Kertas Kerja EED3200
-
Upload
fazila-latiff -
Category
Documents
-
view
24 -
download
2
Transcript of Kertas Kerja EED3200
Kod Kursus : EED 3200
Nama Kursus : Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan
Melayu
Tajuk Kursus : Bahasa Melayu sedang berhadapan dengan
gelombang kebangkitan Bahasa Inggeris dalam
semua bidang kehidupan. Berdasarkan
Perlembagaan Negara, sejauh manakah Bahasa
Melayu mampu berhadapan dengan cabaran ini
Nama Calon : Pn. Fazila Bt Mohamad Latiff
Nombor Matrik : 160941
Nombor Kad Pengenalan : 730805-10-5024
Nombor Telefon : 016-6675213
Nama Pensyarah : Tuan Haji Shamsuddin B. Othman
Jabatan : Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
Serdang,
Selangor Darul Ehsan
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Fungsi Bahasa
3.0 Sejarah Perlembagaan Persekutuan
4.0 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
4.1 Tafsiran dan huraian
5.0 Cabaran penggunaan bahasa dalam bidang :-
5.1 Pentadbiran
5.2 Perundangan dan Kehakiman
5.3 Ekonomi
5.4 Pendidikan
6.0 Langkah-langkah Memertabatkan Bahasa Melayu
7.0 Kesimpulan
8.0 Bibliografi
9.0 Lampiran
1.0 PENGENALAN
Bahasa merupakan satu alat untuk menyampaikan maklumat. Pada
umumnya bahasa boleh merujuk kepada bahasa lisan dan bahasa tubuh.
Sementara dalam konteks bahasa, bahasa merujuk kepada bahasa yang
dipertuturkan seharian oleh orang Melayu atau masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan latar belakang.
Istilah ” Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun
644 dan 645 Masehi. Tulisan ini mengenai orang ” Mo-Lo-Yue” iaitu utusan yang
dihantar ke negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi negaranya
kepada Raja China. Namun, letaknya kerajaan ”Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat
dipastikan dengan tegas.
Menurut Amat Juhari Moain ( 2006:27 ), terdapat 5 zaman perkembangan
bahasa Melayu. Lima zaman tersebut ialah zaman bahasa Melayu Purba,
Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden.
Kesimpulannya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman perkembangan itu
telah membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan mempunyai
sejarah penyebarannya.
1
2.0 FUNGSI BAHASA
Bahasa umumnya berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang
melambangkan identiti sesuatu bangsa atau negara secara unik. Dalam konteks
ini, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa kebangsaan dan juga merupakan
bahasa utama yang lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara .
Bahasa Melayu juga digunakan untuk wacana politik dan undang-undang di
Malaysia.
Bahasa merupakan alat terpenting dalam pengucapan dan dapat difahami
semua bangsa yang terdapat dalam sesebuah negara. Bahasa juga berfungsi
sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Bahasa Melayu telah menjadi
bahasa komunikasi di antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari
dengan senang dan mudah.
Pembinaan jati diri bangsa dapat dipupuk melalui bahasa kerana
mempunyai ikatan emosi yang erat. Menurut Joseph Butler ( 1692-1752 )
seorang ahli falsafah Inggeris, telah menghasilkan idea tentang prinsip
pengindividuan. Menurut beliau, idea kesedaran dan proses mengakui sesuatu
tidak boleh dipaksa-paksa kehadirannya dalam memori, jiwa dan perasaan.
Kesimpulannya, bahasa berfungsi sebagai cerminan jati diri rakyatnya,
masyarakatnya dan pembentukan negaranya.
2
3.0 SEJARAH PERLEMBAGAAN NEGARA
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat
daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956.
Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan
pada 31 Ogos, 1957.Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan telah
diadakan di London 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh
satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi
empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman)
dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan
penasihat-penasihatnya.
Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan
ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan
sehingga 2005.
Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali,
beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar
650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".
3
4.0 PERKARA 152 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa
kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak
bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan
menggunakan dana awam.
Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadam kerana Perkara
159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia
hendak dipinda.
4.1 TAFSIRAN dan HURAIAN
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam
tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan
syarat bahawa—
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan
(selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa
bahasa lain; dan
4
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan
meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam
persekutuan.
(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun
selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh
Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen,
di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang
lain.
(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun
selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh
Parlimen, teks sahih—
(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya
yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan
(b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang
dikeluarkanoleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.
5
(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun
selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh
Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:Dengan syarat
bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju,
keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu
diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.
(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan
selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain
pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.
(6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan,
sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-
apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.
6
5.0 CABARAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU
5.1 DALAM BIDANG PENTADBIRAN
Tugas mendaulatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak
berakhir dengan kejayaan memertabatkannya di dalam Perlembagaan
Persekutuan. Perkara yang lebih penting selepas itu ialah merealisasikan apa
yang telah dipersetujui bersama itu benar-benar menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dalam semua lapangan kehidupan.
Dalam bidang pentadbiran, bahasa melayu telah digunakan secara
meluas dalam urusan rasmi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Ini
dapat dilihat melalui surat-surat rasmi yang digunakan untuk panggilan
mesyuarat , surat pemberitahuan, surat pekeliling dan sebagainya.
Namun begitu, apa yang menyedihkan ialah sikap pihak berkuasa dalam
mengendalikan mesyuarat . Kemunculan penggunaan bahasa Melayu yang
dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris yang dikenali sebagai bahasa
slanga.. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ,Dato Seri Utama Rais
Yatim memanggil bahasa ini umpama sekerat ular sekerat belut amat berleluasa
dalam perbualan seharian masyarakat sama ada ketika rasmi mahupun tidak.
7
Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana dalam Fasal 1 ( b ),
Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan Negeri boleh meneruskan penggunaan bahasa lain dan tidak boleh
dihalang. Ini mengakibatkan bahasa Melayu tidak dapat digunakan secara
optimum.
5.2 DALAM BIDANG PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan termaktub
dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Namun begitu,
sesetengah pejuang bahasa menganggap kedudukan itu tidak mutlak.
Perkara 152 (4) memperuntukan bahawa ” selepas tempoh 10 tahun Hari
Merdeka dan selepas daripada itu diperuntukkan oleh Parlimen, segala
perbicaraan dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau
Mahkamah Tinggi hendaklah dijalankan dalam Bahasa Inggeris dengan syarat
bahawa mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju , keterangan
yang diambil oleh saksi tidak payah diterjemah atau direkodkan dalam Bahasa
Inggeris.
8
Berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan itu,
kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah terhad. Dalam
bidang legislatif dan kehakiman penggunaan bahasa Inggeris diizinkan dalam
tempoh 10 tahun selepas kemerdekaan dicapai atau untuk tempoh yang lebih
lagi dengan kebenaran Parlimen.
Ini memberi kesan terhadap hasrat untuk menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan dalam segala lapangan kehidupan masyarakat
moden Malaysia. Selepas 53 tahun merdeka, para pejuang bahasa Melayu
masih berpendapat kedudukan bahasa Melayu itu sebagai bahasa kebangsaan
masih belum mantap sepenuhnya.
Menurut Dr. Firdaus Abdullah, realiti masih ramai warga yang tidak tahu
berbahasa Melayu. Masih ada ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli Parlimen
yang tidak fasih berbahasa kebangsaan itu.
5.3 DALAM BIDANG EKONOMI
Penekanan terhadap ketabsuban pertumbuhan ekonomi yang tidak begitu
mementingkan pembangunan bahasa kebangsaan atas alasan untuk
menghadapi globalisasi juga membuatkan bahasa Melayu terkesot sebagai
bahasa kebangsaan.
Ada tanggapan bahawa kedudukan bahasa Melayu akan bertambah
kukuh sekiranya bangsa Melayu mencapai kemajuan ekonomi. Tanggapan ini
9
tidak berasas berdasarkan senario yang ada. Kecenderungan orang Melayu
yang telah berjaya dalam bidang ekonomi mengagungkan bahasa Inggeris
menurut Rustam tidak boleh diharap untuk mendaulatkan bahasa Melayu dalam
bidang ekonomi.
Dalam sektor swasta pula, bahasa Inggeris memang menjadi bahasa
rasmi sejak merdeka lagi. Sebarang usaha untuk memaksa mereka
menggunakan bahasa Melayu nampaknya tidak berkesan. Mereka menganggap
bahawa mereka kebal daripada kuatkuasa undang-undang bahasa Melayu.
Fenomena ini berlaku akibat penguatkuasaan yang lemah. Dikalangan para
pemimpin negara sendiri terdapat juga kecenderungan untuk mengutamakan
bahasa Inggeris.
Mereka seolah-olah lupa bahawa di dalam Perlembagaan Negara, bahasa
Melayu adalah bahasa rasmi yang harus dimartabat dan diperkukuhkan
penggunaannya.
5.4 DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Seperti yang telah semua sedia maklum, berdasarkan Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi negara yang turut berperanan sebagai bahasa ilmu.
10
Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba fungsi bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu telah dinafikan. Hal tersebut terjadi lantaran pelaksanaan dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
( PPSMI ) pada tahun 2003. Kedudukan bahasa Melayu yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan akhirnya digegar, dipertikai dan diperlekehkan oleh
penutur bahasa itu sendiri.
Sejak itu, pelbagai pihak telah menyuarakan kebimbingan masing-masing
terutamanya di kalangan tokoh dan pejuang bahasa Melayu. Mereka khuatir,
bukan sahaja fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan terjejas malahan
pencapaian pelajar terutamanya pelajar di luar bandar turut terjejas dalam
kedua-dua mata pelajaran itu.
Antara alasan yang dikemukakan termasuklah kanak-kanak lebih cepat
belajar dalam bahasa ibundanya. Kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan
bahasa Inggeris akan ketinggalan dengan kanak-kanak yang bahasa ibundanya
bahasa Inggeris. Lebih-lebih lagi pada peringkat awal kanak-kanak mengenali
konsep asas subjek itu. Kanak-kanak ini tidak akan dapat mengikuti peringkat
pembelajaran seterusnya dengan baik. Akibatnya, murid ini akan tercicir dan
jauh ketinggalan.
11
Dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak dan untuk
memartabatkan bahasa kebangsaan, Kerajaan telah memutuskan untuk
menggantikan dasar PPSMI dengan dasar baharu iaitu Memartabatkan Bahasa
Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris ( MBMMBI ).Menurut Timbalan
Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin
Mohd Yasin , MBMMBI berfungsi sebagai serampang dua mata kerana selain
memertabatkan bahasa kebangsaan, kerajaan turut menekankan aspek
penguasaan dan pengukuhan Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa
antarabangsa,
Langkah tersebut sememangnya dinanti-nantikan oleh pelbagai pihak
demi masa depan anak bangsa yang tentunya lebih mudah menimba ilmu
menggunakan bahasa pengantarnya sendiri, Dengan terlaksananya dasar
MBMMBI, dapatlah dianggap sebagai kembalinya ” kuasa” Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan.
12
6.0 LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
Perjuangan kita dalam memartabatkan bahasa Melayu belum tamat.
Perjalanan kita masih masih panjang kerana banyak perkara harus dilakukan.
Jika sekadar bahasa Melayu termaktub dalam perlembagaan, itu tidak cukup
untuk kita menarik nafas lega. Kita perlu bersedia untuk mempertahankan
kedudukan bahasa Melayu.
Antara perkara penting yang harus diberikan penekanan termasuklah
mengubah sikap rakyat Malaysia terhadap kemampuan bahasa Melayu.
Menurut Fasold, penilaian tentang sesuatu bahasa mengikut pendapat dan
perasaan penggunanya dibuat sama ada mereka merasakan bahasa itu
mempunyai ciri kaya, miskin, indah, hodoh ataupun lemah lembut.
Dalam hal ini pandangan negatif tentang keupayaan bahasa Melayu perlu
diperbetul. Keyakinan rakyat Malaysia tentang kemampuan dan keupayaan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu perlu dikembalikan dan diperkukuh. Kita
perlu memantapkan jati diri dan membugarkan semangat kasih dan cinta akan
bahasa sendiri supaya tidak timbul rasa sangsi terhadap keupayaan bahasa
sendiri. Untuk itu, kita harus sentiasa menyemai semangat cinta akan bahasa
sendiri sejak di bangku sekolah lagi seperti kata pepatah, ” Melentur buluh
biarlah dari rebungnya ”.
13
Kita harus mengangkat martabat bahasa Melayu dengan memberikan
nilai kepada bahasa itu sendiri, Semboyan bahasa jiwa bangsa harus
dibunyikan selalu supaya menyelinap masuk ke dalam sanubari rakyat Malaysia
agar mereka menyedari peranan dan tanggungjawab mereka dengan baik dan
berkesan.
Usaha yang giat dan berterusan perlu dilakukan untuk melengkapkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu,
bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dan bahasa perdagangan supaya
bahasa Melayu bersedia mengharungi apa jua badai yang bakal melanda.
Menurut Teo Kok Seong, bahasa melayu sememangnya telah kuat dan
berwibawa. Bahasa Melayu berpotensi untuk diperkembangkan sebagai bahasa
ilmu. Bahasa Melayu juga telah mengalami proses intelektualisme sejak
berabad yang lalu dan usaha itu tidak harus terhenti.
Pembinaan korpus Bahasa Melayu perlu dimantapkan supaya bahasa
Melayu dapat mengungkap konsep ilmu yang tinggi dan teknikal dengan baik
dan berkesan, Usaha yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai
badan perancangan bahasa bagi membina dan mengembangkan persuratan
Melayu perlu disokong oleh semua pihak bagi menjamin kedaulatan bahasa
Melayu. Penyelidikan dan perkembangan bahasa Melayu perlu digiatkan bagi
14
memantapkan bahasa Melayu sebagai ilmu yang dipandang tinggi.
Menurut Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia,negara pada
masa ini hanya mampu menerbitkan sekitar 15 ribu judul bahan bacaan setahun.
Menurut UNESCO,untuk memenuhi syarat penstatusan negara maju, penerbitan
buku sesebuah negara ialah satu peratus daripada jumlah populasi
penduduknya. Ini bermakna negara kita perlu menghasilkan sejumlah 28 ribu
judul setahun.
Dalam menyemarakkan industri penerbitan buku negara,sudah tentu kita
tidak boleh mengabaikan kepentingan untuk menghasilkan lebih banyak buku
dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan sahaja perlu mampu
mengungkapkan ilmu dalam bidang sains dan matematatik tetapi juga bidang
ilmu yang lain seperti aeroangkasa, nanoteknologi,fiologi, farmasi dan
sebagainya bagi mengembangkan kepustakaan ilmu dalam bahasa Melayu.
Disinilah peranan yang perlu dimainkan oleh ahli akademik, penyelidik
danahli profesional untuk memanfaatkan korpus bahasa Melayu yang dibina oleh
DBP, berganding bahu bersama-sama menyumbangkan kepakaran dan ilmu
dalam bentuk penulisan artikel atau buku dalam bahasa Melayu. Segala kajian
dan penemuan baharu perlulah ditulis dalam bahasa Melayu dan maklumatnya
disebarkan untuk kegunaan masyarakat.
15
Untuk menjadikan bahasa Melayu bahasa yang maju,negara perlu
bertukar menjadi negara pencipta ilmu dan bukannya negara pengguna ilmu.
Malaysia mempunyai banyak bidang ilmu tempatan yang seharusnya diteroka
dan digali demi manfaat pengguna sejagat. Bidang ilmu jati seperti herba dan
budaya seperti keris, perahu,tenun, songket dan wau perlu diteroka dan
disampaikan dalam bahasa Melayu supaya dapat membuktikan bahawa bahasa
Melayu juga mampu menjadi pencipta dan sumber ilmu,
Usaha penterjemahan juga penting bagi memastikan pemindahan ilmu
dapat dilakukan. Menurut Noresah Baharom (2008), istilah merupakan
prasarana penting bagi mengungkapkan ilmu tinggi secara ekspresif dalam
bahasa Melayu. Ini kerana bidang penterjemahan dapat mencemerlangkan
pelbagai domain keilmuan. Melalui perterjemahan juga,banyak bidang ilmu yang
dapat diteroka oleh penutur bahasa selain dapat memperkasakan bahasa
Melayu itu sendiri.
16
7.0 KESIMPULAN
Bahasa Melayu kini mendukung pelbagai fungsi yang penting.
Kedudukannya sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin dari segi
penggunaan yang luas dan perakuan oleh rakyat Malaysia. Selain dinobatkan
bahasa kebangsaan negara, bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa
rasmi negara yang digunakan dalam segenap urusan pentadbiran, bahasa
pengantar di sekolah, bahasa perpaduan untuk menyatukan rakyat yang
berbilang kaum dan bahasa ilmu di peringkat pengajian tinggi.
Peranan tersebut jelas menunjukkan kewibawaan bahasa Melayu sebagai
suatu bahasa unggul yang bukan sahaja berperanan dalam pentadbiran malah
turut bertindak sebagai bahasa pemersatu bangsa.
Pengiktirafan itu adalah berdasarkan kewibawaan bahasa Melayu
sebelum ini. Kedudukan tersebut telah memberikan gambaran yang jelas tentang
kepentingan, kedudukan dan peranan bahasa itu sendiri.
Namun begitu, jika kita ingin bahasa Melayu menjadi bahasa dunia,
bahasa itu mestilah terlebih dahulu diperkasa dan dihargai di negara Malaysia
sendiri yang telah mengiktirafnya sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan,
17
8.0 BIBLIOGRAFI
1. Chamil Wariya, ( 2007 ). Malaysia 50 fakta asas kenegaraan. Kuala Lumpur :
Medium Global Matrix Sendirian Berhad.
2. Nik Safiah Karim .( 2009 ), Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. ___________.(1991 ). Malaysia kita. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam
Malaysia.
4. Mohd Ridhuan Tee Abdullah. ” Bertegas Perkara 152 ”. Mingguan Malaysia.
21 Februari 2010. ms.10
5, Fauzilayatun Mustafa. ” Mentari bersinar kembali ”. Dewan Bahasa dan
Pustaka. April 2011. ms.6
6. Yusfarina Mohd Yussof. ” Bahasa Melayu kini ”. Dewan Bahasa dan
Pustaka. April 2011. ms.14
7. Firdaus Abdullah. ” Perbaharui iltizam terhadap bahasa Melayu ”. Utusan
Malaysia. 09.10.2009. ms.11