Kertas Kerja Bengkel Etika Big

download Kertas Kerja Bengkel Etika Big

of 4

description

KERTAS KERJA INI BERTUJUAN UNTUK MENDAPAT KELULUSAN GURU BESAR SK SRI TIRAM UNTUK MENGADAKAN BENGKEL ADAB DI MEJA MAKAN BAGI MEMENUHI KERJA KURSUS BIG

Transcript of Kertas Kerja Bengkel Etika Big

KURSUS KEPIMPINAN 1

Bengkel Etiket dan Sosial:Tertib / adab di meja makan

Tarikh:

27 Julai 2013Tempat:

Dewan Al-GhazaliSekolah Kebangsaan Seri Tiram, Tanjong Karang Seri Tiram

1.0 Tujuan Mengemukakan Kertas Kerja

Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran untuk mengadakan Bengkel Etiket dan Sosial:Tertib / adab di meja makan daripada Guru Besar, SK Sri Tiram, Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.

2.0 Pendahuluan

Protokol merupakan perkataan yang berasal Yunani iaitu protokollen yang menggabungkan dua perkataan iaitu protos yang membawa maksud yang pertama dan perkataan koil yang bermaksud pelekat. Protokol bermaksud etika dan tatasusila yang harus dipatuhi dalam perlaksanaan upacara- upacara tertentu berhubung dengan susunan keutamaan dalam pangkat dan status seseorang.

Etika merupakan perkataan yang berasal dari Greek iaitu ethos yang membawa maksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai penentu kepada perlakuan seseorang.

Etika sosial merupakan satu tingkah laku dan sopan santun yang seharusnya seseorang lakukan semasa berinteraksi dengan individu atau masyarakat sekeliling. Ia melibatkan amalan tingkah laku, budi pekerti, imej serta keyakinan diri yang baik, diiktiraf dan diamalkan dalam masyarakat sama ada dalam majlis rasmi atau bukan rasmi.

Sehubungan dengan itu pelajar-pelajar yang sedang mengikuti Program Pengsiswazahan Guru Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras dan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi bercadang mengadakan Bengkel Etiket dan Sosial:Tertib / adab di meja makan supaya murid-murid dapat mengamalkannya bila menghadiri sesuatu majlis jamuan rasmi.3.0 Objektif

Bengkel Etiket dan Sosial:Tertib / adab di meja makan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar PPG:

3.1 Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.

3.2 Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti.

3.3 Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.3.4 Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.

3.5 Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

4.0 Tema

BERADAP DAN BERSOPAN BUDAYA KITA5.0 Tarikh Pelaksanaan

27 Julai 20136.0 Tempat

Dewan Al-Ghazali, Sekolah Kebangsaan Seri Tiram, Tanjong Karang , Selangor.

7.0 Peserta

Semua murid Tahun 68.0 Jadual Program

8.00 8.30 pagiPendaftaran peserta

8.30 9.30 pagiPengurusan majlis rasmi sekolah

9.30 9.45 pagiRehat

9.45 11.45 pagiTertib dan adab di meja makan

11.45 12.00 t/hariMajlis penutup

9.0 Ahli Jawatankuasa

Pengerusi:Hj. Nasaruddin b. Shaarani

Timbalan Pengerusi:En. Abdul Halim b. Mohd Yusop

Setiausaha:En. Wan Rohimi b. Wan Jusoh

Bendahari:En. Mohd Solleh Halim b. Mohd Sokhi

Ahli Jawatankuasa

Pendaftaran:Pn. Jarinah bt. Norman

Peralatan:Pn. Afriza bt. Mohd Saruwi

Bahan Cetak:Hj. Nasaruddin b. Shaarani

Dokumentasi:En. Mohd Solleh Halim b. Mohd Sokhi

Penceramah:En. Abdul Halim b. Mohd Yusop

En. Wan Rohimi b. Wan Jusoh

10. Anggaran Perbelanjaan

10.1

10.2

10.3

FailBahan bercetak

Peralatan:

:

:

RM 60.00RM 60.00RM 30.00

JUMLAH:RM 150.00

11. Sumber Pendapatan

11.1Sekolah: RM 150.00

JUMLAH: RM 150.00

12. Penutup

Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada semua pelajar PPG dan murid SK Sri Tiram.Disediakan oleh:Diluluskan oleh:

(HAJI NASARUDDIN BIN SHAARANI)(KAMAL BIN YUSOFF)

Setiausaha Kokurikulum,

SK Sri Tiram,

Kampung Seri Tiram Jaya,

45500 Tanjong Karang,

Selangor Darul Ehsan.Guru Besar,SK Sri Tiram,

Kampung Seri Tiram Jaya,

45500 Tanjong Karang,

Selangor Darul Ehsan.