Kertas Kerja Kecemasan Dan Kebakaran

4
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAKONG / TERUS 96300 DALAT, SARAWAK KERTAS KERJA LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN “FIRE DRILL”

description

paperwork

Transcript of Kertas Kerja Kecemasan Dan Kebakaran

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAKONG / TERUS96300 DALAT, SARAWAK

KERTAS KERJA LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN FIRE DRILL

PENDAHULUANMemandangkan aspek keselamatan merupakan elemen yang terpenting dalam semua institusi, pihak sekolah di bawah Unit Keselamatan mengambil inisiatif untuk mengadakan program yang berbentuk peningkatan dan keselamatan murid. Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah betapa pentingnya isu keselamatan diambil berat oleh semua pihak. Program ini telah dirancang dalam dua siri bagi melengkapkan semua yang terlibat dengan pengetahuan keselamatan yang secukupnya. Diharapkan dengan adanya program ini akan memberikan impak yang besar kepada tahap keselamatan sekolah kita.

RASIONALMemupuk rasa prihatin warga sekolah terhadap keselamatan sekolah pada setiap masa dan ketika.

OBJEKTIF Menanam perasaan cintakan sekolah. Sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan. Mengajak murid kearah kesedaran keselamatan. Menambah pengetahuan berkaitan keselamatan kepada murid-murid. Memupuk keprihatinan untuk menjaga keselamatan.

MATLAMAT

Memertingkatkan penghayatan tentang keselamatan. Melahirkan murid yang prihatin. Melahirkan insan yang berpelajaran dan berpendidikan luas. Mempertingkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran dalaman dikalangan guru dan murid. Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

SASARANSemua murid tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan semua warga Sekolah Kebangsaan Kampung Bakong / Terus, Dalat.

BUTIRAN PROGRAM Tarikh : Hari : Masa : Tempat:

AKTIVITI Latihan kebakaran atau latihan pengosongan bangunan Taklimat keselamatan Demontrasi memadam kebakaran Pameran