Kertas kerja hari guru 2015

7
[ KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU ] SKCB- 2015 1.0 PENDAHULUAN Hari Guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih kepada para guru dan para pendidik diatas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti. Justeru itu, sambutan Hari Guru SKCB dijadikan satu program tahunan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa. Guru adalah aset penting dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang unggul selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini juga amat bermakna bagi guru agar terus berusaha memartabatkan profesion perguruan selaras dengan salah satu teras utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu memartabatkan profesion perguruan. 2.0 RASIONAL Sambutan Hari Guru peringkat SKCB yang bertemakan “GURU; MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK” ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengangkat tahap kemeriahan sambutan Hari Guru di setiap sekolah. Sambutan ini juga dirancang bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat terhadap peranan, jasa dan pengorbanan guru serta dapat mengeratkan hubungan dikalangan guru-guru dan mengenali sesama rakan sekerja serta menenangkan minda dari beban tugas yang dipikul selama ini di sekolah. 3.0 OBJEKTIF Antara objektif sambutan hari guru SKCB tahun 2015 adalah seperti berikut : Menghargai jasa para pendidik yang telah banyak berkorban untuk memastikan kecemerlangan para pelajar dalam bidang akademik dan sahsiah. Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta menyedarkan golongan pendidik bahawa peranan mereka adalah besar dalam pembangunan modal insan dan negara. 1

Transcript of Kertas kerja hari guru 2015

Page 1: Kertas kerja hari guru 2015

[ KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU ]SKCB-2015

1.0 PENDAHULUAN

Hari Guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih kepada para guru dan para pendidik diatas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti. Justeru itu, sambutan Hari Guru SKCB dijadikan satu program tahunan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa. Guru adalah aset penting dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang unggul selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini juga amat bermakna bagi guru agar terus berusaha memartabatkan profesion perguruan selaras dengan salah satu teras utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu memartabatkan profesion perguruan.

2.0 RASIONAL

Sambutan Hari Guru peringkat SKCB yang bertemakan “GURU; MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK” ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengangkat tahap kemeriahan sambutan Hari Guru di setiap sekolah. Sambutan ini juga dirancang bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat terhadap peranan, jasa dan pengorbanan guru serta dapat mengeratkan hubungan dikalangan guru-guru dan mengenali sesama rakan sekerja serta menenangkan minda dari beban tugas yang dipikul selama ini di sekolah.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif sambutan hari guru SKCB tahun 2015 adalah seperti berikut :

Menghargai jasa para pendidik yang telah banyak berkorban untuk memastikan kecemerlangan para pelajar dalam bidang akademik dan sahsiah.

Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta menyedarkan golongan pendidik bahawa peranan mereka adalah besar dalam pembangunan modal insan dan negara.

Menyampaikan hasrat dan harapan pengurusan dan pentadbiran sekolah kepada semua guru.

Menyampaikan hasrat dan harapan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Mendidik pelajar supaya menghargai dan menghormati guru.

1

Page 2: Kertas kerja hari guru 2015

[ KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU ]SKCB-2015

4.0 TARIKH

18 hb Mei 2015 (Isnin)

5.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Changkat Banjar

6.0 AKTIVITI

* Rujuk lampiran.

7.0 TENTATIF PROGRAM

* Rujuk lampiran.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL Perkara Harga Jumlah 1 Jamuan Makan

( ditaja oleh Ustaz Kenali Dan Pn Intan) Rm 5 x 53 Rm 280

2 Hadiah Sukan Sukaneka Rm 20 x 3 RM 603 Hadiah Persembahan Rm 10 x 12 Rm 120

Jumlah Rm 460

2

Page 3: Kertas kerja hari guru 2015

[ KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU ]SKCB-2015

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : EN JAMAADDIN BIN KAMALUDDINGuru Besar SKCB

Timb. Pengerusi : PN HJH INTAN SUHAIDA BT MOHD SUNGIPGuru Kanan Pentadbiran

PN FARIDATUL AKMAR BT MOHD ARIFFGuru Kanan HEM

MOHAMAD HAFIZ BIN ABD MUTALIB Guru Kanan Kokurikulum

Penyelaras : Mohamad Hafiz Bin Abd Mutalib

Setiausaha : Pn. Ummi Atikah Hanum Bt Arshad

Bendahari : En Ustaz Ahmad Kenali Bin Sapiai

Ahli Jawatan Kuasa :

Sukaneka / Sukan : Ustaz Ramzul Hazif Bin RamliFadhli Bin Shahidan

Persiapan tempat : Badrul Hayad Bin RamlyMegat Ghazali Bin Isa

Persembahan : Ummi Atikah HanumAzizah Bt Ngah Ahmad

Hadiah : Faridatul Akmar Bt Mohd AriffRaizatul Akmal Bt Rjunaidi

Pengacara Majlis : Megat Ghazali Bin Isa

Bacaan doa : Ustaz Ahmad Kenali

Jamuan : Pn Hjh Intan Suhaida

Dokumentasi : Pn Ummi Atikah Hanum

3

Page 4: Kertas kerja hari guru 2015

[ KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU ]SKCB-2015

10.0 PENUTUP

Program ini diharapkan dapat meningkatkan lagi keakraban dikalangan guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar SKCB. Selain itu, sambutan hari guru ini juga diharap dapat memotivasikan diri guru serta meningkatkan rasa kesedaran terhadap peranan dan tanggung jawab guru dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………….. ..............................................(MOHAMAD HAFIZ BIN ABD MUTALIB) (EN JAMAADDIN BIN KAMALUDDIN)

Guru Kanan Kokurikulum Guru Besar Sekolah Kebangsaan Changkat

Sekolah Kebangsaan Changkat Banjar Banjar

Lampiran4

Page 5: Kertas kerja hari guru 2015

[ KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU ]SKCB-2015

TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU

SKCB 2015

18 Mei Sambutan Hari Guru7 45 – 7 55 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku,Bacaan Doa.7 55 – 8 10 pagi : Ucapan Guru Besar8 10 – 8 20 pagi : Membaca Perutusan Hari Guru daripada Ketua Pengarah Pelajaran

Malaysia Oleh Guru Besar8 20 – 8 30pagi : Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia8 30 – 9 45 pagi : Sukan dan Sukaneka Guru

Sepak Takraw Guru Lelaki Pingpong untuk Guru Perempuan Dart Berpasukan

10 05 – 135 tgh hari : Persembahan Murid Nyanyian Lagu Terima Kasih Guru oleh murid

: Persembahan Guru Karaoke Apa kata surat

: Penyampaian Hadiah

1 35– tgh hari : Bersurai

5