Kertas Kerja Bola Sepak SBS

5
SEKOLAH KEBANGSAAN BUANG SAYANG 90200 KINABATANGAN, SABAH. KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK LIMA SEBELAH KELAB BOLA SEPAK TEMPAT: GELANGGANG SK BUANG SAYANG TARIKH: 7 MAC 2015 ANJURAN: KELAB BOLA SEPAK SK BUANG SAYANG

description

kertas kerja

Transcript of Kertas Kerja Bola Sepak SBS

INSTITUT PERGURUAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU

SEKOLAH KEBANGSAAN BUANG SAYANG90200 KINABATANGAN,

SABAH.KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK LIMA SEBELAHKELAB BOLA SEPAKTEMPAT:

GELANGGANG SK BUANG SAYANGTARIKH:

7 MAC 2015

ANJURAN:

KELAB BOLA SEPAKSK BUANG SAYANGMENGADAKAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK LIMA SEBELAH / FUTSAL

ANJURAN KELAB BOLA SEPAK

SK BUANG SAYANG1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang dianjurkan oleh unit kokurikulum SK Buang Sayang, Kinabatangan. Pertandingan ini disertai oleh semua pelajar lelaki dari Tahun 1-6. Setiap pasukan menyenaraikan enam pemain termasuk seorang pemain simpanan. Pertandingan ini akan diadakan di padang bola sepak SK Buang Sayang. Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.2.0 MATLAMAT Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan.

3.0 OBJEKTIF3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan.3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam esebuah pasukan..3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1Tarikh yang dirancang ialah 7 Mac 2015 iaitu pada hari Sabtu4.2Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi sahaja ( hingga pukul 10.00 a.m. )5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1Jumlah peserta

:49 orang7.2Jumlah pasukan

:7 pasukan6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat

:

:En. Majahil MajingkilPengerusi

: En Rusmin b. OkarJawatankuasa pelaksana

Pengerusi

: En Majahil MajingkilNaib pengerusi

: En Rusmin bin OkarSetiausaha

: En. Muhammad Syahid bin Mohd AdliBendahari

: Pn. RosnaniAHLI JAWATANKUASA

AJK Hadiah dan Sijil

: Pn. Mitos TominesAJK Pertandingan

: En. Syahnaz bin Shaharudin

En.Onu bin Adam AJK Persiapan Tempat: En. Zulizam Abedin7.0FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan 5 sebelah dimana setiap pasukan perlu mendaftarkan 6 pemain yakni lima pemain akan bermain dan seorang lagi akan menjadi pemain simpanan. Masa dalam satu perlawanan adalah selama 6 minit. Format pertandingan adalah setiap pasukan akan bermain dalam peringkat kumpulan dahulu. Juara dan naib juara akan meneruskan ke peringkat seterusnya. Peserta dalam setiap pasukan mesti terdiri daripada murid-murid Tahap 2 iaitu mesti bercampur dari setiap kelas.8.0SYARAT PERMAINAN

10.1Setiap kumpulan perlu mengikut masa perlawanan yang ditetapkan. Kumpulan yang tidak hadir akan dikira kalah dengan jaringan tiga gol. 10.2Pemain yang bermain dalam pasukan itu adalah pemain yang didaftarkan.

10.3Pemain yang dikenakan kad merah akan digantung satu perlawanan.

10.4Keputusan pengadil adalah muktamat. Sebarang bentuk rayuan dan bantahan tidak akan dilayan melainkan atas ihsan pengadil.

9.0PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

9.1 Bajet Hadiah Kejohanan

Acara Perbelanjaan/kuantiti

Johan1 pemenang x RM 10 = RM 10

Naib Johan 1 pemenang x RM 10 = RM 10

Ketiga 1 pemenang x RM 10= RM 10

Jumlah RM 30

9.2 Bajet Pengurusan

BaranganPerbelanjaan/Kuantiti

Bola Sepak 1 biji x RM 70 = RM 70

Cat 1 tin x RM 100= RM 100

Jumlah RM 170

Jumlah keseluruhan perbelanjaan:

Bajet Hadiah Kejohanan + Bajet Pengurusan = RM 30 + RM 170 = RM 20010.0 SUMBER KEWANGAN

1) Peruntukan YKS11.0 PENUTUP

Diharap segala perancangan rapi yang dibuat dapat dilaksanakan dengan lancar dan sistematik. Terima kasih dirakamkan kepada pihak pentadbir sekolah dan semua pihak yang memberikan komitmen dan kerjasama sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam penganjuran Kejohanan Bola Sepak Lima Sebelah ini demi pembangunan sukan di peringkat sekolah

SEKIAN, TERIMA KASIH

SUKAN UNTUK KESIHATAN, KESEJAHTERAAN DAN KECEMERLANGAN

Disediakan Oleh:

Disemak Oleh:

Disahkan Oleh

_________________

_________________

________________________( En. Muhammad Syahid ) ( En. Rusmin Hj Okar ) (En. Majahil Majangkil) Setiausaha Kelab , PK. Kokum Guru Besar,

SK. Buang Sayang, SK. Baung Sayang, SK. Buang Sayang,

Kinabatangan. Kinabatangan. Kinabatangan.