Kertas Cadangan Hari Konvokesyen Prasekolah

6
KERTAS CADANGAN HARI KONVOKESYEN PRASEKOLAH SKSS DAN JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 1. TARIKH : 24 November 2011 2. MASA : 9.00 pagi – 12.00 tengahari 3. PENDAHULUAN : Konvokesyen prasekolah diadakan adalah untuk menghargai murid-murid prasekolah yang mengikuti kelas prasekolah SK Seri Siakap. Majlis ini juga diadakan sebagai perjumpaan terakhir bersama ibubapa dan penjaga murid prasekolah. Murid-murid juga dapat mempamerkan bakat mereka kepada ibubapa dan penjaga yang hadir ke majlis ini. 4. OBJEKTIF : 1. Melatih murid-murid tentang adab dalam sesuatu majlis.

description

Kertas Kerja Prasekolah

Transcript of Kertas Cadangan Hari Konvokesyen Prasekolah

Page 1: Kertas Cadangan Hari Konvokesyen Prasekolah

KERTAS CADANGAN HARI KONVOKESYEN PRASEKOLAH SKSS

DAN JAMUAN AKHIR TAHUN 2011

1. TARIKH : 24 November 2011

2. MASA : 9.00 pagi – 12.00 tengahari

3. PENDAHULUAN :

Konvokesyen prasekolah diadakan adalah untuk menghargai murid-murid

prasekolah yang mengikuti kelas prasekolah SK Seri Siakap. Majlis ini juga diadakan

sebagai perjumpaan terakhir bersama ibubapa dan penjaga murid prasekolah.

Murid-murid juga dapat mempamerkan bakat mereka kepada ibubapa dan penjaga

yang hadir ke majlis ini.

4. OBJEKTIF :

1. Melatih murid-murid tentang adab dalam sesuatu majlis.

2. Menghargai penglibatan murid-murid dalam kelas prasekolah.

3. Merapatkan silaturrahim antara pihak sekolah, guru-guru serta ibubapa dan

penjaga murid-murid prasekolah.

Page 2: Kertas Cadangan Hari Konvokesyen Prasekolah

5. RASIONAL :

1. Melibatkan semua murid prasekolah, ibubapa, penjaga dan guru-guru dalam

majlis penghargaan untuk murid-murid prasekolah.

2. Perjumpaan terakhir bersama ibubapa, penjaga dan guru-guru praseklah bagi

tahun 2011.

6. SASARAN :

Semua murid prasekolah berumur 6 tahun dan 5 tahun.

7. AKTIVITI :

1. Persembahan murid-murid prasekolah.

2. Penyampaian hadiah dan sijil tamat prasekolah.

3. Jamuan akhir tahun untuk murid-murid prasekola

8 . KEWANGAN :

Peruntukan wang kokurikulum prasekolah.

Page 3: Kertas Cadangan Hari Konvokesyen Prasekolah

9. ATURCARA MAJLIS

MASA AKTIVITI

8.00 pagi Kehadiran ibubapa dan penjaga

8.30 pagi – 11.00

tengahari

Bacaan Doa

Ucapan guru prasekolah

Ucapan Wakil ibubapa prasekolah

Ucapan Guru Besar

Persembahan murid-murid 6 tahun (5+)

Penyampaian hadiah untuk murid 5 tahun (4+)

Persembahan murid-murid 5 tahun (4+)

Penyampaian hadiah dan sijil untuk murid 6 tahun (6+)

11.00 tengahari Jamuan

12.00 tengahari Bersurai

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA PERBELANJAAN

1. Barang keperluan semasa

konvokesyen

Pensel warna 12 btg – 50 kotak x RM 6.50 = RM 325.00

Buku tulis – 100 buah x RM0.50 = RM 50.00

Sijil penghargaan - 50 helai x RM 0.50 = RM 25.00

Pensel 2B – 10 kotak x RM5.00 = RM 50.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 450.00

2. Jamuan untuk murid-murid.

(Makanan akan disediakan oleh

PPM dan bahan akan

dibekalkan oleh pembekal

makanan prasekolah.)

50 orang x RM 4.00 = RM 200

3. JUMLAH KESELURUHAN RM 650

Page 4: Kertas Cadangan Hari Konvokesyen Prasekolah

11. JAWATANKUASA PERKHEMAHAN PRASEKOLAH 2011

PENGERUSI : PUAN HAJJAH DAHLIA BINTI HASSAN(GB)

NAIB PENGERUSI 1 : EN. HASAN ADLI BIN OMAR (PK PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI 2 : EN. ABDUL AZIZ BIN ALI(PK HEM)

NAIB PENGERUSI 3 : EN. KHAIRUL ANUAR BIN (PK KOKU)

SETIAUSAHA : PUAN ZAITI BINTI SAMAH

PENOLONG SETIUSAHA : PUAN ARYATI HAINI BINTI SAMSUDIN

AJK :

PUAN NOOR SHUHEDA BT SOED @SHUIB PUAN NOR AZLINA BT MASRI SEMUA GURU SK SERI SIAKAP

12. PENUTUP

Diharap konvokesyen prasekolah ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa

sebarang masalah. Semoga aktiviti yang dijalankan akan dapat mencapai matlamat

dan objektifnya serta dapat menjalinkan silaturrahim yang baik antara pihak ibubapa

dan pihak sekolah.

Disediakan oleh,

…………………………………………..

(ZAITI BINTI SAMAH)

Setiausaha

Konvokesyen Prasekolah dan Jamuan Akhir Tahun.

Page 5: Kertas Cadangan Hari Konvokesyen Prasekolah