KERTAS KERJA KELA CAMP 2013 -latest-ori.doc

17
1. PENGENALAN Unit Kokurikulum telah merancang beberapa program untuk membina keyakinan dan kekuatan diri para pelajar SMK Dato’ Harun dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang yang diceburi. Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum pada dasarnya telah bersetuju untuk mengadakan Perkhemahan Tahunan untuk Pelajar Tingkatan 4 sebagai salah satu langkah untuk mencapai kecemerlangan tersebut khususnya dalam bidang kokurikulum. Ia juga memberi peluang kepada semua pelajar untuk terus meminati dan bergerak secara aktif dalam aktiviti rekreasi. Selain itu, dapat memberi impak positif terhadap disiplin para pelajar. 2. NAMA PROGRAM Program ini dinamakan PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT KOKURIKULUM TAHUN 2013. 3. TARIKH 27, 28 dan 29 Mei 2013 (Isnin, Selasa dan Rabu ) 4. TEMPAT UNIT KOKURIKULUM SMK DATO’ HARUN 2013 1

Transcript of KERTAS KERJA KELA CAMP 2013 -latest-ori.doc

1. PENGENALAN

Unit Kokurikulum telah merancang beberapa program untuk membina keyakinan dan kekuatan diri para pelajar SMK Dato Harun dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang yang diceburi. Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum pada dasarnya telah bersetuju untuk mengadakan Perkhemahan Tahunan untuk Pelajar Tingkatan 4 sebagai salah satu langkah untuk mencapai kecemerlangan tersebut khususnya dalam bidang kokurikulum. Ia juga memberi peluang kepada semua pelajar untuk terus meminati dan bergerak secara aktif dalam aktiviti rekreasi. Selain itu, dapat memberi impak positif terhadap disiplin para pelajar.

2. NAMA PROGRAM

Program ini dinamakan PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT KOKURIKULUM TAHUN 2013.

3. TARIKH

27, 28 dan 29 Mei 2013(Isnin, Selasa dan Rabu )

4. TEMPAT

Kela Camp,Raub, Pahang Darul Makmur.5. RASIONAL

Perkhemahan yang dianjurkan ini adalah atas kesedaran bahawa kekuatan dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran amat penting kepada para pelajar. Tanpa kekuatan dan keyakinan diri, adalah amat sukar bagi para pelajar untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usaha mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. Melalui pemerhatian, didapati kebanyakan pelajar kurang memiliki kedua-dua ciri tersebut, terutamanya apabila berhadapan dengan sesuatu situasi masalah sama ada di sekolah ataupun di rumah sehingga menjejaskan pencapaian mereka dalam bidang akademik.

6. OBJEKTIF

Adalah diharapkan selepas mengikuti program perkhemahan ini, para pelajar yang terlibat akan memperoleh beberapa kemahiran seperti;

6.1Dapat menyediakan diri dengan sebaik mungkin dalam menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan.6.2Dapat meningkatkan motivasi dalaman pelajar untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum dan akademik.6.3Dapat membentuk budaya berusaha dengan gigih mencapai kejayaan tanpa mengenal erti putus asa.6.4Memperoleh pendedahan terhadap cabaran sebenar dalam masyarakat selepas menamatkan alam persekolahan.

7. SASARAN

Unit Kokurikulum telah mengenal pasti 148 orang pelajar daripada tingkatan 4 untuk mengikuti perkhemahan ini berdasarkan kriteria berikut;

7.1 Semua pelajar adalah anggota salah satu unit pakaian seragam dan kelab /

persatuan yang didaftarkan di SMK Dato Harun.

7.2 Semua peserta tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan yang boleh menjejaskan penglibatan dalam aktiviti lasak yang akan diikuti.7.3Tiada paksaan kepada pelajar dan penyertaan adalah secara sukarela

8. PENGANGKUTAN

Pihak Unit Kokurikulum memerlukan empat buah bas dengan muatan 37 orang pelajar dan 3 orang guru setiap bas serta beberapa buah kereta untuk membawa guru-guru pengiring yang lain yang terlibat dengan tugasan sepanjang tempoh perkhemahan tersebut.

9. PENGINAPAN

Pihak Unit Kokurikulum telah berurusan dan membuat tempahan dengan pengurusan Kela Camp, Raub, Pahang untuk memastikan kesemua tapak, kemudahan dewan, chalet dan kemudahan asas di Kela Camp dikhaskan untuk digunakan hanya oleh peserta dari SMK Dato Harun sepanjang tempoh perkhemahan pada 27, 28 dan 29 Mei 2013.

10. SENARAI AHLI JAWATANKUASA

10.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi

: Pengetua

Pn. Marpuaton Binti SasteroTimbalan Pengerusi : 1Penolong Kanan KoKurikulum

En. Abdul Haris Fadzilah Bin Jaafar

: 2Penolong Kanan 1 En. E Ajis Bin Jaafar

: 3Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Norhayati Binti Maarof

: 4Penolong Kanan PPU

Tn. Hj Fadzil Bin Hj Muji

Setiausaha : Cik Suhaila Binti SaaraniBendahari

: Pn. Azlina Binti Mat Jamil10.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras:

Cik Suhaila Binti SaaraniKem Komandan:

Cik Siti Nurliyana Binti Md RahimPengangkutan:

En. Abdul Haris Fadzilah b Jaafar

En. Mohd Afindi Bin SuaidPendaftaran dan Penginapan:Cik Hafizah Binti Mohamed RamliFasi Tingkatan 6Peralatan:

En. Mohd Afindi Bin SuaidEn. Saifuddin Bin MohamadSenaman Pagi:

En. Roslan Bin Abdullah

Cik Siti Nurliyana Binti Md Rahim

Pelajar Uitm

Barisan Jurulatin Kela Adventure Camp Makanan dan Minuman:

Pn. Hasnah ( Ketua Chef ) Cik Ruhaizah Binti TormanCik Siti Julaiha Binti Muhd Daud Pn. Faradiela Binti Asan

Cik Hafizah Binti Mohamed RamliKeselamatan dan Disiplin:En. Roslan Bin Abdullah Cik Suhaila Binti Saarani Cik Siti Nurliyana Binti Md RahimPengurusan Diri, Solat / Moral:Ustaz Mohamad Bin Suparjan Pn. Marlia Binti Abd Rahim

Pn. Irna Harlina Binti JamaludinSeranta, Sijil dan Cenderamata:Cik Suhaila Binti Saarani Cik Ruhaizah Binti TormanJurulatih & Pembantu Jurulatih:Jurulatih dan krew Kela Adventure Campdan semua guru yang turut serta.

11. SENARAI TUGAS

Ahli jawatankuasa yang disenaraikan di atas, bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang dinyatakan di bawah;

11.1 Penyelaras Program Perkhemahan

1. Sentiasa memantau dan bersama-sama dengan peserta sepanjang perkhemahan dijalankan.

2. Memastikan setiap perancangan program dijalankan dengan sempurna.

3. Berbincang dengan semua jurulatih sekiranya sesuatu aktiviti dalam tentatif tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab tertentu.

11.2 Bendahari 1. Mengumpul yuran penyertaan daripada peserta.

2. Membuat penyata kira-kira perbelanjaan.

3. Mengagihkan sumber kewangan mengikut keperluan.

4. Membeli bahan mentah untuk tujuan makanan peserta.

11.3 Kem Komandan / Keselamatan / Disiplin

1. Memberi taklimat tentang perjalanan keseluruhan perkhemahan, disiplin dan peraturan ketika perkhemahan.

2. Sumber rujukan bagi membuat sebarang keputusan terhadap apa-apa masalah yang timbul sepanjang perkhemahan.

3. Kuasa tertinggi dalam disiplin dan peraturan perkhemahan.

4. Memastikan kawasan perkhemahan tidak diceroboh oleh sesiapa juga.

11.4 Pendaftaran dan Penginapan

1. Mendaftarkan maklumat diri peserta dan mengurus surat kebenaran ibu bapa atau penjaga.

2. Menentukan tapak perkhemahan bagi peserta dan menempatkan peserta perempuan di chalet.

3. Memastikan penginapan peserta perempuan dan khemah peserta tidak diceroboh.

4. Mengurus segala perkara yang berkaitan dengan tapak perkhemahan dan pengurusan Kela Camp.11.5 Peralatan

1.Menyediakan peralatan perkhemahan seperti khemah, lampu kalimantang, wayar penyambung, sistem siaraya, tali-tali pengikat dan belerang.

2.Memastikan peralatan memasak, makan dan minum disediakan dan lain-lain yang difikirkan perlu ada dibawa bersama. 11.6 Senaman Pagi

1. Memastikan peserta berada di tapak senaman pada setiap pagi.

2. Memastikan peserta dalam keadaan bersedia untuk aktiviti senaman pagi tepat pada waktunya.

3. Merangka dan merancang aktiviti senaman pagi.

4. Mengendalikan senaman pagi.

11.7 Makanan dan Minuman

1.Menyediakan makanan dan minuman peserta dan AJK perkhemahan.

2.Mengagihkan makanan dan minuman peserta dan AJK perkhemahan.

3.Memastikan makanan dan minuman peserta dan AJK perkhemahan disediakan tepat pada masanya.4.Memastikan kualiti bahan masakan dan minuman sesuai dengan suasana Perkhemahan.11.8 Pengurusan Diri dan Solat / Nilai Murni1. Memastikan semua peserta perkhemahan sedia untuk menunaikan solat.

2. Mengejutkan peserta perkhemahan tepat pada masanya.

3. Memimpin dan mengimami peserta perkhemahan.

4. Mengendalikan kuliah subuh / tazkirah sebelum aktiviti senaman pagi.

11.9 Seranta, Sijil dan Cenderamata

1. Menguruskan keperluan semua peserta perkhemahan.

2. Menyediakan kain rentang / banner perkhemahan.

3. Menjaga kebajikan jurulatih dan peserta perkhemahan.

4. Merinyu kesihatan kepada setiap peserta dan AJK perkhemahan.

5. Menyediakan segala peralatan perkhemahan yang difikirkan perlu.6. Menyediakan Sijil kepada para peserta dan guru-guru.

11.10 Jurulatih dan Pembantu Jurulatih1. Memastikan aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan sempurna mengikut jadual.

2. Sentiasa berada bersama peserta setiap kali aktiviti dijalankan dengan kendalian Renjer Hutan jemputan.

3. Memastikan keselamatan peserta sepanjang aktiviti dijalankan.

4. Menghadiri dan membincangkan post-mortem setiap kali berakhir semua aktiviti pada hari yang ditentukan.

12. KOS DAN SUMBER KEWANGAN

12.1 Anggaran Perbelanjaan Kasar

1. Bayaran tempat dan kepakaran jurulatih

= RM 10656.00 2. Makanan dan Minuman RM12.00 X 168 org X 2 hari = RM 4032.00

3. Pengangkutan RM1800.00 X 4 buah bas= RM 7200.00

4. T-shirt Perkhemahan RM15.00 X 168 orang = RM 2520.00

5. Sewa Khemah RM6.00 X 20 khemah = RM 120.006. Sijil

RM0.40 X 168 keping= RM 90.00

JUMLAH KASAR

= RM24,595.0012.2 Anggaran Sumber Kewangan

1. Kutipan Yuran PesertaRM120.00 X 148 orang= RM 17760.00

2. Peruntukan Kokurikulum

= RM 5000.00

3. Peruntukan PIBG

= RM 1835.00

JUMLAH PEROLEHAN KASAR

= RM24,595.00

PENGGUNAAN WANG KUTIPAN RM120 DARIPADA PELAJARHasil Kutipan KeseluruhanRM120 X 148orang

= RM17760.001.Bayaran tempat dan kemahiran jurulatih untuk : acara berakit, titian silara, flying fox, jungle tracking kembara malam, water confident dan survival Pondok penginapan

= RM 72.00/seorang

2.Pengangkutan (bas)

= RM 48.00/seorang

JUMLAH

13. Penutup

Harapan kami agar semua pihak yang berkenaan terutamanya pihak sekolah dapat memberi sokongan padu terhadap usaha murni Unit Kokurikulum SMK Dato Harun untuk melahirkan individu yang berdaya saing dan intelektual yang tinggi dalam semua aspek terutamanya kokurikulum dan seterusnya menjadikan SMKDH Terbilang Di Kalangan Terbaik. Insyaallah.

KOKURIKULUM CEMERLANG, MODAL INSAN GEMILANG

Disediakan oleh, Disemak oleh, .........(SUHAILA BINTI SAARANI) (ABD HARIS FADZILAH BIN JAAFAR)

Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum,SMK Dato Harun, SMK Dato Harun,

45500 Tg. Karang, 45500 Tg. Karang,

Selangor. Selangor.

Disahkan oleh,

.....................................................

(MARPUATON BINTI SASTERO)

Pengetua,

SMK Dato Harun, 45500 Tg. Karang, Selangor.

14. ATURCARA PROGRAM27 Mei 2013 (Isnin)

MASA

AKTIVITITINDAKAN

8.00pg 1.30ptgBergerak dari sekolah dan tiba di Kela Kem, Raub, PahangUrusetia

1.30ptg 3.00ptgMakan / Solat Jama Zohor-Asar /Rehat

Ustaz Mohamad dan rakan-rakan

3.00ptg 4.30ptgTaklimat Program

Urusetia

4.30ptg 6.30ptgPemasangan khemah & Pembentukan logo / identiti kumpulan

Urusetia

6.30ptg 8.30mlmMakan malam / Solat Jama Maghrib-Isyak / Rehat

Ustaz Mohamad dan rakan-rakan

8.30mlm 10.30mlmIce Breaking En. Afindi dan rakan-rakan

10.30mlm 12.00mlmMinuman ringan & Perbincangan malam Budaya dan PatriotikKetua Kumpulan

12.00mlm 1.30pgKembara Malam di Kela Camp

Night WalkJurulatih dan rakan-rakan

1.30pg

Senandung malam

28 Mei 2013 (Selasa)MASA

AKTIVITITINDAKAN

5.30pg- 7.00 pg

Solat Subuh berjemaah & tazkirahl

Ustaz Mohamad dan rakan-rakan

7.30pg 8.30 pg

Sarapan pagi / stretching

En. Roslan Abdullah dan rakan-rakan

8.30pg 12.30tgh

Taklimat / berendam

Tindakan: Jurulatih dan rakan-rakan serta guru pemgiring

12.30tgh 2.00ptg

Makan tengahari / Solat jama Zohor-Asar / Rehat

Ustaz Mohamad dan rakan-rakan

2.30ptg 4.30ptg

Acara Tali

Jurulatih dan rakan-rakan serta guru pengiring

4.30ptg 5.00ptg

Minum Petang

5.00ptg 6.30ptg

Meredah halangan

Jurulatih dan rakan-rakan serta guru pengiring

7.00ptg 8.30mlm

Rehat / Makan Malam / Solat jama Maghrib-Isyak

Ustaz Mohamad dan rakan-rakan

8.30mlm 11.30mlm

Persiapan dan Persembahan Budaya dan Patriotik

Urusetia dan Ketua Kumpulan

11.30mlm 12.00mlm

Rehat / Minuman ringan

12.00mlm 1.30pg

Sesi Burung Hantu

Semua Guru Pengiring

1.45pg

Beradu

29 Mei 2013 (Rabu)MASA

AKTIVITITINDAKAN

5.30pg- 7.00 pg

Solat Subuh berjemaah, tazkirah

Ustaz Mohamad dan rakan-rakan

7.00pg 8.30 pg

Sarapan pagi dan streching

En. Roslan Abdullah dan rakan-rakan

8.30pg 12.00tgh

Pengapungan dan berakit

Jurulatih dan rakan-rakan serta guru pengiring

12.00tgh 1.00ptg

Pembersihan Kawasan Perkhemahan

Urusetia

1.00tgh 1.45ptg

Penutup dan penyampaian sijilUrusetia

1.45ptg 2.30ptg

Solat jama Zohor-Asar

Ustaz Mohamad dan rakan-rakan

2.30ptg

Bertolak ke Tg. Karang

Lampiran 1 :

Peraturan-peraturan Perkhemahan

1. Semua peserta dikehendaki memakai T-Shirt Perkhemahan sepanjang perkhemahan dijalankan kecuali diberitahu oleh Urusetia.

2. Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan tanpa kebenaran daripada Kem Komandan.

3. Semua peserta diwajibkan mengikuti program perkhemahan kecuali bagi peserta yang ditugaskan membantu AJK Makanan dan Minuman menyediakan makanan dan minuman peserta.

4. Semua peserta lelaki DILARANG SAMA SEKALI memasuki kawasan penginapan peserta perempuan.

5. Semua peserta diwajibkan mematuhi peraturan masa yang ditetapkan mengikut jadual aktiviti perkhemahan kecuali jika terdapat pindaan oleh pihak urus setia.

6. Semua peserta dilarang membawa peralatan larangan sepanjang perkhemahan seperti bahan bacaan yang dilarang, pita rakaman, radio dan sebagainya.

7. Semua peserta bertanggungjawab menjaga keselamatan diri sendiri dan anggota dalam unit masing-masing.

8. Mana-mana peserta yang mengalami masalah kesihatan hendaklah melaporkan dengan kadar segera kepada Urusetia untuk tindakan lanjut.

9. Semua peserta dilarang menebang, mematahkan atau melakukan kemusnahan ke atas pokok atau tumbuhan di tapak perkhemahan.

10. Mana-mana peserta yang didapati MEROKOK semasa perkhemahan ini dijalankan akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak urusetia.

11. Barangan kemas jangan dibawa, jumlah wang tunai yang boleh dibawa tidak lebih RM100.00.

12. Telefon bimbit hendaklah diserahkan kepada Urusetia semasa perkhemahan.

Peralatan Peserta Perkhemahan

1. Pakaian yang cukup untuk acara rasmi dan acara aktiviti selama 3 hari.

2. Songkok atau kopiah dan kain pelekat bagi peserta lelaki.

3. Kain telekung bagi peserta perempuan.4. Surah Yassin / Sejadah5. Peralatan kebersihan diri.

5.1 Berus gigi dan ubat gigi5.2 Sabun mandi

5.3 Tuala mandi

5.4 Pakaian basahan

5.5 Peralatan kebersihan diri lain yang difikirkan sesuai.

6. Peralatan kegiatan lasak.

6.1 Kasut6.2 Stokin

6.3 Track-Bottom6.4 Kain hitam / gelap untuk penutup mata

7. Ubatan yang sesuai dengan kesihatan diri sendiri.8. Pinggan, sudu, garfu dan gelas minuman (Dicadangkan daripada plastik)

9. Botol plastik atau bekas minuman kosong untuk aktiviti Jungle Tracking.

10. Sumbangan: Pelajar lelaki - SATU TIN SUSU PEKAT, Pelajar perempuan - SATU TIN SARDIN saiz sederhana setiap peserta.

Lampiran 2 :

Senarai guru-guru yang turut serta dalam perkhemahan:

1. En. Abdul Haris Fadzilah b Jaafar2. Ustaz Mohamad Bin Suparjan3. En. Saifuddin Bin Mohamad4. En. Roslan Bin Abdullah

5. En. Mohd Afindi Bin Suaid

6. Cik Suhaila Binti Saarani

7. Cik Siti Nurliyana Binti Md Rahim

8. Cik Siti Julaiha Binti Muhd Daud

9. Cik Ruhaizah Binti Tukiman10. Cik Hafizah Binti Mohamed Ramli11. Pn. Faradiela Binti Asan12. Pn.Marlia Binti Abd Rahim13. Pn. Zawani Binti Jamaron

14. Pn. Irna Harlina Binti Jamaludin

15. Puan Azlina Binti Abdullah

RM 120.00/ seorang

UNIT KOKURIKULUM SMK DATO HARUN 20134