Kertas Cadangan Ceramah Mengenai Emosi Kanak-kanak

5
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN MING CHIANG SUNGAI MERADONG,96500 BINTANGOR, SARAWAK KERTAS KERJA CERAMAH MENGENAI EMOSI KANAK-KANAK 1.0 PENDAHULUAN Kertas cadangan ini memperincikan keperluan tugasan pengurusan, peralatan, guna tenaga dan kewangan bagi tujuan pengelolaan ceramah berkenaan. 2.0 PROGRAM Ceramah mengenai emosi kanak-kanak 3.0 RASIONAL Ceramah mengenai emosi kanak-kanak adalah merupakan salah satu aktiviti yang membantu murid lebih memahami tentang emosi yang terdapat pada diri sendiri. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman murid-murid tentang emosi diri iaitu emosi positif dan emosi negatif seseorang. Di samping itu, melalui ceramah ini,murid adan meningkatkan kesedaran diri tentang cara-cara mengawal emosi diri dalam kehidupan harian mereka, terutamanya di depan ahli keluarga dan kawan- kawan mereka. Justeru itu, Unit Ko-Kurikulum SJK Ming Chiang mengambil inisiatif bagi menganjurkan ceramah mengenai emosi kanak-kanak yang akan dilaksanakan pada 11 September 2015. 4.0 MATLAMAT Memberi pendedahan tentang jenis-jenis emosi yang dimiliki oleh seseorang manusia supaya murid dapat lebih memahami dan mengawal emosi diri sendiri. Melalui ceramah ini, murid-murid dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang

description

kertas cadangan

Transcript of Kertas Cadangan Ceramah Mengenai Emosi Kanak-kanak

Page 1: Kertas Cadangan Ceramah Mengenai Emosi Kanak-kanak

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN MING CHIANG

SUNGAI MERADONG,96500 BINTANGOR,

SARAWAK

KERTAS KERJA

CERAMAH MENGENAI EMOSI KANAK-KANAK

1.0 PENDAHULUAN

Kertas cadangan ini memperincikan keperluan tugasan pengurusan, peralatan, guna tenaga dan kewangan bagi tujuan pengelolaan ceramah berkenaan.

2.0 PROGRAM

Ceramah mengenai emosi kanak-kanak

3.0 RASIONAL

Ceramah mengenai emosi kanak-kanak adalah merupakan salah satu aktiviti yang membantu murid lebih memahami tentang emosi yang terdapat pada diri sendiri. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman murid-murid tentang emosi diri iaitu emosi positif dan emosi negatif seseorang. Di samping itu, melalui ceramah ini,murid adan meningkatkan kesedaran diri tentang cara-cara mengawal emosi diri dalam kehidupan harian mereka, terutamanya di depan ahli keluarga dan kawan-kawan mereka. Justeru itu, Unit Ko-Kurikulum SJK Ming Chiang mengambil inisiatif bagi menganjurkan ceramah mengenai emosi kanak-kanak yang akan dilaksanakan pada 11 September 2015.

4.0 MATLAMAT

Memberi pendedahan tentang jenis-jenis emosi yang dimiliki oleh seseorang manusia supaya murid dapat lebih memahami dan mengawal emosi diri sendiri. Melalui ceramah ini, murid-murid dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan utnuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian mereka. Justeru itu, dengan adanya ceramah sebegini ia dapat membantu melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berkemahiran, berketrampilan disamping memastikan perkembangan yang seimbang dan menyeluruh melalui aspek-aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan akhlak, nilai-nilai murni dan sosial ke arah Matlamat Pendidikan Negara.

5.0 OBJEKTIF

Page 2: Kertas Cadangan Ceramah Mengenai Emosi Kanak-kanak

5.1 Meningkatkan kefahaman tentang emosi diri sendiri.

5.2 Menerapkan kemahiran mengawal emosi secara berkesan dalam kalangan murid.

5.3 Menerapkan nilai-nilai murni dan teknik bersosial dalam kalangan murid-murid.

5.4 Mewujudkan kesefahaman antara murid-murid5.5 Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan kawalan emosi

dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan inovatif.

6.0 MAKLUMAT PROGRAM

6.1 Tarikh : 11 September 2015 (Jumaat )

6.2 Masa : 1220 – 1415 petang

6.3 Tempat : bilik darjah Tahun 5

6.4 Sasaran : Murid Tahun 4,5, dan 6

7.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh/ Hari

Masa AktivitiTindakan/

Lokasi

Jumaat

11

September 2015

1205 – 1210

tengah hariSemua Peserta Melapor

DiriBilik darjah

Tahun 5

1210 – 1225 tengah hari

Ketibaan penceramahBilik darjag

Tahun 5

1235– 1245

petangMajlis Perasmian

Perasmi :

Guru Besar SJK Ming Chiang

1245 –1345

petangCeramah mengenai emosi

kanak-kanak Penceramah

jemputan

1345 – 1400 pagi Sesi soal jawab

Bilik darjah Tahun 5

Penceramah dan pelajar

1400 – 1415 pagiSesi penyampaian cendera

mata

8.0 SUMBER MANUSIA

Page 3: Kertas Cadangan Ceramah Mengenai Emosi Kanak-kanak

8.1 Guru-guru SJK Ming Chiang

8.2 Semua staf sokongan sekolah

8.3 Murid Tahun 4, 5, dan 6

8.4 Penceramah Jemputan

9.0 PERBELANJAAN

Bil. Sumber Pendapatan

Perbelanjaan Nilai

1. Peruntukkan Bantuan kokurikulum sekolah

RM 40.00 Alat tulis (fail, kertas dan pensel)

RM 20.00

Cendera mata pencerama

RM 10.00

Sijil penyertaan RM 10.00

Jumlah RM 40.00 Jumlah RM 40.00

10.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Pn. Ong Yi Ting

Naib Pengerusi 1 : Cik Tiong Hei Yii

Naib Pengerusi 2 : Pn. Ngu Liu Eng

Naib Pengerusi 3 : Cik Wong Hie Ling

Setiausaha : Cik Chan Mei Khiong

Bendahari : Pn. Sim Sii Ling

Ahli Jawatankuasa :

Latihan / Bengkel : Pn Lau Wei Ling

Majlis Perasmian/

Majlis penutup : Pn Tan Ling San

Pendaftaran : Cik Tiong Hei Yii

Hadiah / Sijil : Pn Yow Hui Ching

Jemputan / Buku

Pertolongan Cemas : Pn. Ting Chin Tie

Dokumentasi : Cik Wong Hie Ling

Urusetia : Cik Tiong Hei Yii

Page 4: Kertas Cadangan Ceramah Mengenai Emosi Kanak-kanak

11.0 PELAN TINDAKAN

Bil. Perkara Tarikh

1. Pembentukan Jawatankuasa Pengelola 04 Ogos 2015

2. Penyediaan Kertas Cadangan 07 Ogos 2015

3. Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola 13 Ogos 2015

4. Pembentukan Jawatankuasa Kerja 19 Ogos 2015

5. Pemurniaan Kertas Cadangan 21 Ogos 2015

6. Taklimat kepada murid 04 September 2015

7. Surat kepada ibubapa/penjaga 07 September 2015

8. Pelaksanaan program 11 September 2015

9. Pelaporan dan penyerahan dokumen 17 September 2015

14.0 PENUTUPAdalah diharapkan melalui ceramah mengenai emosi kanak-kanak ini dapat membantu murid lebih mengenali emosi diri sendiri di kalangan murid dalam mengawal dan menguruskan perasaan mereka agar melahirkan murid bersosial positif . Selain itu juga, ceramah ini dapat membolehkan murid mengawal emosi dan bertindak dengan rasional apabila berdepan dengan sesuatu emosi. Di samping itu, semoga ia menghasilkan golongan murid yang mempunyai pengetahuan dan sosial yang baik dalam gaya hidup sihat mereka.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

............................................. ............................................

CHAN MEI KHIONG TIONG HEI YII

Setiausaha Sukan PK Ko-Kurikulum

SJK Ming Chiang SJK MING CHIANG

Disahkan oleh :

.............................................

PUAN ONG YI TING

Guru Besar

Page 5: Kertas Cadangan Ceramah Mengenai Emosi Kanak-kanak

SJK MING CHIANG