Kertas Kerja Ceriakan Bengkel Kh

download Kertas Kerja Ceriakan Bengkel Kh

of 6

description

ok

Transcript of Kertas Kerja Ceriakan Bengkel Kh

KERTAS KERJAPROGRAM KECERIAAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUPSEKOLAH KEBANGSAAN LOSONG, KUALA TERENGGANU

1.0 PENDAHULUAN

Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif. Program ini adalah salah satu aktiviti yang dirancang bersama oleh guru-guru pelatih dari IPG Kampus Dato Razali Ismail (KDRI), Kuala Terengganu dengan Panitia Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Losong, Kuala Terengganu serta dengan sokongan pihak sekolah. Dalam masa yang sama, semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi persekitaran sekolah.2.0 RASIONAL

Prasarana, pengurusan kawasan persekitaran sekolah dan juga bilik darjah, bengkel serta makmal di sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya digunapakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Mural yang dibina juga dapat digunakan untuk memantapkan ingatan dan digunakan ketika pengajaran dan pembelajaran iaitu sebagai bahan bantu mengajar.3.0 OBJEKTIF

Program yang dirancang ini diharap dapat:3.1Mewujudkan persekitaran Bengkel Kemahiran Hidup yang ceria, kemas dan bersih. 3.2 Meningkatkan semangat dan minat murid untuk mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup.3.3Menjadikan Bengkel Kemahiran Hidup bukan sahaja boleh digunakan bagi masa Kemahiran Hidupsahaja, malah juga boleh digunakan pada masa Pendidikan Seni Visual dan pada masa-masa lainyang memerlukan.3.4Menunjukkan komitmen yang tinggi kea rah kecemerlangan, akauntabiliti dan integritI dalammelaksanakan tugas.3.5Menyumbang tenaga dan buah fikiran guru pelatih sebagai sumbangan terhadap sekolah.3.6 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secaraberterusan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Guru-guru pelatih IPGKDRI4.2Guru-guru Kemahiran Hidup SK Losong5.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh: Bermula 13 Julai 24 Julai 2014 (minggu kedua dan ketiga)Tempat: Bengkel Kemahiran Hidup, SK Losong6.0 CADANGAN PROGRAM

6.1Mengemas alatan dan barangan 6.2Menyusun atur alatan dan barang6.3Menghias Bengkel Kemahiran Hidup

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Rujuk Lampiran A8.0 JADUAL PROGRAM

Rujuk Lampiran B9.0 SUMBER KEWANGAN

Duit Peruntukan Panitia Kemahiran Hidup.10.0 PENUTUP

Pihak jawatankuasa amat mengharapkan semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan serta akan lebih menceriakan lagi persekitaran SK Losong. Perancangan pelaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah bertujuan memudahkan pengurusan yang dikendalikan oleh penyelaras projek. Program ini merupakan salah satu platform guru pelatih untuk mencari pengalaman secara terus daripada sekolah. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh,Disemak oleh,.........................:..........................................................................................( )(EN. ABDUL HALIM BIN ABDULLAH)Penyelaras Program Keceriaan Bengkel Kem. Hidup,Ketua Panitia Kemahiran Hidup,Sekolah Kebangsaan Losong.Sekolah Kebangsaan Losong.

Disahkan oleh,.................................................................(PN. HJH. NAZIAH BINTI HASSAN)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Losong.

Lampiran AJAWATANKUASA PROGRAM

JAWATANKUASAPROGRAM KECERIAAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUPSEKOLAH KEBANGSAAN LOSONG, KUALA TERENGGANU

PENAUNGPn. Hjh. Naziah binti Hassan(Guru Besar)

PENASIHATEn. Abdul Halim bin Abdullah(Ketua Panitia Kemahiran Hidup)

PENYELARAS PROGRAM

PENOLONG PENYELARAS PROGRAM

SETIAUSAHA

Lampiran BJADUAL PROGRAM

TARIKHCADANGAN AKTIVITI

14 Julai 2014 (Isnin)Berbincang dengan Ketua Panitia Kemahiran Hidup tentang tugasan yang perlu dilakukan.

16 Julai 2014 (Rabu)Mengemas dan membersih Bengkel Kemahiran Hidup.

17 Julai 2014 (Khamis)Menyusun atur barangan dan alatan Kemahiran Hidup.

21 Julai 2014 (Isnin)Menghias dan menceriakan Bengkel Kemahiran Hidup.

23 Julai 2014 (Rabu)Dokumentasi.