Kertas-Kerja- Hari Cegah-Jenayah 2012 SKKI
-
Upload
amirul-ummar-abdul-aziz -
Category
Documents
-
view
34 -
download
3
Transcript of Kertas-Kerja- Hari Cegah-Jenayah 2012 SKKI
TARIKH PERLAKSANAAN 26 SEPTEMBER 2012
SASARAN:
CERAMAH: SEMUA MURID TAHAP 2
ANJURAN:UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING,
BADAN DISIPLIN DAN PENGAWASDAN
3K/KESELAMATAN
DENGAN KERJASAMAKELAB CEGAH JENAYAH
SEKOLAH KEBANGSAAN KEM ISKANDARJALAN TANJUNG SEKAKAP, , 86800 MERSING, JOHOR
No tel: 07-7998550No Fax: 07-799848
KERTAS KERJAHARI PENCEGAHAN JENAYAH
SK KEM ISKANDAR
PENGENALAN
PENCEGAHAN JENAYAH
Kejadian jenayah merupakan ancaman yang menggugat keselamatan pelajar dan warga
sekolah. Pelajar tidak seharusnya terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlu diberi
penerangan sewajarnya mengenai jenayah. Kejadian jenayah boleh menyebabkan
kematian, kecederaan atau hilang fungsi anggota badan atau gangguan emosi yang berat.
PENCEGAHAN MASALAH PONTENG
Ponteng adalah di antara musuh utama kemerosotan prestasi akademik murid. Kesan dan
pengaruh negatif ponteng perlu didedahkan kepada murid sekolah rendah sejak awal lagi.
Ini kerana murid-murid sekolah rendah masih belum matang mempunyai naluri ingin tahu
dan sikap terikut-terikut serta terpengaruh oleh persekitaran yang tidak sihat. Senario ini
tidak selamat dan ada kemungkinan untuk terjebak dalam amalan negatif yang lain seperti
kejadian merokok, pengaruh buruk rakan, merosakkan harta benda awam dan kes-kes buli
serta lain-lain lagi .
MATLAMAT
Pelajar perlu mengenalpasti keadaan , tanda-tanda dan orang yang terlibat dengan
jenayah .Jenayah yang berlaku secara langsung dan tidak langsung perlu diberi perhatian
supaya pelajar terselamat dari menjadi mangsa jenayah.
Diharapkan murid-murid sekolah rendah sekolah ini memahami risiko dan bahaya
ponteng, buli, rokok dan semua aktiviti yang tidak sihat . Semoga dengan ini mereka tidak
akan tertarik untuk mendekati amalan merokok yang membawa kepada penyalahgunaan
dadah. Dengan itu dadah akan menjadi musuh dan perkara yang paling digeruni serta
murid-murid ini tiada kemungkinan langsung untuk dpengaruhi dan didekati oleh amalan
penyalahgunaan dadah.
OBJEKTIF
1. Menyemai sahsiah terpuji dengan menjauhi amalan berunsur jenayah.
2. Mengenalpasti jenis-jenis jenayah , individu dan persekitaran yang terlibat.
3. Mengenalpasti perkara yang berlaku semasa kegiatan jenayah serta pencegahannya.
4. Penyediaan diri untuk membenteras dan mengelakkan amalan jenayah.
5. Mendedahkan bahaya dan risiko amalan penyalahgunaan yang merosakkan gaya
hidup.
6. Memberi input jenis-jenis dadah dan kesan-kesannya kepada tubuh badan.
7. Menanamkan sikap sentiasa bertingkahlaku baik dan berwaspada supaya tidak
terjebak dengan najis dadah.
8. Memberi kerjasama kepada masyarakat untuk membenteras amalan
penyalahgunaan dadah.
Tarikh Perlaksanaan:26 September 2012
Sasaran: Murid-murid tahun 4-6 SK Kem Iskandar (245 orang)
Tema: “Hidup Cemerlang Tanpa Jenayah dan Dadah”
ATURCARA PROGRAM SEPANJANG HARI SEKOLAH SELAMAT
Isnin * 26 September 2012
7.30 pagi - Perasmian Hari Sekolah Selamat
8.20 pagi - Ucapan Pendahuluan
9.00 pagi - Ceramah Katakan Tidak Pada Buli Oleh Guru Bimbingan
10.00 pagi - Rehat
10.30-11.30 - Ceramah Jenayah (Gejala Ponteng) oleh pegawai Polis
11.30 pagi - Penyampaian cenderamata - Pameran Polis (bergilir mengikut kelas) - Penyampaian cenderamata
ANGGARAN PERBELANJAAN
1. Makan & Minum pelajar RM1.50 X 245 orang = RM367.50 (Sumber kewangan Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar)
2. Makan & Minum Penceramah (RM 4 x 5 orang) = RM 20.00(Sumber PIBG SK Kem Iskandar)
3. Cenderhati kepada Penceramah (RM50 X 2 orang ) = RM 100.00(Sumber PIBG SK Kem Iskandar)
JUMLAH: RM487.50
Sumber : Peruntukan Kewangan Sekolah Kebangsaan SK Kem Iskandar
Jumlah Perbelanjaan:RM 367.50
JAWATAN KUASA
PENASIHATEn Zulkefli bin Mohd Amin (Guru Besar)
PENGERUSIPn Yuzani bt Abd.Khalid (GPK HEM)
NAIB PENGERUSIEn Ahmad Tahshim bihn Salle(GPK 1)
SETIAUSAHAEn A.Murat bin Abd.Rani
PENOLONG SETIAUSAHAPn Zanariah bt Mohd Sa’id
Penyelaras / JuruacaraEn Mohd Haza bin Hamsi
KAWALAN MURIDGuru Tahun 4,5,6 yang terlibat pada waktu P&P
PERSIAPAN TEMPATEn Khairul Asmadi bin Abu Bakar
En Abd.Razak bin Hussien
SIARAYA/LCDEn Mohd Sallehuddin b. Ramli
CENDERAMATA
Pn Siti Fatimah bt Mahmud
JAMUANPn Siti Sara bt Mustafa
PENUTUP
Diharapkan dengan aktiviti ini dapat menyedarkan murid tentang keburukan melakukan
jenayah dan kesan najis dadah kepada diri sendiri, masyarakat dan keluarga.
DISEDIAKAN OLEH,
________________________________________
(A.MUART BIN ABD.RANI)
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK KEM ISKANDAR
DISAHKAN OLEH
______________________________________
(ZULKEFLI BIN MOHD AMIN)
GURU BESAR
SK KEM ISKANDAR
SEKOLAH KEBANGSAAN KEM ISKANDAR JALAN TANJUNG SEKAKAP, 86800 MERSING JOHOR DARUL TAKZIM No Tel/Fax : 077998550
______________________________________________________________________ Ruj. Tuan : Ruj. Kami : JBA4032/100-19/6/1 Tarikh : 27 Ogos 2012
Kepada:
KETUA BALAI POLIS IBU PEJABAT POLIS DAERAH MERSING
Tuan,JEMPUTAN CERAMAH PENCEGAHAN JENAYAH SEMPENA HARI CEGAH JENAYAH SKKI 2012Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak tuan, bahawa pihak kami akan mengadakan Minggu Sekolah Selamat dikalangan pelajar sekolah ini. Dengan ini, kami ingin menjemput pihak tuan untuk membantu kami dalam menjayakan kempen ini. Antara perkara-perkara yang kami inginkan bantuan daripada pihak tuan dalam menjayakan kempen ini adalah:
i) Ceramah mengenai pencegahan jenayah.ii) Pameran iii) Sumbangan bahan-bahan untuk sudut cegah jenayah iv) Cenderamata untuk murid-murid v)
3. Sukacitanya, pihak kami mencadangkan tarikh untuk kempen ini adalah pada:Tarikh : 26 September 2012 (Rabu)Masa : 8 pagi
Tempat: Dewan Sri Perkasa
Sasaran: Tahun 4 hingga 6 (245 org)
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
…………………………….ZULKEFLI BIN MOHD AMINGuru Besar SK Kem Iskandar.
SEKOLAH KEBANGSAAN KEM ISKANDAR JALAN TANJUNG SEKAKAP, 86800 MERSING JOHOR DARUL TAKZIM No Tel/Fax : 077998550
______________________________________________________________________Ruj. Tuan :Ruj. Kami : JBA4032/100-19/6/1Tarikh 27 Ogos 2012
Kepada:
Kaunselor PentadbirPejabat Pelajaran Daerah Mersing
Tuan,Ceramah Katakan ‘TIDAK” pada Buli
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak tuan, bahawa pihak kami akan mengadakan Minggu Sekolah Selamat dikalangan pelajar sekolah ini. Dengan ini, kami ingin menjemput pihak tuan untuk membantu kami dalam menjayakan kempen ini. Antara perkara-perkara yang kami inginkan bantuan daripada pihak tuan dalam menjayakan kempen ini adalah:
i) Ceramah mengenai bahayanya ‘ Buli”.ii) Pameran Pencegahan Jenayahiii) Sumbangan bahan-bahan untuk sudut anti Cegah Jenayah
3. Sukacitanya, pihak kami mencadangkan tarikh untuk kempen ini adalah pada:Tarikh : 26 September (Rabu)Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan Dewan Sri PerkasaSasaran: Tahun 4 -6 (245 org)
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.Saya yang menurut perintah,
…………………………….ZULKEFLI BIN MOHD AMINGuru Besar SK Kem Iskandar.
SEKOLAH KEBANGSAAN KEM ISKANDAR JALAN TANJUNG SEKAKAP, 86800 MERSING JOHOR DARUL TAKZIM No Tel/Fax : 077998550
______________________________________________________________________ Ruj. Tuan : Ruj. Kami : JBA4032/100-19/6/1 Tarikh : 27 Ogos 2012
Kepada:
KETUA BALAI POLIS IBU PEJABAT POLIS DAERAH MERSING
Tuan,KEMPEN CEGAH JENAYAH (OPS PONTENG)
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak tuan, bahawa pihak kami akan mengadakan Minggu Sekolah Selamat dikalangan pelajar sekolah ini. Dengan ini, kami ingin menjemput pihak tuan untuk membantu kami dalam menjayakan kempen ini. Antara perkara-perkara yang kami inginkan bantuan daripada pihak tuan dalam menjayakan kempen ini adalah:
i) Ceramah mengenai Pontengii) Pameran Jenayahiii) Sumbangan bahan-bahan untuk sudut Kelab Cegah Jenayah iv) Cenderamata untuk murid-murid v)
3. Sukacitanya, pihak kami mencadangkan tarikh untuk kempen ini adalah pada:Tarikh : 26 September 2012 (Rabu)Masa : 8.10.00-11.00 pagi
Tempat: Dewan Sri Perkasa Sasaran: Tahun 4-6 (245 org)
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.Saya yang menurut perintah,
……………………………........ZULKEFLI BIN MOHD AMINGuru Besar SK Kem Iskandar.