KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris...

16
KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH 22 MAC 2014 (SABTU) TEMPAT DEWAN BESAR KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN EXCO PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INOVASI, MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014 “EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

Transcript of KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris...

Page 1: KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris mas universiti kebangsaan malaysia 22 mac 2014 “exploring english, enjoy the fun” 2

KERTAS KERJA

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SESI 2013/2014

TARIKH

22 MAC 2014

(SABTU)

TEMPAT

DEWAN BESAR KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN

EXCO PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INOVASI,

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)

KOLEJ KERIS MAS

SESI 2013/2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN”

Page 2: KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris mas universiti kebangsaan malaysia 22 mac 2014 “exploring english, enjoy the fun” 2

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

22 MAC 2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 2

KERTAS KERJA

ENGLISH SPEAKING ZONE

KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan

serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) dalam menjayakan

Program English Speaking Zone (ESZ) untuk mahasiswa/i kolej-kolej di Universiti

Kebangsaan Malaysia yang diterajui oleh Exco Pembangunan Akademik dan Inovasi,

Kolej Keris Mas.

2.0 PENGENALAN

Program English Speaking Zone ini merupakan program yang julung-julung kali

diadakan di bawah Exco Pembangunan Akademik dan Inovasi Majlis Eksekutif Pelajar

(MEP) Kolej Keris Mas sesi 2013/2014. Program ini menjadi pelantar bagi para pelajar

dan warga kolej bagi memahami kepentingan serta mengaplikasikan kemahiran

berbahasa Inggeris yang sedia ada di samping meningkatkan kesedaran tentang

kepentingan bahasa Inggeris pada masa kini.

Bersesuaian dengan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ingin

melahirkan mahasiswa/i yang berketrampilan, berilmu serta mampu bersaing dalam arus

globalisasi, maka program seperti ini mampu untuk merealisasikan impian tersebut.

Melalui pengalaman yang bakal diperoleh sepanjang melaksanakan program ini,

mahasiswa/i dapat mencungkil kemahiran Berbahasa Inggeris mereka melalui aktiviti-

aktiviti menarik yang dianjurkan. Ilmu yang diperolehi akan menjadi bonus untuk mereka

gunakan semasa bekerja nanti.

Program ini disasarkan kepada semua pelajar yang mendaftar di setiap kolej-kolej di

Universiti Kebangsaan Malaysia dengan bertemakan “EXPLORING ENGLISH,ENJOY THE FUN” yang selaras dengan matlamat program ini untuk memberi pengisian yang akan

menbantu mereka memahami kepentingan Bahasa Inggeris dalam menghadapi cabaran

pada masa hadapan.

3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana dan peserta, adalah menjadi tanggungjawab kami

untuk memastikan program ini mampu:

3.1 Menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar

3.2 Mendedahkan pelajar tentang kepentingan Bahasa Inggeris

3.3 Memperkukuhkan pengetahuan Bahasa Inggeris pelajar yang sedia ada

Page 3: KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris mas universiti kebangsaan malaysia 22 mac 2014 “exploring english, enjoy the fun” 2

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

22 MAC 2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 3

3.4 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan Bahasa

Inggeris yang sedia ada

4.0 MATLAMAT

Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program ini

iaitu:

4.1 Membentuk mahasiswa/i yang berketrampilan dalam semua aspek di samping

membentuk sahsiah diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan organisasi yang

efektif.

4.2 Melahirkan pelajar yang berdaya tahan dan berdaya saing yang tinggi dalam apa jua

keadaan melibatkan fizikal, mental, emosi dan rohani.

4.3 Menaikkan semangat seluruh warga universiti khususnya pelajar dalam meningkatkan

kualiti pengurusan, pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan pengkomersialan

seiring ke arah universiti terkemuka dunia.

4.5 Mengukuhkan semangat membina dan mengharumkan nama Kolej Keris Mas ke

peringkat yang lebih tinggi.

5.0 OBJEKTIF

Objektif penganjuran adalah berasaskan 8 kemahiran di dalam kontrak pembelajaran/

learning contract (LC) seperti berikut :

5.1 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1) : Sifat memastikan setiap

perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil

lewa dan “acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

5.2 Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat

mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan,

termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua

tugas dan kewajipan.

5.3 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (HPP3)

: Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki

ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa

memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

5.4 Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4) :Rakyat

Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan

tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua

Page 4: KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris mas universiti kebangsaan malaysia 22 mac 2014 “exploring english, enjoy the fun” 2

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

22 MAC 2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 4

pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan

sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

5.5 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik

(HPP5) : Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat

Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki

keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang

diceburi.

5.6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Kesetiaan sepenuhnya

kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang

tercinta.

5.7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (HPP7): Ialah cara berhadapan dengan

sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara

yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.

5.8 Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat

Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita

ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi

pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan,

berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk

menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

Kesemua objektif ini akan digarap sebaik mungkin seiring dengan usaha yang berterusan dari

pihak pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia melahirkan para pelajar yang memenuhi

keperluan negara serta membawa kesejahteraan rakyat Malaysia.

6.0 TEMA

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN”

Tema ini dipilih kerana ia amat bertepatan dengan misi dan matlamat yang ingin

dicapai oleh pihak kami di samping menetapkan harapan dan objektif yang jitu kepada

para peserta supaya mempunyai semangat bersaing yang tinggi sebagai persediaan di

masa depan di peringkat nasional dan juga global.

7.0 ANJURAN

Eksekutif Pembangunan Akademik dan Inovasi

Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)

Kolej Keris Mas

Universiti Kebangsaan Malaysia

Sesi 2013/2014

Page 5: KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris mas universiti kebangsaan malaysia 22 mac 2014 “exploring english, enjoy the fun” 2

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

22 MAC 2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 5

8.0 TARIKH

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 22 Mac 2014

Hari : Sabtu

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program akan dijalankan di Dewan Besar Kolej Keris Mas, Universiti

Kebangsaan Malaysia

10.0 CADANGAN PERASMI

Perasmi Penutup:

i) Y.Bhg. Prof. Ir. Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

ii) Dr. Ruslin Bin Amir

Pengetua Kolej Keris Mas

11.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

12.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

13.0 PERINCIAN PROGRAM

13.1 Guess it Right

Tayangan ini bermula pada pukul 10.30 pagi. Peserta akan diminta untuk menjawab

kuiz Bahasa Inggeris yang dibuka selepas tayangan movie berakhir. Mereka yang

berjaya menjawab dengan betul, akan diberi hadiah.

Page 6: KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris mas universiti kebangsaan malaysia 22 mac 2014 “exploring english, enjoy the fun” 2

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

22 MAC 2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 6

13.2 Spell It Right

Spell It Right merupakan pertandingan mengeja perkataan Bahasa Inggeris dengan

betul. Pertandingan ini akan berlangsung dari 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Hadiah bagi

pemenang pertandingan ini akan disampaikan pada Majlis Penutup English Speaking

Zone (ESZ).

13.3 Scrabble

Scrabble merupakan pertandingan membina perkataan dalam Bahasa Inggeris. Peserta

yang mengutip mata tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Pertandingan ini akan

berlangsung pada pukul 12.30 petang hingga 1.30 tengahari. Hadiah bagi pemenang

pertandingan ini akan disampaikan pada Majlis Penutup English Speaking Zone (ESZ).

13.4 Dream-Wheel@Roda Impian

Pertandingan Dream Wheel ini menggunakan konsep Roda Impian. Peserta akan

menjawab soalan berdasarkan kategori-kategori yang disediakan. Peserta yang menang

akan diberikan hadiah.

13.5 Tongue-Twisted

Tongue-Twisted merupakan pertandingan menyampaikan ayat bergilir-gilir kepada

orang lain dalam bahasa Inggeris. Peserta yang berjaya mendengar dengan baik dan

menulis perkataan yang diberi dengan betul akan diberi hadiah.

13.6 Majlis Penutup English Speaking Zone (ESZ)

Majlis ini akan berlangsung pada pukul 5 petang.Pengumuman dan pemberian hadiah

kepada pemenang bagi semua pertandingan akan diberikan pada majlis ini.

14.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

15.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Rujuk Lampiran D

Page 7: KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris mas universiti kebangsaan malaysia 22 mac 2014 “exploring english, enjoy the fun” 2

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

22 MAC 2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 7

16.0 RUJUKAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila

hubungi :

Pejabat Pengurusan Kolej,

Aras 3, Pusat Kemudahan Kolej,

Kolej Keris Mas,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

(u/p : Saidatul Eliya bt Rasman – 012-7564963

: Raja Nor Ezzurien bt Raja Ishak- 017-2594589)

Tel : 03-8921 4011

Faks : 03-8921 4009

E-mel : [email protected]

Page 8: KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris mas universiti kebangsaan malaysia 22 mac 2014 “exploring english, enjoy the fun” 2

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

22 MAC 2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 8

17.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program English Speaking Zone ini mendapat kelulusan

daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) UKM dan mendapat

pertimbangan yang sewajar nya serta diluluskan permohonan bantuan kewangan seperti

yang telah dinyatakan. Selain itu, adalah menjadi harapan agar program ini dapat

dijayakan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan.

Penganjuran projek sebegini diharap dapat memberi manfaat kepada semua pihak, tidak

kira kepada pihak penganjur mahupun mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disediakan oleh,

SAIDATUL ELIYA BT RASMAN Ketua Pengarah

English Speaking Zone,

Ketua Eksekutif Pembangunan Akademik dan

Inovasi 1

Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)

Kolej Keris Mas

Sesi 2013/2014

Universiti Kebangsaan Malaysia

Disokong oleh

NUR NARIMAH BT JAMALI

Felo Penasihat

Eksekutif Pembangunan Akademik dan

Inovasi

Sesi 2013/2014

Kolej Keris Mas

Universiti Kebangsaan Malaysia

Disemak Oleh,

MOHD FARID BIN IBARAHIM @

IBRAHIM

Ketua Eksekutif Pelajar,

Majlis Eksekutif Pelajar (MEP),

Kolej Keris Mas,

Sesi 2013/2014

Univerisiti Kebangsaan Malaysia,

Disahkan oleh,

DR.RUSLIN BIN AMIR

Pengetua

Kolej Keris Mas

Universiti Kebangsaan Malaysia

No. Tel (P) : 0389214009;

(H/P) : 019 2686865

Page 9: KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris mas universiti kebangsaan malaysia 22 mac 2014 “exploring english, enjoy the fun” 2

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

22 MAC 2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 9

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

ENGLISH SPEAKING ZONE

SESI 2013/2014

Penaung

Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y.Bhg. Prof. Ir. Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras

Tuan Hj. Musa Zainal Abidin bin Othman

Timbalan Pendaftar JPPel

Penasihat Utama

Dr. Ruslin Bin Amir

Pengetua Kolej Keris Mas

Penasihat

Tuan Haji Ishak Abdul Rahman

Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas

En.Haji Mat Yusof bin Achin

Pengurus Kolej Keris Mas

En. Mahadi bin Long

Penolong Pengurus Kolej Keris Mas, UKM

Siti Narimah bt Jamali

Felo Penasihat Exco Pembangunan Akademik dan Inovasi

Ketua Pengarah

Saidatul Eliya bt Rasman

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan/2

A140587

012-7564963

Page 10: KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris mas universiti kebangsaan malaysia 22 mac 2014 “exploring english, enjoy the fun” 2

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

22 Mac 2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 10

Timbalan Ketua Pengarah

Maisarah bt Shahrain

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/2

A139732

012-9247481

Setiausaha

Nur Aidasyakirah bt Mohd Tahir

Fakulti Sains dan Teknologi/1

A145843

012-2980655

Bendahari

Siti Zakiah bt Lazat

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/1

A143152

013-4199464

Ketua Eksekutif Program : Raja Nor Ezzurien bt Raja Ishak

FPI/1 A144763

Timbalan Eksekutif Program : Fadhilah bt Mat Rodzi

FEP/1 A143116

Eksekutif Jamuan : Siti Nor Fatihah bt Salbinih

FST/1 A146122

Eksekutif Publisiti & Multimedia

dan Gimik : Nor Hisyam bin Mansor

FTSM/1 A146871

Eksekutif Teknikal & Logistik : Rahwani Zayani bt Puslan

FEP/1 A143312

Timbalan Eksekutif Teknikal : Muzdalifah bt Abdul Manaf

A143333

Eksekutif Tugas-tugas Khas : Nurulain Fatin bt Muhammad Radzi

FST/1 A146086

Page 11: KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris mas universiti kebangsaan malaysia 22 mac 2014 “exploring english, enjoy the fun” 2

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

22 Mac 2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 11

Eksekutif Perolehan dan Penajaan : Nur Adlin Munirah bt Misrol

FST/1 A146071

Eksekutif Sijil &Cenderamata : Tengku Shamira Adila bt Tengku Rosdi

FKAB/1 A144249

AJK Pelaksana : Che Suhaida bt Che Rahim

FST/1 A146050

Norhazirah bt Harif

FST/1 A146090

Noor Fatimah Jaini bt Salihatun

FKAB/1 A143920

Page 12: KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris mas universiti kebangsaan malaysia 22 mac 2014 “exploring english, enjoy the fun” 2

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

22 Mac 2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 12

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MAS

SABTU, 22 MAC 2014

MASA PERKARA TEMPAT

9.00 pagi

Pendaftaran peserta (Dewan

besar KKM)

Dewan Besar Kolej

Keris Mas, UKM

9.30 pagi

Pertandingan Spell it Right

bermula

Venue : Kafe KKM

10.30 pagi

Tayangan movie pendek

Bahasa Inggeris Guess it

Right

Venue : Bilik Seminar 1

12.30 tengahari Pertandingan Dream-Wheel

bermula

Venue : Dewan KKM

1.30- 2 petang

Rehat/Solat/Makan tengahari

2 petang Pertandingan Karaoke

Venue : Kafe KKM

3 petang Pertandingan Tongue-

Twisted bermula

Venue : Bilik Konvensyen

5 petang Penyampaian Hadiah dan

penutup

Page 13: KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris mas universiti kebangsaan malaysia 22 mac 2014 “exploring english, enjoy the fun” 2

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

22 Mac 2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 13

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA RM

1.

2.

Tabung Pengetua Kolej Keris Mas

Sumbangan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

2500

1500

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 4000

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM

1.

2.

3.

Makanan

a) AJK

i) Sarapan (20 orang x RM4)

ii) Makan Tengahari (20 orang x RM5 )

b) Jamuan Majlis Penutup dan Perasmian

i) Peserta program (100 orang x RM3)

ii) AJK (20 orang x RM3)

iii) VIP (30 orang x RM5)

Tugas-tugas Khas

i) Tag Nama Urusetia (20 orang x RM 2)

ii) Backdrop ( 2 x RM 75)

iii) Poster (100 x RM2 )

iv) Flyers

Sijil & Cenderamata

i) Sijil Peserta (100 orang × RM 2)

ii) Sijil AJK (20 x RM2)

iii) Cenderamata VIP ( 2 orang × RM 100 )

80

100

300

60

150

40

150

245

200

40

200

Page 14: KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris mas universiti kebangsaan malaysia 22 mac 2014 “exploring english, enjoy the fun” 2

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

22 Mac 2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 14

4.

5.

6.

Hadiah Pemenang (RM1000)

Hadiah Saguhati ( RM500)

Pengurusan program

i) Kertas A4 ( RM 13 × 5 reams )

ii) Fotokopi

iii) Cartridge

iv) Peralatan dan Alat Tulis

Rencam

1000

500

65

250

250

200

170

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 4000

Page 15: KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris mas universiti kebangsaan malaysia 22 mac 2014 “exploring english, enjoy the fun” 2

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

22 Mac 2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 15

LAMPIRAN D

SYARAT-SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan ‘Guess it Right!”

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang sedang menuntut di Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) SAHAJA.

2. Penyertaan adalah secara berkumpulan dari setiap kolej. Maksimum 3 orang

3. Para peserta akan ditayangkan dengan potongan filem pendek dan diminta menjawab soalan

yang diberi

4. Sentimen perkauman, elemen politik mahupun berbaur lucah dalam petikan filem adalah

dilarang sama sekali

5. Ahli jawatankuasa penganjur serta ahli keluarga tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

6. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan atau aduan tidak akan dilayan

sama sekali.

Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan “Spell it Right!”

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang sedang menuntut di Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) SAHAJA.

2. Penyertaan adalah secara individu. Maksimum 5 orang setiap kolej.

3. Peserta akan diberi perkataan bahasa Inggeris dan diminta mengejanya dengan ejaan yang

betul, lancar dan jelas

4. Ahli jawatankuasa penganjur serta ahli keluarga tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

5. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan atau aduan tidak akan dilayan

sama sekali.

Page 16: KERTAS KERJA ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ) · PDF fileenglish speaking zone (esz) kolej keris mas universiti kebangsaan malaysia 22 mac 2014 “exploring english, enjoy the fun” 2

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

22 Mac 2014

“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN” 16

Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan “Dream Wheel@Roda Impian”

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang sedang menuntut di Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) SAHAJA

2. Penyertaan adalah secara berkumpulan dari setiap kolej. Maksimum 3 orang setiap kolej.

3. Para peserta akan menjawab soalan berdasarkan kategori-kategori yang telah disediakan

4. Peserta yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang

5. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan dan aduan tidak akan dilayan

sama sekali

Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan “Tongue-Twisted”

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang sedang menuntut di Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) SAHAJA.

2. Penyertaan adalah secara berkumpulan dari setiap kolej. Maksimum 5 orang

3. Para peserta akan diberikan potongan ayat dalam bahasa Inggeris yang panjang, peserta yang

berjaya mendengar dengan baik dan menulis perkataan tersebut dengan betul akan dikira

sebagai pemenang.

4. Ahli jawatankuasa penganjur serta ahli keluarga tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

5. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan atau aduan tidak akan dilayan

sama sekali.

Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan Karaoke

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang sedang menuntut di Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) SAHAJA.

2. Penyertaan adalah secara berkumpulan atau individu.

3. Para peserta dikehendaki membawa Minus One masing-masing dan hanya lagu Bahasa

Inggeris sahaja dibenarkan.

4. Ahli jawatankuasa penganjur serta ahli keluarga tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

5. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan atau aduan tidak akan dilayan

sama sekali.