Kertas Kerja Felt

download Kertas Kerja Felt

of 7

description

Berikut merupakan contoh kertas kerja yang telah dilaksanakan di sebuah sekolah negeri Melaka.

Transcript of Kertas Kerja Felt

SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN PERCHA 78000, ALOR GAJAH, MELAKA

KERTAS KERJAProjek Keusahawanan Kraftangan Pendidikan Khas

TARIKH : 10 Ogos - 26 Ogos 2011

ANJURAN : Guru Pelatih Semester 6 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu

ANJURAN BERSAMA : Panitia Pendidikan Khas SK Hutan Percha

1.0 Nama Sekolah : SK Hutan Pecha, Alor Gajah, Melaka. 2.0 Tajuk Porgram : Projek Keusahawanan Kraftangan Pendidikan Khas 3.0 Pendahuluan Dengan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, Panitia Pendidikan Khas berhasrat untuk memenuhi keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi murid-murid Pendidikan Khas. Sehubungan dengan itu, satu projek Keusahawanan Kraftangan telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan murid khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat

mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan.

4.0 Matlamat Memberi pendedahan berkaitan daya usaha, kreatif, kemahiran dan keyakinan diri murid Pendidikan Khas. 5.0 Objektif 1. Menerapkan semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid pendidikan khas dan guru-guru. 2. Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan keusahawanan dalam kalangan murid Pendidikan Khas. 3. Menonjolkan bakat dan kemahiran dalam kalangan murid Pendidikan Khas. 4. Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dengan melaksanakan projek di sekolah 5. Menambah kewangan Pendidikan Khas. 6.0 Rasional 1. Memberi peluang kepada murid Pendidikan Khas melibatkan diri dalam kegiatan seni kreatif dan keusahawanan. 2. Menonjolkan bakat murid dalam merekabentuk kraftangan. 3. Memberikan kemahiran bagi membantu murid menjana pendapatan sendiri sebagai kelangsungan hidup setelah tamat persekolahan. 4. Mewujudkan kolaborasi antara pelbagai pihak.

7.0 Tarikh / Jangkamasa : Tarikh Masa : 10 Ogos - 26 Ogos 2011 : Waktu persekolahan

8.0 Jawatankuasa Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Penyelaras Setiausaha 1 Setiausaha 2 AJK : Hjh. Seniah bt. Ghani : : : Puan Suzana bt. Sulaiman : Cik Nurul Ummi bt. Roslan : Cik Rushda Adiba bt. Haron : Cik Nurul Ummi bt. Roslan : Cik Rushda Adiba bt. Haron 9.0 Sasaran 1. Murid-murid Pendidikan Khas 10.0 Aktiviti/ Jadual Pelaksanaan Projek Rujuk lampiran 11.0 Strategi Pelaksanaan 1. Perbincangan antara guru Pendidikan Khas berkaitan dengan projek, penetapan tarikh, ahli jawatankuasa, aktiviti dan kewangan. 2. Menyediakan kertas kerja dan membentangkan kepada Guru Besar 3. Penyediaan persiapan sebelum aktiviti berlangsung 4. Aktiviti program akademik

12.0 Anggaran Kos BIL BAHAN KUANTITI ANGGARAN (RM) 1 2 3 4 5 6 7 8 Kain felt Benang Keychain Wiggle eyes Handphone strap Broochpin Fiber Gam UHU 3 Paket 5 gulung 40 keping 40 biji 40 keping 40 keping 100 g 1 JUMLAH 25.00 2.00 9.00 3.50 9.00 7.00 7.50 3.00 66.00

13.0 Sumber Kewangan BIL 1 SUMBER Kewangan Pendidikan Khas NILAI (RM) 100.00

14.0 Penyeliaan 1. Guru besar 2. Penyelaras Pendidikan Khas 15.0 Penilaian 15.1 Penunjuk Prestasi Penilaian Murid dapat menghasilkan produk kraftangan dan menjualnya dalam kalangan warga sekolah

16.0 Penutup Adalah diharapkan dengan adanya projek keusahawanan seperti ini dapat memantapkan lagi keyakinan diri murid dan melahirkan murid yang mampu berdaya saing menuju kecemerlangan. Dengan adanya program ini dapat memupuk dan mengeratkan silaturrahim sesama insan. Selain itu, diharapkan dengan program ini juga dapat

membantu bakal guru untuk mengenali sekolah serta merancang aktiviti-aktiviti yang mampu membantu sekolah dalam memenuhi hasrat FPK serta mampu membantu guru pelatih dalam mengaplikasikan segala pengalaman apabila taman pengajian kelak.

sediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

... (Nurul Ummi bt. Roslan) Esa) Guru Pelatih, IPG Kampus Perempuan Melayu

(Pn. Suzana bt. Sulaiman)

................ (En.Azeman Bin

Penyelaras Pendidikan Khas

Guru Besar, SK Hutan Percha

Jadual Pelaksanaan Projek

Bil 1 2

Tarikh 10/ 8 11/8-12/8

Aktiviti Membeli barang dan alatan yang diperlukan Memberi latihan dan pendedahan kepada murid Pendidikan Khas berkaitan cara menghasilkan produk.

Catatan

3

15/8-19/8

Memimbing murid-murid Pendidikan Khas mengahsilkan produk.

4

22/8-26/8

Jualan produk yang dilaksanakan

LAMPIRAN