Kertas Cadangan FOPEN BAY

13
PERTANDINGAN BOLA SEPAK PERTANDINGAN BOLA SEPAK TERBUKA (SINGLE KNOCK-OUT) TERBUKA (SINGLE KNOCK-OUT) FOPEN III 2005 ANJURAN: BUNGA YOUTH DENGAN KERJASAMA: JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) KPG. BUNGA TARIKH: SEPTEMBER 2005 – DISEMBER 2005 TEMPAT:

description

boleh dijadikan contoh untuk aktiviti belia kampung dan luar bandar.

Transcript of Kertas Cadangan FOPEN BAY

CADANGAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK KALAH MATI BAY 2004

PERTANDINGAN BOLA SEPAK

TERBUKA (SINGLE KNOCK-OUT)

FOPEN III 2005

ANJURAN:BUNGA YOUTH

DENGAN KERJASAMA:

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN

KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) KPG. BUNGA

TARIKH:

SEPTEMBER 2005 DISEMBER 2005

TEMPAT:

PADANG BOLA SEPAK KAMPUNG BUNGA,

JALAN BAKI-RIIH, SERIAN

PENGENALAN

Menjadi satu tradisi untuk mengadakan pertandingan bola sepak bagi memperkenalkan Kampung Bunga kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Peranan belia dalam memaju dan membangunkan masyarakat tidak boleh dipertikaikan lagi memandangkan perkembangan dalam dunia globalisasi serta kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi.

Keadaan ini menyebabkan semua pihak perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk menggerakkan aktiviti masyarakat demi perpaduan dan persefahaman di kalangan masyarakat. Tanpa sebarang aktiviti berbentuk masyarakat, usaha kerajaan untuk menghasilkan masyarakat madani sukar untuk dicapai. Adalah menjadi harapan pihak penganjur untuk mencapai garis panduan yang telah ditetapkan.

TUJUAN KERTAS CADANGAN

Kertas cadangan ini bermatlamat untuk:

Memperolehi kelulusan untuk mengdakan pertandingan bola sepak kalah mati daripada pihak Polis DiRaja Malaysia dan Persatuan Pengadil Daerah Serian.

Memohon kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tarat iaitu Yang Berhormat Encik Roland Sagah Wee Inn untuk menghulurkan bantuan ikhlas dalam membantu menjayakan pertandingan bola sepak ini.

Memohon kepada Ahli Parlimen Kawasan Mambong iaitu Yang Berhormat Dr. James Dawos Mamit untuk menghulurkan bantuan kewangan dalam membantu membaiki grand stand dan keadaan permukaan padang.

Memohon kepada mana-mana individu, syarikat swasta dan pihak yang berminat untuk menaja dan memberikan sumbangan dalam memeriahkan lagi suasana pertandingan bola sepak.

Menjadi garis panduan yang perlu diikuti oleh ahli jawatankuasa penganjur dalam merancang, melaksana dan menilai program yang bakal diadakan.

RASIONAL

Sukan bola sepak digemari oleh semua peringkat umur tanpa mengira bangsa dan agama. Tanpa disedari, sukan bola sepak adalah jalan untuk mencapai perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Walaupun pemain dipisahkan oleh warna jersi, namun mereka sentiasa berhati-hati semasa bermain dan bermain dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana jika mereka membuat silap akan mempengaruhi keseluruhan pasukan yang diwakilinya.

OBJEKTIF

Pertandingan Bola Sepak BY 2005 menggariskan beberapa objektif sebagai garis panduan dan matlamat akhir program ini.

Secara umumnya, di akhir Pertandingan Bola Sepak BY 2005, semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung akan memperolehi manfaat yang menyeluruh kepada diri mereka dan komuniti keseluruhannya.

Objektif khusus program ini adalah seperti berikut:

(i) Para peserta akan mendapat pengalaman pembelajaran melalui permainan yang dipersembahkan bagi memantapkan lagi kemahiran yang sedia ada dalah diri mereka.

(ii) Hubungan di kalangan para pemain yang mengambil bahagian menjadi lebih erat berbanding sebelum program ini.

(iii) Persefahaman di dalam setiap pasukan yang bertanding semakin tinggi.

ANJURAN

Pertandingan ini dianjurkan oleh Bunga Youth (BY) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bunga.

TENTATIF PROGRAM

Majlis Perasmian:

Masa:Perkara

0800 :Persiapan di padang bola sepak.

0900:Ketibaan orang ramai.

0930:Ketibaan tetamu jemputan.

0945:Ketibaan Ketua Kampung Bunga

:Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

:Ucapan Pengerusi Pengelola

:Ucapan Pengarah BAY

:Ucapan Perasmian

Ketua Kampung Bunga

:Upacara sepak mula

:Perlawanan berlangsung

:Jamuan ringan

1130:Majlis bersurai

Hari Biasa:

Setiap hari Ahad

9.00 pagi 6.00 petang

12.30 tengah hari 1.30 tengah hari (rehat makan tengah hari.)

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah

Masa:Perkara

0800 :Persiapan di padang bola sepak.

0900:Ketibaan orang ramai.

1000:Perlawanan penentuan tempat ke-3

1200:Rehat tengah hari

1330:Ketibaan tetamu jemputan.

1345:Ketibaan YB Dr James Dawos Mamit

ADUN Kawasan Mambong

1400:Upacara sepak mula pertandingan akhir

:Perlawanan akhir bola sepak

1600:Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

:Ucapan Pengerusi Pengelola

:Ucapan Pengarah BAY

:Ucapan Perasmian Penutupan

YB Dr James Dawos Mamit

ADUN Kawasan Mambong

:Penyampaian hadiah kepada pasukan yang menang.

:Penyampaian cenderamata kepada pihak penaja dan penderma serta AJK penganjur

:Penyampaian cenderamata kepada YB

:Jamuan ringan

1730:Majlis bersurai

JAWATANKUASA PENGANJUR

Penaung :Ketua Kaum En Ganger Surag

Penasihat:

:

:

:

:

Pengerusi Pengelola:

Pengarah :

Setiausaha:

Penolong Setiausaha:

Bendahari:

Ahli Jawatankuasa:

Tajaan dan Sumbangan:

:

:

:

Publisiti:

:

:

:

Pengurusan Padang:

:

:

:

Teknikal:

:

:

:

Pengadil :

:

:

:

:

Peralatan:

:

:

:

Keselamatan:

:

Perubatan:

:

:

BELANJAWAN PROGRAM

Pendapatan:

Perkara RM

Yuran pasukanRM150 x 40 pasukan6,000.00

Bunga Adventist Youth200.00

Sumbangan/ derma2,000.00

Tajaan 1,800.00

JUMLAHRM10,000.00

Perbelanjaan:

Perkara RMRM

Pengadil RM46 x 40 perlawanan1,840.00

Pengurusan padang & grandstand

Simen

Batu

Dawai

Pasir

Tanah 1,351.50

RM12.50 x 15 bag187.50

RM70.00 x 4 lori 3 tan280.00

RM48.00 x 8 keping384.00

RM76.00 x 5 lori 3 tan380.00

RM40.00 x 3 lori 3 tan120.00

Bola RM76.00 x 6 biji456.00

Baju urusetiaRM12.00 x 50 helai600.00

Makanan dan Minuman

Makanan dan minuman urusetia

Majlis Pembukaan

Majlis Penutupan950.00

RM10.00 x 10 hari100.00

RM7.00 x 50 orang350.00

RM10.00 x 50 orang500.00

Percetakan dan fotokopiRM0.30 x 2000 helai600.00

Publisiti

Banner

Banting

Poster

Akhbar 1,300.00

RM150 x 3 helai PVC450.00

RM20 x 20 helai400.00

RM5 x 50 helai250.00

200.00

Hadiah

Wang tunai - Johan

- Naib Johan

- Ketiga

- Penjaring terbanyak

- Pemain terbaik

Piala dan medal1,500.00

RM500.00

RM300.00

RM200.00

RM50.00

RM50.00

RM400.00

Cenderamata 700.00

VIPsRM50.00 x 4200.00

Penderma, AJK dan PengadilRM10.00 x 50500.00

Yuran Persatuan Pengadil50.00

Angkatan Relawan Rakyat MalaysiaRM5.00 x 40 perlawanan200.00

Tabung BAY452.50

JUMLAH BESAR10,000.00

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

1.0 Nama.

Dinamakan sebagai Pertandingan Bola Sepak Bunga Adventist Youth 2004.

2.0 Anjuran

Pertandingan ini adalah dibawah kawalan dan kelolaan anjuran Belia Adventist Kampung Bunga dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) Kampung Bunga.

3.0 Penyertaan

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan-pasukan bola sepak yang berminat.

4.0 Undang-undang Permainan.

Pertandingan dijalankan adalah mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Keputusan pengadil adalah muktamad.

5.0 Yuran Pertandingan.

Yuran sebanyak RM150.00 dikenakan kepada setiap pasukan lelaki. Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan, dan hendaklah dijelaskan semasa penyerahan borang penyertaan atau sebelum sepak mula.

6.0 Pendaftaran Pemain dan Pegawai

Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 15 orang pemain dan seorang pengurus pasukan sahaja. Senarai lengkap pendaftaran hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Penganjur sebelum atau semasa hari cabutan undi.

Setiap pasukan dikehendaki mendaftar seramai 11 orang pemain dan 5 orang pemain simpanan untuk setiap perlawanan dan hendaklah dihantar kepada urusetia selewat-lewatnya 15 minit sebelum perlawanan. Ini bertujuan mengesahkan kehadiran pasukan tersebut.

Semua perlawanan akan dimulakan tepat pada masa yang ditetapkan dalam jadual pertandingan. Mana-mana pasukan yang lewat melebihi masa 15 minit dianggap memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawannya dengan kiraan gol 3-0.

Mana-mana pasukan yang menurunkan pemain-pemain yang tidak didaftarkan akan dibatalkan penyertaannya daripada kejohanan ini.

Bayaran tambahan dikenakan sekiranya memasukkan pemain baru seperti berikut: RM5.00 bagi pusingan kedua, RM10.00 pusingan ketiga/ suku akhir, RM30.00 pusingan separuh akhir dan RM50.00 untuk perlawanan penentuan tempat ke-3 dan perlawanan akhir. Ini memudahkan pasukan yang mengalami kekurangan pemain akibat kecederaan ataupun pemain digantung perlawanan.

7.0 Cabutan undi.

Cabutan undi akan diadakan pada waktu petang sebelum pertandingan dijalankan iaitu hari Ahad, 7 Mac 2004 jam 1.30 petang bertempat di Balai Raya Kampung Bunga.

Semua Pengurus Pasukan yang menyertai pertandingan ini diwajibkan menghadiri sesi ini. Pengarah pertandingan akan memberikan taklimat berkenaan pertandingan ini.

8.0 Sistem Pertandingan.

Pertandingan adalah dijalankan secara kalah mati atau Single Knock Out, iaitu pasukan yang menang akan layak ke pusingan seterusnya manakala pasukan yang kalah akan terkeluar daripada persaingan pertandingan.

Penerangan yang lebih lanjut semasa hari pengundian.

9.0 Penentuan dalam sistem kalah mati atau Single Knock Out.

Jika berlaku keputusan seri selepas tamat masa penuh permainan, keputusan berikut akan menentukan pemenangnya:

Tambahan masa 10 minit akan diberikan dan 5 minit untuk setiap separuh masa.

Sepakan penalti secara Sudden Death dijalankan di garisan penalti oleh kedua-dua pasukan secara bergilir-gilir hingga keputusan dicapai. Tidak melebihi lima (5) sepakan bagi setiap pasukan.

10.0 Masa Perlawanan

Tiga puluh lima (35) minit bagi setiap separuh masa dengan lima (5) minit masa diperuntukkan bagi pertukaran bahagian padang.

11.0 Pemain Gantian.

Pemain boleh digantikan sepanjang masa perlawanan termasuk masa tambahan.

Penggantian tidak dibenarkan sekiranya pemain diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan.

Penggantian tidak dibenarkan semasa sepakan penalti secara Sudden Death dijalankan.

12.0 Menarik Diri.

Penarikan diri pasukan yang bertanding adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Pasukan yang menarik diri dari pertandingan ini akan diambil tindakan tetatertib oleh Jawatankuasa Rayuan/Tatatertib. Wang yuran penyertaan sebanyak RM100.00 tidak akan dikembalikan.

13.0 Penggantungan.

Pemain yang diarah keluar padang oleh pengadil, secara automatiknya digantung daripada bermain satu perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Rayuan/Tatatertib membuat sesuatu keputusan.

Mana-mana pemain yang mengumpul 2 kad kuning akan digantung satu perlawanan, dan sekiranya mendapat kad merah akan digantung 2 perlawanan berikutnya.

14.0 Pengadil dan Hakim Garisan.

Pengadil akan dilantik oleh Jawatankuasa penganjur pertandingan.

Segala keputusan yang dibuat oleh Pengadil adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan sama sekali.

15.0 Jersi.

Setiap pasukan dikehendaki membawa dua(2) set jersi yang berlainan warna dan mempunyai nombor yang jelas.

Jika terdapat pertembungan warna jersi antara dua(2) pasukan, maka pasukan yang dinamakan dahulu dalam satu perlawanan diminta menukar jersi.

16.0 Perlawanan Yang Ditunda atau Dihentikan.

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk dijalankan perlawanan disebabkan cuaca atau hal-hal yang tidak diduga, perlawanan tersebut akan dilangsungkan pada masa yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola dengan membawa berunding kepada kedua-dua Pengurus pasukan yang terlibat.

17.0 Bantahan dan Rayuan.

Hanya Pengurus Pasuka berkenaan sahaja yang dibenarkan membuat rayuan dan bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan wang bantahan sebanyak RM100.00 tunai.

Bantahan hendaklah dihantar kepada Pengerusi atau Pengarah Pertandingan dalam masa tiga puluh (30) minit selepas perlawanan itu tamat.

Wang Bantahan akan luput sekiranya rayuan yang dikemukakan itu ditolak.

18.0 Jawatankuasa Bantahan Dan Rayuan.

Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan terdiri daripada:

Pengerusi: Pengerusi J/K Pengelola.

Setiausaha: Setiausaha J/K Pengelola

Ahli-ahli: Pengarah Pertandingan Kejohanan, Pengarah Teknikal dan dua (2) orang Pengurus Pasukan yang berkenaan yang berkecuali dalam kes bantahan/ rayuan.

Jawatankuasa akan bersidang selama dua puluh (20) minit setelah menerima laporan daripada Pengerusi/Pegawai Pertandingan/Pengadil.

Jawatankuasa berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak untuk membantu kes.

Keputusan Jawatankuasa adalah muktamad.

19.0 Hadiah dan Cenderamata.

Hadiah iringan akan disediakan seperti berikut:

Johan: Piala, Medal dan Wang Tunai RM500.00

Naib Johan: Piala, Medal dan Wang Tunai RM300.00

Ketiga: Piala, Medal dan Wang Tunai RM200.00

Hadiah Khas Fair Play.

Pemain Terbaik (perlawanan akhir) RM50.00 + Piala

Penjaring Terbanyak (sepanjang pertandingan) RM50.00 + Piala

20.0 Interpretasi

Apa jua perkara yang tidak disebutkan dalam peraturan ini akan dirujuk kepada Pengarah Pertandingan atau wakilnya. Keputusan yang dibuat adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Pihak urusetia akan sentiasa menyebarkan sebarang perubahan jadual perlawanan dan perubahan peraturan pertandingan dari semasa ke semasa.