KH jan 2012

download KH jan 2012

of 42

Transcript of KH jan 2012

TAHAP KEPATUHAN PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KOTA BHARU WAN SITI AZIZAH BINTI WAN YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP KEPATUHAN PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KOTA BHARU

SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya (HURUF BESAR) mengaku membenarkan kertas projek( PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik kertas projek adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Kertas projek hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5. *Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan kertas projek ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau WAN SITI AZIZAH BINTI WAN YUSOFF

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: 4883 Kg. Sungai Keladi, 15300 Kota Bharu, Kelantan. Tarikh: CATATAN: Tarikh: * Potong yang tidak berkenaan. Nama Penyelia (TANDATANGAN PENYELIA) Dr. Lokman Bin Mohd.Tahir

** Jika Kertas Projek ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) PSZ 19:16 (Pind. 1/97) Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) Tandatangan : ...................................................... Penyelia : Dr. Lokman Bin Mohd.Tahir Tarikh : .. Saya akui bahawa tesis bertajuk Tahap Kepatuhan Peraturan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Di

Daerah Kota Bharu ini adalah hasil penyelidikan saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tesis ini tidak pernah diterima bagi mana-mana ijazah atau dihantar untuk pencalonan mana-mana ijazah. Tandatangan :.................................................... Nama : Wan Siti Azizah Binti Wan Yusoff Date : 2008 i TAHAP KEPATUHAN PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KOTA BHARU WAN SITI AZIZAH BINTI WAN YUSOFF Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 2008 ii DEDIKASI Untuk Kedua ibu bapa dan keluarga tersayang terima kasih kerana memahami keadaan ini. Sesungguhnya Allah Mengangkat Martabat Orang-Orang Yang Berilmu Atas sokongan yang diberikan semoga Allah sentiasa memelihara dan merahmati kalian. iii PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang. Bersyukur kehadrat Illahi dengan Izinnya dapat menyempurnakan laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Pertamanya setinggi jutaan terima kasih saya kepada Dr. Lokman bin Tahir selaku penyelia akademik yang telah banyak membantu serta memberi dorongan, tnjuk ajar dan nasihat yang tidak ternilai sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Ucapan terima kasih juga pada Dr. Zaleha binti Ismail selaku Penasihat Akademik dan semua pensyarah yang telah banyak menabur bakti. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru Sekolah Menengah Kebangsaa Kota Bharu, Sekolah Menengah Kebangsaan Putera dan Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab II yang terlibat secara langsung dan tidak dalam kajian ini. Juga tidak ketinggalan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu. Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala jasa-jasa yang telah diberikan, semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kalian sepanjang masa. iv ABSTRAK Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepatuhan peraturan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di kalangan pelajarpelajar. Kajian ini cuba meneroka dimensi iaitu disiplin, keselamatan penggunaan alatan tangan dan mesin, pengurusan keselamatan dan pertolongan cemas. Kajian yang berbentuk deskriptif telah dilaksanakan di tiga buah sekolah menengah di daerah Kota Bharu. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 90 orang pelajar tingkatan dua iaitu daripada elektif Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga dan Pertanian. Soal selidik telah diedarkan dan data telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS serta secara manual.Setiap dimensi telah diukur dengan kaedah peratusan bagi menentukan tahap kepatuhan pelajar terhadap peraturan keselamatan di bengkel. Secara keseluruhannya tahap kepatuhan pelajar adalah tinggi. Bagaimanapun masih terdapat sebilangan pelajar yang berpendapat belum patuh kepada peraturan keselamatan. Dalam memperbaiki aspek kepatuhan, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh penyelidik sebagai panduan pihak yang berkenaan bagi mengatasi masalah tersebut. Hasil dapatan ini adalah diharapkan dapat menjadi

rujukan bagi semua pihak. v ABSTRACT The purpose of this research is to identify the level of obedience to the safety rule of Integrated Life Skills workshop among the students. This research attempted to explore the dimension of discipline, the safety application of hand tools and machine, safety management and emergency aid. the descriptive study was done in three secondary school in Kota Bharu District . the sample of this study were 90 Form Two students who taken the elective subject of Technical Skills, Domestic Science and Agriculture. The questionnares were distributed and the data were analyzed using SPSS program and also manually. Every dimension were calculated by percentage method in order to determine the obedience level to the safety rule in the workshop. As an overall the level of the student obedience was very high. However there were still some students who admitted that they were not yet fully obeyed the safety rule. In improving the obedience aspects, some suggestions were provided as guidance to the related parties to overcome the problems. Hopefully the results will be useful as a reference for all related parties. .vi KANDUNGAN BAB TAJUK TAJUK TESIS DEKLARASI DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL iv v vi x ii iii ii MUKA SURAT i

SENARAI RAJAH SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1

xii xiii xiv

1.2 Latar belakang masalah 1.3 Penyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Persoalan Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Batasan Kajian 1.8 Definisi Istilah 1.9 Kesimpulan 2 SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 2.2 Disiplin Pelajar 13 13 10 11 8 8 9 7

3

12 vii 13

2.3 Keselamatan Bagi Penggunaan Alatan Tangan dan Mesin 15 2.4 Pengurusan Bengkel 2.5 Pertolongan Cemas 2.6 Kesimpulan 19 20 16 18

3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 20

3.2 Rekabentuk Kajian

20 21

3.3 Populasi dan Sampel kajian 3.4 Tempat kajian 3.5 Instrumen Kajian 3.6 Kajian rintis 24 21 22

3.7 Prosedur pengumpulan data 3.8 Penganalisisan data 3.9 Kesimpulan 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 28 28 27 28 25

25

4.2 Analisis Data Bahagian A 4.2.1 Jantina Responden 29

4.2.2 Sekolah sekolah yang terlibat dalam kajian 30 4.2.3 Elektif Kemahiran Hidup Bersepadu 31 4.3 Analisis Data Bahagian B 33

4.3.1 Kepatuhan Pelajar-Pelajar terhadap Disiplin di Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 33

4.3.2 Kepatuhan Pelajar-pelajar Terhadap Keselamatan Penggunaan Alatan Tangan dan Mesin di Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 37

4.3.3 Kepatuhan Pelajar-pelajar terhadap Pengurusan Keselamatan di Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 41 viii 4.3.4 Kepatuhan Pelajar terhadap Pertolongan Cemas di Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 4.4 Rumusan 49 45

4.4.1 Tahap Penerimaan Responden terhadap Aspek Disiplin 49 4.4.2 Tahap Penerimaan Responden terhadap Aspek Keselamatan Penggunaan Alatan Tangan dan Mesin 50 4.4.3 Tahap Penerimaan Responden terhadap Aspek Pengurusan Keselamatan 51

4.4.4 Tahap Penerimaan Responden terhadap Aspek Pertolongan Cemas 51

4.4.5 Rumusan Kepatuhan Peraturan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah di Daerah Kota Bharu 51 4.5 Kesimpulan 54

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 55 5.1 Pengenalan 5.2 Perbincangan 55 56

5.2.1 Perbincangan terhadap tahap kepatuhan aspek keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 56 5.2.1.1 Tahap kepatuhan pelajar terhadap aspek disiplin ketika di bengkel 56

5.2.1.2 Tahap kepatuhan terhadap aspek keselamatan penggunaan alatan tangan dan mesin 58

5.2.1.3 Tahap kepatuhan terhadap aspek pengurusan keselamatan 59 5.2.1.4 Tahap kepatuhan terhadap aspek pertolongan cemas 60 5.2.1.5 Tahap kepatuhan terhadap aspek peraturan keselamatan bengkel secara keseluruhan 61

5.2.2 Perbincangan perbandingan kepatuhan terhadap aspek-aspek peraturan keselamatan bengkel 62 5.3 Rumusan 5.4 Cadangan 5.4.1 Pelajar 5.4.2 Guru 5.4.3 Sekolah 62 63 63 64 ix 65 65

5.4.4 Jabatan Pendidikan Negeri 5.4.5 Kementerian Pelajaran 5.5 Cadangan kajian lanjutan 65 66

5.6 Penutup BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

66 67 71 x

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Bilangan pelajar mengikut sekolah 21 3.2 Nombor-nombor item berdasarkan persoalan kajian 23 3.3 Kaedah penganalisisan data 26 3.4 Pengkelasan tahap kepatuhan pelajar terhadap aspek peraturan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 26 3.5 Skala lima mata 27 4.1 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut jantina 29 4.2 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut sekolah sekolah yang terlibat dalam kajian 31 4.3 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut elektif Kemahiran Hidup Bersepadu 32 4.4 Pemilihan Skor Lima Mata 33 4.5 Taburan kekerapan, peratusan dan min responden

mengikut kepatuhan pelajar-pelajar terhadap disiplin di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu. 34 4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min responden mengikut kepatuhan pelajar-pelajar terhadap keselamatan penggunaan alatan tangan dan mesin di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 38 4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min responden mengikut kepatuhan pelajar-pelajar terhadap pengurusan keselamatan di bengkel Kemahiran 42 xi Hidup Bersepadu 4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min responden mengikut kepatuhan pelajar terhadap pertolongan cemas di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 46 4.9 Taburan tahap penerimaan responden terhadap aspek disiplin 49 4.10 Taburan tahap penerimaan responden terhadap aspek keselamatan penggunaan alatan tangan dan mesin 50 4.11 Taburan tahap penerimaan responden terhadap aspek pengurusan keselamatan 51

4.12 Taburan tahap penerimaan responden terhadap aspek pertolongan cemas 51 4.13 Rumusan Kepatuhan Peraturan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu Di kalangan PelajarPelajar Sekolah Menengah Di Daerah Kota Bharu 52 xii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina 29 4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian 30 4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut elektif Kemahiran Hidup Bersepadu 32 4.4 Rumusan tahap kepatuhan peraturan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu dikalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Kota Bharu 53 xiii SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN SPSS - Statistical Package for Sosial Science

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu PBSM - Persatuan Bulan Sabit Merah OSHA - Pentadbiran Kesihatan dan Keselamatan Pekerja NIOSH - Institut Kesihatan dan Pekerjaan Kebangsaan PERKESO - Pertubuhan Keselamatan Sosial xiv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Borang Soal Selidik 71 - 76 B Borang Pengesahan Item Soal Selidik 71 C Surat Kelulusan Untuk Menjalankan Kajian Dari Kementerian Pelajaran Malaysia 78 - 79 D Surat Kelulusan Untuk Menjalankan Kajian Dari Jabatan Pelajaran Malaysia 80 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) memberi penekanan utama dalam aspek perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merupakan suatu perubahan besar dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan demi untuk mencapai matlamat pembangunan negara secara keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, pendidikan pada masa kini adalah berunsurkan kemahiran dan bidang teknikal dan vokasional telah diberi keutamaan dalam sistem pendidikan negara. Melalui pendidikan seperti ini adalah diharapkan agar tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan berketerampilan dapat dilahirkan. Sejajar dengan keperluan meningkatkan tenaga kerja dalam bidang teknikal, langkah telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan bilangan pelajar yang mempunyai asas kukuh dalam mata pelajaran teknikal dan vokasional. 2 Ini adalah kerana sistem dan dasar teknikal dan voksional telah membekalkan pelajar dengan kemahiran asas untuk mendapatkan pekerjaan. Pada masa kini keperluan sumber manusia yang maju dalam bidang teknikal merupakan salah satu sumber utama tenaga manusia dalam merealisasikan hasrat Malaysia Maju dalam bidang perindustrian menjelang tahun 2020. Bagi merealisasikan wawasan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengatur strategi untuk memperbaiki dan memperkembangkan latihan kemahiran, teknik dan vokasional bagi menghasilkan tenaga kerja dibidang teknikal mahir. Kandungan kurikulum pendidikan harus sentiasa dikaji dari semasa kesemasa oleh Kementerian Pelajaran dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi mutu pendidikan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Ini adalah kerana ilmu dalam bidang teknikal dan vokasional yang diperolehi oleh pelajar-pelajar di sekolah nanti akan dapat memenuhi keperluan tenaga kerja di semua sektor sejajar dengan perkembagan pesat sektor perindustrian di Malaysia. Kemahiran Hidup Bersepadu pula merupakan satu mata pelajaran amali yang

berunsurkan teknologi dan di tawarkan kepada semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran Kemahiran Hidup juga digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa kini dan masa akan datang. Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah usaha berterusan untuk melahirkan 3 insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi dan ekonomi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002). Proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah dalam bentuk teori dan aktiviti kerja amali serta melibatkan banyak penggunaan bengkel. Semasa melakukan kerja amali di bengkel, pelajar-pelajar banyak terdedah kepada penggunaan alat-alat tajam, penggunaan mesin-mesin serta bahan-bahan yang mudah terbakar. Dalam konteks ini, sekiranya peraturan keselamatan bengkel tidak dipatuhi risiko kemungkinan pelajar untuk mendapat kemalangan adalah tinggi. Oleh itu kajian tinjauan daripada aspek tahap kepatuhan peraturan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Kota Bharu akan memberikan maklumat-maklumat penting dan tepat tentang tahap kepatuhan peraturan keselamatan bengkel dikalangan pelajar-pelajar. Di samping itu,

kajian ini juga dapat mengenalpasti masalah dan kelemahan yang wujud disamping dapat dijadikan sebagai panduan kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan pihak-pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Seterusnya agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. 1.2 Latar Belakang Masalah Salah satu objektif bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ialah mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat. (Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002). Berdasarkan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini jelaslah bahawa faktor keselamatan perlu dititik beratkan kepada pelajar-pelajar dan mesti diamalkan dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran setiap kali mengendalikan kerja-kerja amali. Keselamatan bermaksud satu keadaan yang terhasil daripada perubahan tingkah laku manusia atau persekitaran fizikal untuk mengurangkan kemungkinan 4 bahaya yang selanjutnya dan mengurangkan kemalangan (Kamus Dewan,1996). Bengkel merupakan tempat yang mempunyai risiko bahaya yang tinggi. Bahaya ini boleh menyebabkan kecederaan, penyakit, gangguan kesihatan, keresahan malahan kematian. Bahaya boleh dikelaskan kepada beberapa jenis seperti bahaya bahan kimia, sisa berbahaya, bahaya fizikal dan bahaya ergonomi. Bahaya bahan kimia disebabkan oleh wap, gas atau pepejal dalam bentuk habuk pekatan tinggi. Sisa berbahaya terdiri daripada benda hasil kerja servis. Bahaya fizikal termasuk bunyi, getaran, tekanan dan suhu berlebihan. Manakala bahaya ergonomi ialah keadaan halangan biasa atau pergerakan dan kedudukan badan (Mohd. Bahaman, et.al. 2006). Semua bengkel kerja amali mesti mempunyai peraturan bertulis yang diedarkan kepada setiap pelajar pada hari pertama mereka menggunakan bengkel tersebut. Peraturan mengenai aspek keselamatan bengkel perlu diterangkan dengan jelas kepada pelajar-pelajar sehingga mereka betul-betul faham mengenai peraturan

tersebut. Peraturan-peraturan ini juga perlu dipamerkan pada setiap papan kenyataan di setiap bengkel dan perlu diingatkan kepada pelajar dari semasa ke semasa. Kelaskelas amali atau praktikal di bengkel perlu dikendalikan oleh guru-guru terlatih dalam mata pelajaran berkenaan sahaja. Jika diawasi oleh guru sementara mestilah memastikan bahawa mereka tidak melakukan atau menyuruh pelajar melakukan percubaan-perubaan yang berbahaya (Surat Pekeliling Ikhtisas No. 1/1974). Menurut Fong (2000) pula, guru-guru perlulah sentiasa memberi amaran terlebih dahulu kepada pelajar-pelajar sebelum sebarang tunjukcara atau percubaan dijalankan untuk mengelakkan kemungkinan punca letupan atau bahaya. Sewaktu kelas amali dijalankan, guru-guru mesti menyelia dan mengawasi aktiviti pelajarpelajar dengan rapi untuk memastikan keselamatan dijaga ketahap munasabah di samping membantu kerja-kerja amali pelajar. Kesedararan terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar, supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan semasa pelajar-pelajar melakukan kerja-kerja amali di sekolah seterusnya diamalkan setelah memasuki alam pekerjaan. Menurut Fong (2000) lagi, kadar kemalangan di industri dapat dikurangkan jika pelajar-pelajar di bangku sekolah didedahkan dengan isu-isu keselamatan dan 5 kesihatan pekerjaan. Ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan di sekolah merupakan langkah awal untuk mengurangkan kadar kemalangan di industri. Kemalangan di industri mempunyai hubungan yang rapat dengan pengurusan bengkel di sekolah yang dianalogikan sebuah industri kecil yang mempunyai fungsi yang sama dengan industri yang sebenar. Terdapat beberapa agensi kerajaan yang menekankan persekitaran kerja yang selamat untuk semua pekerja iaitu Pentadbiran Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (OSHA) serta Institut Kesihatan dan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH). Namun begitu setiap individu yang bekerja dibengkel perlu peka dan mengikuti peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi yang dikawal oleh kerajaan. Menurut Shotbolt (1997), setiap pengguna perlu sedar tentang risiko yang

bakal dihadapi semasa bekerja di bengkel. Pengguna perlu mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan bagi menjamin suasana kerja yang selamat .Pelajarpelajar perlu mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai peraturan dan langkah keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja amali di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu. Antara langkah yang diambil ialah menguatkuasakan suatu piawaian sebagai satu akta, serta membantu dan menggalakkan kerajaan melaksanakan suasana tempat kerja yang sihat dan selamat dengan menyediakan kajian, maklumat, pendidikan dan latihan dalam bidang kesihatan dan keselamatan pekerja. Piawaian keselamatan telah dilaksanakan di beberapa buah negara industri. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pekerja untuk menyediakan satu suasana kerja yang kondusif dan bebas daripada sebarang kemalangan. Tenaga kerja di negara ini perlu mengamalkan piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA) antarabangsa untuk bergerak maju. Amalan yang serupa juga perlu dilaksanakan oleh majikan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan di tempat kerja. (Najib Tun Razak , 2006). Malaysia sebagai sebuah negara yang menuju kearah negara maju telah mensasarkan untuk mengurangkan kadar kemalangan semasa bekerja sehingga 6 empat kes bagi setiap 1,000 pekerja menjelang 2020. Kadar itu adalah setaraf dengan kadar kemalangan di kebanyakan negara maju walaupun kadar kemalangan untuk semua sektor di Malaysia mengalami penurunan pada 2004 namun usaha perlu dilakukan untuk mencapai ketahap yang lebih baik. (Abdul Rahman Bakar 2006). Pada tahun 1994 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah dilaksanakan. Ianya bertujuan untuk menjana kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan majikan dan pekerja melalui kepatuhan terhadap akta tersebut. Menurut perangkaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menunjukkan pada tahun 1994, kadar kemalangan di tempat kerja adalah 16 kes bagi setiap 1,000 orang manakala pada tahun 2004, sebanyak 6.9 kes kemalangan bagi setiap 1,000 orang. Walaupun terdapat kadar penurunan kadar kemalangan, namun

usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja setaraf dengan negara maju perlulah dilakukan. Kes berkaitan dengan bencana di tempat kerja menunjukkan bahawa pihak pengurusan industri tidak mematuhi piawaian dan panduan daripada pihak berkuasa. (Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, 1997). Berdasarkan laporan terdapat 100,000 kes kemalangan dan kecederaan membabitkan bencana kerja dilaporkan setiap tahun di Malaysia. (Utusan Malaysia, 2 September 1997). Aspek keselamatan dan kesihatan haruslah dijadikan satu budaya di tempat kerja iaitu pihak pengurusan bertanggungjawab mengubah sikap pekerja dengan memberi keutamaan terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Selaras dengan hasrat kerajaan, pihak majikan dan pekerja digesa supaya mengambil bahagian yang aktif dalam aspek keselamatan bagi mengurangkan jumlah kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Maka dengan ini akan tercapai hasrat serta matlamat kerajaan dalam merealisasikan hasratnya untuk mengurangkan jumlah kemalangan yang berlaku di tempat kerja dapat dikurangkan. 7 1.3 Pernyataan masalah Penyampaian proses pengajaran Kemahiran Bersepadu didalam bengkel agak berbeza dengan kaedah yang digunakan dalam matapelajaran yang lain. Proses pengajaran dan pembelajarannya banyak mengandungi aktiviti kerja amali dan teori yang berkaitan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar didalam bengkel. Oleh itu, sewajarnya aspek kepatuhan terhadap peraturan di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu diikuti oleh setiap pelajar. Aspek peraturan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan aspek yang penting kepada pelajar-pelajar. Banyak kemalangan dan kecederaan akan berlaku sekiranya pelajar-pelajar tidak mematuhi peraturan keselamatan semasa berada di bengkel. Manakala guru bengkel juga perlu memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan pelajar-pelajar semasa berada di bengkel. Guru-guru perlu menguasai ilmu mengenai aspek

peraturan dan keselamatan di bengkel dan diterapkan kepada pelajar-pelajar setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kepatuhan peraturan keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Kota Bharu. Kajian ini adalah penting bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar semasa berada di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu. Kajian ini akan meninjau aspek disiplin, keselamatan penggunaan alatan tangan dan mesin, pengurusan keselamatan dan kepatuhan dari aspek pertolongan cemas. Walaupun di setiap bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu terdapat peraturan keselamatan tetapi sejauhmanakah pelajar-pelajar mematuhi peraturan tersebut masih menjadi persoalan . Langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi memelihara dan menjaga keselamatan pelajar semasa berada di bengkel. 8 1.4 Objektif Kajian Secara amnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek tahap kepatuhan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Kota Bharu terhadap peraturan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu. Di antara tumpuan kajin ini adalah untuk : i. Mengenalpasti tahap kepatuhan pelajar-pelajar terhadap disiplin di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu. ii. Mengenalpasti tahap kepatuhan pelajar-pelajar terhadap keselamatan penggunaan alatan tangan dan mesin di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu. iii. Mengenalpasti tahap kepatuhan pelajar-pelajar terhadap pengurusan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu. iv. Mengenalpasti tahap kepatuhan pelajar terhadap pertolongan cemas di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu. 1.5 Persoalan Kajian

i. Adakah pelajar-pelajar mematuhi disiplin semasa berada di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu? ii. Adakah pelajar-pelajar mematuhi keselamatan penggunaan alatan tangan dan mesin semasa berada di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu? iii. Adakah pelajar-pelajar mematuhi pengurusan keselamatan semasa berada di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu? 9 iv. Adakah pelajar-pelajar mematuhi penggunaan pertolongan cemas semasa berada di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?

AMALAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BENGKEL DALAM KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI 12 BUAH SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI PERLIS ZAINOL BIN ABDUN @ MOHAMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA AMALAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BENGKEL DALAM KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI 12 BUAH SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI PERLIS ZAINOL BIN ABDUN @ MOHAMED Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2008 DEDIKASI Buat arwah abah dan ibu yang telah ke rahmatullah semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Untuk Baba dan Mama Mertua, Tuan Haji Abdul Hamid Bin Haji Abdul Rahman Puan Hjh. Puteh Binti Abdul Rahman Serta v

Isteriku Yang Tersayang ... Awatif Binti Haji Abdul Hamid Anakanda Tersayang ... Alia Zhafira Binti Zainol Ahli-ahli keluarga yang tercinta Iringan Doa Restu Serta Segala Pengorbanan Dari Kalian Semua Adalah Merupakan Azimat Utama Dalam Mengharungi Cabaran di Sepanjang Pengajian ini. Semoga Apa Yang Dilakukan Akan DiRahmati Allah Hendaknya. PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya, maka saya telah dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan ikhlas ini kepada penyelia, Dr. Yusof Bin Boon atas bimbingan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pihak pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Pengetua dan Guru-Guru Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-sekolah menengah negeri Perlis yang terlibat dalam penyelidikan ini juga amat dihargai. Tidak lupa juga kepada individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini. Akhir sekali buat ayahbonda mertua, isteri, anakanda dan keluarga serta rakan-rakan tersayang, segala doa restu dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan dapat dimanfaatkan. Sekian, terima kasih. vii vi

ABSTRAK Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) adalah mata pelajaran berbentuk pra-vokasional yang dijalankan secara teori dan amali. Kerja-kerja amali dijalankan di dalam bengkel yang telah disediakan di sekolah. Bengkel perlu sentiasa kemas, teratur dan selesa agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna. Pengurusan bengkel seringkali menimbulkan masalah kepada guru-guru KHB di sekolah. Seramai 63 orang responden yang mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A, melibatkan latar belakang responden dan bahagian B, melibatkan maklum balas responden terhadap aspek yang dikaji. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dalam kajian rintis, dan nilai Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.951. Analisis kajian dibuat berdasarkan frekuensi, peratusan dan min serta data diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Sciense) versi 15.0. Hasil dapatan kajian daripada responden, mendapati nilai purata min terhadap kelima-lima persoalan kajian adalah tinggi. Dapatan kajian mendapati guru-guru berkenaan menghadapi pelbagai kekangan dan masalah dalam menguruskan bengkel seperti beban tugas yang terlalu banyak, kesuntukan masa untuk mengurus dan menyelenggara bengkel dan ketiadaan pembantu bengkel. Dapatan kajian ini amat berguna dan berfaedah kepada guru-guru, sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengubah dan mengemaskini kepincangan yang terdapat dalam pengurusan mata pelajaran KHB khususnya pengurusan sumber manusia dan pengurusan bengkel KHB. ABSTRACT Living Skills is a pre-vocational subject which conducted throuh theory and practical. Practical activities are carried out in the school workshop. The workshop must always be kept clean, tidy and comfortable so that the learning process will be viii

effective. Sometimes Living Skills teachers faced difficulties in managing and maintaining the workshop. Respondents consist of 63 represent the population are involved in this research. The instrument that is used for this study is a set of questinaire is divided into two parts where the first part concern abaout respondent background, where as the second part focusing on respondents view to the research aspect. Pilot test is used to ensure the reliability of the test, and the Alpha Cronbach value for the test is 0.951. Analysis for the research is based in frequency, percentage, and average. SPSS (Statistical Package For Social Sciense) software version 15.0. I also used to processthe data collected. The result of the study shows from the respondents to all five aspects that being studied with average for five aspects shows a high value. The result showed that the Living Skills teachers are currently facing some problems such as no workshop assistance, work overload and insufficient time in managing and maintaining the workshop. The finding of the research are beneficial for teachers, school, State Education Department and Ministry of Educations so that they can improve the managing system in Living Skills. KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT ix

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL vii viii ix xiv ii iii v vi

i

SENARAI SINGKATAN SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

xvi xvii xviii

1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Persoalan Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Batasan Kajian 1.8 Definisi Terminologi 12 12 10 11 11 9

8

1.8.1 Kemahiran Hidup Bersepadu

13 13 13 x

1.8.2 Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 1.8.3 Guru Kemahiran Hidup Bersepadu 1.8.4 Pengurusan 1.8.5 Organisasi 14 14 14 14 15

1.8.6 Penyelenggaraan 1.8.7 Pengurusan Bengkel

1.8.8 Organisasi Bengkel atau Makmal 1.8.9 Sistem Menyimpan Alatan 1.8.10 Aset 1.8.11 Perolehan 1.8.12 Pembelian 1.8.13 Inventori 1.8.14 Pelupusan 1.9 Penutup 17 15 15 16 16 16 15

2

SOROTAN KAJIAN 18 18

2.1 Pengenalan

2.2 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu 2.2.1 Perubahan Dalam Edisi Penyemakan Sukatan Pelajaran 19

2.2.2 Matlamat Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu 19

2.2.3 Kemahiran Teknologi, Kecenderungan Mereka Cipta Dan Semangat Keusahawanan 19

2.2.4 Perubahan Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu 2.2.5 Organisasi Kandungan 2.3 Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 2.4 Organisasi dan Keselamatan Di Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 2.5 Pengurusan Alatan dan Bahan Di Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 2.6 Masalah Guru Dalam Menguruskan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 2.7 Analisa Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2.8 Penutup 3 30 30 29 29 xi 25 20 21 23

METODOLOGI 31 31 32

3.1 Pengenalan 3.2 Prosedur Kajian 3.3 Reka Bentuk Kajian

3.4 Tempat Kajian 3.5 Populasi Kajian 3.6 Instrumen Kajian 3.7 Kajian Rintis 3.8 Analisis Data 3.9 Penutup 4

33 34 34 37 39 41

ANALISIS DATA 42 42 43

4.1 Pengenalan

4.2 Bahagian A : Analisa Latar Belakang Responden 4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bidang Pengkhususan 44 43

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tempoh Pengalaman Mengajar 4.2.5 Taburan Responden Mengikut KursusKursus Asas Pengurusan Dalam Kemahiran Hidup Bersepadu Yang Pernah Dihadiri 45 44

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Jadual Waktu Dalam Seminggu 46 xii

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Tugas-Tugas Lain Yang Dijalankan 48

4.3 Bahagian B : Analisa Setiap Item Mengikut Persoalan Kajian 49 50 53

4.3.1 Persoalan Kajian I 4.3.2 Persoalan Kajian II

4.3.3 Persoalan Kajian III 4.3.4 Persoalan Kajian IV 4.3.5 Persoalan Kajian V

55 57 60

4.4 Analisa Purata Min Keseluruhan Bagi Setiap Persoalan Kajian 4.5 Penutup 5 64 63

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 65 65

5.1 Pengenalan 5.2 Perbincangan Kajian

5.2.1 Bahagian A : Perbincangan Latar Belakang Responden 66

5.2.2 Bahagian B : Perbincangan Lima Persoalan Kajian 67

5.2.2.1 Pengetahuan Pengurusan Organisasi dan Keselamatan Bengkel KHB 67

5.2.2.2 Amalan Pengurusan Organisasi dan Keselamatan Bengkel KHB 5.2.2.3 Pengetahuan Pengurusan dan Penyelenggaraan Alatan dan Bahan Di Bengkel KHB 5.2.2.4 Amalan Pengurusan dan Penyelenggaran Alatan dan Bahan Di Bengkel KHB 71 xiii 70 69

5.2.2.5 Masalah Guru KHB Dalam Pengurusan dan Penyelenggaraan Bengkel KHB 72

5.3 Rumusan 5.4 Cadangan 75

74

5.4.1 Cadangan Berdasarkan Dapatan Kajian 5.4.1.1 Jabatan Pelajaran Negeri Perlis 76 5.4.1.2 Pihak Pentadbiran Sekolah 5.4.1.3 Guru 78 79 78

75

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 5.5 Penutup 80

RUJUKAN LAMPIRAN A I

81 - 84 85 - 138

xiv SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Senarai Sekolah-Sekolah dan Populasi 34 3.2 Taburan Item Soalan Mengikut Persoalan Kajian 36 3.3 Lima Nilai Skor Dengan Menggunakan Skala Likert Bagi Mengukur Tahap Persetujuan Responden 37 3.4 Pekali Alpha Cronbach 38 3.5 Kebolehpercayaan Item Soal Selidik Mengikut Persoalan Kajian 39 3.6 Pemeringkatan Skala Likert 41 3.7 Markat Skala Likert Tiga Mata 41 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43

4.2 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 43 4.3 Taburan Responden Mengikut Bidang Pengkhususan 44 4.4

Taburan Responden Mengikut Tempoh Pengalaman Mengajar 45 4.5 Taburan Responden Mengikut Kursus-Kursus Asas Pengurusan Dalam Kemahiran Hidup Bersepadu Yang Pernah Dihadiri 45 4.6 Taburan Responden Mengikut Jadual Waktu Mengajar Dalam Seminggu 47 4.7 Taburan Responden Mengikut Tugas-Tugas Lain Yang Dijalankan 48 xv

4.8 Taburan Responden Mengikut Pengetahuan Pengurusan Organisasi dan Keselamatan Bengkel KHB 51 4.9 Taburan Responden Mengikut Amalan Pengurusan Organisasi dan Keselamatan Bengkel KHB 54 4.10 Taburan Responden Mengikut Pengetahuan Pengurusan dan Penyelenggaraan Alatan dan Bahan Di Bengkel 58 4.11 Taburan Responden Mengikut Amalan Pengurusan dan Penyelenggaraan Alatan dan Bahan Di Bengkel 60

4.12 Taburan Responden Mengikut Masalah Guru Dalam Pengurusan dan Penyelenggaraan Alatan dan Bahan Di Bengkel 61 4.13 Analisa Purata Min Keseluruhan Bagi Setiap Persoalan Kajian 63 SENARAI SINGKATAN KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia UTM - Universiti Teknologi Malaysia PMR - Peperiksaan Menengah Rendah SPSS - Statistical Package for Sosial Science KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu KH - Kemahiran Hidup KMT - Kemahiran Manipultif Tambahan KT - Kemahiran Teknikal ERT - Ekonomi Rumah Tangga PTN - Pertanian PK - Perdagangan dan Keusahawanan RBT - Reka Bentuk dan Teknologi RC - Reka Cipta Nafam - Pengurusan dan Penyelenggaraan Aset dan Fasiliti Negara xvii SENARAI SIMBOL N - Jumlah - Frekuensi % - Peratus xviii xvi

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 85 B Surat Akuan Pelajar 93 C Surat Kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) 94 D Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran Negeri Perlis 95 E Senarai Nama Guru KHB Negeri Perlis 96 F Surat Kursus Pengurusan Bengkel Dan Stok KHB 99 G Surat Bengkel Pengurusan Stok Baru dan Pertandingan Bengkel KHB 100 H Surat Pekeliling Iktisas Bil. 1/1998 : Alternatif Meringankan Beban Tugas Guru Kemahiran Hidup Sekolah Menengah 101 I Analisis Kebolehpercayaan Alpha Cronbach (Kajian Rintis) 109 J Analisa Bahagian A dan Bahagian B 123 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan satu elemen penting bagi menentukan hala tuju dan corak masa hadapan sesebuah negara. Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020 (hasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri). Sehubungan dengan itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010 (Rancangan Malaysia Ke-9) yang telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad

Badawi pada 16 Januari 2007 telah menggariskan salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran. Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan teras utama berikuti : i. Akses kepada pendidikan ii. Ekuiti dalam pendidikan iii. Kualiti dalam pendidikan iv. Kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan Berdasarkan teras utama ini, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan. Antaranya : i. Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). ii. Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar. iii. Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat. iv. Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia. v. Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan vi. Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa (Sumber Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, 2007) Di Malaysia, sejak 1970-an lagi telah terdapat beberapa pembaharuan dalam kurikulum. Di antaranya ialah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR, 1983) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM, 1989). Pembaharuan kurikulum

ini boleh dikatakan sebagai satu inovasi kurikulum yang utama atau reformasi yang menyeluruh dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dalam setiap sistem pendidikan, perubahan yang dimulakan itu perlu memberi kesan positif. Tetapi ini bukanlah satu perkara yang mudah. Kebanyakan penyelidikan yang dilakukan dalam tahun 1960-an dan 1970-an menunjukkan bahawa kegagalan dan perkembangan, penyerapan, pengedaran dan pelaksanaan kurikulum baru adalah satu amalan yang biasa (Ramlah, 1992). Sistem pendidikan sentiasa mengalami banyak perubahan. Inovasi diperkenalkan untuk menyelesaikan masalah dan untuk memperbaiki amalan semasa serta mempertingkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Di Malaysia, pengenalan dan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1987 merupakan dua inovasi utama di dalam pendidikan negara. Perubahan-perubahan ini mempunyai pelbagai masalah baik dari segi penyebaran, pembangunan dan proses pelaksanaannya (Zaidatul,1990). Ini berpunca daripada proses pelaksanaan sesuatu inovasi yang melibatkan satu perubahan di dalam amalan semasa. Sesuatu pelaksanaan akan menjadi lebih rumit apabila sesuatu aspek inovasi ditafsir secara berbeza-beza oleh pelbagai pihak yang melaksanakannya. Di dalam bilik darjah, guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini kepada murid-murid. Mereka ini bertanggungjawab untuk memperkenalkan inovasi dan kurikulum di sekolah. Untuk menjayakan sesuatu inovasi dalam kurikulum, guru-guru ini seharusnya diberi pendedahan mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baru untuk memenuhi kehendak inovasi tersebut. Kualiti guru-guru bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran mereka sendiri tetapi juga bergantung kepada darjah motivasi mereka untuk menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran tersebut secara berkesan (Sharifah, 1990). Untuk menguasai tahap kecekapan yang lebih tinggi mereka perlu

menjalani proses menambah, mendalami dan memahami dunia keguruan serta menguasai pelbagai kemahiran melalui latihan-latihan yang dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan berlakunya perubahan di dalam masyarakat pada amnya dan bidang pendidikan khususnya, guru-guru perlu mengemaskinikan tahap profesionalisme secara berterusan menerusi kursus-kursus dalam perkhidmatan. Dengan cara ini guru-guru yang terlatih dapat bersaing seiring dengan perubahan yang pesat dalam bidang pendidikan dan pembangunan. Mereka akan merasa bahawa mereka dapat memberi sumbangan yang bermakna terhadap matlamat pendidikan negara dengan menyumbangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid di sekolah. Rancangan KBSM merupakan satu langkah ke arah meningkatkan lagi mutu pendidikan dengan memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya ialah untuk melahirkan rakyat yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara (Jaafar, 1995). Untuk melaksanakan rancangan tersebut, kurikulum KBSM diubah mengikut kehendak negara. Antara pembaharuan-pembaharuan itu ialah pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Mata pelajaran ini telah menggantikan beberapa mata pelajaran elektif lain seperti Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga dan Perdagangan. Pada tahun 1989 mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu diperkenalkan sebagai menggantikan elektif seperti mata pelajaran Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga dan Perdagangan. Di dalam pendidikan komprehensif yang diamalkan sejak tahun 1965 hingga sekarang, murid-murid hanya perlu memilih salah satu daripada empat mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah rendah. Selain nama mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, elektif atau pilihannya turut ditukar iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan A (Seni Perusahaan), Pilihan B (Perdagangan), Pilihan C (Ekonomi Rumah Tangga) dan Pilihan D (Pertanian).

Pada tahun 1992, perubahan sekali lagi dilakukan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang menjadikan hanya tiga elektif sahaja iaitu Pilihan 1 Kemahiran Manipulatif Tambahan, Pilihan 2 Ekonomi Rumah Tangga dan Pilihan 3 Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan. Seiring perkembangan semasa, pada tahun 2004, perubahan dilakukan lagi bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di mana tiga elektif yang sedia ada ditambah kembali menjadi empat elektif, di samping penukaran nama Pilihan 1 Kemahiran Manipulatif Tambahan kepada Kemahiran Teknikal, Pilihan 2 Ekonomi Rumah Tangga dan Pilihan 3 Pertanian dan Pilihan 4 Perdagangan dan Keusahawanan. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran tahun 2004, Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Ia dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa kini dan masa akan datang. Perubahan yang dilakukan dalam edisi penyemakan pada tahun 2004 ini, tidak merubahkan matlamat terdahulu dan kebanyakan objektif mata pelajaran dikekalkan iaitu untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan

ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan seharian. Kurikulum ini masih mempunyai hala tuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan. Kemahiran asas sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inventif. Nilai murni, sikap yang positif da budaya kerja yang baik diterapkan semasa murid menjalankan aktiviti amali demi meneruskan konsep kesepaduan dalam mata pelajaran. Perubahan dari segi kandungan memperlihatkan beberapa tajuk Kemahiran Hidup Bersepadu disusun semula, digugurkan atau ditambah, dengan hasrat untuk mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta mengemaskinikan kandungannya. Dalam Kemahiran Hidup Bersepadu tumpuan diberi terhadap pembelajaran melalui pengalaman. Mata pelajaran ini harus dikendalikan secara tidak langsung semasa mengendalikan aktiviti amali yang menggabungjalinkan antara teori dan amali, aktiviti dalam dan luar bilik darjah dan pelbagai disiplin dan tajuk harus dititikberatkan. Sehubungan ini, dalam Kemahiran Hidup Bersepadu, pembelajaran perniagaan dan keusahawanan perlu digabungjalinkan dengan pembelajaran reka bentuk dan teknologi serta lain-lain bidang pilihan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang berbentuk amali, penggunaan bengkel dan bilik-bilik khas amat diperlukan. Selain daripada itu, bengkel juga digunakan untuk menyimpan dan menempatkan alatan tangan dan mesin serta bahan-bahan. Kesemua peralatan dan bahan tersebut perlu disusun dan diselenggara dengan baik. Penyelenggaraan adalah

satu proses yang perlu dilakukan terhadap peralatan dan mesin bagi menentukan jangka hayatnya selain daripada selamat digunakan (Yahya, 1989). Pengurusan bengkel yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan kelancaran perjalanan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mendapatkan suasana dan keadaan bengkel yang rapi,ceria dan harmonis, masa yang lama diperlukan. Keadaan ini akan menyebabkan beban guru kemahiran Kemahiran Hidup Bersepadu bertambah. Di samping itu juga, pengurusan bengkel merupakan satu bidang yang perlu ditekankan kerana aktiviti-aktiviti pengurusan boleh mempengaruhi hasil kerja dan kepuasan kepada perlaksanaan program dan pengguna. Di sekolah menengah, pengurusan bengkel dilakukan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Pengurusan bengkel dijalankan di samping tugas utama mereka iaitu mengajar. Guru juga perlu menjalankan tugas-tugas lain selain daripada mengajar dan menguruskan bengkel. Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkel yang meliputi proses-proses menyediakan kemudahan asas (seperti pendawaian, pengudaraan dan perpaipan), penyusunan ruang untuk peralatan utama, penyusunan perabot di dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan dan penggunaan warna di dalam bengkel. Pengurusan bengkel juga melibatkan pengurusan alatan dan bahan yang meliputi pengurusan, pemilihan dan kawalan alatan (perancanganpembelian alat, pemilihan alatan dan kelengkapan, spesifikasi alatan; kaedah penyusunan dan penyimpanan alat; dan kawalan alatan). Tugas-tugas ini dijalankan secara khusus sebagai satu profesion lain. Pengurusan bengkel memerlukan guruguru yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal pengurusan bengkel supaya kerja-kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Guru Kemahiran Hidup Bersepadu menghadapi dan menangani berbagai masalah dalam perlaksanaan program Kemahiran Hidup Bersepadu ini. Perkara ini diakui oleh Wan Zahid (1990). Di antara masalah yang dihadapi ialah kekurangan bilik darjah dan peralatan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Tanggungjawab guru Kemahiran Hidup Bersepadu bukan setakat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga melibatkan tanggungjawab guru dalam pengendalian bengkel bagi memastikan prestasi pelajarpelajar meningkat serta cemerlang selaras dengan kehendak kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelenggaraan Aset dan Fasiliti Negara (Nafam) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 14 Ogos 2007 disifatkan bahawa kerajaan memandang serius ke arah usaha mengurangkan kos penyelenggaraan harta awam yang seterusnya akan menentukan standard bagi pengurusan dan penyelenggaraan aset negara. Sepatutnya wang yang dibazirkan dapat dijimatkan untuk pelbagai projek lain bagi manfaat rakyat. Pelbagai usaha dan tindakan daripada pelbagai pihak perlu disepadukan bagi menanganinya. Adalah diharapkan penubuhan jawatankuasa berkenaan akan dapat membawa perubahan sikap dan minda rakyat untuk sama-sama memainkan tanggungjawab memelihara aset negara. Berdasarkan kepada tujuan penubuhan jawatankuasa berkenaan, semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolahsekolah perlulah mengambil iktibar dan panduan bagi memastikan pengurusan bengkel dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya walaupun tidak melibatkan kos penyelenggaraan yang besar. 1.2 Latar Belakang Masalah Sekolah-sekolah yang dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-6 dan Ke-7 telah disediakan dengan bilik-bilik dan bengkel-bengkel mengikut keperluan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM60.3 juta untuk menyediakan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu (Kerajaan Malaysia, 1991). Peruntukan yang besar ini seharusnya diguna, diselenggara dan dijaga dengan cara maksimum supaya peruntukan tidak menjadi satu pembaziran. Ketiadaan kakitangan yang khusus (Pembantu Bengkel atau Makmal) dalam bidang

pengurusan bengkel boleh menyebabkan pengurusan bengkel tidak sempurna dan tidak terurus. Kita tidak menafikan guru-guru di bengkel yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas ini, iaitu menjalankan tugas pengurusan bengkel ini dan mentadbir dengan penuh dedikasi, akan tetapi adalah dikhuatiri mereka ini menjalankan tugas-tugas pengurusan dan mentadbir bengkel dengan kemampuan yang minimum. Guru Kemahiran Hidup Bersepadu tidak mempunyai kemampuan yang maksimum untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut kerana sehingga kini tiada kursus yang khusus untuk tujuan ini dilakukan. Proses penyelenggaraan di bengkel perlu dilakukan oleh orang yang mahir dalam bidang tersebut, kerana penyelenggaraan adalah segala bentuk aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk memastikan peralatan, mesin, bahan dan bangunan itu sentiasa berada dalam keadaan yang boleh digunakan dengan baik dan berkesan serta selamat (Yahya, 1989). Pengurusan bengkel ini bukan sahaja melibatkan masa pengajaran dan pembelajaran, bahkan tenaga pelajar-pelajar. Bebanan tugas ini sedikit-sebanyak mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran, seterusnya menimbulkan ketidakpuasan bekerja. Ada yang terpaksa menggunaka masa di luar waktu persekolahan yang kadangkala bertindan dengan aktiviti kokurikulum yang juga dipertanggungjawabkan ke atas guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu. 1.3 Pernyataan Masalah Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini merupakan satu mata pelajaran yang berasaskan kepada kerja amali, maka pengurusan bengkel yang sistematik adalah sangat perlu supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan. Masalah yang berlaku di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu mungkin disebabkan oleh keadaan bengkel yang tidak terurus dan ianya juga mungkin disebabkan guru-guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu kurang pengetahuan atau berpengalaman dalam pengurusan dan penyelenggaraan bengkel dengan sempurna.

Dalam hal ini beberapa pernyataan masalah perlu dikenal pasti dan memerlukan jawapan melalui kajian ini. Seperti yang telah disarankan kebanyakan guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dibebani dengan tanggungjawab yang banyak. Di samping itu juga, terdapat guru-guru yang kurang cekap atau kurang pengetahuan dalam pengurusan dan penyelenggaraan bengkel. Ini terjadi disebabkan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu mempunyai empat komponen elektif yang terdiri daripada Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga Pertanian serta Perdagangan dan Keusahawanan. Kemungkinan guru-guru elektif Perdagangan dan Keusahawanan serta guru bukan opsyen yang mengajar KHB sebagai contoh tidak didedahkan dengan kerja-kerja pengurusan dan mentadbir bengkel dan juga alatan serta bahan. Kegagalan menguruskan bengkel dengan baik dan sempurna boleh menyebabkan perencatan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Oleh itu bengkel perlu sentiasa bersih, kemas, teratur dan selesa. 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti : i. Pengetahuan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu berkaitan sistem pengurusan organisasi dan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah. ii. Amalan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu dalam melaksanakan sistem pengurusan organisasi dan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah. iii. Pengetahuan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu berkaitan aspek pengurusan dan penyelenggaraan alatan dan bahan di dalam bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah. iv. Amalan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu dalam melaksanakan aspek pengurusan dan penyelenggaraan alatan dan bahan di dalam bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah.

v. Masalah pengurusan dan penyelenggaraan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di kalangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu. 1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian yang diutarakan pengkaji adalah bertujuan untuk mengetahui : i. Adakah guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu mengetahui sistem pengurusan organisasi dan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah ? ii. Adakah guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu melaksanakan sistem pengurusan organisasi dan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah ? iii. Adakah guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu mengetahui pengurusan dan penyelenggaraan alatan dan bahan di dalam bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah ? iv. Adakah guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu melaksanakan pengurusan dan penyelenggaraan alatan dan bahan di dalam bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah ? v. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu dalam menguruskan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah ?