Kertas Cadangan SemKeb13 Latest
-
Upload
maizaton20 -
Category
Documents
-
view
229 -
download
2
description
Transcript of Kertas Cadangan SemKeb13 Latest
SULIT
Ruj: Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru IPGM
Nombor :
Salinan Bilangan :
KERTAS CADANGAN DARIPADA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
CADANGAN PENGANJURAN
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN 2013
TUJUAN
1. Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk memohon
pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru
IPGM berhubung dengan cadangan untuk menganjurkan Seminar
Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 anjuran
bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) dengan
Universiti Sains Malaysia (USM).
SULIT
SULIT
LATAR BELAKANG
2. Pada 13 Julai 2005 Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah
maktab perguruan di Malaysia kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) yang setaraf dengan Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Sebagai
sebuah institusi yang bertaraf universiti peranan IPGM tidak sekadar
mendidik untuk melahirkan guru sahaja tetapi haruslah juga menghasilkan
penyelidikan dan inovasi yang berkualiti untuk disebarluaskan kepada
warga pendidik di Malaysia.
3. Penyelidikan dan inovasi dalam pelbagai bidang berkaitan pendidikan
perlulah berjalan seiring dengan perkembangan dan peningkatan taraf
IPGM itu sendiri. Adalah tidak bermakna jika IPGM hanya berubah pada
namanya sahaja tetapi tidak pada isi dalamannya. Oleh yang demikian
para pensyarah sebagai pendidik guru haruslah juga berubah dan
menjadikan penyelidikan dan inovasi sebagai salah satu aktiviti utama
mereka dalam meningkatkan profesionalisme masing-masing. Langkah
IPGM meletakkan penyelidikan dan inovasi sebagai satu penilaian dalam
kompentensi pensyarah adalah satu langkah yang positif dan diharapkan
dapat menyemarakkan lagi penyelidikan di IPGM. Penemuan-penemuan
baru yang dihasilkan daripada penyelidikan dan inovasi dalam kalangan
pensyarah akan dapat meningkatkan lagi kualiti IPGM sebagai “Learner
Centered University”.
4. Seterusnya, penyelidikan dan penerbitan adalah juga merupakan
salah satu komponen yang dapat meningkatkan kompetensi pensyarah
khususnya dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan inovasi.
2SULIT
SULIT
Komponen ini juga merupakan salah satu kriteria kenaikan pangkat yang
diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 26 Oktober 2010
kepada semua pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Sehubungan dengan itu, cadangan penganjuran seminar ini merupakan
satu usaha murni untuk menyokong dan membudayakan amalan
penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam kalangan pensyarah IPG
dan universiti ke arah meningkatkan profesionalisme masing-masing.
ASAS PERTIMBANGAN
5. Kejayaan Penganjuran Seminar Sehingga Disember 2012:
Seminar Tarikh Tempat
Seminar Penyelidikan Pendidikan Zon Utara
5 – 7 Ogos 2008
IPG Kampus Darulaman
Seminar Kajian Tindakan Pelajar Semester 8
21 – 23 Sept 2010
IPG Kampus Darulaman
Seminar Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan
25 – 27 Okt 2010
Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat IPGKDA
9 – 11 Okt 2011
Hotel Naza Tallya, Pulau Pinang
Seminar Kajian Tindakan Pelajar Semester 8
20 – 21 Okt 2011
IPG Kampus Darulaman
Seminar Kajian Tindakan Pelajar Semester 8
3 – 6 Sept 2012
IPG Kampus Darulaman
Seminar Kajian Tindakan Peringkat Negeri Kedah
22 – 24 Sept 2012
Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
3SULIT
SULIT
6. Perkongsian Pintar antara institusi adalah penting dalam
mengembangkan ilmu khususnya melalui penyelidikan dan inovasi.
Penyelidikan dan inovasi menjadi satu keperluan dalam meningkatkan
profesionalisme pensyarah sama ada di IPGK mahupun di universiti. Di
dalam menjamin kesinambungan ilmu, hasil-hasil penyelidikan dan inovasi
perlulah disebarluaskan dan hal ini sangatlah memerlukan komitmen yang
tinggi dalam kalangan pensyarah untuk hasil penyelidikan dan inovasi
mereka.
7. Berdasarkan statistik IPG Darulaman, hanya terdapat sekitar 10%
sahaja pensyarah yang pernah membentangkan hasil penyelidikan dan
inovasi mereka dalam seminar sama ada di peringkat institut, kebangsaan
atau antarabangsa. Sementara pensyarah di peringkat universiti
mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pembentangan hasil
penyelidikan dan inovasi di pelbagai peringkat sehingga ke peringkat
antarabangsa. Seminar yang dicadangkan ini adalah satu usaha untuk
merapatkan jurang dan berkongsi pengalaman antara pensyarah IPGK dan
pensyarah universiti dalam bidang penyelidikan dan inovasi.
8. Objektif seminar yang dicadangkan adalah seperti berikut:
5.1 Membina satu jaringan sokongan antara IPGK dan universiti
dalam memantapkan bidang penyelidikan dan inovasi
khususnya di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.
4SULIT
SULIT
5.2 Memberi peluang dan ruang kepada pensyarah IPGK dan
pensyarah universiti membentangkan kertas penyelidikan dan
inovasi dalam seminar peringkat kebangsaan.
5.3 Menyediakan satu platform yang sesuai kepada pensyarah
IPGK berkongsi pandangan dan pengalaman dengan
pensyarah universiti dalam meningkatkan kualiti penyelidikan
dan inovasi.
5.4 Mengenal pasti isu dan cabaran semasa dalam pelbagai
bidang penyelidikan pendidikan dan inovasi.
5.5 Berkongsi maklumat dan kepakaran dengan pihak universiti
dalam usaha membudayakan dan memantapkan penyelidikan
dan inovasi dalam kalangan warga pendidik.
9. Cadangan tema dalam seminar ini ialah “PENYELIDIKAN DAN
INOVASI PEMANGKIN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
9.1 Cadangan sub tema ialah:
i. Pengukuran dan Penilaian
ii. Pembelajaran Sepanjang Hayat
iii. Isu-isu dan Amalan dalam Pendidikan
iv. Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran
v. Penyelidikan dalam Pembelajaran dan Pengajaran
5SULIT
SULIT
vi. Teknologi Maklumat dalam Pembelajaran dan
Pengajaran
10. Cadangan tarikh dan tempat untuk menjalankan seminar ini ialah
seperti berikut:
5.1 Tarikh cadangan pelaksanaan seminar ialah pada 11 - 12 Nov.
2013 (Isnin & Selasa) (sila rujuk Lampiran A).
Tarikh: 11/11/2013
Pendaftaran peserta dan pembentang
Ucap utama dan sesi selari pembentangan kertas
penyelidikan
Tarikh: 12/11/2013
Sambungan sesi selari pembentangan kertas
penyelidikan dan majlis penutup
5.2 Cadangan tempat seminar:
Hotel Copthorne Orchid, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
5.3 Pembentang dan Peserta
Jumlah pembentang dan peserta seminar yang dicadangkan
seramai 150 orang. (sila rujuk Jadual 1 di bawah).
6SULIT
SULIT
Jadual 1Cadangan peserta dan pembentang Seminar Penyelidikan Pendidikan IPGKDA & USM Peringkat Kebangsaan 2013
Bil Kategori Peserta Bilangan Peserta
1 VIP dari IPGM KPM 3
2 VIP dari IPGK Darulaman 3
4 VIP dari USM 3
6 Ucap Utama 1
7 Urus setia IPGKDA & USM 20
8 Pembentang 60
9 Peserta 60
JUMLAH 150 orang
IMPLIKASISeminar dicadangkan ini akan melibatkan implikasi kewangan
seperti berikut:
1.1 Anggaran kewangan diperolehi melalui:
i. Pembentang dan Peserta:
RM 150.00 x 150 = RM 22,500.00
ii. Organisasi (IPGKDA & USM) = RM 4,747.00
Jumlah = RM27,247.00
1.2 Bayaran adalah untuk bahan seminar, makan dan minum
sepanjang seminar sahaja. Penginapan dan tuntutan
perjalanan tidak termasuk dalam bayaran tersebut. Untuk
perbelanjaan keseluruhan seminar, sila rujuk Lampiran B yang
dilampirkan.
SYOR
7SULIT
SULIT
6. Ahli Mesyuarat adalah dipohon untuk menimbang dan meluluskan
cadangan bagi IPG Kampus Darulaman dan Universiti Sains Malaysia
menganjurkan Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan
Tahun 2013 mengikut, tarikh, masa dan tempat yang telah dicadangkan.
Kelulusan ini amat diperlukan bagi memudahkan pihak IPGKDA
mengambil tindakan selanjutnya.
Disediakan oleh,
Ketua Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.
Tarikh: 1 Jun 2013
8SULIT
SULIT
LAMPIRAN A
TENTATIF PROGRAMSEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013
ANJURAN BERSAMA IPGKDA DAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIAHOTEL COPTHORNE ORCHID, TANJUNG BUNGAH, PULAU PINANG
11 – 12 NOVEMBER 2013
SULIT
11 Nov 2013
(Isnin)
12 Nov 2013
(Selasa)
SULIT
LAMPIRAN B
SULIT
Perkara JUMLAH
Anggaran Pakej Makan 150 orang pesertaRM50.00 x 150 orang x 2 hari RM15,000.00 RM15,000.00
Penginapan Urus setiaRM180.00 x 12 orang x 2 hari RM4,320.00 RM4,320.00
Sewa Bilik Seminara. Dewan Utama (RM300 x 2hari) b. Bilik 1 (RM200.00 x 2 hari)c. Bilik 2 (RM200.00 x 2 hari)
RM600.00RM400.00RM400.00
RM1,400.00
Anggaran Tuntutan Perbatuan untuk 4 buah kereta urus setia 120 km x 0.7 x 2 x 4 buah kereta
RM672.00 RM672.00
Anggaran perbelanjaan untuk tiket penerbangan penyampai ucap utamaTiket penerbangan KUL-PEN/PEN-KUL =RM200 x 2 RM400.00
RM400.00
Beg Seminar RM12.00 x 150 buah
Buku Program RM10.00 x 150 buah
CD Prosiding untuk peserta dan pembentangRM2.000 x 150 keping
Tag namaRM5.00 x 150 keping
Sijil Kehadiran dan PenghargaanRM1.50 x 150 keping
Kain Rentang100.00 x 1 set
Back Drop (Pentas Utama)RM200 x 1 set
RM1800.00
RM1500.00
RM300.00
RM750.00
RM225.00
RM100.00
RM200.00
RM4,875.00
Hadiah/Cenderamata untuk :Pembentang ucap utama
RM200.00 x 1 orang
Moderator sesi pembentanganRM30.00 x 6 orang
Kecemasan/Runcit RM200.00
RM200.00
RM180.00
RM200.00
RM580.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM27,247.00