Kertas Kerja Hari Menghargai Jasa
description
Transcript of Kertas Kerja Hari Menghargai Jasa
KERTAS KERJA
MAJLIS MENGHARGAI JASA SMK KLEBANG BESAR 2015
“ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ”
1.0 Nama Program
Hari Menghargai Jasa SMK Klebang Besar 2015.
2.0 Latar Belakang Program
Hari Menghargai Jasa merupakan satu program pada setiap penghujung tahun yang dirancang sebagai
menghargai jasa para pelajar yang telah menyumbang ke arah kecemerlangan kokurikulum, kurikulum dan
tidak lupa juga pada ko-akademik. Ia berperanan untuk menggalakkan pelajar-pelajar mengasah,
menonjolkan bakat-bakat terpendam dan yang telah sedia ada melalui bidang-bidang yang tertentu.
Kewujudan program seperti ini diharapkan dapat mewujudkan minat pelajar SMK Klebang Besar
khususnya untuk menyertai atau melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum, kurikulum mahu pun
ko-akademik pada masa yang akan datang dengan bimbingan guru-guru yang berkebolehan dan
berpengalaman.
3.0 Rasional
i. Memupuk semangat kerjasama, tekun bekerja dan mengamalkan semangat persaingan yang sihat.
ii. Melahirkan bakal-bakal atlet dan pemimpin yang berkebolehan dalam pelbagai bidang
terutamanya sukan dan kepimpinan.
iii. Meningkatkan, kerjasama dan perpaduan antara pelajar pelbagai kaum.
iv. Meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan komuniti luar.
4.0 Sasaran
i. Semua pelajar SMK Klebang Besar
ii. Semua warga SMK Klebang Besar
5.0 Tarikh & Masa Program
22 Oktober 2015 ( 8.00 pagi – 10.00 pagi )
6.0 Tempat
Kantin SMK Klebang Besar
7.0 AJK Program
Sila Rujuk Lampiran
8.0 Tentatif Program
Sila Rujuk Lampiran
9.0 Kewangan
Sila Rujuk Lampiran
10.0 Penutup
Alhamdulillah, kami, Ahli-ahli Jawatankuasa Hari Menghargai Jasa amat berharap agar program ini dapat
menggarapkan seluruh matlamat, visi dan misi. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan lancarnya
dan semoga Allah memberkati kami dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakannya.
Wassalam.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
……………………………………………. …………………………………….. …………………………................
( MARDIANA BINTI MARJUNI )
Setiausaha Kokurikulum
SMK Klebang Besar