KERTAS KERJA

4
SEKOLAH SUKAN NEGERI SEMBILAN SEK. MEN. KEB. ZA’BA, KUALA PILAH KERTAS KERJA PENGENDALIAN DAN KECERIAAN BILIK DOKUMEN DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 2014 1. PENDAHULUAN Bilik Dokumen dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan dan pentaksiran di sekolah. Justeru, kemudahan, keceriaan dan keindahan adalah penting untuk memberi keselesaan kepada guru-guru dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan operasi peperiksaan dalaman, peperiksaan awam serta pentaksiran sekolah. 2. OBJEKTIF Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas. Memudahkan operasi dan pengendalian terutamanya berkaitan dengan pengurusan fail, dokumen sekolah dan pentaksiran sekolah. Menjadikan Bilik Dokumen dan Bilik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai bilik yang cantik dan indah Memberikan keselesaan kepada guru-guru untuk menggunakan bilik ini.

description

KERTAS KERJA BILIK PBS

Transcript of KERTAS KERJA

Page 1: KERTAS KERJA

SEKOLAH SUKAN NEGERI SEMBILAN

SEK. MEN. KEB. ZA’BA, KUALA PILAH

KERTAS KERJA

PENGENDALIAN DAN KECERIAAN BILIK DOKUMEN DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

2014

1.      PENDAHULUAN

Bilik Dokumen dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan dan pentaksiran di sekolah. Justeru, kemudahan, keceriaan dan keindahan adalah penting untuk memberi keselesaan kepada guru-guru dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan operasi peperiksaan dalaman, peperiksaan awam serta pentaksiran sekolah.

2.     OBJEKTIF

Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.

Memudahkan operasi dan pengendalian terutamanya berkaitan dengan pengurusan fail, dokumen sekolah dan pentaksiran sekolah.

Menjadikan Bilik Dokumen dan Bilik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai bilik yang cantik dan indah

Memberikan keselesaan kepada guru-guru untuk menggunakan bilik ini.

3.     RASIONAL & MATLAMAT

Memudahkan operasi dan pengendalian berkaitan pengurusan fail kurikulum, kokurikulum sekolah dan pentaksiran sekolah.

Memastikan Bilik Dokumen dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)  sentiasa berada dalam keadaan yang selamat, bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat yang berkaitan dengan peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Meningkatkan kualiti keselamatan, pengurusan fail, operasi peperiksaan dan penyimpanan eviden dengan lebih sistematik.

Page 2: KERTAS KERJA

4.         LOKASI SASARAN

Bilik Dokumen dan Bilik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

5.         PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Peralatan yang diperlukan untuk kemudahan pengendalian Bilik Dokumen dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah :

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN HARGA

TUJUAN

1 Komputer

Printer

1 Buah

1 buah

-

(stok sekolah, makmal ict)

– Key-in markah– mencetak keputusan– Online SPPBS

2 Meja Guru 1 Buah - - Kegunaan guru PBS

Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk keceriaan dan kemudahan Bilik Dokumen dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah :

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN HARGA

CATATAN

1. Polystrine colour   2 RM 20.00 

2. Laminating Film 1  pack RM 42.00 

3. Kertas Dinding

(papan kenyataan)

1 gulung RM 16.00 

4. Kertas warna 1 pek RM 8.00 

Page 3: KERTAS KERJA

5. Bunga 3 set RM 150.00 

6. Alas Meja 5 x RM40 RM 200.00 

7. Sarung Kusyen 1 set RM 50.00 

8. Penghawa Dingin 1 Unit RM 1000.00 

9. Langsir 4 set RM 200.00 (termasuk upah)

 

10. Mangga Kunci 1 RM 5.00 

 Jumlah RM 1691.00

 

6. PENUTUP

            Pihak kami amat mengharapkan semoga projek  ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam melahirkan  murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi akademik, akhlak dan sahsiah disamping memberi semangat kepada guru untuk lebih bekerja secara produktif.  Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan daripada Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan diberkati .

Disediakan oleh,

 _____________________________________

Setiausaha Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Sekolah Sukan Negeri Sembilan, SMK Za’ba 

Page 4: KERTAS KERJA

72000 Kuala Pilah

Negeri Sembilan.