Kertas Kerja Cadangan Bengkel 1(Ajk Murid)

download Kertas Kerja Cadangan Bengkel 1(Ajk Murid)

of 3

description

AJK

Transcript of Kertas Kerja Cadangan Bengkel 1(Ajk Murid)

KERTAS KERJA CADANGANBENGKEL ASAS FROG VLE BIL 1/2015 (MURID)JAWATANKUASA ICT & FROG VLESK BANDAR UTAMA DAMANSARA (4)2015

1.0PENGENALAN

Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) untuk memastikan Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya atau Virtual Learning Environment ( VLE ) terus disemarakkan dan diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) khasnya, Jawatankuasa ICT dan Frog VLE SK Bandar Utama Damansara (4) berusaha untuk memastikan sekurang-kurangnya hasrat ini akan tercapai walaupun sedikit. Adalah menjadi satu tanggungjawab kepada pihak sekolah untuk memastikan penggunaan VLE terus disebarluaskan penggunaannya agar pelaburan yang dibuat oleh pihak KPM dalam membangunkan program 1BestariNet berbaloi dan sampai kepada golongan sasar.

2.0RASIONAL

Untuk memastikan Frog VLE dapat dijalankan dengan lebih berkesan, murid yang merupakan pelanggan utama di sesebuah sekolah perlu didekati agar mereka lebih minat dan mempunyai sikap ingin tahu dengan lebih mendalam. Oleh itu, bengkel asas Frog VLE kepada murid perlu diadakan untuk memastikan proses penyampaian lebih berkesan dan murid mahir untuk membantu guru-guru menggunakan Frog VLE.

3.0MATLAMAT

Membina satu kumpulan murid yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing seta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.

4.0OBJEKTIF

Objektif bengkel adalah seperti berikut :

Melatih murid untuk menjadi seorang pengguna ICT yang pintar dan bermakna Melatih murid untuk mengaplikasikan pelantar Frog VLE dalam proses PdP

5.0KUMPULAN SASAR

Semua ahli jawatankuasa Kelab Frog VLE & ICT (KFC )

6.0TARIKH CADANGAN

10hb Februari 2015 ( Selasa )

7.0MASA & TEMPAT

Masa : 8.10 pagi 10.10 pagi ( 2 Jam )

Tempat : BILIK KOMPUTER 3

8.0PENGISIAN BENGKEL

Sesi pemilihan pengundian Ahli Jawatankuasa KFC Log masuk dalam Frog VLE Pengenalan Asas Frog VLE Kemas kini Dashboard Peribadi Perkongsian laman KFC Kemas kini laman KFC Penggunaan emel Penggunaan widget Site Link, media, notes, external link

*Pengisian bengkel akan disampaikan oleh Cikgu Aman Shah dan Ustazah Ruzita ( jika berkelapangan ).

9.0ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada perbelanjaan dicadangkan kerana akan menggunakan segala sumber sedia ada.

10.0PENUTUP

Sebagai sebahagian projek 1BestariNet yang dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam perkongsian dengan YTL, 10,000 sekolah di seluruh negara akan menerima Internet kelajuan tinggi 4G dan Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment).

Sekolah kita telah terpilih dalam projek rintis pelaksanaan VLE Frogasia ini. Dan beberapa orang murid telah dilantik menjadi Frog Student Champion selepas menerima sesi latihan daripada pihak YTL dan guru ICT sekolah.

Sebagai Frog Student Champion, wakil murid yang terpilih mempunyai peranan yang penting dalam mewujudkan keseronokan dan boleh membantu pelaksanaan VLE di sekolah.

Disediakan oleh,

Aman Shah bin Syed AliGuru Penyelaras Frog VLESK Bandar Utama Damansara (4)Tarikh : 4 Februari 2015

Disemak oleh,

Rohani binti SaadPenolong KananSK Bandar Utama Damansara (4)Tarikh :

Disahkan oleh,

Yeo Sai LimGuru BesarSK Bandar Utama Damansara (4)Tarikh :

1Jawatankuasa Frog VLE SKBUD4 @2015