Kertas Kerja Jamuan Pengawas

4
pengurusan disiplin pelajar 2013/14, memupuk semangat kerjasama dan perasaan sayang terhadap bidang yang diceburi dan memberi pengalaman kepada pelajar menguruskan program. KERTAS KERJA MAJLIS ANUGERAH KHIDMAT BAKTI BADAN PENGAWAS SMK SUNGAI LEMBING Kepada SEMUA PENGAWAS SMK SUNGAI LEMBING Tempat NEW HORIZON GARDEN RESTAURANT, KUANTAN Pada 15 NOVEMBER 2014 SABTU

description

contoh kertas kerja

Transcript of Kertas Kerja Jamuan Pengawas

RASIONAL

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Badan Pengawas SMK Sungai Lembing yang menjadi program rutin tahunan. Program ini melibatkan semua pengawas sekolah seramai 70 orang bagi meraikan tugas yang telah dijalankan sepanjang tahun dan terutama pengawas tingkatan 5 yang akan meninggalkan sekolah pada tahun ini. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan, dan menambah pengalaman dan seterusnya dapat dapat melatih pengawas-pengawas untuk menjalankan sesuatu program.

Program ini dirancang untuk memberi anugerah khidmat bakti sepanjang di SMK Sungai Lembing dan ia juga memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk berkongsi pengalaman sesama tenaga pengajar dan pihak-pihak luar dalam memantapkan lagi tahap pengurusan mereka. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah.

MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental bagi pengurusan disiplin pelajar 2013/14, memupuk semangat kerjasama dan perasaan sayang terhadap bidang yang diceburi dan memberi pengalaman kepada pelajar menguruskan program.TARIKH

15 November 2014TEMPAT

New Horizon Garden Restaurant, KuantanSASARAN

Semua Pengawas SMK Sungai LembingPENGISIAN11.00 pagi: Pelajar bertolak dari Sungai Lembing

12.00 t/hari: Ucapan aluan pengacara majlis

12.15 t/hari: Bacaan doa oleh Mohd. Rashidi b Mohd Radzali (4A)12.20 t/hari: Ucapan Ketua Pengawas (Mardiana Izaty, 5A)12.30 t/hari : Ucapan Guru Badan Pengawas (Pn. Norzahidah bt Mamat)12.40 t/hari: Ucapan Pengetua En. Hamzah b K.Mohamed12.45 ptg: Penyampaian sijil dan cenderamata

1.00ptg: Jamuan makan 1.30 ptg: Cabutan bertuah2.00 ptg: Bersurai

AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi

: En. Hamzah b K.Mohamed (Pengetua)

Timbalan Pengerusi: Cik Norjanah bt Suhadi (GPK HEM)

Naib Pengerusi : Encik Mohd Nasir bin Abdul Rahman (GPK Pentadbiran) En. Mohd Azmi bin Nor (GPK Kokurikulum)

Setiausaha

: Puan Norzahidah bt Mamat

Penyelaras

: Puan Rosazelina bt Abdullah

JAWATANKUASA PELAKSANA -PELAJAR-Penyelaras

: Mohd. Rashidi b RazaliPenolong Penyelaras : Siti Umairah bt Ahmad

Bendahari

: Farah Syafiqah bt Pengacara

: Nurina Firzana bt JailaniBacaan Doa

: Mohd. Rashidi b Mohd Radzali

Cenderamata: Nurfarhah Alia bt Mohd Fadzly

Mazrina Shafira a/p Andak

Nurul Izzati bt Mohd Nasir

Sijil

: Ainul Madihah bt Jamaluddin

Wong Chi Keng

Wong Ka Ka

Jemputan/Sambutan: Norashikin bt Abdul Moris@Salim

Nor Zulaiha bt Moji

Yaw Dai Qi

Mohd Zulfikri b Mohd Nasir

Dokumentasi

: Mohd Saffuan bin Mazli

Muhammad Adam Fahmi bin Bazri

Buku Program: Amirrah Aqilah bt Yusri

Nur Idayu bt Osman

ShannenPengangkutan: Muhammad Shahrun Haizam bin Mohd Shamsuddin

Muhd SyamilPENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN:

BILSUMBERPENDAPATAN (RM)

1Tabung Yuran Pengawas70 x RM 30.002100.00

2Sumbangan Individu/Syarikat230.00

JUMLAH2330.00

PERBELANJAAN:BILSUMBERPENDAPATAN (RM)

1Sijil dan cenderamata

70 x RM 5.00 350.00

2Hadiah Pengawas Tingkatan 5

15 X RM 10.00150.00

3Jamuan Makan

70 x RM 221540.00

4Hadiah Cabutan Bertuah200.00

5Kain rentang 90.00

JUMLAH2330.00

PENUTUP

Amatlah diharap agar Majlis Anugerah Khidmat Bakti ini dapat memberi semangat baru dan pengetahuan kepada pengawas dalam membantu pihak sekolah menangani kes disiplin pelajar. Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada pelajar sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar.PERAKUAN PEMOHONDengan ini, saya mengakui bahawa semua keterangan yang diberikan adalah benar.

Nama

:NORZAHIDAH BT MAMATJawatan

:SETIAUSAHA BADAN PENGAWASTandatangan

:.

Tarikh

:7 NOVEMBER 2014ULASAN GPK Permohonan ini disokong / tidak disokong

Ulasan :-

........................................................................................................................................................................................................................................................................................

Tandatangan

:.

Tarikh

:

UNTUK KEGUNAAN PENTADBIRAN SEKOLAH

Permohonan ini disokong / tidak disokong.Ulasan :-

.................................Tandatangan

:..

Nama dan Jawatan:

KERTAS KERJA

MAJLIS ANUGERAH KHIDMAT BAKTI

BADAN PENGAWAS

SMK SUNGAI LEMBING

Kepada

SEMUA PENGAWAS

SMK SUNGAI LEMBING

Tempat

NEW HORIZON GARDEN RESTAURANT,

KUANTAN

Pada

15 NOVEMBER 2014

SABTU

PAGE - 6 -