Kertas Kerja Keceriaan Bilik Mesyuarat
-
Upload
wulianwawa84 -
Category
Documents
-
view
3.673 -
download
441
description
Transcript of Kertas Kerja Keceriaan Bilik Mesyuarat
6
[KERTAS KERJA MENAIKTARAF DAN MENGUBAHSUAI BILIK MESYUARAT] SK SG BATU 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU
TELUK KUMBAR, 11920 BAYAN LEPAS
PULAU PINANG
KERTAS KERJA
MENAIKTARAF DAN MENGUBAHSUAI BILIK MESYUARAT
KONSEP: MODEN DAN SANTAI
2015
6
[KERTAS KERJA MENAIKTARAF DAN MENGUBAHSUAI BILIK MESYUARAT] SK SG BATU 2015
1.0 PENDAHULUAN
Projek ini adalah aktiviti Jawatankuasa Penyelaras Bilik Mesyuarat SK
Sungai Batu bagi menaiktaraf dan mengubahsuai Bilik Mesyuarat untuk
keceriaan sekolah. Kertas kerja ini menggariskan pengisian projek menaiktaraf
dan mengubahsuai Bilik Mesyuarat dengan mengambilkira penglibatan semua
warga sekolah termasuk pekerja swasta dan murid-murid. Di masa yang sama
semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya
sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi sekolah.
Konsep yang dipilih ialah Moden Dan Santai bagi mewujudkan suasana
yang menarik dan terkini serta lebih sistematik. Di samping mempamerkan
identiti SK Sungai Batu kepada tetamu-tetamu yang hadir seterusnya program-
program yang melibatkan penggunaan Bilik Mesyuarat.
2.0 TUJUAN
1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan cadangan bagi menaiktaraf dan mengubahsuai Bilik Mesyuarat Sekolah.
1.2 Diserahkan kepada pihak pengurusan atasan untuk tujuan pertimbangan selanjutnya dan memberi persetujuan bagi peruntukan tersebut demi memastikan kelancaran pengurusan mesyuarat-mesyuarat sekolah.
1.3 Keadaan Bilik Mesyuarat ini agak lama. Justeru itu, sudah tiba masanya bilik ini dinaiktaraf dan diubahsuai.
1.4 Melalui peruntukan ini, diharapkan semua guru dan kakitangan serta pelawat akan lebih selesa dalam menjalankan semua mesyuarat serta perbincangan bagi semua aktiviti yang telah dirancangkan untuk sepanjang tahun 2015 dan tahun yang akan datang.
3.0 LATARBELAKANG
3.1 Bilik Mesyuarat yang terletak di bangunan utama bersebelahan Pejabat Sekolah merupakan bilik yang digunakan bagi semua mesyuarat serta perbincangan di antara guru-guru serta pihak pengurusan.
3.2 Bilik Mesyuarat ini juga merupakan bilik yang digunakan untuk menerima tetamu serta mengadakan perbincangan di antara pihak sekolah dan pihak luar.
3.3 Oleh hal yang demikian, pihak jawatankuasa berpendapat bahawa peruntukan amat ini diperlukan bagi tujuan di atas.
6
[KERTAS KERJA MENAIKTARAF DAN MENGUBAHSUAI BILIK MESYUARAT] SK SG BATU 2015
3.4 Dengan adanya sebuah bilik mesyuarat yang lebih selesa, diharap segala mesyuarat dan perbincangan dapat diadakan dengan lebih selesa dan kondusif.
4.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
PENASIHAT : En. Abu Haniffa bin Naina Mohd (Guru Besar)PENGERUSI : Pn. Hanzaneza binti Abd Hamid (GPK HEM)NAIB PENGERUSI 1 : Pn. Rodzita binti Md Isa (GPK Kurikulum)NAIB PENGERUSI 2 : En. Sugumaran A/L M. Katharasan (GPK Kokurikulum) SETIAUSAHA : Pn. Nurul Wahida binti HamdanBENDAHARI : Pn. Noor Azimah binti Khamis AJK : Pn. Fadhilla binti Abdul Ariff
Pn. Nursyuhada binti Ismail
Cik Raudzah binti Nanyan
JAWATANKUASA PELAKSANA
HIASAN : Pn. Nurul Wahida binti Hamdan Pn. Noor Azimah binti Khamis
LANGSIR: Pn. Nursyuhada binti IsmailCik Raudzah binti NanyanPn. Fadhila binti Abdul Arif
SKIRTING:Cik Raudzah binti NanyanPn. Nursyuhada binti IsmailPn. Fadhila binti Abdul Arif
KERUSI: Pn. Fadhila binti Abdul Arif
BUNGA:Cik Raudzah binti NanyanPn. Nursyuhada binti Ismail
PAPAN KENYATAAN: Pn. Nurul Wahida binti Hamdan Pn. Noor Azimah binti Khamis Pn. Fadhila binti Abdul Arif Pn. Nursyuhada binti Ismail Cik Raudzah binti Nanyan
PELAN: Pn. Nurul Wahida binti Hamdan Pn. Noor Azimah binti Khamis Pn. Fadhila binti Abdul Arif Pn. Nursyuhada binti Ismail Cik Raudzah binti Nanyan
DOKUMENTASI: Pn. Noor Azimah binti Khamis Pn. Nurul Wahida binti Hamdan
TUGAS-TUGAS KHAS: Pn. Nurul Wahida binti Hamdan Pn. Noor Azimah binti Khamis
5.0 CADANGAN PELAKSANAAN
AKTIVITIJAWATANKUASA
PELAKSANA
6
[KERTAS KERJA MENAIKTARAF DAN MENGUBAHSUAI BILIK MESYUARAT] SK SG BATU 2015
5.1 Membuat kertas kerja dan menunggu kelulusanPn. Nurul Wahida binti Hamdan
5.2 Melakar pelan Bilik Mesyuarat yang baru-
PK1Jawatankuasa
5.3 Mengukur langsir, skirting dan kerusiPn. Fadhila binti Abdul Arif
5.4 Membeli kain dan bunga serta alat yang berkaitan untuk keceriaan
Pn. Fadhila binti Abdul Arif
5.5 Proses menempah dan menjahitPn. Fadhila binti Abdul Arif
5.6 Mengubah susun atur Bilik Mesyuarat Jawatankuasa
5.7 Menghias papan kenyataan Jawatankuasa
5.8 Memasang langsir dan kerusi
Pn. Noor Azimah binti KhamisCik Raudzah binti NanyanPn. Nursyuhada binti Ismail
5.9 Menempah bunga
Pn. Noor Azimah binti KhamisCik Raudzah binti NanyanPn. Nursyuhada binti Ismail
5.10 Memastikan Bilik Mesyuarat di dalam keadaan teratur Jawatankuasa
6.0 IMPLIKASI KEWANGAN
6.1 Implikasi kewangan terhadap cadangan tersebut adalah seperti di bawah.
6
[KERTAS KERJA MENAIKTARAF DAN MENGUBAHSUAI BILIK MESYUARAT] SK SG BATU 2015
Anggaran Kos Menaiktaraf dan Mengubahsuai Bilik Mesyuarat SKSBt 2015
Bil. Item / PerkaraAnggaran Kos
(RM)
1. Kain Langsir, skirting dan kerusi RM 4000.00
2. Peralatan dan pertukangan RM 500.00
3. Bunga perhiasan RM 500.00
4. Lain-lain belanja runcit RM 500.00
ANGGARAN JUMLAH KOS RM5500.00
6.2 Secara kasarnya, jumlah keseluruhan yang dipohon adalah sebanyak RM 5500.00.
7.0 PERTIMBANGAN7.1 Oleh hal yang demikian, jawatankuasa memohon daripada pihak
pengurusan agar dapat meluluskan kertas kerja ini supaya semua aktiviti pengubahsuaian dapat dilaksanakan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.
6
[KERTAS KERJA MENAIKTARAF DAN MENGUBAHSUAI BILIK MESYUARAT] SK SG BATU 2015
7.2 Dengan kelulusan ini, diharap semua aktiviti yang telah dirancangkan dapat dilaksanakan dan Bilik Mesyuarat SKSBt menjadi lebih berprestij.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh: Dipersetujui oleh:
__________________________ _______________________________
(NURUL WAHIDA BT HAMDAN) (PUAN RODZITA BT MD ISA)
Setiausaha Penolong Kanan Pentadbiran
Jawatankuasa Projek Menaiktaraf SKSBt
Dan Mengubahsuai Bilik Mesyuarat
SKTSBt
Tarikh: 23 Jun 2015
Diluluskan oleh,
………………………………(EN. ABU HANIFFA BINTI NAINA MOHD)
GURU BESAR