KERTAS KERJA

5
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG JAAFAR 34600 KAMUNTING PERAK DARUL REDZUAN __________________________________________________ KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2014 _______________________________________________ ___ ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TARIKH 8 OGOS 2014 TEMPAT DEWAN TERBUKA

description

kk

Transcript of KERTAS KERJA

SEKOLAH KEBANGSAAN LONG JAAFAR34600 KAMUNTINGPERAK DARUL REDZUAN__________________________________________________

KERTAS KERJAMAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2014

__________________________________________________

ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

TARIKH8 OGOS 2014

TEMPATDEWAN TERBUKA SEKOLAH KEBANGSAAN LONG JAAFAR

1.0 PENGENALANHubungan erat dan mesra amat penting bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam sesebuah komuniti termasuk komuniti sekolah. Hubungan erat yang terjalin antara guru dengan murid atau guru sesama guru akan memupuk semangat bersatu bagi memajukan dan membangunkan sesebuah organisasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, pelbagai program yang dianjurkan di sekolah bertujuan untuk mencapai matlamat sosial ini antaranya melalui sambutan perayaan, pertandingan serta kegiatan kokurikulum. 2.0 RASIONALMajlis sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah satu program yang disambut setiap tahun sama ada di peringkat kebangsaan atau peringkat sekolah. Ia juga disambut secara besar-besaran di sekolah-sekolah dengan penglibatan semua warga sekolah tanpa mengenal perbezaan agama. Pada tahun ini juga, pihak sekolah melalui Panitia Pendidikan Islam akan menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah dengan penyertaan semua warga sekolah pada hari Jumaat bersamaan 8 Ogos 2014. Rasional majlis ini dilaksanakan adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni yang tinggi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Di samping itu, ia juga bertujuan sebagai satu medium untuk mengeratkan silaturrahim di institusi sekolah terutamanya antara guru dengan guru dan antara murid dengan guru. 3.0 OBJEKTIF PROJEKObjektif projek ini dijalankan adalah untuk: a) Menjalinkan hubungan erat sesama komuniti sekolah tanpa mengira bangsa dan agama.b) Mengamalkan cara hidup yang baik dengan saling bermaaf-maafan dan menghormati antara satu sama lain.c) Memberi peluang kepada warga sekolah untuk bekerjasama dan berhibur bersama-sama.d) Membentuk sahsiah diri yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni.4.0 KUMPULAN SASARAN Semua warga Sekolah Kebangsaan Long Jaafar

5.0 TEMPAT, TARIKH, HARITempat:Sekolah Kebangsaan Long JaaifarTarikh: 8 Ogos 2014Hari: JumaatMasa : 10.00 a.m -12.00 p.m

6.0 TENTATIF PROGRAM 10.00 a.m: Murid berkumpul di dewan terbuka sekolah10.15 a.m: Ucapan alu-aluan pengerusi majlis : Persembahan murid tahap 1, tahap 2 dan PPKI: Sumbangan duit raya untuk murid miskin: Jamuan12.00 p.m: Bersurai 7.0 JAWATANKUASA PENGELOLARujuk Lampiran 18.0 SUMBER KEWANGANSumber kewangan adalah:BilSumberJumlah

1Sumbangan guru-guru RM 285.50

2Panitia Pendidikan Islam RM 250.50

Jumlah keseluruhan RM 536.00

9.0 ANGGARAN BELANJAANBILPERKARAKUANTITIJUMLAH

1. Bihun goreng 670 x RM 0.60RM 402.00

2. Air sirap670 x RM 0.20RM 134.00

JUMLAH KESELURUHANRM 536.00

10.0 PENUTUPAdalah diharapkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidlifitri SK Long Jaafar tahun 2014 dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, majlis ini juga diharap dapat memberi manfaat kepada semua waga sekolah terutama guru dan murid dalam menyumbang kepada perkembangan proses pendidikan di sekolah. Tambahan lagi, semoga nilai bkerjasama dan bertanggungjawab warga sekolah dapat mengeratkan perpaduan dan silaturrahim dalam membentuk peribadi

Disediakan oleh: .........................................(NOR NANISYA ASYAKINA BINTI ROMZI)SetiausahaMajlis Sambutan Aidilfitri 2014,Sekolah Kebangsaan Long Jaafar,34600 Kamunting,Perak Darul Redzuan

Disemak oleh:...........................................(AZNI BINTI MOHD ZABRI)Penyelaras Majlis Sambutan Aidilfitri 2014Sekolah Kebangsaan Long Jaafar,34600 Kamunting,Perak Darul Redzuan

Diluluskan oleh: ............................................(OMAR KAMARUDDIN BIN AHMAD)Guru Besar CemerlangSekolah Kebangsaan Long Jaafar,34600 Kamunting,Perak Darul Redzuan