Kertas kerja

3
1.0 PENDAHULUAN Proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam sistem persekolahan di Malaysia bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid menguasai dan mengamalkan struktur bahasa yang difahami dengan tepat mengikut konteks penggunaan, khususnya pemahaman tentang teks yang dibaca. Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya 2005). Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman membaca. Sekiranya seseorang murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan memahami teks sejak dari awal, maka adalah sukar untuknya memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu peperiksaan. Oleh itu, perancangan yang teliti dan berkesan perlu dijalankan oleh seseorang guru dalam mengajar kemahiran membaca dan memahami teks kepada murid-muridnya.

Transcript of Kertas kerja

Page 1: Kertas kerja

1.0 PENDAHULUAN

Proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam sistem

persekolahan di Malaysia bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid

menguasai dan mengamalkan struktur bahasa yang difahami dengan tepat mengikut

konteks penggunaan, khususnya pemahaman tentang teks yang dibaca. Kemahiran

membaca merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Tujuan

membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna

kepada pembaca (Yahya 2005). Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran

yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi

yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan

sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara

bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan

maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan

bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman membaca. Sekiranya seseorang murid tidak

dapat menguasai kemahiran membaca dan memahami teks sejak dari awal, maka

adalah sukar untuknya memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu

peperiksaan. Oleh itu, perancangan yang teliti dan berkesan perlu dijalankan oleh

seseorang guru dalam mengajar kemahiran membaca dan memahami teks kepada

murid-muridnya.

Dalam hal ini, Francis P.Robinson dari Universiti Ohio Amerika Syarikat telah

mengembangkansebuah teknik membaca yang dikenali sebagai SQ3R. Teknik ini

bersifat praktis dan dapat diaplikasikan dalam berbagai pendekatan belajar.

Page 2: Kertas kerja

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Semasa mengajar Bahasa Melayu, saya mendapati murid-murid tahun 5.3 di Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong agak lemah dalam menjawab soalan dengan betul berdasarkan teks yang dibaca. Malah, mereka juga tidak dapat menjawab secara lisan menggunakan struktur ayat yang baik. Hal ini disokong dengan pencapaian murid dalam ujian diagnostik dan analisis item yang telah dibuat pada ujian bulanan (Mac) dan ujian penggal pertama (Mei) 2014.

Berdasarkan pengalaman mengajar Bahasa Melayu lebih kurang 15 tahun, saya mendapati murid-murid sekolah rendah sememangnya kurang minat untuk membaca. Hal ini menyebabkan murid sukar memahami teks atau petikan yang dibaca.

Oleh hal yang demikian , saya akan berusaha memperbaiki kelemahan murid memahami teks yang dibaca terutama dalam menjawab 10 soalan kefahaman dalam kertas 1 Bahasa Melayu. Saya juga akan menambahbaik amalan pengajaran saya melalui penyelidikan tindakan kali ini. Saya membuat jangkaan bahawa peratusan pencapaian murid tahun 5 dalam Bahasa Melayu ( kertas 1) boleh ditingkatkan lagi sekiranya guru Bahasa Melayu