KERTAS KERJA

9
KERTAS KERJA PROGRAM KECERIAAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN SIR IBRAHIM, KLUANG 2013 Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif. Projek ini adalah salah satu aktiviti yang dirancang bersama oleh guru-guru pelatih dari IPG Kampus Tun Hussein Onn dengan Panitia Kemahiran Hidup Sekolah kebangsaan Sultan Sir Ibrahim, Kluang dengan sokongan pihak sekolah. Dalam masa yang 1.0 Pengenalan

description

KERTAS KERJA KECERIAAN BENGKEL KH

Transcript of KERTAS KERJA

Page 1: KERTAS KERJA

KERTAS KERJA

PROGRAM KECERIAAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN SIR IBRAHIM, KLUANG

2013

Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah

melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai

wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari

persekitaran sekolah yang kondusif. Projek ini adalah salah satu aktiviti yang dirancang

bersama oleh guru-guru pelatih dari IPG Kampus Tun Hussein Onn dengan Panitia

Kemahiran Hidup Sekolah kebangsaan Sultan Sir Ibrahim, Kluang dengan sokongan pihak

sekolah. Dalam masa yang sama, semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk

dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi

persekitaran sekolah.

Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi

agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah

menepati cita rasa pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan murid-murid.

1.0 Pengenalan

2.0 Rasional

Page 2: KERTAS KERJA

Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah

mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya

digunapakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.

Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana

persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Mural yang

dibina juga dapat digunakan untuk memantapkan ingatan dan digunakan ketika

pengajaran dan pembelajaran iaitu sebagai bahan bantu mengajar.

3.1 Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber

perhatian terutama pelajar dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah.

3.2 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah terutamanya Bengkel Kemahiran Hidup

sebagai kawasan yang cantik dan indah.

3.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti

dalam melaksanakan tugas.

3.4 Menyumbang tenaga dan buah fikiran guru pelatih sebagai sumbangan terhadap sekolah.

3.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara

berterusan.

4.0 Sasaran

3.0 Objektif

Page 3: KERTAS KERJA

4.1 Guru-guru pelatih IPGKTHO

4.2 Guru-guru Kemahiran Hidup

Bermula pada 08 Julai 2013 hingga 19 Julai 2013 ( Minggu kedua dan ketiga )

Bengkel Kemahiran Hidup

7. 1 Melukis dan mewarna mural

7.2 Menyusun atur bengkel

Pen

5.0 Tarikh

6.0 Tempat

7.0 Cadangan Program Keceriaan Bengkel

8.0 Struktur Organisasi Induk

Page 4: KERTAS KERJA

Pengerusi

Pn.Hjh Rahimah binti Abd.Gafar

Guru Penolong Kanan 1

Naib Pengerusi

En. Mohd Rizuan bin Rasid

Ketua Panitia Kemahiran Hidup

Penyelaras Program Keceriaan Bengkel

Pn. Nor Sharnida binti Daud

Penolong Penyelaras Program Keceriaan Bengkel

Cik Norain binti Abdullah

(Sila lihat lampiran ) Perubahan berdasarkan program semasa

(Sila lihat lampiran ) Perubahan berdasarkan program semasa

Pihak jawatankuasa amat mengharapkan semoga program ini dilaksanakan dengan

jayanya dan mencapai objektif yang digariskan serta akan lebih menceriakan lagi

9.0 Jadual Program

10.0 Anggaran Belanjawan

13.0 Penutup

Page 5: KERTAS KERJA

persekitaran SSIK. Perancangan perlaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah

bertujuan memudahkan pengurusan yang dikendalikan oleh penyelaras program. Program

ini merupakan salah satu platform guru pelatih untuk mencari pengalaman secara terus

daripada sekolah. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat

keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti

menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan

pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.........................:................................. .........................................................

( PN. NOR SHARNIDA BT DAUD ) (EN. MOHD RIZUAN BIN ABD. RASID )

Penyelaras Program Keceriaan Bengkel Kem. Hidup Ketua Panitia Kemahiran Hidup

Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim

Disahkan oleh,

.................................................................

(PN.HJH.RAHIMAH BT ABD. GAFAR )

Guru Penolong Kanan 1

Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim

BIL. TARIKH CADANGAN AKTIVITI

1. 08 Julai 2013 ( Isnin ) Berbincang dengan Pengerusi dan Ketua Panitia

Kemahiran Hidup tentang pemilihan lukisan mural

2. 09 Julai 2013 ( Selasa ) Mewarnakan semula latar belakang dinding

Lampiran A JADUAL PROGRAM

Page 6: KERTAS KERJA

3. 10 – 11 Julai 2013

( Rabu dan Khamis )

Memulakan proses melukis mural

4. 12 - 16 Julai 2013

( Jumaat - Selasa )

Mewarnakan mural

5. 17 Julai 2013 ( Rabu ) Mengemas dan membersihkan Bengkel Kemahiran

Hidup

6. 18 Julai 2013 ( Khamis ) Menceriakan Bengkel Kemahiran Hidup

7. 19 Julai 2013 ( Jumaat ) Dokumentasi

BIL. BAHAN DAN ALATAN KUANTITI ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Berus lukisan kecil RM 1.00 X 5 RM 5.00

2. Cat mural RM 5.00 X 6 RM 30.00

3. Polisterin board RM 3.00 X 3 RM 9.00

JUMLAH RM 44.00

Lampiran B ANGGARAN BELANJAWAN