Kertas Cadangan Simpulan Bahasa

download Kertas Cadangan Simpulan Bahasa

of 5

Transcript of Kertas Cadangan Simpulan Bahasa

  • 8/10/2019 Kertas Cadangan Simpulan Bahasa

    1/5

    SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA 2

    KERTAS CADANGANPROJEK SIMPULAN BAHASA

    DISEDIAKAN OLEH :

    PELAJAR PRAKTIKUM INTERNSHIPIPG KAMPUS BAHASA MELAYU

  • 8/10/2019 Kertas Cadangan Simpulan Bahasa

    2/5

    KERTAS CADANGAN

    MENJALANKAN SATU PROJEK SIMPULAN BAHASA

    1. PENGENALAN

    Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke

    arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang

    kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah

    sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau

    kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga

    dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan

    ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah serta bermanfaat

    kepada para pelajar secara khususnya. Oleh itu, guru-guru pelatih akan mengambil

    peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana yang

    kondusif semasa bekerja dalam kalangan guru.

    2. RASIONAL

    Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda

    utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang

    perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada

    guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan

    agama. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran

    sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya

    diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.

    Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran

    yang mendidik melalui projek simpulan bahasa. Secara tidak langsung tetamu yang

    melalui kawasan sekolah akan membaca simpulan bahasa disamping mendapat ilmu

    pengetahuan.

  • 8/10/2019 Kertas Cadangan Simpulan Bahasa

    3/5

    3. OBJEKTIF

    i) Untuk menjadikan laluan tangga sekolah sebagai satu tempat tumpuan yang menarik

    bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.

    ii) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak

    sekolah.

    iii) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah.

    iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani internship

    di sekolah ini.

    v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan

    sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai

    guru sebenar pada masa akan datang.

    4. TEMPOH PELAKSANAAN

    Tempoh : 4 minggu (Julai 2013)

    Tempat : Laluan tangga sekolah

    5. AHLI JAWATANKUASA

    Penasihat : Puan Hajah Khadijah binti Udin

    Pengerusi : En. Balpanavan Nair

    Naib Pengerusi : En. Ahmed Hafez bin Syed Abdullah

    Penyelaras Projek : Nur Lailam binti Mustaffa

  • 8/10/2019 Kertas Cadangan Simpulan Bahasa

    4/5

    6. ANGGARAN PERBELANJAAN

    Bil Perkara Harga/Kos

    1. Kertas A4 RM 11.00

    2. Liminating Paper RM 20.00

    3. Dakwat Printer RM 10.00

    Jumlah Keseluruhan RM 41.00

    7. SUMBER KEWANGAN

    Kewangan peribadi guru pelatih.

    8. PERANCANGAN PROJEK

    Bil. Aktiviti

    1. Perbincangan mengenai simpulan bahasa dan border untuk simpulan

    bahasa

    2. Pembinaan kertas kerja

    3. Perbincangan dan pemilihan bersama pihak pentadbiran untuk khidmat

    nasihat bagi mendapat kelulusan daripada Guru Besar

    4. Penyediaan lakaran simpulan bahasa

    5. Projek dimulakan

    6. Refleksi dan dokumentasi

  • 8/10/2019 Kertas Cadangan Simpulan Bahasa

    5/5

    9. PENUTUP

    Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan

    dikendalikan oleh guru pelatih dari IPGM Kampus Bahasa Melayu. Saya berharap

    projek Simpulan Bahasa ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek sepertiini akan menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada guru pelatih mengenai

    pengurusan keceriaan di luar bilik darjah serta mengeratkan hubungan antara guru

    pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya 2. Semoga projek yang

    bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran Sekolah Kebangsaan

    Damansara Jaya 2.

    Disediakan oleh:

    .......................................(NUR LAILAM BINTI MUSTAFFA)Setiausaha,Projek Mural 1 Murid 1 Sukan

    Disahkan oleh:

    ........................................(.......................)Guru Penolong Kanan 1,

    Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya 2,Petaling Jaya.

    Diluluskan oleh:

    .........................................(PUAN HJH KHADIJAH BINTI UDIN)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya 2,Petaling Jaya.