Kertas Cadangan Kajian Tindakan Bahasa Melayu

6
Kertas Cadangan Kajian Tindakan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Bahagian Penulisan Tajuk Kajian Tajuk Kajian: Penggunaan tanda baca noktah (.) dan huruf besar semasa menulis ayat Bahasa Melayu melalui “Program Masihkah Kau Ingat” murid-murid Tahun 2 Amanah Nama penyelidik 1. Ibrahim Bin Sebehi (SKA Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching) 2. Azrul Bin Isa (SMK Agama Igan, Mukah) 3. Saryani Binti Pandikal (Sekolah AgamaTun Sakaran) 4. Shahrum Binti Amin (SM Islamiah Tawau) 5. Mohd Najmi Abdullah (SK Agama(MIS) Miri 6. Rinawaty Mohd Sahari (SK (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu) 7. Nama Sekolah 1. SKA Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching 2. SMK Agama Igan, Mukah 3. Sekolah AgamaTun Sakaran 4. SM Islamiah Tawau 5. SK Agama(MIS) Miri 6. SK (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu Refleksi P&P Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Sewaktu saya menyemak hasil kerja tulisan murid-murid tahun 2 Amanah , saya dapati ada dalam kalangan murid-murid masih tidak meletakkan noktah (.) pada akhir ayat dan tidak tahu penggunaan huruf besar sama ada pada permulaan ayat atau pada Kata Nama Khas walaupun kemahiran ini telah pun didedahkan kepada mereka sejak tahun 1 lagi.

description

Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Transcript of Kertas Cadangan Kajian Tindakan Bahasa Melayu

Kertas Cadangan Kajian Tindakan Mata Pelajaran Bahasa Melayu

BahagianPenulisan

TajukKajian

Tajuk Kajian:

Penggunaan tanda baca noktah (.) dan huruf besar semasa menulis ayat Bahasa Melayu melalui Program Masihkah Kau Ingat murid-murid Tahun 2 Amanah

Namapenyelidik

1. Ibrahim Bin Sebehi (SKA Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching)2. Azrul Bin Isa (SMK Agama Igan, Mukah)3. Saryani Binti Pandikal (Sekolah AgamaTun Sakaran)4. Shahrum Binti Amin (SM Islamiah Tawau)5. Mohd Najmi Abdullah (SK Agama(MIS) Miri6. Rinawaty Mohd Sahari (SK (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu)7.

Nama Sekolah

1. SKA Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching2. SMK Agama Igan, Mukah3. Sekolah AgamaTun Sakaran4. SM Islamiah Tawau5. SK Agama(MIS) Miri6. SK (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu

Refleksi P&P

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Sewaktu saya menyemak hasil kerja tulisan murid-murid tahun 2 Amanah , saya dapati ada dalam kalangan murid-murid masih tidak meletakkan noktah (.) pada akhir ayat dan tidak tahu penggunaan huruf besar sama ada pada permulaan ayat atau pada Kata Nama Khas walaupun kemahiran ini telah pun didedahkan kepada mereka sejak tahun 1 lagi.

Didapati 8 daripada 33 orang murid-murid masih gagal menggunakan huruf besar untuk memulakan ayat masing-masing dalam buku latihan untuk kerja rumah dari buku teks Bahasa Melayu.

Manakala, dalam buku aktiviti, didapati 7 daripada 33 orang murid masih gagal meletakkan noktah (.) di hujung ayat.

Guru telah berkali-kali menegur murid akan kecuaian mereka dan mengingatkan murid-murid agar lebih berhati-hati semasa menulis ayat terutamanya dalam penggunaan huruf besar dan noktah. Walau bagaimanapun, masalah kecuaian ini tetap juga berlaku dalam kalangan segelintir murid-murid.

Isu Keprihatinan yang dikaji

Isu Keprihatinan / Fokus Kajian

Isu ini adalah serius kerana penggunaan tanda baca ini adalah sebahagian daripada standard pembelajaran dalam kemahiran menulis dan akan menjejaskan pencapaian murid-murid dalam peperiksaan.

Program yang akan dilaksanakan akan melibatkan semua murid dari kelas 2 Amanah, tetapi kajian ini akan berfokuskan kepada murid-murid yang kerap kali melakukan kecuaian berdasarkan hasil kerja mereka sama ada di dalam buku aktiviti mahupun dalam buku latihan dalam kesalahan tanda baca.

Objektif Kajian

Objektif KajianSelepas kajian ini selesai dijalankan, murid-muriddiharap akan mencapai objektif berikut:

i. Objektif UmumMeningkatkan peratus kelulusan Bahasa Melayu di sekolah.

ii. Objektif KhususMurid-murid akan sentiasa dapat: Menulis ayat dengan memulakannya dengan huruf besar. Menulis kata nama khas dengan betul Mengakhiri ayat dengan tanda baca noktah (.)

Kumpulan Sasaran UmumMurid-murid dari kelas 2 Amanah

Kumpulan Sasaran KhususMelibatkan 8 orang murid-murid dari kelas 2 Amanah, yang terdiri dari 5 murid-murid Melanau dan 3 murid-murid Melayu.

Tindakan yang dicadangkan

i. Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalammenjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yangdikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahamidengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauandilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut:

1. Pengenalpastian masalah melalui hasil kerja penulisan murid-murid.1. Pengenalpastian kekerapan masalah ini berlaku.1. Pengenalpastian sasaran kajian.

ii. Program Masihkah Kau Ingat

1. Ujian penggunaan tanda baca (diintegrasikan dalam sesi pdp) - (rujuk lampiran 1)

1. Pelaksanaan Masihkah Kau Ingat.

Cara Pelaksanaan:

0. Guru memperkenalkan program Masihkah Kau Ingat dan menerangkan maksudnya._ (huruf besar)....... (perkataan dalam ayat)( . ) (noktah)0. Guru meletakkan poster Masihkah Kau Ingat di dalam kelas untuk mengingatkan murid-murid agar menulis dengan betul.0. Guru meletakkan flash card Masihkah Kau Ingat dan dilekatkan di atas meja setiap murid-murid kelas 2 Amanah.0. Sesi interaktif dengan murid-murid dengan menggunakan teknik .....(.)0. Guru mengedarkan lembaran kerja (lampiran 1) 0. Murid-murid mempraktikkan Masihkah Kau Ingat........(.) dalam hasil kerja tulisan mereka untuk lembaran kerja tersebut.0. Murid-murid juga akan mempraktikkan Masihkah Kau Ingat dalam hasil-hasil kerja penulisan Bahasa Melayu yang lain.

6. Guru menganalisis hasil kerja murid-murid.

iii. Program Menjejak Kata Nama

7. Guru mengaitkan program inovatif sekolah Buku Di Tangan dengan program Menjejak Kata Nama Khas yang lebih berfokus kepada buku- buku Bahasa Melayu.

8. Murid dikehendaki menyediakan satu buku catatan khas untuk program Menjejak Kata Nama Khas untuk mencatat yang berikut:

Tajuk Buku: Pengarang: Glosari: Senarai Kata Nama Khas dalam buku:

9. Murid diingatkan untuk menggunakan huruf besar dalam penulisan semua perkara tersebut.

10. Guru menyemak hasil kerja murid pada setiap hari Jumaat.

11. Ganjaran diberikan pada murid yang berjaya mengaplikasikan penggunaan huruf besar yang betul dalam tugasan tersebut.

Aktiviti-aktiviti ini akan diubah suai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan awal.

Jadual Pelaksanaan Kajian

BilAktivitiTarikh Pelaksanaan

1Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal05 Januari 2014

2Menulis Kertas Cadangan / Proposal Kajian05 Januari 2014

3Merancang Tindakan (Individu / Panitia)07 Januari 2014

4Melaksanakan Tindakan(aktiviti 1)08 Januari 2014

5Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 114 Januari 2014

6Melaksanakan tindakan (aktiviti 2)20 Januari 2014

7Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal28 Januari 2014

8Menulis proposal kajian 30 Januari 2014

9Merancang Tindakan (Individu Panitia) (aktiviti 3)4 Februari 2014

10Melaksanakan tindakan11 Februari 2014

11Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 (dalam panitia)12 Mac 2014

12Ujian untuk mengesan pencapaian murid18 Mac 2014

13Refleksi Kajian24 Mac 2014

14Menulis laporan kajian26 Mac 2014

15Pembentangan Dapatan01 April 2014

Kos Kajian

BilBahanKos

1Kertas A4 (Lembaran kerja & ujian)1 X RM9.50

2Ink Catrdrige 2 X RM85

3Kertas warna (multicoloured papers)1 X RM10.00

4Liminating film1 X RM40

5Buku catatan33 X RM0.60

6Fotostat bahan laporan kajianRM20

7Ganjaran untuk program Menjejak Kata Nama KhasRM10 X 8

JUMLAHRM349.30