KERTAS KERJA

7
KERTAS KERJA PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2016 SRA RANTAU PANJANG

description

sdsadasdasda

Transcript of KERTAS KERJA

Page 1: KERTAS KERJA

KERTAS KERJA PROGRAM

SEKOLAH SELAMAT2016

SRA RANTAU PANJANG

Page 2: KERTAS KERJA

Page 2

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2011

1.0 KONSEP SEKOLAH SELAMAT

Konsep Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang

selamat di mana warga sekolah selamat tanpa gangguan daripada mana-mana

pihak samada dari dalam mahu pun dari luar.

Bagi merealisasikan polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan

terancang maka segala usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah dan

penghuninya haruslah dipikul bersama oleh semua pihak. Mengawal keselamatan

di sekolah adalah terletak kepada pihak pengurusan sekolah yang

bertanggungjawab mewujudkan peraturan- peraturan , latihan-latihan yang

berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkan

kemungkinan berlakunya insiden-insiden negatiF di kalangan murid. Manakala

di rumah, amalan keselamatan adalah merupakan pengukuhan kepada segala

nilai yang diterapkan melalui pengajaran , asuhan dan amalan.

2.0 MATLAMAT

Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan

sokongan keluarga dan komuniti.

3.0 OBJEKTIF

Meningkatkan kefahaman mengenai tatcara dalam menghadapi sebarang isu

keselamatan , kecemasan dan kemalangan

Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam

perancangan dan pelaksanna aktiviti-aktiviti sekolah.

Mewujudkan persekitaran sekolah sihat, selamat dan menyeronokkan.

Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.

Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Memujudkan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil

Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat

Meningkatkan tahap penumpuan kepada pembelajaran dan kerja di kalangan

warga sekolah.

Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positf kepada

sekolah.

Page 3: KERTAS KERJA

Page 3

4.0 RASIONAL

Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas

pertimbangan

Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal,emosi dan

teknikal. Jesteru itu, polisi yang berterusan perlu diwujudkan.

Pendedahan awal kepada pelajar dalam perkara yang perlu dilakukan dari aspek

keselamatan diri.

Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas tanpa

sokongan keluarga dan komuniti.

5.0 SASARAN

Semua warga SRA Rantau Panjang yang terdiri daripada:

Pelajar

Guru-guru

Staf sokongan

6.0 AKTIVITI PROGRAM

Majlis Pelancaran Sekolah Selamat

Latihan Pengungsian Bangunan / Pencegahan Kebakaran

Bahan edaran / brosur kepada warga sekolah / waris

Pameran / Ceramah dengan agensi / Jabatan yang berkaitan

Poster / Tayangan video

Program Penjagaan Kesihatan

Page 4: KERTAS KERJA

Page 4

7.0 JAWATANKUASA INDUK:

Pengerusi :

Naib Pengerusi I :

Naib Pengerusi II :

Setiausaha :

Pen. Setiausaha :

Ahli Jawatankuasa :

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

a) Keselamatan Fizikal dan Bangunan Sekolah

b) Keselamatan Lalu Lintas (Pergi dan Balik Sekolah)

c) Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum dan lawatan

d) Keselamatan Sosial

e) Kecemasan

Page 5: KERTAS KERJA

Page 5

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BAHAN/PERALATAN KOS (RM)

1 Majlis Pelancaran 200.00

2 Brosur/Edaran/Poster 100.00

3 Peyelengaraan Pemadam Api 300.00

4 Papan Tanda Kecemasan 200.00

5 Kemaskini laluan kecemasan 50.00

6 Lain-lain 100.00

Jumlah 850.00

10.0 PENUTUP

Pelaksanaan konsep sekolah selamat diharap dapat mewujudkan suasana yang kondusif agar

sekolah dapat berfungsi sebagai tempat mendidik dan menimba ilmu tanpa gangguan fizikal,

mental dan emosi. Seterusnya masalah-masalah seperti merasa tidak selamat, takut,

bimbang , risau takut membuat aduan, terancam , dibuli, tertekan , tidak menyeronokkan ,

tidak selesa , benci melarikan diri dari alam persekolahan dan sebagainya yang selama ini

menghantui perasaan dan pemikiran sebilangan warga sekolah, ibu bapa serta penjaga dan

masyarakat seharusnya dicegah dan ditangani.

………………… …………………… …………………

Di sediakan Oleh: Di sahkan Oleh: Di luluskan oleh:

Mohamad B Mokri Puan Azizah Sukerman Puan Jamsiah

Setiausaha GPK HEM Guru Besar

Biro Keselamatan SRA Rantau Panjang SRA Rantau Panjang

& Infrastruktur

SRA Rantau Panjang