KERTAS KERJA

26
SEKOLAH KEBANGSAAN BERJAYA 45400 SEKINCHAN, SELANGOR D.E. LAPORAN GOTONG – ROYONG PERDANA TAHUN 2013 Tarikh : 5hb Januari 2013 Masa : 8.00-12.30 tengahari Tempat : SK. Berjaya Sasaran : Guru, Kaki tangan sekolah, Ibu bapa Dan Murid Tahap 2 Kehadiran : 181 orang Gotong Royong Perdana Sk. Berjaya diadakan pada hari Sabtu 5hb Januari 2013. Majlis dipengerusikan oleh Pn Norleha Bt Tamsir (Guru Besar) dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi menguruskan majlis tersebut.Segala peralatan telah disediakan oleh pihak sekolah dan kerjasama dari ibu bapa. Seramai 136 orang ibu bapa ,semua guru dan murid Tahun 4, 5 dan 6 hadir menyertai gotong royong pada hari itu. Kehadiran YDP PIBG SK Berajaya, Encik Ab Razak Bin Din memeriahkan lagi gotong royong tersebut. Kerja-kerja gotong royong dipusatkan pada kawasan perparitan, longkang, tandas, bilik darjah, kantin sekolah dan bilik guru. Jamuan untuk guru, ibu bapa dan murid telah disediakan oleh pihak sekolah. Ibu bapa juga telah menyumbangkan makanan dalam majlis gotong-royong tersebut. Sambutan gotong royong di SK Berjaya amatlah membanggakan dan diharap ramai lagi penyertaan ibu bapa pada masa yang akan datang. Pihak sekolah merakamkan berbanyak – banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan aktiviti gotong royong perdana tersebut.

Transcript of KERTAS KERJA

Page 1: KERTAS KERJA

SEKOLAH KEBANGSAAN BERJAYA45400 SEKINCHAN,

SELANGOR D.E.

LAPORAN   GOTONG – ROYONG PERDANA TAHUN 2013

Tarikh : 5hb Januari 2013

Masa   : 8.00-12.30 tengahari

Tempat : SK. Berjaya

Sasaran : Guru, Kaki tangan sekolah, Ibu bapa Dan Murid Tahap 2

Kehadiran : 181 orang

Gotong Royong Perdana Sk. Berjaya diadakan pada hari Sabtu 5hb Januari 2013. Majlis

dipengerusikan oleh Pn Norleha Bt Tamsir (Guru Besar) dan dibantu oleh  ahli jawatankuasa

yang telah dilantik bagi menguruskan majlis tersebut.Segala peralatan telah disediakan oleh

pihak sekolah dan kerjasama dari ibu bapa.

Seramai 136 orang ibu bapa ,semua guru dan murid Tahun 4, 5 dan 6 hadir menyertai

gotong royong pada hari itu. Kehadiran YDP PIBG SK Berajaya, Encik Ab Razak Bin Din

memeriahkan lagi gotong royong tersebut. 

Kerja-kerja gotong royong dipusatkan pada kawasan perparitan, longkang, tandas,  bilik

darjah, kantin sekolah dan bilik guru. Jamuan untuk guru, ibu bapa dan murid telah

disediakan oleh pihak sekolah. Ibu bapa juga telah menyumbangkan makanan dalam majlis

gotong-royong tersebut.

Sambutan gotong royong di SK Berjaya amatlah membanggakan dan diharap ramai lagi

penyertaan ibu bapa pada masa yang akan datang.

Pihak sekolah merakamkan berbanyak – banyak terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan aktiviti gotong royong perdana

tersebut.

Disediakan Oleh:          

………………………….                                                          

(MOKHTAR BIN HASSAN)

Setiausaha PIBG

SK Berjaya

Page 2: KERTAS KERJA

KERTAS KERJA

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2013

Pendahuluan

Sekolah SK Berjaya akan  mengadakan Program Gotong-Royong Perdana . Program ini

adalah kerjasama antara guru-guru, kakitangan sekolah, ibu bapa dan murid-murid tahap 2.

Program gotong-royong ini bertujuan untuk membersihkan kawasan sekolah serta

memelihara taman-taman dan mempertingkatkan kebersihan kelas serta keceriaan kawasan

SK Berjaya.

1.0 Objektif

1.1 Merapatkan silaturrahim diantara guru dan murid SK Berjaya.

1.2 Memberi peluang kepada murid –murid  bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih

optimum.

1.3 Memelihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah dan bilik darjah agar

lebih terjamin  keselamatan murid-murid sewaktu belajar.

2.0 Kumpulan Sasaran

Semua warga SK Berjaya, ibubapa, murid-murid tahap 2 dan guru-guru.

3.0 Rasional Menjayakan Program

3.1 Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan sekolah.

3.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa,

bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar.

4.0 Justifikasi

Guru-guru dapat bekerjasama dengan ibu bapa/penjaga murid-murid dan pekerja

menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok

untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang.

5.0 Lokasi Cadangan

Kawasan sekolah SK Berjaya

6.0 Tarikh Perlaksanaan

5hb Januari 2013

Page 3: KERTAS KERJA

7.0 Struktur Organisasi

Penasihat                 : Pn. Norleha Bt Tamsir  

Guru Besar SK Berjaya

Pengerusi : En Maslan Bin Mat Nor

GPK HEM

Timb. Pengerusi : En Ab Razak Bin Din

YDP PIBG SK Berjaya

Naib Pengerusi 1       : En Ahmad Bin Nasir

GPK Kurikulum

Naib Pengerusi 2              : Pn Aziza Bt Supaat

GPK Ko-Kurikulum                                                                         

Setiausaha               : Pn Badariah Bt Badli

Penolong Setiausaha        : Mokhtar Bin Hassan

Bendahari                 : Hanizah Bt Duki

Ahli Jawatankuasa  :

1.    Ustaz Abdul Halim Bin Sharif    - Peralatan

2.    En. Syed Samsulshah Bin Syed Noh - Dokumentasi

3.    En Samsul Anuar Bin Bujang - Disiplin Murid

4.    Pn. Badariah Bt Badli - Jamuan

8.0 Tentatif Program :

MASA AKTIVITI

08.00 pagi Berkumpul di Tapak Perhimpunan

08.15 pagi Taklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi

08.30 pagi Gotong Royong bermula

10:30 pagi   Berkemas/membersihkan alatan/diri

10.45 pagi Rehat

11.05 pagi Bersihkan kelas

12.30 tengahari Jamuan dan bersurai.

Page 4: KERTAS KERJA

9.0 Penutup

Program Gotong Royong Perdana dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan

bantuan dari pelbagai pihak terutama dari  ibu bapa, murid-murid dan guru-guru SK Berjaya.

Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai slogan

"Sekolahku, Rumahku".

Disediakan oleh, Disahkan oleh ,

..................................... ......................................

( BADARIAH BT BADLI ) ( )

Setiausaha HEM

SK Berjaya

Page 5: KERTAS KERJA

SEKOLAH KEBANGSAAN BERJAYA45400 SEKINCHAN,

SELANGOR DARUL EHSAN

LAPORAN PROGRAM TEMU MESRA PROFESIONAL PIHAK

SEKOLAH DAN IBU BAPA/PENJAGA TAHUN 6

TAHUN 2013

Tarikh : 1hb Februari 2013

Hari : Jumaat

Masa : 8.30 – 11.00 pagi

Tempat: Dewan Bestari SK Berjaya

Sasaran : Ibu Bapa Dan Murid Tahun 6

Kehadiran : 64 orang Ibu Bapa

Jam 8.300 pagi, 1hb Februari 2013, satu Program Temu Mesra Profesional Pihak Sekolah

Dan Ibu bapa/ Penjaga Tahun 6 tahun 2013 ini telah diadakan bertempat di Dewan Bestari

SK Berjaya. Antara pengisian program perjumpaan ini adalah ;

1. Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis ( En Samsul Anuar Bin Bujang)

2. Bacaan Doa (Ustaz Abdul Halim Bin Sharif )

3. Bicara Akademik Bersama Guru Besar ( Pn Hajjah Norleha Bt Tamsir)

4. Aktiviti Tahun 6 Sepanjang tahun 2013 ( Pn Azrulalili Bt Adnan )

5. Penetapan bayaran sumbangan Kelas Tambahan Tahun 6

6. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Ibu bapa Tahun 6 ( Kelab

Penyokong)

Dalam Bicara Bersama Guru Besar, Pn Norleha Bt Tamsir, beliau mengucapkan tahniah dan

syabas kepada semua guru Tahun 6 dan ibubapa/penjaga murid Tahun 6 yang telah hadir ke

majlis professional ini. Beliau menyatakan peranan dan tanggungjawab guru melaksanakan

tugas serta ibubapa/penjaga membantu anak-anak mencapai kecemerlangan. Disamping itu,

beliau menyatakan bahawa semua pihak yang terlibat termasuklah guru serta ibubapa/penjaga

perlulah bersedia menghadapi sebarang transformasi pendidikan. Beliau meminta

ibubapa/penjaga sentiasa mengambil tahu dan peka dengan perkembangan anak-anak. Guru-

guru juga diminta untuk menyampaikan maklumat akademik dan sahsiah murid kepada

ibubapa/penjaga dari semasa ke semasa. Beliau juga meminta ibubapa/penjaga untuk

Page 6: KERTAS KERJA

menyediakan ruang belajar yang baik ketika anak-anak berada di rumah. Ini adalah

tanggungjawab ibubapa/penjaga memantau pergerakan anak-anak dan sentiasa mengikuti

perkembangan akademik mereka. Oleh itu, beliau meminta ibubapa/penjaga dan guru

sentiasa mengadakan pertemuan dan perbincangan tentang pendidikan anak-anak.

Segala perbincangan antara pentadbiran, ibubapa/penjaga dan guru-guru tahun 6 telah

mencapai persetujuan sebulat suara. Antara perkara yang dipersetujui adalah Ibubapa/penjaga

bersetuju untuk membuat sumbangan pendidikan sebanyak RM 240.00 bagi seorang murid

untuk Program Peningkatan UPSR 2013. Selain itu, semua ibubapa sebulat suara bersetuju

dengan program yang telah dirancang dan akan sentiasa memberikan kerjasama dengan pihak

sekolah. Program perjumpaan ini telah bersurai pada pukul 11.00 pagi.

Disediakan oleh,

..................................( RASHIDAH BT SAMAN )

Page 7: KERTAS KERJA

Sedutan Program Perjumpaan Ibu bapa & Guru Tahun 6 tahun 2013

Ucapan Guru Besar

Ibu Bapa Bersama calon UPSR

Page 9: KERTAS KERJA

KERTAS KERJAPROGRAM MOTIVASI IBU BAPA DAN MURID TAHUN 6

1.0         PENDAHULUAN

Program Motivasi Ibu bapa dan murid Tahun 6 merupakan projek

mega yang dikelolakan hasil kerjasama bersama guru dan PIBG SK

Berjaya.Projek ini melibatkan seluruh warga sekolah SK Berjaya dan ibu

bapa murid Tahun 6.

Projek ini bertujuan untuk membantu menyediakan diri dari segi

mental dan fizikal dalam meningkatkan motivasi dan kecemerlangan

dalam kalangan murid-murid Tahun 6 sebelum mereka menghadapi

UPSR yang bakal berlangsung pada September 2013.

 

2.0         OBJEKTIF

Melalui program  ini, kami semua dapat :-

i.              Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui

oleh pihak sekolah.

ii.            Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti

dan integriti dalam melaksanakan tugas.

iii.           Menyumbang tenaga dan buah fikiran  sebagai sumbangan terhadap

sekolah.

iv.           Memberi rangsangan dan motivasi kepada murid dan ibu bapa murid

Tahun 6.

v.            Membentuk jiwa yang  bersemangat serta meningkatkan jati diri murid-

murid ke arah mencapai kejayaan dalam UPSR 2013.

3.0         SASARAN

i.              Murid Tahun 6 SK Berjaya

ii.            Ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6.

4.0         TARIKH

22hb Mac 2013 ( Jumaat )

5.0         TEMPAT

Dewan Bestari SK Berjaya

6.0         MASA

8.30 – 11.30 pagi

Page 10: KERTAS KERJA

7.0         JAWATANKUASA PELAKSANA 

                           

          

Penasihat :          Pn Norleha Bt Tamsir

( Guru Besar SK Berjaya )

Pengerusi : En Ahmad Bin Nasir

Guru Pen. Kanan 1

Timbalan Pengerusi : En Ab Razak Bin Din

YDP PIBG

Pengerusi :           En Maslan Bin Mat Nor

Naib Pengerusi                     :           Pn Azizah

Penyelaras Projek                :           Pn Azrulaili Bt Adnan 

Setiausaha     1                     :          Pn Rashidah Bt Saman

Setiausaha 2 : Mokhtar Bin Hassan

Bendahari :  Ustazah Hanizah Bt Duki     

Penceramah                        :          En Saharudin Bin Mat Yusuf

Pengacara Majlis                  :           En Samsul Anuar Bin Bujang

AHLI JAWATANKUASA:Peralatan: Multimedia dan Teknikal:

1. En Sabri Bin Harun 1. En Zainal Bin Idris

Buku Program: Jamuan:

1. Pn Azrulaili Bt Adnan 1. Ust Hanizah Bt Duki

2. Pn Zuraidah Bt Kassim

3. Pn Badariah Bt Badli

Urusetia: Persiapan Dewan:

1. Pn Rashidah Bt Saman 1. Cik Siti Amira Bt Yusuf

2. Tn Hj Mubarak Bin Samuri 2. Pn Jaharah Bt Saari

Dokumentasi: Juruacara :

1. En Syed Samsulshah B Syed Noh 1. En Samsul Anuar b Bujang

Page 11: KERTAS KERJA

8.0         TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

8.30am Ketibaan murid dan ibu bapa.

9.00am Ketibaan penceramah

9.15am Penyampaian ceramah oleh En Saharudin Bin Yusuf

Tajuk: Program Kecemerlangan UPSR.

10.45a

m

Penyampaian cenderamata

11.00a

m

Jamuan ringan

11.30a

m

Majlis bersurai

9.0         PERALATAN

BIL JENIS PERALATAN KUANTITI

1. Meja (VIP) 3

2. Kerusi (VIP) 3

3. Kerusi peserta dan ibu bapa 100

4. Speaker 1

5. Projektor LCD 1

6. Skrin LCD 1

7.  Mikrofon 1

8. Laptop 1

9. Alas meja

(VIP dan jamuan)

2

10. Kamera 1

10.0      ANGGARAN BELANJAWAN

BIL BARANG –

BARANG /

INVENTORI

KUANTITI HARGA

SEUNIT

HARGA

KESELURUHAN

Page 12: KERTAS KERJA

1

.

MAKANAN DAN

MINUMAN

Murid dan Ibu bapa

         Kuih muih

         Air mineral

Penceramah dan

guru

         Kuih muih

         Mee goreng

         Teh

50

50

20

2 pinggan

2 jag

RM 0.30

RM 0.60

RM 0.30

RM 10.00

RM 2.00

RM15.00

RM 30.00

RM 6.00

RM 20.00

RM 4.00

2

.

BUKU PROGRAM

         Riben Penghias

         Kertas A4

2 meter

65 keping

RM 2.70

RM 0.05

RM 5.40

RM 3.25

3

.

CENDERAMATA

         Plak

         Pendant

1

1

RM 20.00

-

RM 20.00

-

ANGGARAN KESELURUHAN RM 103.65

11.0      PENUTUP

Melalui program Motivasi Kecemerlangan UPSR ini dapat meningkatkan

kemahiran belajar serta memantapkan diri menghadapi peperiksaan

kelak.Program ini juga telah dapt membuka minda murid-murid untuk sentiasa

berusaha demi masa depan  yang cemerlang.Diharapkan agar segala apa

yang disampaikan akan menjadi pegangan murid-murid dalam menghadapi

peperiksaan UPSR nanti.

    

      Disediakan oleh , Disahkan oleh,

…………….…………………        ...............................

( PN RASHIDAH BT SAMAN ) ( )

Page 13: KERTAS KERJA

LAPORAN PROGRAM MOTIVASI IBU BAPA DAN MURID TAHUN 6  

SESI 2013

Tarikh : 23hb Februari 2013Hari : JumaatMasa : 8.00 pagi – 11.30 tengahariTempat : Dewan Bestari, SK Berjaya

Keluarga Asas Kemajuan Negara. Ungkapan ini sering dijadikan landasan dan dasar kerajaan ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang membangun ke arah negara maju menjelang Wawasan 2020. Sehubungan itu,guru-guru SK Berjaya merasakan bahawa adalah penting bagi menyedarkan golongan ibu bapa agar memainkan peranan penting dalam membantu serta bekerjasama dengan pihak sekolah bagi melahirkan dan membentuk generasi pewaris kepimpinan negara yang mempunyai jati diri serta disiplin tinggi.

  Oleh itu, seperti ketetapan di atas,guru-guru tahiun 6 SK Berjaya

telah mengadakan program bersama ibu bapa bagi  mempersiapkan diri dari aspek keilmuan dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendidik dan pembimbing kepada anak-anak sebagai pembina sahsiah yang terpuji. Diharap Program Keibubapaan ini dapat mendorong para ibu bapa agar menjadikan keluarga sebagai sebuah institusi terpenting ke arah keutuhan masyarakat dan negara. Sehubungan itu, anak perlu sentiasa dibekalkan dengan motivasi dalam membentuk sahsiah diri yang sempurna di samping jati diri yang kuat supaya jiwa mereka tidak rapuh.

 Program ini telah dimulakan dengan urusan pendaftaran ibu bapa /

penjaga pada pukul 8.00 pagi. Diikuti ketibaan penceramah jemputan iaitu En Samsudin Bin Yusuf . Program ini dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Abdul Halim Bin Sharif. Juruacara majlis iaitu Encik Samsul Anuar Bin Bujang memberikan ucapan alu-aluan kepada para hadirin seterusnya Puan Guru Besar iaitu Puan Hajah Norleha Bt Tamsir menyampaikan ucapan bagi menerangkan tujuan program yang diadakan

Page 14: KERTAS KERJA

dan menghargai kesudian ibu bapa/penjaga hadir meluangkan masa mengikuti perkembangan anak masing-masing.

 Pada jam 9.00 pagi, tibalah masa yang dinanti iaitu Program

Keibubapaan yang disampaikan oleh Encik Saharudin Bin Yusuf yang memberi ceramah tentang ilmu keibubapaan dalam memastikan kecemerlangan akademik anak-anak dapat direalisasikan. Beliau banyak menyentuh berkaitan peranan ibu bapa dalam membentuk akhlak serta disiplin diri anak-anak serta bagaimana menangani permasalahan yang timbul di kalangan anak-anak yang berbeza perwatakan.

Selain itu, beliau juga berkongsi ilmu bagaimana selaku ibu bapa kita melihat potensi yang tersembunyi yang  ada dalam diri anak-anak dan tidak disedari oleh ibu bapa itu sendiri.Bahkan cara-cara yang betul dan sesuai dapat mencungkil  potensi diri anak-anak berkembang dengan sentiasa memberikan dorongan serta sokongan tanpa jemu.Ibu bapa disarankan agar berkomunikasi dengan betul agar dapat membantu anak-anak  berkongsi permasalahan yang mereka hadapi serta tidak memendam di hati .Sebaliknya jika ibu bapa gagal menangani anak-anak dengan cara yang betul maka potensi anak-anak terpendam begitu sahaja dan gagal mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

 Sesi ceramah keibubapaan ini  diakhiri dengan beberapa

panduan/tips untuk merangsang murid-murid agar menjadikan 5A sebagai sasaran dan matlamat mereka dengan menjadikan kata-kata rangsangan sebagai dorongan seharian mereka. Seterusnya, sebelum program dihentikan seketika untuk berehat, majlis penyampaian cenderahati dijalankan dan telah disampaikan oleh Puan Guru Besar kepada penceramah jemputan iaitu Encik Saharudin Bin Yusuf.

Selesai ceramah, sesi soal jawab diadakan dan terdapat persoalan berkaitan latihan /kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru telah dilontarkan oleh ibu bapa/penjaga dalam sesi ini. Persoalan ini dijawab oleg guru-guru Tahun 6 mengikut matapelajaran masing-masing iaitu Pn Azrullaili Bt Adnan ( Matematik), PTn Hj Mubarak Bin Samuri ( B.Melayu), En Sabri Bin Harun ( Sains) dan Cik Amira Bt Yusuf ( B.Inggeris). 

Seterusnya jam 10.45 pagi, para ibu bapa dan murid-murid dilepaskan untuk menikmati kudapan yang telah disediakan. 

 Seterusnya jam, 11.30 pagi diadakan sesi bacaan ikrar murid-murid

yang dilakukan dihadapan ibu bapa/penjaga masing-masing dengan harapan mereka dapat mengotakan segala janji yang telah dilafazkan dengan penuh semangat untuk berjaya dalam pencapaian akademik masing-masing. Bacaan ikrar ini telah dipimpin oleh adik Ustaz Abdul Halim Bin Sharif diikuti oleh semua murid Tahun 6 Jaya dan 6 Maju.

 

Page 15: KERTAS KERJA

Program diteruskan dengan sesi menandatangani akujanji mengikut kelas masing-masing iaitu menandatangani seterusnya  menetapkan sasaran UPSR murid-murid di hadapan guru dan ibu bapa.Sesi ini dijalankan serentak kedua-dua kelas yang dikendalikan oleh guru-guru kelas iaitu Puan Azrulaili Bt Adnan kelas 6 Jaya, Puan Rashidah Bt Saman, Tahun 6 Maju. Program Gilapan Permata dan Akujanji  ini tamat jam 11.30 tengahari. Laporan disediakan oleh,

...........................................(PN RASHIDAH BT SAMAN) Setiausaha Tahun 6

GAMBAR SEKITAR GOTONG-ROYONG PERDANA

Gotong-royong menceriakan kawasan sekolah

Page 16: KERTAS KERJA

Taklimat pembahagian tugas

Murid-murid tahap 2 membersihkan kelas masing-masing

Ibu bapa bekerjasama membersihkan surau sekolah

Page 17: KERTAS KERJA

Gambar motivasi ibu bapa dan murid

Ibu bapa mendaftar kehadiran

Ibu Bapa yang hadir

Page 18: KERTAS KERJA

Sesi ceramah motivasi

Page 19: KERTAS KERJA

SEKOLAH KEBANGSAAN BERJAYA45400 SEKINCHAN, SELANGOR D.E.

KERTAS KERJA

PROGRAM TEMU MESRA PIHAK SEKOLAH DAN IBU BAPA/PENJAGA MURID TAHUN 6, 2013

1.0 Pendahuluan

Majlis Perjumpaan pihak sekolah dan PIBG dengan ibu bapa / penjaga murid tahun 6 tahun 2013 merupakan salah satu daripada inisiatif pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi calon UPSR 2013 khususnya peningkatan kualiti dan kuantiti. Program ini menggarapkan pendekatan perjumpaan bersama ibu bapa agar wujud semangat kolaborasi untuk sama-sama bertanggungjawab memastikan kejayaan para pelajar. Hal ini akan menambahkan keyakinan pelajar untuk terus berjuang demi kejayaan yang cemerlang.

Pihak sekolah berharap dengan usaha yang murni ini akan melahirkan pelajar yang sedar potensi diri dan lebih terarah untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Hasilnya nanti diharap mampu meningkatkan keputusan UPSR dari segi kualiti dan kuantiti.

2.0 RASIONAL

2.1 Yakin bahawa pelajar-pelajar mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya jika diberi dorongan dan bimbingan secara berterusan.

2.2 Percaya bahawa pelajar-pelajar mampu mencapai keputusan yang baik jika dibimbing dan dipantau khususnya oleh ibu bapa.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menentukan peratus pencapaian UPSR 70%.3.2 Majlis ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju dan

matlamat yang ingin di capai kepada ibu bapa.3.3 Majlis ini dapat mewujudkan hubungan silaturahim antara pelajar, ibu

bapa dan pemimpin setempat.3.4 Memberi semangat kepada pelajar agar mencapai keputusan cemerlang

dalam UPSR.

Page 20: KERTAS KERJA

4.0 TARIKH / MASA

1 Februari 2013 ( Jumaat ) / 8.00 pagi

5.0 TEMPAT

Dewan Bestari Jaya, SK Berjaya

6.0 SASARAN

Melibatkan ibu bapa / pelajar seramai 73 orang calon UPSR.

7.0 SUMBER KEWANGAN

Sumbangan PIBG

Anggaran Perbelanjaan :

Makanan Ibu bapa : RM 2.50 x 137 orang = RM 342.50

Jumlah Perbelanjaan = RM 342.50

8.0 AHLI JAWATANKUASA :

Pengerusi Bersama : Pn Hajah Norleha Bt Tamsir ( Guru Besar )

En Ab Razak Bin Din (YDP PIBG)

Naib Pengerusi : En Ahmad Bin Nasir (Penolong Kanan Pentadbiran

En Maslan Bin Mat Nor (Penolong Kanan HEM)

Pn Asmah Bt Ali (Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras : Pn Azrulaili Bt Adnan

Page 21: KERTAS KERJA

Setiausaha : Tn Hj Mubarak Bin Samuri ( Guru BM)

Bendahari : Pn Hanizah Bt Duki (Bendahari PIBG)

Sambutan : En Ab Razak Bin Din (YDP PIBG)

Semua Guru Tahun 6

Juruacara : Tn Haji Mubarak Bin Samuri

Bacaan Doa : Ustaz Abdul Halim Bin Sharif

Buku Program : Pn Azrulaili Bt Adnan

Jamuan : Pn Zuraidah Bt kassim

Pn Hanizah Bt Duki

Pn Wan Nor Azlina Bt Wan Ngah

Siaraya : En Zainal Bin Idris

Dokumentasi : En Syed Samsulshah Bin Syed Noh

Pendaftaran Ibu bapa : Cik Siti Amira Bt Alias

Penyediaan Dewan : En Mohd Sabri Bin Harun

En Mohd Anshour Bin Sanuri

Pn Rashidah Bt Saman

Pn Azrulaili Bt Adnan

9.ATURCARA MAJLIS

8.30 pagi - Pendaftaran

9.00 pagi - Bacaan Doa

- Ucapan alu-aluan oleh :Hajah Norleha Bt Tamsir

( Guru Besar )

- Ucapan Perasmian oleh :En Ab Razak Bin Din

YDP PIBG Guru SMK Seri Kundang

- Persembahan Multimedia

- Taklimat Program Kecemerlangan

Page 22: KERTAS KERJA

- Kurikulum

- Hal Ehwal Murid

- Kokurikulum

- Hal-hal lain

- Jamuan

11.30 tengah hari - Bersurai

10. PENUTUP

Pihak sekolah berharap agar ibu bapa dapat menggunakan peluang yang ada ini untuk berinteraksi dengan pihak sekolah mengenai program-program yang telah disusun atur untuk kemajuan anak masing-masing. Hasilnya diharap dapat membuahkan keputusan UPSR yang lebih cemerlang pada tahun ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

( TN HJ MUBARAK BIN SAMURI) ( AZRULAILI BT ADNAN) Setiausaha Program Temu Mesra Penyelaras ProgramSK Berjaya

Disahkan,

( NORLEHA BT TAMSIR )Guru BesarSK Berjaya