Kertas Kerja Hari Guru 2014 (1)

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG BINTANGOR, SARAWAK. JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) IPG KAMPUS RAJANG SESI 2014/2015. KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU 2014 PERINGKAT IPG KAMPUS RAJANG. 1.0 PENDAHULUAN Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu 1

description

Kertas Kerja Hari Guru

Transcript of Kertas Kerja Hari Guru 2014 (1)

Page 1: Kertas Kerja Hari Guru 2014 (1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

BINTANGOR, SARAWAK.

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)

IPG KAMPUS RAJANG

SESI 2014/2015.

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU 2014

PERINGKAT IPG KAMPUS RAJANG.

1

Page 2: Kertas Kerja Hari Guru 2014 (1)

1.0 PENDAHULUAN

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam

tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative

Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran

(Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah

menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

2.0 LATAR BELAKANG

Sambutan Hari Guru Peringkat IPG Kampus Rajang tahun 2014 ini adalah sebagai

mengenang dan menghargai barisan pendidik khususnya pensyarah-pensyarah IPG

Kampus Rajang. Justeru, Hari Guru ini wajar diadakan dengan pelaksanaan aktiviti

bermakna bagi menghargai dan memberi satu tanda terima kasih atas segala yang

telah mereka lakukan sepanjang membimbing para pelajar yang bakal menjadi

pendidik suatu hari nanti. Bersandarkan kepada elemen tersebut maka sewajarnya

kita bersama-sama berganding bahu melaksanakan program ini agar dapat memberi

manfaat kepada semua warga IPG Kampus Rajang iaitu pensyarah, staf sokongan

dan para pelajar dalam memupuk semangat muhibah, perpaduan dan saling

menghargai antara pelajar dengan pensyarah mereka.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menyediakan satu wadah penghargaan daripada pelajar kepada pensyarah

3.2 Memberikan peluang dan pengalaman merancang serta mengelolakan aktiviti

sambutan Hari Guru.

3.3 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara pelajar dan

pensyarah

4.0 NAMA PROGRAM

Sambutan Hari Guru 2014 Peringkat IPG Kampus Rajang

5.0 CADANGAN TARIKH

26 Mei 2014

6.0 TEMPAT PROGRAM

Padang IPG Kampus Rajang dan Dewan Sri Rajang

2

Page 3: Kertas Kerja Hari Guru 2014 (1)

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat 1 : En. Raymond Gai Panting

Pengarah IPG Kampus Rajang

Penasihat 2 : En. Wan Mohd. Madehi bin Wan Ali

Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang

Pengerusi 1 : En. Mat Kamal bin Abd. Majid

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Pengerusi 2 : Sdr. Abd Jumarey bin Mahmud

Yang DiPertua JPP

Setiausaha : Sdri. Low Tze Jian

Bendahari : En. Dublin anak Gumbang

Sdr. Emyanex Welly Tugis

JK Pelancaran : En. Abd. Hadi bin Hj. Ishak

Sdr. Yii Kie Bing

7.1 Ahli Jawatankuasa Kerja

7.1.1 AJK Buku Program

1. Magdelene Yah Li

2. Elizabeth Umang

7.1.2 AJK Pengacaraan Majlis

1. Muhd Nuramin bin Rahim

2. Rahmah binti Radin

7.1.3 AJK Hadiah dan Cenderamata

1. Sabit Angong

2. Desmond Stevee

7.1.4 AJK Bacaan Doa

1. Muhammad Amri bin Abd Halim

3

Page 4: Kertas Kerja Hari Guru 2014 (1)

7.1.5 AJK Persembahan

1. Kathy Jenah ak Igu

2. Patrica Jelika

7.1.6 AJK Dokumentasi

1. Ting Fang Kai

2. George Ting

7.1.7 AJK Sukaneka

1. Azri bin Malik

2. Kong Xiou Hui

8.0 ATURCARA SAMBUTAN HARI GURU 2014 PERINGKAT IPG KAMPUS RAJANG

ATUR CARA I

Tempat : Padang IPGK Rajang

7.00 pagi - Para pelajar mengambil tempat- Para pensyarah dan staf sokongan mengambil tempat- Ketibaan Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah Institut

Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor

7.15 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku

- Nyanyian Lagu IPGM

- Senamrobik

8.00 pagi - Sukaneka Hari Guru

10.00 pagi - Sukaneka selesai

- Semua warga IPGK bersedia untuk begerak ke Dewan Sri Rajang untuk majlis rasmi Perhimpunan Hari Guru

ATUR CARA II

Tempat : Dewan Sri Rajang

10.45 pagi - Perarakan Utama Tuan Pengarah dan Barisan Akademik- Nyanyian Lagu ‘Negaraku’ dan Lagu IPGM- Bacaan Doa- Lafaz Ikrar Hari Guru

11.00 pagi - Bacaan Perutusan Hari Guru

4

Page 5: Kertas Kerja Hari Guru 2014 (1)

- Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru oleh Pengarah IPG Kampus Rajang

- Pelancaran Sambutan Hari Guru- Nyanyian Lagu ‘Guru Malaysia’- Acara Memotong Kek Hari Guru- Persembahan Pelajar - Majlis Pemberian Hadiah Hari Guru- Penyampaian Hadiah Sukaneka Sempena Hari Guru- Nyanyian Lagu ‘Ibu Pertiwiku’- Nyanyian Lagu ‘Rajang Berbakti’

12.30 pagi - Bersurai

9.0 TENTATIF SAMBUTAN HARI GURU 2014

Bil. Tarikh/Masa Aktiviti Tempat Pengelola

1. 26/05/2014

(Isnin)

Sukaneka antara pensyarah dan staf sokongan IPG Kampus Rajang

Padang IPG Kampus Rajang

JPP

Majlis Sambutan Hari Guru

Dewan Sri Rajang

JPP

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. PerkaraKuantiti Nilai seunit

(RM)Jumlah

(RM)

1. Bahan-bahan Sukaneka:i. Tali Rafiaii. Tali Sumbuiii. Beloniv. Plastik Sampah besarv. Gula-gula berbungkusvi. Tepung gandumvii. Spanviii. Getah

2 gelung besar2 gelung10 bungkus2 bungkus2 bungkus x 150 biji4 bungkus x 2 kg3 bungkus1 bungkus

1245

1010

3.753.45

248

50202015105

5

Page 6: Kertas Kerja Hari Guru 2014 (1)

ix. Straw 2 bungkus 5 10

2. Jamuan Makan Pelajar 282 orang 3.50 987

3. Hadiah Sukaneka : Hamperi. Johan ii. Naib Johan iii. Ketiga iv. Saguhati

111

12

1201008060

12010080

180

JUMLAH KESELURUHAN 1629

11.0 PENUTUP

Diharapkan Sambutan Hari Guru 2014 Peringkat IPG Kampus Rajang ini akan dapat

diadakan pada masa dan tarikh yang dicadangkan seterusnya mencapai objetif yang

digariskan. Dengan demikian, diharapkan kecintaan para pensyarah dan pelajar IPG

Kampus Rajang terutamanya akan lebih menyerlah terhadap profesion perguruan.

Disediakan oleh,

………………………………

( RAHMAH BINTI RADIN )

Setiausaha Agung Kehormat,Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,Institut Pendidkan Guru Kampus Rajang,Bintangor, Sarawak

6