Kertas Kerja Internship

5
SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS MENGGABANG TELIPOT 21030 KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN KERTAS KERJA MENYERTAI PROGRAM PENDIDIKAN KEBERSIHAN SEKOLAH SEKOLAH NEGERI TERENGGANU Internship:

Transcript of Kertas Kerja Internship

Page 1: Kertas Kerja Internship

SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS MENGGABANG TELIPOT

21030 KUALA TERENGGANUTERENGGANU DARUL IMAN

KERTAS KERJA

MENYERTAI PROGRAM PENDIDIKAN KEBERSIHAN SEKOLAH – SEKOLAH NEGERI TERENGGANU

Internship:

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

(semester 8)

Page 2: Kertas Kerja Internship

1.0 TAJUK PROGRAM

Program Pendidikan Kebersihan Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu.

2.0 PENDAHULUAN

Internship adalah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas

guru permulaan. Jesteru itu, dengan menyertai aktiviti ini yang merupakan satu daripada

alternatif strategik merealisasikan agenda kebersihan Kerajaan Negeri Terengganu

Darul Iman yang bertemakan ‘Negeri Bersih Rakyat Sihat’ menerusi agenda

‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ , guru pelatih dapat meningkatkan

keyakinan diri , jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepimpinan dan memupuk nilai

profesionalisme keguruan kearah melahirkan guru permulaan yang berkesan dengan

bimbingan mentor.

3.0 RASIONAL

Menyertai pertandingan sebenar di sekolah pada peringkat daerah dan negeri sekaligus

memenuhi komponen internship PISMP yang telah diberikan.

4.0 OBJEKTIF

Objektif menyertai Program Pendidikan Kebersihan Sekolah-Sekolah Negeri

Terengganu ini adalah:

Meningkatkan amalan dan budaya bersih di kalangan warga sekolah.

Memantapkan kemahiran komunikasi dan interaksi guru pelatih.

Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman guru-guru pelatih dengan

menyertai dan melaksanakan projek sebenar di sekolah.

Membuat refleksi dan menilai projek atau aktiviti di luar bilik darjah serta menjana

idea baru untuk penambahbaikkan yang berterusan.

Merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk menjadikan Negeri

Terengganu sebagai sebuah negeri terbersih menerusi agenda pendidikan.

Page 3: Kertas Kerja Internship

5.0 BUTIR-BUTIR PROGRAM

Tarikh : 06-07-2010 hingga 20-07-2010

Tempat : Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot

Peserta : Guru pelatih PISMP semester 8 dan semester 6

Bil. Peserta : 8 orang

6.0 JAWATANKUASA KERJA

(Rujuk Lampiran 1)

7.0 CADANGAN AKTIVITI

Pertandingan Kain Rentang Pendidikan Kebersihan

Tajuk pertandingan adalah ’Negeri Bersih Rakyat Sihat’

Kategori Sekolah Rendah

8.0 SENARAI PERBELANJAAN DAN KEPERLUAN

( Rujuk Lampiran 2)

9.0 PENUTUP

Harapan kami supaya program ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran komunikasi

dan semangat kerjasama antara guru pelatih. Program ini akan menjadi lebih lancar

dengan sokongan padu daripada agensi yang terlibat. Kami juga berharap agar program

ini akan memberikan ilmu pengetahuan yang berguna kepada para guru pelatih di mana

ianya akan dapat digunakan pada masa hadapan.

Page 4: Kertas Kerja Internship

Disediakan oleh,

……………………………

(MUHAMAD SYAFIK BIN AZMI)

Setiausaha

Program Internship PISMP

Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot,

Unit Matematik 1 PISMP Semester 8,

IPGM Dato’ Razali Ismail

Disemak dan disahkan oleh,

(EN BAHRIN BIN ISMAIL) (EN MOHD PAUZI BIN TAHIR)

Guru Penasihat Guru Penasihat

Ulasan Guru Besar:

.........................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................

Diluluskan / Tidak Diluluskan

(TN HJ SELAMAT BIN HJ MAHMUD)

Guru Besar ,

Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot,

21030 Kuala Terengganu,

Terengganu