Kertas Cadangan Majlis Penyerahan Tugas Pemimpn Pelajar Semashur Bagi Sesi 2010

7
KERTAS CADANGAN MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PEMIMPIN PELAJAR SEMASHUR BAGI SESI 2009/2010. Pengenalan Pemimpin pelajar merupakan tunggak kepimpinan utama bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. Dengan konsep melentur rebung biar dari akarnya, barisan kepimpinan ini diberikan ruang dan peluang untuk mengasah serta menonjolkan lagi bakat kepimpinan mereka. Barisan pemimpin pelajar yang terdiri daripada Badan Pengawas Sekolah, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Pusat Sumber (PPS), Semashur Islamic Society (SIS) dan Ketua-Ketua serta Penolong Ketua-Ketua Rumah (Homeroom) adalah agen pemangkin di dalam kebitaraan dan kecemerlangan SEMASHUR. Tugas yang digalas oleh barisan ini seiring dengan warga pentadbir dan pendidik sekolah yang bermatlamat untuk merealisasikan SEMASHUR nombor satu. Selaras dengan intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan sekolah sebagai satu institusi untuk melahirkan insan yang seimbang dari sudut jasmani, rohani dan intelek maka misi warga pendidik memastikan agar falsafah murni ini dapat dicapai sepenuhnya.

description

kertas kerja

Transcript of Kertas Cadangan Majlis Penyerahan Tugas Pemimpn Pelajar Semashur Bagi Sesi 2010

Page 1: Kertas Cadangan Majlis Penyerahan Tugas Pemimpn Pelajar Semashur Bagi Sesi 2010

KERTAS CADANGAN MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PEMIMPIN PELAJAR

SEMASHUR BAGI SESI 2009/2010.

Pengenalan

Pemimpin pelajar merupakan tunggak kepimpinan utama bagi pelajar-pelajar Sekolah

Menengah Sains Hulu Selangor. Dengan konsep melentur rebung biar dari akarnya,

barisan kepimpinan ini diberikan ruang dan peluang untuk mengasah serta menonjolkan

lagi bakat kepimpinan mereka. Barisan pemimpin pelajar yang terdiri daripada Badan

Pengawas Sekolah, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS),

Pengawas Pusat Sumber (PPS), Semashur Islamic Society (SIS) dan Ketua-Ketua serta

Penolong Ketua-Ketua Rumah (Homeroom) adalah agen pemangkin di dalam kebitaraan

dan kecemerlangan SEMASHUR. Tugas yang digalas oleh barisan ini seiring dengan

warga pentadbir dan pendidik sekolah yang bermatlamat untuk merealisasikan

SEMASHUR nombor satu.

Selaras dengan intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan

sekolah sebagai satu institusi untuk melahirkan insan yang seimbang dari sudut jasmani,

rohani dan intelek maka misi warga pendidik memastikan agar falsafah murni ini dapat

dicapai sepenuhnya.

Majlis penyerahan tugas pemimpin pelajar ini diadakan sebagai satu simbolik

penyerahan tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh pelajar-pelajar tingkatan lima

yang mewakili badan-badan pemimpin pelajar yang telah dinyatakan, kepada barisan

baru pemimpin tingkatan empat. Tujuannya, untuk memberi ruang kepada barisan

pemimpin yang berada di tingkatan lima memberi tumpuan sepenuhnya kepada

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal dihadapi. Dalam masa yang

sama, mereka boleh melatih dan membimbing barisan baru ini. Bagi pucuk pimpinan

baru pula, ianya dijadikan sebagai tempoh percubaan kepada mereka untuk menggalas

Page 2: Kertas Cadangan Majlis Penyerahan Tugas Pemimpn Pelajar Semashur Bagi Sesi 2010

amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebelum tibanya Majlis Watikah Perlantikan

yang sebenarnya.

Objektif

1. Memberi ruang kepada pelajar tingkatan lima memberikan fokus sepenuhnya

kepada bidang akademik sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM).

2. Melatih barisan pemimpin baru dengan memberi ruang percubaan sebelum

menggalas tanggungjawab dan amanah sepenuhnya.

3. Memberi ruang dan peluang kepada para pelajar untuk menonjolkan bakat

kepimpinan yang dimiliki.

4. Memperkenalkan barisan kepimpinan baru kepada semua warga SEMASHUR.

5. Menaikkan tahap motivasi pemimpin di kalangan pelajar dengan memberi

penghargaan di atas bakat kepimpinan yang telah ditonjolkan.

Tarikh, Masa dan Tempat

Tarikh : 21 Julai 2010

Masa : 7.30 pagi – 9.30 pagi

Tempat : Dewan Titiwangsa. SEMASHUR.

Sasaran

Semua pemimpin-pemimpin pelajar, pelajar-pelajar dan warga pentadbir serta pendidik

SEMASHUR akan terlibat menjayakan majlis ini.

Tentatif

Seperti Di Lampiran

Page 3: Kertas Cadangan Majlis Penyerahan Tugas Pemimpn Pelajar Semashur Bagi Sesi 2010

Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : Tn Hj Rafiei bin MustaphaPengetua Cemerlang

Pengerusi : En. Md Baharuddin bin MahaniPen. Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi I : En. Suhaime bin MohdPenolong Kanan

Naib Pengerusi II : Cik Noorhani bt YahyaPenolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Pn. Zana bt Mulup

Penyelaras Program : En. Mohd Fauzhi bin Saip

Ahli Jawatankuasa

Pemilihan Pemimpin- Semua Pentadbir & Guru Penasihat

Persiapan Tempat- En. Rosli bin Mustafa- En. Khairul Zaman bin Salleh

Sijil & Back Drop - Pn. Sarimah bt Abd Wahab- En. Shahidin Abd Rashid

Pengerusi Majlis- Pn. Zanariah bt Ahmad

Bacaan Doa- En. Syamsul bin Yushak

Teks Ucapan

- Cik Nur Raihan bt Nordin

Dokumentasi- En. Yahya bin Mamat- Kelab fotografi sekolah

PA System- En. Mohd Fauzi bin Mutalib

Penyelaras Penerima Sijil- En. Mohd Yazid bin Baharom- Pn. Mardiana bt Yusof

Buku Program- Cik Nur Azlina bt Mohamad- En. Mohd Tariq bin Ishak

Page 4: Kertas Cadangan Majlis Penyerahan Tugas Pemimpn Pelajar Semashur Bagi Sesi 2010

Penutup

Diharap agar majlis ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah ditetapkan dengan jayanya dan memberikan satu suntikan semangat kepada barisan kepimpinan pelajar yang baru dilantik agar kecemerlangan SEMASHUR dapat diteruskan dan dipertahankan dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Disediakan Oleh

________________________MOHD FAUZHI BIN SAIPPenyelaras program

Disokong Oleh

________________________MD BAHARUDDIN BIN MAHANIPen. Kanan Hal Ehwal MuridSM Sains Hulu Selangor

Disahkan Oleh

________________________HJ. RAFIEI BIN MUSTAPHAPengetua CemerlangSM Sains Hulu Selangor

Page 5: Kertas Cadangan Majlis Penyerahan Tugas Pemimpn Pelajar Semashur Bagi Sesi 2010

Lampiran

ATURCARA MAJLIS PENYERAHAN TUGAS KEPIMPINAN PELAJAR SESI 2009/2010

TARIKH : 21 Januari 2010TEMPAT : DEWAN TITIWANGSA

Aturcara Majlis

7.30 pagi - Perarakan Masuk Pengetua & Barisan Pentadbir

- Nyanyian Lagu Negaraku / Lagu Negeri Selangor / Lagu Sekolah

7.45 pagi - Ucapan Penyelaras Program

- Ucapan Perasmian Tuan Pengetua Cemerlang

8.30 pagi - Majlis Penyerahan Tugas

- Ikrar penyerahan tugas kepimpinan sesi 2009/10(Nur Afiq Sulaim bin Rozaidi)

- Ikrar penerimaan tugas kepimpinan sesi 2010/11

- Majlis penyerahan dan penerimaan sijil(10 orang wakil)

- Ucapan Wakil Pemimpin 2010/11

9.30 pagi - Bacaan Doa / Bersurai