Kertas Kerja Kadet Polis 2015

6
SEKOLAH SUKAN NEGERI SEMBILAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZA’BA 72000 KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI PEMBELIAN UNIFORM LENGKAP KADET POLIS SSNS SMK ZA’BA 2015 DISEDIAKAN OLEH : PN. SUHAILA BT MAHASAN GURU PENASIHAT PERSATUAN KADET POLIS SEKOLAH SSNS SMK ZA’BA

description

KERTAS KERJA

Transcript of Kertas Kerja Kadet Polis 2015

Page 1: Kertas Kerja Kadet Polis 2015

SEKOLAH SUKAN NEGERI SEMBILAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZA’BA

72000 KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI PEMBELIAN UNIFORM LENGKAP

KADET POLIS SSNS SMK ZA’BA 2015

DISEDIAKAN OLEH : PN. SUHAILA BT MAHASAN

GURU PENASIHAT PERSATUAN

KADET POLIS SEKOLAH

SSNS SMK ZA’BA

Page 2: Kertas Kerja Kadet Polis 2015

1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dari Unit Kokurikulum bagi

membeli kelengkapan uniform kadet polis SSNS SMK Za’ba yang telah dirancang untuk 2015.

2.0 LATAR BELAKANG

Persatuan Kadet Polis memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran sivik dan perasaan

bertanggungjawab kepada masyarakat di kalangan pelajar. Bagi mencapai objektif untuk membina satu

bangsa Malaysia yang berdisiplin, maka penubuhan Persatuan Kadet Polis akan menjadi pemangkin

kepada proses untuk memiliki lebih golongan yang berjaya di negarai ni.

Persatuan Kadet Polis SSNS SMK Za’ba telah ditubuhkan pada sekitar tahun 1980 an selaras dengan

misi kokurikulum sekolah iaitu Penubuhan PKP merupakan salah satu kegiatan kokurikulum sekolah

menengah sebagaimana yang ditakrifkan dalamAkta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2 (Kuasa-

KuasaPerlu) Darurat 1969, P.K. (A) 487 bertarikh 20 November 1969 yang diselaraskan oleh PDRM.

Pengambilan ahli kadet pada tahun pertama ini disaring dengan terperinci dalam memastikan nama

baik persatuan dijaga dengan baik. Aspek disiplin, kekemasandiri, dan mutu pelajaran pelajar

diambilkira di samping ujian fizikal dilaksanakan sendirioleh PDRM dalam pemilihan ahli kadet.

PKP SSNS SMK ZA’BA 2 2015

Page 3: Kertas Kerja Kadet Polis 2015

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memantapkan lagi matlamat kokurikulum iaitu ,mewujudkan minat serta meningkatkan

keupayaan murid SSNS SMK Za’ba bagi menceburi badan beruniform dari peringkat sekolah

sehinggalah meninggalkan alam persekolahan.

3.2 Memberi suntikan motivasi yang konsisten kepada murid SSNS SMK Za’ba supaya mereka

terus mantap dalam aktiviti luar yang dianjurkan oleh PDRM.

3.3 Memberi bantuan kepada ahli kadet yang tidak mempunyai kelengkapan uniform lengkap

untuk mewakili sekolah.

4.0 ANGGARAN PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN HARGA

(RM)

1 UNIFORM KADET POLIS

(PEREMPUAN)

35 SET `100 X 35

= 3500

2 -BERRET KADET POLIS

-BUTANG (PEREMPUAN)

-LENCANA KOLAR

-LENCANA SULAM (LENGAN)

35 SET

35 SET

35 SET

35 SET

10.00 X 35 = 350

18.00 X 35 = 630

8.00 X 35 = 280

5.00 X 35 = 175

Jumlah RM4935

5.0 PENUTUP

PKP SSNS SMK ZA’BA 3 2015

Page 4: Kertas Kerja Kadet Polis 2015

Saya amat berharap permohonan ini mendapat kerjasama dan dipertimbangkan dengan sebaiknya

Diharapkan dengan adanya bantuan ini, pasukan kadet polis SSNS SMK Za’ba akan muncul sebagai

sebuah pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat antarabangsa.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

…………………. …………………. …………………

Pn.Suhaila Bt Mahasan En Mohd Yunus B Mohd Ali Tn. Hj Roslin B Balia

Guru Penasihat PKP Pen.Kanan Kokurikulum Pengetua

SSNS SMK Za’ba SSNS SMK Za’ba SSNS SMK Za’ba

Ulasan :

………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………

PKP SSNS SMK ZA’BA 4 2015