Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

12
KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL (KaPeTra) PERMAINAN TIBAI LALAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR, SARAWAK Tarikh: 26 Mac 2015 Masa: 1.30pm-5.00 pm Anjuran: PISMP Sejarah dan PISMP Bahasa Iban Ambilan 2013 Tempat: Dewan Sri Rajang, IPG Kampus Rajang

description

Kertas kerja

Transcript of Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL (KaPeTra)

PERMAINAN TIBAI LALAT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

96509 BINTANGOR, SARAWAK

Tarikh:

26 Mac 2015

Masa:

1.30pm-5.00 pm

Anjuran:

PISMP Sejarah dan PISMP Bahasa Iban

Ambilan 2013

Tempat:

Dewan Sri Rajang, IPG Kampus Rajang

1.0 TAJUK

Kertas Kerja Permainan Tibai Lalat sempena Karnival Permainan Tradisional (KaPeTra)

2.0 ANJURAN

Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan IPG Kampus Rajang dengan kerjasama PISMP Sejarah dan Bahasa Iban Ambilan Jan 2013

3.0 PENGENALAN

Antara jenis permainan tradisional yang turut dipertandingkan untuk KAPETRA ialah tibai lalat. Tibai lalat adalah salah satu permainan tradisional yang semakin dilupakan seiring dengan perubahan zaman. Sangat penting permainan ini sentiasa dipertandingkan semasa pertandingan agar generasi muda sentiasa menghargai dan mengetahui warisan budaya negara. Oleh itu, melalui karnival ini secara tidak langsung akan menambahkan ilmu pengetahuan kepada guru pelatih mengenai permainan-permainan tradisional. Hal ini membolehkan guru pelatih dapat mengaplikasikan permainan tersebut kepada anak murid apabila di sekolah kelak.

4.0MATLAMAT

Matlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan terutamanya berkaitan dengan subjek ini iaitu pengurusan sukan serta Pendidikan Jasmani. Penganjuran program ini adalah memenuhi keperluan yang dikehendaki dalam silibus subjek PJM3123E. Disamping itu, program yang sebegini juga akan dapat menerapkan kemahiran-kemahiran dalam diri masing-masing.

5.0OBJEKTIF

Dalam penganjuran program yang sebegini juga mempunyai objektifnya yang tersendiri. Objektif inilah yang ingin diketengahkan dalam penganjuran karnival ini. Antara objektifnya adalah seperti berikut;

3.1Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta pentadbiran untuk penganjuran acara ataupun pertandingan.

3.2Memberikan pendedahan serta pengalaman kepada guru-guru pelatih untuk mengendalikan sebarang aktiviti ketika berada di sekolah nanti.

3.3Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional yang dilaksanakan.

3.4Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri setiap peserta.

3.5Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim peserta melalui penglibatan dalam aktiviti atau acara yang disertai.

3.6Menggalakkan penglibatan secara aktif guru-guru pelatih dalam menyertai aktiviti yang dijalankan.

3.7Mempertingkat daya keyakinan serta percaya kemampuan diri sendiri.

3.8Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari serta mengenali permainan tradisional melalui keseronokan dalam permainan tersebut.

3.9Menyemai nilai-nilai murni serta etika melalui penglibatan dalam program yang dilaksanakan.

6.0 TARIKH PERTANDINGAN

Tarikh: 26 Mac 2015

Masa: 1.30 - 5.00 petang

Tempat: Bahagian Tepi Dewan Sri Rajang, IPG Kampus Rajang

7.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN

Penasihat : En. Ling Chung Yeo

Jabatan PJK, IPG Kampus Rajang

Ketua Kumpulan: Abdul Jumarey bin Mahmud

Penolong Ketua: Jurisda binti Risno

Setiausaha: Elena Lulia Luhat

Bendahari: Kathy Jenah ak Igu

JK Pameran: Doria Norris

JK Hakim: Kasyfan bin Alimardah

JK Permainan: Abdul Jumarey & Kasyfan bin Alimardah

JK Dokumentasi: Jurisda binti Risno

JK Peralatan : Semua ahli kumpulan

8.0 KUMPULAN SASARAN

PPISMP TESL, PPISMP Bahasa Cina dan PPISMP Bahasa Iban, Semester 1, Ambilan Jun 2014 seramai 69 orang pelajar. (Rujuk lampiran A)

9.0PERATURAN PERTANDINGAN

Setiap kumpulan yang telah ditetapkan perlu menghantar 3 orang wakil bagi memainkan permainan ini.

Peserta perlu berdiri sejauh 6 meter dari sasaran di garisan permulaan.

Peserta yang melebihi garisan permulaan tidak akan diambil kira markah yang diperoleh

Kedudukan melastik ibu getah adalah bebas, sama ada posisi berdiri atau duduk.

Peserta perlu bergilir-gilir dalam kumpulan untuk melastik dan mendapatkan markah.

Tempoh masa selama 3 minit diberikan bagi setiap kumpulan untuk mendapatkan markah kumpulan masing-masing.

10.0CARA BERMAIN

Setiap kumpulan perlu melastik ibu getah kepada sasaran yang telah disediakan.

Sasaran adalah getah yang disusun di atas para yang dibina menggunakan dua batang kayu dan satu gelang getah.

20 gelang getah akan diletakkan di atas para tersebut.

Peserta perlu menjatuhkan getah-getah yang disusun di atas para untuk mendapatkan markah.

11.0CARA PERMARKAHAN

Kumpulan yang memperoleh jatuhan getah paling banyak (markah tertinggi) dikira sebagai pemenang bagi permainan tibai lalat.

Markah yang diperoleh akan digabungkan dengan markah daripada permainan yang lain dan jumlah tertinggi dikira sebagai pemenang keseluruhan Karnival Permainan Tradisional.

12.0BORANG PENYERTAAN (Rujuk Lampiran 1)

13.0BORANG PEMARKAHAN (Rujuk Lampiran 2)

14.0ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

Bil

Perkara

Kuantiti

Harga

1.

Getah Aiskrim

1 bungkus

RM5.00

2.

Perhiasan Pameran (Reben, Kad Manila, Pin, Belon)

Reben (2)

Kad manila (2)

Belon (1bungkus)

Pin (1 kotak)

RM 15.00

3

Kayu kecil

2 batang

__

Jumlah Keseluruhan

RM 20.00

15.0 PENUTUP

Ahir sekali, diharapkan agar kertas kerja permainan tradisonal tibia lalat ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak tuan. Dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak yang terlibat akan membolehkan Karnival Permainan Tradisional ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diharap semua objektif pertandingan permainan tradisional ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru pelatih yang terlibat di samping dapat mengetengahkan maklumat serta pengalaman yang diperoleh untuk diaplikasikan di sekolah kelak.

Disediakan Oleh,

( ELENA LULIA LUAHT )

Setiausaha,

Kumpulan Permainan Tibai Lalat,

KaPeTra 2015.

LAMPIRAN A

BORANG PENYERTAAN

TIBAI LALAT

NAMA KUMPULAN :____________________

BIL

NAMA

NO.KP

1

2

3

* CATATAN : Setiap kumpulan yang telah ditetapkan perlu menghantar 3 orang wakil bagi memainkan permainan ini.

LAMPIRAN B

BORANG PERMARKAHAN

KUMPULAN

BILANGAN JATUHAN GETAH

MARKAH

1

2

3

4

5

6

LAMPIRANC