepat dan mudah. Terdapat pelbagai bentuk,rupa,saiz dan jenis ikon yang boleh digunakan di dalam Adobe Illustrator. Harapan agar projek inovasi ini dapat dijalankan dengan baik dan sempurna untuk melihat keberkesanannya.

3.0 Kumpulan SasaranKumpulan sasaran bagi projek inovasi ini adalah terdiri daripada murid Tahun 3 Ceria SK Taman Dato' Harun 1,Petaling Jaya, Selangor. Berumur 9 tahun dan terdiri daripada 9 orang murid perempuan dan 11 orang murid lelaki. Tahun 3 Ceria dipilih sebagai kumpulan sasaran adalah berdasarkan kepada keputusan ujian amali yang dijalankan pada bulan Mac 2015 iaitu menepuk detik pertama lagu See Saw dengan tekanan. Keputusan ujian amali tersebut menunjukkan 85% murid 3 Ceria gagal dalam ujian tersebut. Murid-murid Tahun 3 Ceria mempunyai pencapaian yang sederhana dalam bidang akademik tetapi gagal dalam kemahiran menepuk detik pertama dengan tekanan bagi lagu See Saw. Namun begitu semua murid-murid tersebut terlibat secara aktif dalam aktiviti Kokurikulum dan memegang jawatan seperti Ahli Jawatan Kuasa (AJK) kelab atau persatuan di sekolah.

4.0 Latar BelakangDi era teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), pengintegrasian bahan berasaskan teknologi dalam pendidikan mampu membawa perubahan kepada pengajaran guru. Menurut kenyataan Rozinah Jamaludin (2005), kewujudan kepelbagaian teknologi sebagai alat bantu mengajar mampu membawa perubahan positif kepada kaedah pengajaran guru. Perubahan ini mampu mewujudkan sistem pendidikan yang bertaraf antarabangsa bagi bersaing di arena globalisasi yang sedang pesat membangun. Oleh itu, guru perlu bersedia menggunakan bahan TMK bagi merealisasikan impian untuk melahirkan generasi cerdik pandai yang bakal menerajui negara pada masa hadapan. Kaedah pengajaran berasaskan komputer dan teknologi maklumat berupaya untuk menggantikan kaedah konvensional dengan pelbagai cara, terutCeriaya di dalam persekitaran bilik darjah yang menggunakan komputer (Nadzrah Abu Bakar, 2007). Guru perlu lebih bijak mengambil peluang dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna. Hal ini sejajar dengan tanggungjawab guru untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berfikir kreatif dan inovatif, penyayang dan berakhlak mulia selaras dengan cabaran masa kini dan akan datang. Di samping itu, pelajar juga dapat mengintegrasikan kemahiran komputer secara tidak langsung dalam kehidupan mereka (Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd Shabri, 2004).Kewujudan detik boleh dirasai dalam semua lagu tidak kira jenis lagu yang di perdengarkan dan ia adalah sentiasa berulang serta merupakan bit yang stabil dalam muzik (Campbell & Scott-Kassner,1995). Kemahiran menepuk detik dengan tekanan pada detik pertama sepatutnya telah dikuasai oleh murid apabila mereka berada pada Tahun 3. Ini adalah kerana kemahiran menepuk detik lagu dengan tekanan yang betul ialah kemahiran asas dalam pendidikan muzik yang perlu dikuasai sebelum murid beralih ke bidang permainan alat perkusi dan juga meniup rekoder yang bermula semenjak Tahun 1 lagi. Menurut Moorhead and Pond ( 1978), yang di nyatakan dalam Campbell,P.S. & Scott-Kassner,C. (1995) kemampuan untuk menepuk detik dapat dilaksanakan oleh kanak-kanak tahun 1, namun masih terdapat kanak-kanak yang masih tidak dapat kuasai ketepatan menepuk detik dan memerlukan latihan serta pengukuhan yang banyak. Dalam persembahan ensemble yang melibatkan alat perkusi dan rekoder, pemain perkusi terutCeriaya genderang seperti gendang dan dram perlu memberi penekanan pada detik pertama dengan betul supaya murid yang meniup rekoder terutCeriaya melody line dapat merasa tempo dengan baik, dapat mengetahui permulaan bar atau frasa dengan baik dan juga dapat memberi penamat dengan baik. Ini sangat penting bagi memberi hasil yang berkualiti dalam persembahan ensemble. Pada P&P yang lepas, dalam aktiviti menepuk detik lagu dengan tekanan pada detik pertama didapati ramai murid Tahun 3 Ceria tidak dapat melakukannya dengan betul. Mereka tidak mengetahui dimana detik pertama berada sebenarnya. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka belum menguasai kemahiran menepuk detik pertama dengan tekanan. Bagaimana murid hendak memainkan alat perkusi dan meniup rekoder dengan baik sekiranya mereka tidak menguasai kemahiran memberi tekanan pada detik lagu terutCeriaya detik pertama. Sudah tentu murid akan memainkannya dengan cara yang salah dan lebih malangnya lagi permainan yang salah itu sudah tentu akan menganggu permainan murid yang betul. Seterusnya akan menganggu keseluruhan P&P. Akibatnya objektif P&P tidak tercapai dan murid tidak dapat menguasai kemahiran yang sepatutnya mereka kuasai pada hari itu, minggu itu, bulan itu dan tahun itu. Oleh yang demikian, saya merasakan perlu untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun 3 Ceria menepuk detik dengan tekanan pada detik pertama dengan betul supaya pembelajaran murid pada masa akan datang tidak terganggu.

5.0 Objektif UmumMeningkatkan kemahiran murid Tahun 3 Ceria menepuk detik lagu dengan tekanan pada detik pertama dengan betul.5.1 Objektif Khususi) Meningkatkan kemahiran murid Tahun 3 Ceria menepuk detik pertama dengan tekanan bagi detik lagu See Saw menggunakan ikon berbantukan komputer.ii) Meningkatkan peratusan betul menepuk detik lagu See Saw dengan tekanan pada detik pertama bagi murid Tahun 3 Ceria selepas penggunaan ikon dalam Adobe Illustrator.

6.0 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Yang Dijalankan.i) Visual sebagai ransangan untuk murid bertindak balas. ii) Pembelajaran hendaklah dijalankan secara bersepadu. iii) Meransang inisiatif, imaginasi dan kreativiti semasa melakukan projek inovasi ini. iv) Menggalakkan interaksi yang mesra antara murid dengan guru dan rakan sebaya.

7.0 Manual Pelaksana Projek Inovasi Adobe Muscon

7.1 Bahan atau peralatan yang diperlukan

i) Komputerii) LCD dan Paparaniii) Pembesar Suaraiv) Perisian Adobe Illustratorv) Ikon format vector Illustrator.vi) Lagu.

7.2 Perlaksanaan

Projek Adobe Muscon dilaksanakan pada waktu P&P Dunia Muzik Tahun 3 Ceria selama 30 minit.

8.0 Pelan pelaksanaan projek inovasiMINGGUAKTIVITI

MINGGU 130 Mac - 3 April 2015Analisis data ujian amali Muzik bulan Mac bagi Tahun 3 CeriaPerbincangan dengan mentor mengenai projek inovasi.Mencari maklumat mengenai projek inovasi.Menyediakan kertas cadangan projek inovasi.Semakan kertas cadangan bersama mentor.

MINGGU 2 6 April - 10 April 2015Menyediakan RPH projek inovasi.Perbincangan dengan mentor mengenai RPH projek inovasi.Mencari bahan berkaitan projek inovasi.Perbincangan dengan mentor.

MINGU 313 April - 17 April 2015Perbincangan dengan mentor.Membuat persediaan untuk P&P projek inovasi.Melaksanakan P&P projek inovasi.Perbincangan dengan mentor.

MINGGU 420 April - 24 April 2015Menilai perlaksanaan dan keberkesanan projek inovasi.Analisis data ujian amali Mac dan ujian pos projek inovasi.Menyediakan laporan projek inovasi.Perbincangan dengan mentor mengenai laporan projek inovasi.Mengemaskini laporan projek inovasi.

9.0 Rancangan Pelajaran Harian Projek Inovasi Adobe MusconSaya akan menggunakan dua RPH. RPH pertama adalah untuk melaksanakan Projek Inovasi Adobe Muscon manakala RPH kedua adalah untuk menilai adakah terdapat peningkatan peratus betul menepuk detik pertama dengan tekanan bagi lagu See Saw selepas menggunakan ikon berbantukan komputer. Kedua-dua RPH adalah seperti berikut.RPH 1TarikhHariMasaTahunBilangan muridObjektif14 April 2015Selasa4.30-5.00 petang (30 minit)3 Ceria20 OrangDi akhir PdP murid dapat menepuk detik lagu See Saw dengan tekanan pada detik pertama berpandukan simbol pada skor lagu.

Langkah/masaKonsep MuzikAktivitiBBM/ABM

Set Induksi(1 minit)

1. Murid melihat gambar See Saw.2. Murid bersoal jawab mengenai gambar34-Komputer,LCD-Adobe illustrator-Gambar See Saw.

Langkah 1(5 minit)Detik1. Murid menyanyi lagu See Saw.2. Murid menganalisis skor lagu See Saw yang dipaparkan pada layar LCD.3. Murid menyatakan detik pertama yang ada pada lagu See Saw.Komputer,LCD-Adobe illustrator- Skor Lagu

Langkah 2(8 minit)

Detik1. Murid menyebut meter dan kiraan detik yang di lihat.2. Murid menepuk ikon yang di lihat pada paparan LCD .3. Murid menepuk ikon berdasarkan saiz ikon yang dilihat.4. Murid menepuk detik dengan tekanan pada detik pertama berpandukan ikon.5. Langkah 4 diulang dengan kepelbagaian ikon.

34-Komputer,LCD-Adobe illustrator- Icon format vector.

Langkah 3(15 minit)Detik1. Murid menyatakan ikon yang hendak diguna pada skor .2. Guru meletakkan ikon pada skor.3. Murid menepuk detik lagu dengan tekanan detik pertama berdasarkan skor dan ikon frasa demi frasa.4. Murid menepuk keseluruhan detik lagu See Saw dengan tekanan detik pertama berdasarkan ikon dan skor.5. Langkah 1 dan 4 diulang dengan kepelbagaian ikon.Komputer,LCD-Adobe illustrator- Icon format vector.-Skor Lagu

Penutup(1 minit)Detik1. Murid membuat rumusan tentang tepukan detik yang dipelajari.

RPH 2TarikhHariMasaTahunBilangan muridObjektif21 April 2015Selasa4.30-5.00 petang (30 minit)3 Ceria20 OrangDi akhir PdP murid dapat meningkatkan kemahiran menepuk detik lagu See Saw dengan tekanan pada detik pertama berpandukan ikon pada skor lagu.

Langkah/masaPerkaraAktivitiBBM/ABM

Set Induksi(2 minit)Mengingat kembali1. Murid menepuk ikon yang di lihat pada paparan LCD .2. Murid menepuk ikon berdasarkan saiz ikon yang dilihat.3. Murid menepuk detik dengan tekanan pada detik pertama berpandukan ikon.- Komputer,LCD-Adobe illustrator- Icon format vector.-Skor Lagu

Langkah 1(12 minit)Penilaian1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. 2. Setiap kumpulan 5 orang murid.3. Penilaian Kumpulan 1 dan 24. Menepuk detik lagu See Saw dengan tekanan pada detik pertama menggunakan ikon berbantukan komputer.

Komputer,LCD-Adobe illustrator- Icon format vector.-Skor Lagu

Langkah 2(13 minit)Penilaian1. Penilaian Kumpulan 3 dan 42. Menepuk detik lagu See Saw dengan tekanan pada detik pertama menggunakan ikon berbantukan komputer.

-Komputer,LCD-Adobe illustrator- Icon format vector.-Skor Lagu

Penutup(3 minit)Semua murid membuat tepukan berdasarkan ikon pada skor lagu Bintang Kecil.

10.0 Perancangan Cara Mengumpul Data.Bagi melihat keberkesanan projek yang akan dilaksanakan, saya akan menggunakan kaedah pemerhatian dengan senarai semak terhadap 20 orang murid tahun 3 Ceria bagi mengumpul data untuk di analisis. Kaedah pemerhatian yang akan digunakan adalah melalui pendengaran dan penglihatan. Instrumen yang digunakan pula adalah senarai semak tepukan. Pemerhatian dengan senarai semak akan dilakukan pada P&P kedua iaitu RPH 2 .Senarai semak yang akan digunakan adalah seperti di bawah.

Lagu See Saw mempunyai 16 bar dalam lapan frasa. Oleh itu murid perlu menepuk 16 detik pertama lagu See Saw dengan tekanan. Tepukan detik pertama dengan tekanan akan ditandakan (/) sekiranya tepukan betul dan tanda (X) sekiranya salah. Hujung senarai semak adalah jumlah tepukan detik pertama dengan tekanan yang betul per 16. Jumlah ini seterusnya ditukar kepada peratus untuk di analisis.

11.0 Perancangan Cara Menganalisis Data.Data yang diperolehi melalui senarai semak akan di pindahkan ke dalam perisian Microsoft Excell untuk di analisis. Cara data di analisis bagi lima orang murid tersebut adalah jumlah betul tepukan detik pertama dengan tekanan per 16 dan di darab dengan seratus untuk mendapatkan peratus. Data akan dimasukkan kedalam excel dan diterjemahkan dalam bentuk carta bar bagi melihat peratus tepukan bagi lima orang murid tersebut. Bagi merumus keberkesanan projek yang telah dijalankan, peratus tepukan dalam ujian Amali dan ujian pos akan dibandingkan dan diterjemahkan dalam bentuk graf. Sekiranya terdapat peningkatan pada graf tepukan lagu See Saw maka projek ini di anggap berjaya dan sekiranya terdapat penurunan pada graf perbandingan, kaedah projek ini dianggap kurang berkesan.

12.0 Kesimpulan.

Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid sudah semestinya menjadi tanggungjawab guru. Guru sebagai orang yang paling hampir dengan murid dari segi intelektual sudah tentu arif dengan sikap dan kehendak murid dalam kelas. Oleh itu, guru adalah orang yang paling sesuai mencari kaedah pengajaran yang dapat meransang murid untuk bertindak balas dalam sesi pembelajaran.Justeru itu, Projek Inovasi Adobe Muscon yang akan dilaksanakan adalah sebagai satu kaedah yang dapat memberi ransangan kepada murid untuk bertindak balas dalam P&P. Projek inovasi Adobe Muscon juga merupakan kaedah pengajaran yang mempunyai ciri-ciri mudah, cepat, mesra pengguna, menarik, dan sesuai dengan alaf ke-21 abad zCeria teknologi.Oleh yang demikian, saya berharap projek ini akan dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut apa yang telah dirancang. Apa yang paling penting adalah saya mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Semoga Projek Inovasi Adobe Muscon ini dapat membantu murid, guru-guru lain dan juga sekolah dalam meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia.

13.0 RUJUKANAshinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd Shabri Yusof. (2004). Penggunaan PBBK (Pem belajaran B ahasa B erbantukan K om puter) dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing: satu tinjauan awal. GEMA Online Journal of Language Studies, 4(1), 1-16.Campbell, P.S. & Scott-Kassner.C. (1995). Music in childhood:From preschool through the elementary grades. New York:Schirmer Books.

Landis,Berth& Polly Carder (1972) The Electic Curiculum in America Education: Contributions of Dalcroze, Kodaly and Orff : Washington D.C : menc.Nadzrah Abu Bakar. (2007). English Language activities in computer-based learning environment: A case study in ESL Malaysian classroom. GEMA Online Journal of Language Studies, 7(1), 33-49.Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn B hd

Disediakan oleh

..........................................Mohd Shah Shkandar b PutehPelajar PPG IPG Kampus Raja MelewarNegeri Sembilan.

Disahkan Oleh

.....................................