Kertas Kerja Bilik J-qaf

8
KERTAS KERJA NAIK TARAF MUSOLLA DAN KELENGKAPAN MUSOLLA SERTA BILIK j- QAF UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID 1.0 PENDAHULUAN Pihak pentadbir telah menyediakan sebuah musolla untuk memberi kemudahan kepada guru-guru dan murid-murid menunaikan ibadah solat. Malah pihak pentadbir telah menyediakan kelengkapan yang diperlukan di musolla. Namun begitu musolla sekolah masih kekurangan beberapa kelengkapan yang mana kekurangan ini boleh mengganggu guru-guru dan murid-murid menjalankan ibadat solat dan pengajaran serta pembelajaran di musolla. Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam merancang untuk menaiktaraf dan menambah kelengkapan di musolla bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Justeru pengubahsuaian adalah perlu supaya keselesaan dan kebersihan lebih terjamin. Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 juga mempunyai sebuah bilik khas untuk proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid lslam yang terlibat dengan program j-QAF iaitu Bilik j-QAF. Malah pihak pentadbir juga telah menyediakan 1 | Kertas Kerja Musolla/Bilik j-QAF

description

kertas kerja gotong royong menceriakan bilik jQaf

Transcript of Kertas Kerja Bilik J-qaf

KERTAS KERJA BILIK j-QAF

KERTAS KERJA NAIK TARAF MUSOLLA DAN KELENGKAPAN MUSOLLA SERTA BILIK j-QAF UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID1.0 PENDAHULUAN

Pihak pentadbir telah menyediakan sebuah musolla untuk memberi kemudahan kepada guru-guru dan murid-murid menunaikan ibadah solat. Malah pihak pentadbir telah menyediakan kelengkapan yang diperlukan di musolla. Namun begitu musolla sekolah masih kekurangan beberapa kelengkapan yang mana kekurangan ini boleh mengganggu guru-guru dan murid-murid menjalankan ibadat solat dan pengajaran serta pembelajaran di musolla. Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam merancang untuk menaiktaraf dan menambah kelengkapan di musolla bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Justeru pengubahsuaian adalah perlu supaya keselesaan dan kebersihan lebih terjamin.Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 juga mempunyai sebuah bilik khas untuk proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid lslam yang terlibat dengan program j-QAF iaitu Bilik j-QAF. Malah pihak pentadbir juga telah menyediakan pelbagai peralatan untuk keselesaan dan kemudahan kepada guru dan murid yang menggunakan bilik tersebut tetapi masih terdapat beberapa kekurangan peralatan di dalam Bilik j-QAF yang membataskan proses p & p. Peralatan tersebut sangat diperlukan oleh guru-guru Pendidikan lslam agar proses p & p berjalan dengan lebih baik dan berkesan dan seterusnya dapat merealisasikan objektif j-QAF itu sendiri.

Oleh itu, kami guru-guru Pendidikan lslam telah berbincang mengenai perkara ini dan bersetuju untuk berusaha mendapatkan sumbangan dari pihak luar bagi mengurangkan beban sekolah. Perbincangan kami ini telah diajukan kepada pihak Guru Besar iaitu Tuan Hj Ismail Bin Dawani dan beliau bersetuju dengan usaha yang ingin kami lakukan ini.2.0 MATLAMAT

2.1 Menaiktaraf dan menyediakan kelengkapan musolla yang mencukupi untuk kegunaan guru-guru dan murid-murid yang menunaikan ibadah solat serta membaik pulih tempat ibadat yang juga dijadikan sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, lengkap dan memberi keselesaan kepada guru-guru dan murid-murid bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran jawi, al-Quran, bahasa arab dan fardhu ain selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan generasi celik agama dan menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara.2.2 Menyediakan sebuah tempat pembelajaran yang kondusif, lengkap dan ceria untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan seterusnya mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Ini adalah selaras dengan objektif j-QAF serta kehendak Kementerian Pelajaran dalam melahirkan pelajar yang celik Pendidikan lslam.3.0 OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan persekitaran yang selesa bagi para pelajar dan guru semasa menjalankan ibadah serta ketika proses pengajaran dan pembelajaran .3.2 Mewujudkan sebuah bilik yang pelbagai guna dengan pelbagai kelengkapan dan seterusnya dapat memaksimumkan hasil pengajaran dan pembelajaran.3.3 Mewujudkan persekitaran yang selamat dan mampu memberi suasana p & p lebih ceria serta boleh menarik minat pelajar terhadap pelajar.3.4 Memberi kemudahan dan kelengkapan kepada guru-guru dan murid-murid dalam pelaksanaan proses p & p.3.5 Mengurangkan tekanan kepada murid-murid yang senriasa belajar di bilik darjah kepada suasana pembelajaran yang lebih selesa dan berbeza.3.6 Mewujudkan musolla pelbagai guna dengan segala kelengkapan agar murid-murid lebih berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.3.7 Melahirkan perasaan cintakan agama dan menghormati musolla sebagai tempat ibadat.3.8 Mewujudkan Perpustakaan Mini bagi menjana pemikiran yang islamik, cintakan ilmu, membudayakan ilmu dan lebih mengenali tokoh-tokoh Islam seluruh dunia.

4.0 SASARANWarga Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3, Selangor iaitu guru-guru dan murid-murid serta kakitangan sekolah.5.0 JAWATANKUASA INDUK

Sila rujuk Lampiran 1

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Sila rujuk Lampiran 27.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila rujuk Lampiran 38.0 FOTO MUSOLLA DAN BILIK j-QAF SKPA 3Sila rujuk Lampiran 48.0 PENUTUP Diharapkan usaha ini akan memberi kesan semaksimum yang mungkin kepada para pelajar dan para guru yang beragama lslam dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan ibadat dan pengajaran dan pembelajaran serta program j-QAF. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pentadbir dan AJK Panitia Pendidikan Islam atas komitmen yang diberikan terhadap program-program yang telah dan akan dilaksanakan. Segala sumbangan yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,..( AINA FATINI BINTI MOHD SAFIAN)

Penyelaras projek Disahkan oleh,

(HJ ISMAIL BIN DAWANI) Guru BesarSK Puncak Alam 3

Disemak oleh,

.

( MESNAN BIN SUPAAD)

Ketua Panitia Pendidikan Islam

1 | Kertas Kerja Musolla/Bilik j-QAF