KERTAS KERJA HAMPER BULANAN.docx
-
Upload
mohd-ridzuan-mohamad-zulkipli -
Category
Documents
-
view
76 -
download
6
Transcript of KERTAS KERJA HAMPER BULANAN.docx
KERTAS KERJA HAMPER BULANAN
UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS TAHAP 1 DAN TAHAP 2
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015
1. PENDAHULUAN
Kebersihan dan keceriaan kelas merupakan satu amalan utama dalam kehidupan
seharian dan tuntutan masyarakat hari ini. Amalan kebersihan menerusi aktiviti yang terancang
dan teratur serta mencapai piawaian yang ditentukan dapat menjamin tahap kebersihan kelas
peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Selasih. Urusetia pada tahun ini akan meneruskan lagi
perancangan agihan hamper, piala pusingan dan sijil kepada kelas yang terpilih.
Pihak sekolah harus memberi penekanan berat dalam menyemarakkan tahap
kebersihan dan keceriaan setiap kelas.Kerjasama dari semua guru kelas dan semua murid
amatlah penting bagi melihat keceriaan dan kebersihan kelas terhasil dan terlaksana.Akhirnya
dapat menimbulkan rasa minat murid untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan ketika
berada dalam kelas masing-masing.
2. OBJEKTIF
1. Memberikan penarafan dan menanamkan sikap cinta kepada amalan kebersihan kelas.
2. Memastikan kelas yang diduduki sentiasa bersih dan ceria untuk kegunaan pdp.
3. Mempertingkatkan tahap kebersihan,keselesaan dan keceriaan kelas peringkat sekolah.
4. Mempertingkatkan tahap kebersihan,keselesaan dan keceriaan kelas dapat direalisasikan.
5. Memperbanyakkan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai keceriaannya secara maksimum.
6. Mewujudkan kelas sebagai rumah kedua pelajar untuk diduduki.
3. Imbuhan bulanan ( hamper )
Februari hingga Julai = 6 bulan
4.Sasaran
Pelajar tahap 1 ( tahun 1,2,3 )
Pelajar tahap 2 (tahun 4,5,6 )
- Hadiah akan diberikan pada minggu pertama setiap bulan
5. Keperluan
Bahan bacaan dan makanan
6.Penutup
Semoga dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dapat menjayakan misi dan
visi unit keceriaan dan kebersihan kelas pada tahun ini.Keberkesanan dan keberhasilan dari
kelas yang bersih dan ceria akan menyemarakkan minat pelajar ketika pdp sedang berjalan
setiap masa.Akhirnya semua kelas akan menjadi lebih kondusif sepanjang tahun.
BAJET
Sumber Pendapatan
lain-lain sumbangan:-Kedai buku RM600.00Kumpulan wang kerajaan
Anggaran perbelanjaan
Hamper bulan Februari = RM50.00 X 2 set = RM 100.00
Hamper bulan Mac = RM50.00 X 2 set = RM 100.00
Hamper bulan April = RM50.00 X 2 set = RM 100.00
Hamper bulan Mei = RM50.00 X 2 set = RM 100.00
Hamper bulan Jun = RM50.00 X 2 set = RM 100.00
Hamper terkumpul markah = RM100.00 X 1 set = RM 100.00
Jumlah = RM 600.00
Disediakan oleh:-
( EN MOHD RIDZUAN BIN MOHAMAD ZULKIPLI ) Penyelaras Unit Kebersihan dan Keceriaan, Sekolah Kebangsaan Taman Selasih.
Disemak oleh:-
( PUAN HALIMAH BINTI MUSA ) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( Hem ) Sekolah Kebangsaan Taman Selasih.
Disahkan oleh:-
(HJ ABU BAKAR BIN MEH )Guru BesarSekolah Kebangsaan Taman Selasih.