Kertas kerja bulan anti dadah

11
OBJEKTIF -Membasmi sebarang bentuk penyalahgunaan dadah sama ada mengedar,menjual atau menggunakan dadah dikalangan murid sekolah -Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan murid terhadap kesan buruk dadah pada Diri,Keluarga,Masyarakat dan Negara. -mengukuhkan kemahiran kendiri murid untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke kancah penyalahgunaan dadah. -membina semangat murid supaya dapat menjauhkan diri dari dadah dengan penuh sedar dan bertanggungjawab.

Transcript of Kertas kerja bulan anti dadah

Page 1: Kertas kerja bulan anti dadah

OBJEKTIF

-Membasmi sebarang bentuk penyalahgunaan dadah sama ada mengedar,menjual atau menggunakan dadah dikalangan murid sekolah

-Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan murid terhadap kesan buruk dadah pada Diri,Keluarga,Masyarakat dan Negara.

-mengukuhkan kemahiran kendiri murid untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke kancah penyalahgunaan dadah.

-membina semangat murid supaya dapat menjauhkan diri dari dadah dengan penuh sedar dan bertanggungjawab.

Page 2: Kertas kerja bulan anti dadah

JAWATANKUASA PELAKSANA

Karnival Seni Jauhi Dadah SK Punan 2005

Penaung : Encik Sharif bin Awang

Penasihat : Encik Halmi bin Awang

Penyelaras : Encik Mohd Mubin Yazzer bin Tulos

Setiausaha : Encik Rozman bin Ahmad Fuad

Bendahari : Encik Norizam bin Jaaman

Tugas khas : Encik Azman bin Ahmad

Cik Sumty binti Sudin

Bulan Anti Dadah 2005 peringkat sekolah,SK PUNAN

1.0 Pengenalan

Dadah merupakan musuh nombor satu negara. Pada dasarnya,penggunaan dadah di

dalam kehidupan adalah untuk diaplikasikan di dalam bidang perubatan. Tetapi pada

ketika ini pelbagai pihak telah menyalahgunakan dadah untuk kepuasan diri, sehingga

membawa kepada pelbagai gejala buruk yang lain.antaranya ialah si penagih dadah akan

merompak dan meragut, bagi mendapatkan wang perbelanjaan membeli dadah. Untuk

itu, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah Kluang bagi melaksanakan arahan

kerajaan untuk melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan perlaksanaan pencegahan

dadah di sekolah-sekolah daerah kluang. Maka,Bulan Anti Dadah adalah salah satu usaha

yang diwujudkan untuk memberi maklumat kepada masyarakat,khususnya murid-murid

sekolah tentang bahaya dadah,dan perlunya langkah-langkah awal diambil bagi

menghindarkan diri dari terjebak ke dalam penyalahgunaan dadah.

Page 3: Kertas kerja bulan anti dadah

2.0 OBJEKTIF

2.1 Membasmi sebarang bentuk penyalahgunaan dadah sama ada mengedar,menjual atau menggunakan dadah dikalangan murid sekolah

2.2 Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan murid terhadap kesan buruk dadah pada Diri,Keluarga,Masyarakat dan Negara.

2.3 Mengukuhkan kemahiran kendiri murid untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke kancah penyalahgunaan dadah.

2.4 Membina semangat murid supaya dapat menjauhkan diri dari dadah dengan penuh sedar dan bertanggungjawab.

3.0 Matlamat

Melahirkan murid-murid yang cemerlang, rajin, tekun dan bebas dari

penyalahguaan dadah sama ada di sekolah,mahupun di dalam kehidupan seharian

untuk selama-lamanya.

4.0 Program

“Karnival Seni Jauhi Dadah Peringkat Sekolah”

5.0 Tema

“ HIDUP BERSIH DAN SIHAT TANPA DADAH“

Page 4: Kertas kerja bulan anti dadah

6.0 Tarikh

28 Mac – 27 April 2005

7.0 Lokasi

“ Sekolah Kebangsaan Punan “

8.0 Anjuran

Sekolah Kebangsaan Punan

9.0 Penyertaan

Semua murid Sekolah Kebangsaan Punan

10.0 Jadual Program

( Rujuk Lampiran A )

11.0 Anggaran Perbelanjaan

( Rujuk Lampiran B )

12.0 Penutup

Diharapkan agar kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya oleh

pihak sekolah. Sesungguhnya pihak jawatankuasa pelaksana menaruh harapan

yang tinggi agar program ini dapat dijalankan dengan cemerlang dan seterusnya

mencapai matlamat yang diharapkan.

Page 5: Kertas kerja bulan anti dadah

SK PUNAN86700 Kahang,Kluang

Karnival Seni Jauhi Dadah Peringkat Sekolah

Tarikh Butiran Penyelaras28 Mac 2005 Pelancaran Minggu/Bulan Anti

Dadah Peringkat SekolahEn.Mohd Mubin Yazzer Bin Tulos

En.Halmi bin Awang1-12 April 2005 Pertandingan Melukis Poster

Tahap 2Pertandingan Mewarna Tahap 1

Panitia Pend.Seni-U.P Tuan/PuanCik Sumty bt SudinEn.Rozman bin A.Fuad

7-21April 2005 Pertandingan Mengarang Anti Dadah / Kesan Dadah Tahap 2

Panitia Bahasa Melayu-U.P En M.Mubin

1-25 April 2005 Sudut Anti Dadah di Bilik Darjah

Penyelaras setiap aliran-U.P En Rozman Bin Ahmad Fuad-U.P En Norizam Bin Jaaman-U.P En Azman Bin Ahmad

25 April 2005 Pertandingan Sajak Panitia Bahasa Melayu-U.P En M.Mubin

27 April 2005 Keputusan dan penyampaian hadiah pertandingan

En.Md Sharif Bin Awang (Guru Besar)

-U.P SEMUA PENYELARAS

Keputusan pertandingan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 25 april 2005 kepada En. md Sharif bin Awang

HADIAH PERTANDINGAN

Bagi setiap kategori,hadiah tempat pertama,kedua dan ketiga akan disediakan.

Page 6: Kertas kerja bulan anti dadah

Mohd Mubin Yazzer bin Tulos,Guru Pendidikan Pencegahan Dadah,Sekolah Kebangsaan Punan,86900 Endau, Mersing,Johor.

Encik Md Sharif bin Awang,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Punan,86900 Endau, Mersing,Johor.

Tuan,

Permohonan untuk mengadakan Karnival Seni Jauhi Dadah.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita bersama ini dilampirkan tarikh dan perbelanjaan pengurusan untuk tindakan pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

…………………………….. ( MOHD MUBIN YAZZER BIN TULOS)Guru Pendidikan Pencegahan DadahSekolah Kebangsaan Punan.

Sk.1. Fail timbul

Page 7: Kertas kerja bulan anti dadah

1. Pertandingan Melukis & Mewarna Poster (TAHAP 1 & 2) Tarikh: 7 April 2005

Page 8: Kertas kerja bulan anti dadah

( LAMPIRAN A )

ANGGARAN PERBELANJAAN

28 Mac – 27 April 2005Pendapatan :- RM

1 Peruntukan RM 150.00

JUMLAH PENDAPATAN RM 150.00

Perbelanjaan :-

Hadiah :

( SET ALAT TULIS )Pertama RM 3.00 x 3 = RM 9.00Kedua RM 2.00 x 3 = RM 6.00ketiga RM 1.00 x 3 = RM 3.00

( HAMPER ) Pertama RM 10.00 x 1 = RM 10.00Kedua RM 7.00 x 1 = RM 7.00Ketiga RM 5.00 x 1 = RM 5.00

Persediaan Alatan KarnivalFotostat bahan mewarna RM 0.10 x 44 = RM 4.40Kertas kajang ( A4 ) RM 0.10 x 18 = RM 1.80Kertas lukisan RM 0.20 x 18 = RM 3.60

_________Jumlah = RM 49.80

_________

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN = RM 49.80