Kertas-Kerja (3)
description
Transcript of Kertas-Kerja (3)
CADANGAN PENUBUHAN KELAB
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
KERTAS CADANGAN C
TAJUK: PENUBUHAN KELAB BOLA TAMPAR
1.0 LATAR BELAKANG
1.1 PENGENALAN
Kokurikulum adalah kegiatan berkumpulan di mana kegiatan yang
dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah yang memberi peluang untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik
darjah. Ia adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani selaras
dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan
membentuk generasi yang seimbang. Justeru, merujuk surat Pekeliling
Ikhtisas Bilangan 1/1985 bertarikh 2 Januari 1985, setiap murid sama ada
dari sekolah kerajaan atau bukan kerajaan diwajibkan mengambil
sekurang-kurangnya satu aktiviti Pasukan Badan Beruniform, satu aktiviti
persatuan atau kelab dan satu aktiviti sukan atau permainan. Oleh yang
demikian, kita sebaggai bakal guru wajar mengambil inisiattif untuk
melibatkan diri dalam aktiviti sukan demi meningkatkan ilmu kesukanan.
Matlamat utama pelaksanaan kokurikulum dalam pendidikan ialah untuk
membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam
menyemai kesedaran kepada agama dan kepercayaan kepada tuhan;
menyeimbangkan perkembangan rohani, jasmani,
intelek dan emosi; mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam
kalangan murid; membina dan meningkatkan minat dan bakat; membina
dan meningkatkan disiplin; mewujudkan budaya sekolah yang sihat;
membina dan meningkatkan kerjasama; dan mewujudkan sekolah
berwatak. Justeru itu, penubuhan kelab bola tampar dalam Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa merupakan inisiatif
semua pihak dala usaha kea rah merealisasikan aspirasi yang ditekankan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.2 SIPNOSIS
Kelab bola tampar yang akan ditubuhkan ini mempunyai beberapa perancangan
rapi bagi menghadapi tahun 2015. Kelab bola tampar berhasrat untuk menarik
minat pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
untuk menyertai kelab ini atas dasar minat dan keinginan untuk belajar. Kami
juga merancang untuk mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan
dengan pasukan bola tampar dari luar, seperti dari Universiti Malaya, Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dan sebagainya untuk menimba
pengalaman. Kelab ini juga memberi peluang kepada siswa pendidik institute
Pendidikan Guru Kampus bahasa Antarabangsa untuk berlatih bagi mewakili
Institut dalam kejohanan bola tampar seperti KAGUM dan sebagainya.
2.0 NAMA PASUKAN
Revolt Volleyball Team (Pasukan Bola Tampar Rasmi Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Antarabangsa)
3.0 MATLAMAT
3.1 Memberi peluang kepada siswa pendidik untuk menceburi bidang sukan
yang baru dan boleh diaplikasikan di sekolah seperti sukan bola tampar.
3.2 Membina dan meningkatkan minat pelajar terhadap sukan bola tampar di
samping menggilap bakat muda.
3.3 Menjadikan sukan bola tamppar sebagai satu aktiviti yang digemari oleh
warga Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
4.0 OBJEKTIF
4.1 Memupuk minat bersukan dalam diri siswa pendidik yang seiring dengan
visi Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4.2 Mempelajari kemahiran-kemahiran dalam sukan bola tampar dan
penyusunan strategi.
4.3 Memupuk semangat berpasukan dan setiakawan dalam diri rakan-rakan
agar mampu mencapai kejayaan dalam sukan bola tampar.
4.4 Menggilap bakat-bakat muda dan terpendam dalam sukan bola tampar
disamping meningkatkan mutu bola tampar dengan kehadiran siswa
pendidik yang mempunyai pengalaman dalam sukan ini.
5.0 KEAHLIAN
5.1 Terbuka kepada semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Antarabangsa.
5.2 Borang pemohonan ahli disediakan.
5.3 Ahli-ahli mesti menerima dan bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan
penubuhan kelab ini.
6.0 PENSYARAH PENASIHAT
6.1 Pensyarah penasihat kelab ini ialah En. Baharuddin bin Hassan
6.2 Pensyarah penasihat mempunyai kuasa untuk merancang atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
7.0 MASA DAN TEMPAT
Masa latihan: 5.30 petang hingga 7.00 petang
Tempat latihan: Gelanggang bola tampar Institut Pendidkan Guru Kampus
Bahasa Antarabangsa.
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Ahli- ahli jawatankuasa ini dilantik berdasarkan undian tertinggi yang dilakukan.
Pengerusi : Muhammad Fazree Bin Sulaiman
Naib Pengerusi : Nur Asyiqin Binti Sofian
Setiausaha : Ishwaar Singh a/l Manjit Singh
Naib Setiausaha : Adrian Romario Andrew
Bendahari : Siti Nur Hafizah Binti Mokran
Naib Bendahari : Muhammad Syafiq bin Mohammad
Ahli Jawatankuasa
Kapten
Lelaki : Muhammad Muizz bin Adanan
Perempuan : Azzra Shaheen Binti Muhammad
Pengurus Pasukan
Lelaki : Muhammad Ammar bin Zulkifli
Perempuan : Nurul Asma binti Ab Ghani.
AJK Makanan dan Minuman: Nurathifibinti Tengku Amdan
Nur Aiman binti kamaruzaman
Jurulatih : Rahman bin Kaharuddin
9.0 RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN
9.1 Pertandingan Bola tampar antara IPG KBM dan Universiti Malaya.
9.2 Kursus Kejurulatihan dan kepengadilan bola tampar
9.3 Pertandingan bola tampar IPGKBA Tertutup
9.4 Menyertai pertandingan bola tampar antara IPG
10.0 PENUTUP
Pendedahan permainan bola tampar tidak hanya untuk menjadikan siswa
pendidik IPGKBA menjadi sihat dan bersukan, tetapi turut membolehkan mereka
berfikir dan melaksankan strategi tertentu dalam usaha untuk bermain
permainan ini. Sesungguhnya, sukan bola tampar semakin mendapat tempat
dalam kalangan rakyat Malaysia dan wajar untuk dijadikan sukan teras untuk
semua.
Disediakan oleh, Diluluskan oleh,
……………………… ………………………………..
(ISHWAAR SINGH) (ENCIK BASENI BIN JANTRA)
Setiausaha, Ketua Unit Kokurikulum,
Persatuan Bola Tampar, Institut Pendidikan Guru,
Institut Pendidkan Guru. Kampus Bahasa Antarabangsa.
Kampus Bahasa Antarabangsa.
Lampiran
Gambar 1: Latihan digging.
Gambar 2: Latihan
Gambar 3: Latihan
Gambar 4: Latihan digging.
Gambar 5: Latihan.